About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, December 27, 2013

21 Safar 1435

Semalam saya dating dengan Cik Siti Sarah, bersama bakal abang ipar Encik Khairi. Orang belanja nasi ayam penyet di Padang Jawa. Usai makan, saya singgah untuk solat maghrib di Masjid Padang Jawa. Saya tunggu hingga Isyak sedang Cik Sarah berangkat pulang seusai solat maghrib.

Usai Isyak, saya duduk seketika menanti mesej dibalas oleh seorang sahabat. Tetapi, mesej saya tidak dibalas hingga ke sudah. Ketika penantian itu, mak cik-mak cik jemaah masjid sedang duduk mengadap talam kuih dan air teh o jamuan tahlil. Mereka mempelawa saya duduk bersama.

Maka perbualan pun bermula. Saya yang paling muda hanya mendengar perbualan mereka. Tak lama kemudian seorang demi seorang mula pamit kerana telah ditunggu oleh "bos" masing-masing. Akhirnya tinggallah saya bersama dengan mak cik yang mula-mula mempelawa saya tadi, dan seorang rakannnya. Dan taaruf pun bermula. Dia bertanya apakah saya masih belajar, kerja di mana, tinggal di mana dan sebagainya. Sejarah hidup saya dalam tiga tahun ini saya ringkaskan dalam perbualan lebih kurang 5-10 minit itu. Bermula dari diploma di mana, menyambung ijazah yang separuh jalan, menjadi pendidik, dan akhirnya berniaga. Malu rasanya apabila mak cik itu berkata, "cekal hati awak.." Kami berpisah setelah dia bertanyakan nama saya dan berpesan untuk berhati-hati menunggang motorsikal. Tidak lupa juga berpesan agar saya terus ke destinasi yang dituju memandangkan saya tidak pulang ke rumah, sebaliknya akan terus ke Rhaudatul Solehah.

Sepanjang perjalanan, Saya mengimbas semula perbualan kami. Ayat, "cekalnya hati awak'" itu terngiang-ngiang di telinga. Mak cik, kalaulah makcik tahu betapa rapuhnya hati saya ini, betapa lemahnya jiwa saya ini, entahlah.. Jika dapat digambarkan hati saya kala ini, seperti satu tubuh yang penuh berbalut bandage, bertampal plaster. Bertopang tongkat, aau mungkin berkerusi roda. Dengan tiub pernafasan untuk menyambung nyawa. Tetapi, kata-kata makcik itu sedikit sebanyak memberi satu cetusan positif kepada saya. Dengan segala apa yang telah saya harungi selama ini, mengapa mesti mengalah sekarang? Kata kak Didi, What doesn't kill you, only make you stronger.

Setibanya di Rhaudatul solehah, kelihatan sahabat-sahabat keluar dari rumah. Rupa-rupanya, malam ini ada halaqah. Mungkin saya terlepas pandang mesej di whatsapp. Di perkarangan Merbau, terlihat kelibat orang yang sangat dirindui, Kak Bie. Ketika berdakapan, saya bisikkan padanya, "tak nak lepas boleh tak?" Air mata memang tak dapat ditahan. Satu lagi cetusan positif membuak dalam diri. Bertukar cerita seketika, sebelum dia meminta diri untuk pamit.

Di dalam Merbau, Ustaz membicarakan tentang sunnah alam atau sunnatullah. Bilamana ummat Islam gagal menggunakan sunnatullah, maka ketika itulah ummat Islam kecundang, di tangan kuasa-kuasa kuffar yang mempergunakan sunnatullah. Salah satu dari sunnatullah adalah, setiap perkara memerlukan proses dan masa. Perjuangan, dakwah, perniagaan, segalanya. Sikap gopoh adalah bertentangan dengan sunnatullah. Saya cuba kaitkan konsep sunnatullah ini dengan apa yang saya hadapi sekarang. Buntu.

Akhirnya, selepas program, saya ambil masa sedikit untuk mendapat pencerahan yang lebih spesifik dengan situasi saya. Saya nyatakan tentang kekeliruan saya dalam memilih antara kehendak (passion) dan desakan persekitaran. Juga ketakutan saya untuk memulakan langkah baru selepas siri-siri kegagalan yang saya alami. Konklusinya yang saya kira saya fahami adalah, saya perlu balik kepada proses dn masa. Menilai semula proses sebelum ini dan mencari punca kepada kegagalan yang berlaku. Dan saya perlu menyerah kepada masa. Mungkin kerana kegopohan, ada langkah-langkah dalam proses yang telah saya langkaui.

Semalam, saya nampak kasih sayang tuhan. Selalunya, kita mengharapkan suatu yang kita rasa baik untuk diri kita. Tetapi Allah sering memberi apa yang terbaik buat kita. Paginya sedih, keliru dan buntu. Malamnya tenang, rasional dan damai. Itulah sunnatullah. QS 94 : 5-6.

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, December 25, 2013

Freedom

Dulu saya rasa bebas. Saya bisa ke mana sahaja, melakukan apa saja. Tapi kini, kebebasan itu diragut. Saya terpaksa menurut dan akur.

Kebosanan yang hampir membunuh jiwa. Rasa seperti di penjara.

Saya lebih ssuka ketika saya diabaikan. Hidup tanpa bergantung pada sesiapa. Kerana harga "keprihatinan" manusia ( yang sebenarnya cuma lakonan ) itu terlalu mahal. Harganya adalah kebebasan hidup. Kebebasan untuk hidup dengan apa yang saya percaya.


only a creation created by the almighty creator

Thursday, December 19, 2013

wajah-wajah yang dirindui

Wish to see them right away...
Rindunyaaa....



Yang besar dah makin matang
Yang kecil dah makin bijak
Semoga semua menjadi anak yang soleh dan solehah

only a creation created by the almighty creator

Habibie & Ainun

Teman yang rela bersusah senang, sehidup semati itu ibarat pelampung di lautan yang luas dan dalam. Apabila kau bisa mendapatkannya, maka peganglah ia erat-erat. Kerana jika kau lepaskan ia, bukan sahaja ia membahayakan hidupmu, tetapi juga kau mungkin takkan ketemu dengannya lagi.

Teman yang setia itu, akan senyum saat kau suka. Dan akan menangis saat kau derita. Sentiasa ada di belakangmu kala kau melangkah. Bersedia untuk mengangkatmu kala kau rebah. Mengubat dan membalut lukamu. Dan yang paling istimewa, kerana mempercayaimu, dia tidak gusar andai jatuh bersama denganmu. Kerana percaya juga, maka diletakkan haluan hidupnya seiring dengan jalan hidupmu. 

Teman sejati itu, kadangkala, jasadnya tak selalu di sisi. Tetapi, dia meletakkan jiwa dan hatinya, untuk berada sentiasa denganmu. Dalam doa, dalam harapan, dalam gusar, dalam gembira. Dia selalu ada denganmu.

Walau mungkin, kau tidak tahu....



only a creation created by the almighty creator

Thursday, December 12, 2013

They...bla..bla..bla...

They: Buat macam ni... macam tu... lepas tu macam ni...
Me: okey dah buat dah. (exactly mengikut arahan)
They: Kenapa buat macam ni? Buat lain
Me: Hari tu cakap macam ni.
They: Tak sesuai. Buat lain
Me: Cukup tajam tak pisau ni nak putuskan urat marikh dengan urat halkum? (dalam hati of course)

They: Buat je dulu. Nanti kami tolong
Me: Okay
later...
They: Nak apa lagi? Tak boleh / tak free / tak available....etc
Me: Takpelah.... (letak telefon / angkat kaki dan blah)

They: Tolong jaga gerai nanti. SATU gerai je....
Me: Okay
tomorrow: Jadikan nak jaga gerai? Nak buka DUA nanti. Kedai tak boleh tutup. Rugi...bla..bla..bla..
Me: Apa cara bunuh paling kejam? (cakap dengan habuk atas lantai)

They: Jangan risau. Modal kami tolong
Later..
They: Nak loan lagi? Berapa?
Me: Dalam 1K
They: Hah! Berapa?
Me: Tak, tak... RM500
They: Bukan ada saving ke? KWSP bila nak dapat? Bla...bla..bla...
Me: (Bank Rakyat tutup pukul berapa agak-agak eh?)

They: Kami faham... memang susah, tak senang... Tapi sabar la... Kami dulu pun macam  ni juga.
Me: (They were already married, no rent for shop, starting with thousands ringgit in hand, with grant, loans etc, and of course with enough man power and proper business plan... And they understand me very well???)

They: Buat macam ni... macam tu...
Me: Tapi....
They: Buat je la
Me: okay
later
They: kenapa buat macam tu. Tak boleh tak payah buat....pot pet..pot pet
Me: Hari tu suruh buat macam tu...
They: kami cadangkan je. Terpulanglah kat kamu... bla..bla..bla
Me: (Bunuh diri tu haram. Bunuh orang pun haram)

Latest
They: Kenapa tak buka lampu?
Me: Lampu ni rosak. Dia berkelip-kelip...tak pasang.....(they just went off, while I'm keep talking like an idiot)
only a creation created by the almighty creator

Wednesday, December 11, 2013

That's you are

I disagree with other people. I feel like they don't understand me. Is it because I'm just too emotional? Immature? Not rational?

Yeah.. Faza. That's all you are. Too emo, immature.
Hokay.. Tak nak gaduh. Just shut up, listen, accept.

Though its hurt....

only a creation created by the almighty creator

Friday, November 29, 2013

Titipan

Ada titipan di atas meja. Dengan nota, "jika berlaku sesuatu kepada Faza, berikan kami kepada empunya blog berikut." Saya ada perjalanan hujung minggu ini. Agak jauh. Mungkin selamat, mungkin tidak. Jika selamat kembali, insyaallah titipan itu akan diberikan sendiri. Sebagai tanda maaf untuk suatu khilaf atas suatu kebodohan yang diluar kawalan. Jika tidak, maka harap titipan itu sampai kepada yang berhak dengan selamat.

Titipan lain:
Kedai buat Mummy dan Daddy
Cincin, rantai dan gelang pada para pemberinya
Untuk rumah yang sedang disiapkan, ada sedikit tabungan
Lagenda biar berkhidmat di desa, bagi sesiapa yang memerlukan
Dipulangkan segala yang telah dipinjam, terima kasih kepada yang memberi pinjam

Hanya itu sahaja titipan, semoga bermanfaat
only a creation created by the almighty creator

Wednesday, November 27, 2013

Fatima - Keimananku | Official Video

Salam and greetings to all :D
Di bawah ni video lagu bertajuk Keimananku - Fatima
Salah seorang ahli Fatima ni adalah Ummi Pipik, isteri kepada Allahyarham Ustaz Jefri El-Buchori, seorang pendakwah terkenal di Indonesia. Sebelum ni saya ada kongsikan video nyanyian Allahyarham yang ditujukan khas untuk isterinya, Pipik. 
liriknya ada di bawah video ni. (kena scroll ke bawah la eh)
Selamat menghayati ;D



Andai matahari di tangan kananku 
Takkan mampu merubah yakinku 
Terpatri dan takkan terbeli 
dalam lubuk hati 

Bilakah rembulan di tangan kiriku 
Takkan sanggup mengganti imanku 
Jiwa an raga ini 
Apapun adanya 

Andaikan seribu siksaan 
Terus melambai-lambaikan derita yang mendalam 
Seujung rambutpun aku takkan bimbang 
Jalan ini yang ku tempuh 

Bilakah ajalkan menjelang 
Jemput rindu-rindu syahid 
Yang penuh kenikmatan 
Cintaku hanya untukmu 
Tetapkan muslimku selalu 

credit to:
http://aluhpuspita.blogspot.com/

P/s:
Ada orang kata hidup kat dunia ni kita kena berlakon je. Ada masalah, berlakon je macam takde pape. Stress, berlakon je macam ok. Jadi, teruskan berlakon :D

only a creation created by the almighty creator

Monday, November 18, 2013

Hidup Baru, Perjuangan Yang Baru

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Akhirnya, dapat juga kesempatan untuk mengemas rumah yang dah penuh dengan sawang ini. Allahu... rindu teramat sangat untuk mencoret manfaat di sini. Mengembalikan Sutera Jihad kepada tujuan dan "fitrah" asalnya.

Sibuk. Boleh dikatakan kebanyakan manusia pernah menggunapakai perkataan (atau alasan) ini untuk menggambarkan keadaan mereka. Dengan itu, mereka akan dapat menjustifikasikan setiap tindakan mereka agar kelihatan wajar. Hanya dengan satu perkataan, SIBUK.

Dan saya juga sedang menggunakan alasan sibuk, maka kerana itulah SJ ini terabai agak lama. Perkembangan terbaru, saya kini baru sahaja melangkah ke dunia baru, iaitu dunia perniagaan. Sebenarnya, saya telah pun melibatkan diri dalam perniaagaan sejak dari kecil lagi. Keluarga saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Daripada menjual minyak petrol (kerana dahulu stesen minyak terdekat adalah 10 Km dari rumah saya), buah-buahan ketika musim buah hinggalah produk jualan langsung. Ketika darjah 1, saya dan kakak berjual nasi lemak di sekolah agama. Ketika sekolah menengah kami berjualan nasi lemak dan kerepek yang dipek kecil-kecil. Jika tak silap saya sebungkus dalam 20-30 sen.

Tetapi, menguruskan sebuah perniagaan secara sepenuh masa tidak pernah menjadi impian saya. Pada saya, orang yang business minded ini ada sisi gelap yang tidak saya sukai. Mungkin kerana kebanyakan ahli perniagaan yang saya kenali adalah anak tarbiah sistem kapitalis bergigi emas yang dahagakan hasil keringat golongan bawahan. Yang memandang semua perkara dalam nilai matawang, profit dan margin. Yang setiap saat mencari ruang dan peluang untuk buat duit. Jika ramai orang berpendapat politik itu kotor, pada saya perniagaan tidak kalah kotornya.

Tetapi, kini, di sinilah saya melangkah. Dalam terpaksa, tanpa rela. Memperjudikan segala tabungan yang ada, yang disimpan bertahun-tahun untuk suatu impian, terpaksa dilaburkan untuk sesuatu yang tidak begitu pasti. Susah. Tekanan dari mental dan kerahan tenaga fizikal. Payah. Dengan modal yang kecil dalam keadaan ekonomi yang tragik. Perit. Apabila mengadu, jawapan yang diberi, "tiada apa yang mudah". Seolah-olah saya tidak punya hak untuk merasa sedih dan tertekan.

Namun, Alhamdulillah... masih ada yang sudi menjadi penguat. Bahu tempat menumpah air mata. Telinga yang mendengar keluh tangis. Yang berkongsi perit ketika rantai hadiah pertama ketika menjejak dunia dan rantai tangan titik peluh 3 tahun menjadi pendidik dicagar ke bank. Saya tidak sedih ketika melepas kedua barang itu kepada kakak pegawai Bank Rakyat di Shah Alam. Tiada setitis air mata yang jatuh ketika itu. Tetapi, saya sebak ketika orang lain yang menangis kerana itu. (macam menyesal pula bagi tau).

Mengalah. Itu perkara paling mudah. Tetapi, apabila mengenangkan, keadaan ekonomi umat Islam kala ini, saya jadi tidak sampai hati. Sahabat-sahabat saya memerlukan tempat untuk meletakkan produk mereka. Umat Islam kini pula diserang melalui pemakanan dan ekonomi. Produk halalan toyyibah pula kurang mendapat tempat di pasaran semasa.

Kerana itu, saya gagahkan diri. Saya tertekan, menangis hampir setiap malam. Tetapi, setiap kali mengenang keadaan ummat, dan harapan para sahabat, saya bangkit, walau tersungkur berkali-kali. Jualan pada hari pertama saya adalah sebanyak 40 sen dengan seorang pelanggan sahaja. Pun begitu saya sujud syukur padaNya. Itu rezeki. Sedang ada orang lain yang berlapar tanpa ada seteguk air pun untuk di minum. Alhamdulillah pada hari ini jualan meningkat kepada RM9.10 dengan 3 orang pelanggan. Moga perjuangan ini dikira Jihad di sisi Allah. KepadaNya segala pergantungan. Dia yang meletakkan saya di atas jalan ini. Dan Dia tidak akan mensia-siakan saya.

only a creation created by the almighty creator

Friday, October 4, 2013

Awan dan Bahagia

Semalam, saya nampak awan. Walau tak seindah awan di header blog tu, tapi cukup untuk saya mengukir senyum. Walau awan tu agak mendung, tapi ada sedikit bias cahaya di belakangnya.

Mungkin betul kata orang, bila kita rasa suasana sekeliling terlalu menekan, kita perlu keluar sebentar mencari penyegaran (baca: refreshment). Kiranya kunjungan  singkat ke Shah Alam ada hikmahnya. Walau beberapa agenda tidak dapat dilaksanakan, tetapi gantiannya boleh dikira berbaloi.

Satu lagi, betullah kata orang, Allah akan membalas kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran. Menyenangkan orang lain itu sebenarnya adalah menyenangkan hati sendiri. Dan rupanya, ganjaran Allah itu bukan hanya dengan rasa bahagia ketika melihat senyuman anak-anak dengan kejutan pagi itu.

Bahagia itu
Adalah ketika yang disayang tersenyum bahagia
Bahagia itu
Adalah ketika yang disayang itu gembira
Bahagia itu
Adalah ketika tahu mereka baik-baik sahaja

Bahagia itu
Bukan dengan dekat jaraknya
Bukan dengan pertemuan yang dipaksa
Bukan juga dengan memiliki tanpa rela
Atau menurut segala kata

Saat paling bahagia
Bila tahu redha Allah bersama
Bila dua jiwa bertemu mata
Di pintu jannahNya yang luas terbuka

Sementara menanti bahagia
Teruskan hidup seperti biasa
Sedang hidup ini hanya hentian seketika
Jika ada derita, ianya tidak lama
Kerana kata Dia dalam kalamNya
Sesudah derita itu, ada bahagia...

Bahagia itu
Ada dalam jiwa
Yang ada redhaNya
Yang memilih untuk bahagia

Semoga saya kuat untuk menggapai awan. Semoga saya redha menerima jika awan itu hilang, dan tabah menunggu munculnya awan yang baru. Moga saya terus istiqamah, dengan doa dan usaha, untuk Dia mengizinkan saya terus percaya dan terbang kepada awan. Dan berkongsi bahagia dengan mereka yang ingin saya bahagia.

Mari mengejar awan.......
Mari membahagiakan......

only a creation created by the almighty creator

Friday, September 27, 2013

Mimpi

nak cerita sikit tentang gambar header blog ni. gambar itu saya ambil secara random semasa ke Timah Tasoh. Ada banyak lagi gambar lain yang saya ambil, tetapi, ini yang paling saya suka. Dan anda ingin tahu apa yang paling saya suka tentang gambar itu? Semuanya kerana AWAN.

Ketika itu, cuaca panas terik, tetapi berangin. Fenomena yang biasa di Perlis. Hari yang baik. Sebaik melangkah di kawasan tersebut, saya terus terpesona dengan gumpalan awan yang cantik itu. Hari yang cerah, dengan gumpalan awan, yang kelihatan seperti kapas yang terapung. Gumpalan awan itu seolah memayungi bukit bukau di bawahnya. Disebalik awan itu, seolah-olah ada cahaya yang menyinar. Subhanallah... Sinaran itu, seperti impian yang akan menjadi kenyataan. Seperti suatu kegemilangan yang bakal menerjah. Membuatkan orang-orang jadi takjub dan terkagum-kagum.

Awan, pada saya adalah tamsilan impian. Kata pujangga, yang selalu saya dendangkan ke telinga anak-anak dahulu, "gantunglah cita-cita mu setinggi langit, jika ia terjatuh, mungkin tersangkut pada awan". Begitu indahnya awan pada saya.

Ironinya, saya sukar melihat awan yang cantik sekarang. Sehingga membuatkan saya terlupa untuk bermimpi.Tidak. Bukan lupa. Tapi takut untuk bermimpi. Mungkin kerana mimpi-mimpi saya sebelum ini setinggi awan, menyebabkan sakit ketika terjatuh itu melumpuhkan. Saya trauma. Ramai yang menghulur tangan. Tetapi, haluan mereka tidak sama dengan impian saya. Saya cuba turuti, dengan harapan, setelah sembuh nanti, saya mampu terbang ke awan impian saya. Ternyata, ianya semakin menyakitkan. Diheret, diseret ke sana sini. Dan hati saya semakin hancur melihat awan yang semakin jauh. Dan akhirnya, saya memilih untuk tidak lagi bermimpi. Terus hidup dalam realiti, diheret dan diseret ke sana sini. Calar balar di hati hanya diketap dibibir. Bila saya mengadu, sakit yang dirasa, ditusuk pula dengan kata, "mengapa diikut sahaja? Kita hanya mencadang sahaja. Sekarang, tanggunglah sakitnya."

Tidak tahu saya, bagaimana ingin diakhir kalam ini. Awan, masihkah dapat digapai? Atau saya akan terus diheret dan diseret, dan hanya mampu memandang, sang awan sirna menjadi titis hiba. Akhirnya lenyap diserap bumi.


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, September 25, 2013

fakta

1) saya tak pandai ambil hati orang, jaga hati orang. dan saya sangat ingin belajar tentang itu.

2) kadang kala saya diam, bukan sebab saya sombong, tapi sebab saya tak tau nak cakap apa. Nabi kata you better silent if you can't say any good.

3) saya seorang yang sensitif. pelik sebab hati saya boleh jadi sekecil biji sawi hanya kerana bila ada kawan yang mention orang lain sebagai the greatest, the sweetest, and what ever the yang lain. tapi saya selalu ingat fakta pertama, jadi saya akan cepat-cepat sedar diri dan buat je macam takde pape...

4) bila saya kata abaikan je. tu bermakna off topic,  I rest my case. Membukanya semula hanya akan membuatkan saya bisu seribu bahasa. (tahap protest / marah level pertama)

5) jika saya pernah marah pada seseorang ssehingga mengeluarkan air mata (sebab saya bukan superman yang mata dia boleh keluar laser) berkemungkinan besar orang itu akan tersenarai sebagai orang yang tidak akan saya pedulikan akan halnya. (ok, saya fail bab hablumminannas)

6) saya baru tersedar yang sahabat itu tetap seorang manusia. yang memang tak mustahil akan ade mazmumah (cth: riak, takbur, dengki etc). Jadi saya cuba untuk tidak menganggap mereka sebagai wali Allah yang maksum dan bersih dari dosa. by doing that, saya boleh hidup dengan lebih rasional.

that's all kot untuk malam ni. kecil hati. rujuk fakta pertama. boleh maafkan saya tak?? (nantisayabelanjacoolblog)

p/s: saya rasa saya ada buat orang marah, atau
only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 12, 2013

new routine

Rutin hidup memang dah berubah 360 darjah. Still, adaptation ain't easy. Seriously. Klw dulu, bnde petak hitam ne lagi penting dari dompet atau ic, but then, la ne dah kurg sket kot. Tp klw xde bnde alah ne, mmg meroyan la kot. Even kdg2 merampus jgk la dgn notification whatsapp yg memekak, tp kre ok la kot.

At least xde la rse mcm katak bwh tempurung sgt.

Lately mcm tak sihat sgt. X tau la kenapa. Floating semacam je. Kurang darah kot. Tak tau la. Ingat duduk rumah sendiri boleh la sihat walafiat. Tp mcm sama je..

Semoga esok lebih baik.

Just wondering, apa nak jadi dengan blog ne??

only a creation created by the almighty creator

Thursday, August 1, 2013

Alunan Taman Syurga...

Sedikit-sedikit barang-barang sudah mula dikemas. Sabtu ini insyaallah akan mula fasa pertama memindahkan barang-barang. Tadi, saya pulang awal dari sekolah. Sengaja. Kepenatan sebenarnya. Setengah hari berkursus di PPD Sek 19, bersambung pula dengan tugasan di sekolah, saya lelah. Pulang awal, sambil berehat, terpandang barang-barang yang telah pun dikemas sedikit itu. Sambil sayup-sayup telinga menangkap alunan merdu yang berkumandang dari corong pembesar suara Riadhus Solihin.

Tiba-tiba hati saya terdetik. Antara banyak-banyak perkara yang bakal saya tinggalkan di sini, alunan-alunan itulah antara perkara yang bakal saya rindukan. Sangat-sangat. Indahnya Shah Alam ini, atau Selangor amnya, buminya subur dengan taman syurga yang segar. Dari alunan bacaan sang tahfiz berjubah dan berserban putih. Dengan taranum dan makhraj yang indah, berserta dengan penghayatan yang meruntun hati. Hinggalah teduhan sayap malaikat di taman-taman syurganya setiap hari. Pernah saya hikayatkan pada mama, untuk menggambarkan betapa indahnya taman syurga di sini, saya katakan bahawa," Biasa orang tanya malam ni nak tengok drama atau movie ape? Tapi kami di sana duk tanya malam ni nak kuliah di mana? Pilih je nak kuliah apa. Seksyen berapa. Surau ni hadis, surau tu feqah. Masjid ni pula tafsir. Seksyen ni imam Madinah. Yang tu Syeikh dari Gaza. Antara nak dengan tidak je..."

Saya pastikan akan merindukan suasana ini. "Eh, dekat Perak tu takde ke benda-benda gini?" Sedihnya untuk menjawab. Tapi itulah realitinya. Atau mungkin juga saya yang tidak ketemu. Kerana jika ada pun agak jauh sedikit dari rumah saya.

Berfikir dan terus berfikir, perancangan untuk survival iman dan istiqomah dengan jamaah. Moga Allah kuatkan saya untuk berusaha mencari. Atau lebih baik mungkin pencetus kepada perubahan. Do Not Let the Environment to effect you, but you should effect the environment.


only a creation created by the almighty creator

Friday, July 26, 2013

Another day passing by...

Bertambah lagi umur pada hari ini. Hari yang bagai terbang di awangan. Saya masih tidak cekap memandu. Tetapi, seharian ini membesar di dalam kereta. Paginya sesat di Mencari SMK Setia Alam. Petangnya pula semasa pulang terlajak ke Pelabuhan Klang. Jaaauuuhnya.... nak pusing balik. Dengan minyak takat border line....huhuhu... Nasib baik ada pembantu yang penyabar, Si Fakhitah yang sudi meneman. Dan dua orang anak saya yang senyap sahaja di belakang. Tengah hari yang terik, berjerebu.

Kronologi hari ini:

7.00 pagi keluar dari Raudhatul Solehah. Sepanjang jalan dari RS ke sekolah gear amat susah nak ditukar. Akhirnya sampai di sekolah kereta lain terpaksa di cari. Alhamdulillah dengan bantuan sahabat masalah berjaya di selesaikan. 7.30 ambil kereta di Padang Jawa, kembali semula ke sekolah dan meneruskan perjalanan ke Setia Alam. Berkonvoi dengan sebuah van yang dipandu sahabat. Kesesatan hampir sejam lebih. Sampai dalam pukul 9.00.

Program habis tepat jam 1.00 petang. Kononnya ingin sampai segera ke sekolah kerana perlu bergegas ke PPD. Tetapi entah bagaimana termelencong ke Pelabuhan Klang. Hampir 2.30 petang baru menjejak ke sekolah. Solat zohor dan mempersiapkan dokumen yang diperlukan (tapi tak mencukupi rupanya jadi perlu kembali pada hari Isnin). Dan terus ke PPD di Seksyen 19. Pulang ke rumah kira-kira jam 4.00 petang dan bergegas semula ke sekolah pada jam 6.00 petang.

Kala ini, masih lagi di meja kerja, mencoret entry ini selepas berusaha menyiapkan kerja-kerja yang tidak habis-habis ini. Ditemani rakan karib merangkap mad'u yang paling saya sayang, Sarah, ex-roommate semasa diploma.

Esok giliran saya pula menemaninya ke Pusat Bandar KL, dari pagi dan akan berbuka di sana.

Saya tidak mengharap apa-apa respon utnuk entry ini. Kerana tujuannya sekadar meluah rasa. Dan mungkin sedikit penjelasan sekiranya ada yang tersa dirinya diabaikan.

Sakit kepala sepanjang hari, berserta dengan muntah-muntah, maafkan saya jika saya tidak perasaan kehadiran anda.

Salam Ramadhan....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, July 24, 2013

Bersabar untuk Bersabar

Menghitung hari-hari terakhir berkhidmat di Bumi Shah Alam. Hari yang terasa amat lambat berlalu. Macam merangkak-rangkak. Berat nak menunggu jam 5 petang dengan beban yang tak putus-putus. Tetapi terasa cepat sangat berlalunya masa dari maghrib ke subuh. Rasa bagai satu penyeksaan untuk menghabiskan 9 jam yang bagai lemas tanpa udara.

Tekanan. Tak tau nak kata macam mana. Yakin diri. Menjunam ke teras Bumi. Lemas, lemas dan lemas. Sabar. Allahurabbi.... Entahlah.

Sayang pada Shah Alam itu masih ada. Tetapi pedihnya terlalu menyakitkan. Sampai jika boleh, tidak mahu lagi menetap di sini. Tetapi, setiap aturan Allah itu ada hikmahnya. Mungkin sekarang, dek kerana jerebu yang kembali melanda, maka tempat ini menjadi seksa. Tetapi siapa tau, setahun dua lagi, ia akan menjadi taman syurga yang selesa.

13 hari yang lagi lemas....

only a creation created by the almighty creator

Thursday, July 4, 2013

Ulu Yam... Excited!

Esok Sri Pintar ada camping. Dah lama tak jadi pengarah dan dah lama tak pergi camping. Huhu... Best combination ey? Tapi sebab camping is something that I love so much, so no probelm. Lepas gian 3 tahun kot. Though camping ne bergelut dengan segala pentaksiran dan pendaftaran PMR bagai, tapi sebab buat benda yang saya suka kot, so boleh bertahan dengan "bahagianya" la. (This camping, pentaksiran BI and Science dan segala mak nenek PMR ni is in the same week *_*).

Sekarang ne pun masih di sekolah. Rasa takut nak balik sebab takut ade benda yang tak settle lagi untuk esok. This will be my last programme with Sri Pintar, and was assigned as the organizer. Actually, I have suggested this programme since my first year. So, I'm a bit nervous about it.

Just to review back my history, can say that camping is the biggest reason why I can stay for 3 semester with Bio-composite tech. But, unfortunately, it was also the biggest reason for me to leave the course. Funny is it?

So, harapnye program ni berjalan dengan lancar dan yang paling penting, manfaat dari program ne berkekalanlah kesannya kepada anak-anak tu nanti.

Just to mention, Kak Bulan (K. Mun) dah pun selamat melahirkan puteranya sulungnya. Unfortunately, the baby was admitted to NICU for some problem. Harapnya he will be fine. Tak sabar nak jumpa anak sedara yang sorang ni.

Ok. Gotta go now. Nak beli barang-barang keperluan untuk camping esok. Jangan lupa untuk terus berdoa untuk saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan Palestine.

Siiru aala barakatillah...

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, July 2, 2013

Kinanah, Syam, Al-Quds

Kata Tok Guru
Jatuhnya Khilafah terakhir
Kerana tiupan assabiah
Yang menerpa bumi arab
Tatkala kemuliaan bangsa diangkat melebihi agama
Yahudi dan Nasara bersorak gembira

Pecah perintah itu dasar mereka
Lalu,
British, Rusia, Itali dan China
Sepakat mereka membahagi rata
Tanah-tanah kita dijajah di ratah
Barua diangkat sebagai pemerintah
Namun hanya boneka rakus harta
Membangga diri seperti raja

Kita hairan
Mengapa saudara di sekitar Al-Quds
Di tepi Bumi Syams
Bersebelah kota Dimasyq
Bagai tidur terpejam mata
Bagai bisu tiada deria
Melihat darah saudara yang mengalir
Mendengar jerit tangis anak kecil

Mereka dibisu oleh harta
Mereka buta dengan silau takhta
Mereka itu tidak lain hanya
Anak asuhan Yahudi Nasara Amerika

Konon pejuang nasionalisme
Hakikatnya hanya mainan barat dan kroninya
Tidak peduli apa mereka rasa
Asal perutnya kenyang hidupnya selesa

Tidak jauh dari kita
Bukan hanya di tanah arab sana
Dekat dengan kita juga sama
Pedulikan sahaja Mesir, Syria dan Palestina
Yang penting kita aman sentosa

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, June 5, 2013

No Longer Needed

Saya rindukan dia. sangat-sangat. Dan rindu itu yang menggerakkan jemari saya malam ini. Pernah berkongsi tawa dan air mata. Mengetahui dirinya akan ber pindah ingin rasanya bersua muka. Tapi, panggilan tidak diangkat. Pesanan tidak dibalas. Sedih sangat. Tetapi secebis iman dihati cuba memujuk. Bila kita diabaikan, mungkin pernah kita mengabaikan. Macam lagu Melly Goeslow tu. Hehehe...

Tak mengapalah. Jika saya tidak lagi diperlukan, semoga bahagia hingga ke syurga. Terima kasih atas kenangan.

only a creation created by the almighty creator

Friday, May 31, 2013

Suatu Yang Pasti....

Perkhabaran yang mengejutkan, jua menginsafkan dua hari lalu. Sungguh ianya suatu yang amat pasti. Tidak mengenal usia, tempat dan masa. Walau dilindungi dinding berlapis-lapis. Ia tetap akan datang. Sungguh ia suatu yang pasti.

Dan pastinya telah tertulis, sahabat saya, Akh Hafizuddin Mohd Hanafiah, pergi menghadapNya. Petang 29 Mei 2013, rohnya dijemput bertemu Pencipta. Kemalangan motorsikal menjadi asbabnya. Sungguh, Izrail itu tidak mengira usia, sentiasa tepat dengan temujanjinya.

Pernah berkerja bersama, mencari rezeki ketika cuti semester. Siang berkerja, disambung pula pada malamnya. Keperluan keluarga keutamaan baginya. Jihad fisabillah bukan pula nombor dua. Tak pernah lelah menyebar dakwah. Sedang khabar perginya itu jua satu tazkirah. Di celah-celah berita gembira kelahiran dan walimah.

Ku hitung satu persatu. Sahabat sahabiah yang telah pergi dahulu. Kak Anis Amirah, Kak Saadah dan Akh Hafizuddin Mohd Hanafiah. Perginya mereka dalam redha tuhan. Gugur mereka di jalan Dakwah. Hanya doa yang mampu mengiringi. Perjalanan mereka yang terakhir ini.

Sungguh khabar kematian itu satu tazkirah. Buat diri yang sering tersalah. Berimpian syahid di jalan Allah. Sedang amalku sedikit, dosaku melimpah....

only a creation created by the almighty creator

Thursday, May 23, 2013

Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin

Terimalah maafku agar tumbuh cinta abadi,
usah berkata di hadapanku saat aku emosi,
aku lihat ada cinta dan sikap yang menyakitkan di dalam hati,
jika keduanya berpadu secepat itu pula cinta kan pergi.

Jika cinta itu kerana tujuan tertentu pada diri orang yang dicintai, maka cinta itu juga akan cepat sirna jika tujuan dibalik cinta itu  sirna.......
~Ibnu Qayyim Al-Jauziah~

only a creation created by the almighty creator

hero Malaya

Alhamdulillah arrived home safely. Though kind have a bad feeling earlier but nothing happen alhamdulillah. Its been such a busy day for the whole week. Stressful. But its like crossing such a big deep river. With the heavy flowing water.and maybe dangerous but once you pass through it will be such a relief.

Just to mention, my bike broke down last two days. It stop suddenly near seksyen 18 round bout and k. Hasl need to push it back home. Luckily yesterday, two malayan hero came to the rescue. My junior Taqiyuddin with his friend lutfi took the bike to the nearest workshop. Seriously I'm not really confident to go to unfamiliar mechanic alone. Thanks to them that everything went smoothly.

I guess that's all for tonight. It hard to blog using phone but I feel like want to write something tonight.

Lastly, selamat malam dunia ;-)
only a creation created by the almighty creator

Monday, May 20, 2013

maaf

Sejuta maaf dipohon, untuk air muka yg mencuka. Untuk bahasa yg dingin. Utk rajuk yg tak kena gaya. Apabila segala Brenda di luar kawalan, rasional kalah dgn perasaan. Maka banyak tindakan tersasar dr landasan.

Kepenatan. Masa untuk menunaikan hak kpd tubuh badan.

Selamat malam dunia. Moga esok masih mampu terjaga.

only a creation created by the almighty creator

Friday, May 17, 2013

Anggap je..

Pergi la main jauh-jauh. Aku tak nak kawan dengan kau la. Tengok anggap tak nampak, jumpa anggap tak kenal tak boleh ke? Rimas tau tak. Orang tak nak tu dah la. Pergi la main jauh-jauh.

RIMASSSSS.....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, May 1, 2013

sebaik-baik permintaan

Berjuang Di medan jihad adalah satu anugerah yg amat besar nilainya dari Allah. Dan untuk diberikan kekuatan dalam berjuang itu juga satu anugerah yg tiada taranya. Dan utk istiqamah Di medan juang itu juga adalah satu perjuangan yg menuntut pengorbanan. Kesemua Di atas adalah perkara yg perlu kita pohonkan di setiap tadahan doa.

"sebaik2 permintaan yg seharusnya nada mohon dari Allah ialah kemampuan melaksanakan apa2 yg Allah operintahkan kpd anda - Ibnu Athailah (Al-Hikam)
only a creation created by the almighty creator

Friday, April 26, 2013

Entri lama...

Almari pakaian dibuka, lalu setiap pakaian yang tergantung dibelek satu persatu-satu. Yang paling sederhana dipilih. Tidak ketat, tidak terlalu terang, dan tidak jarang.

Kemudian, dipilih pula tudung yang bersesuaian. Labuhnya melepasi dada, menutupi bahu hingga ke siku. Dan tentunya tidak jarang. Digosok kemas dan rapi. Sesungguhnya, Allah itu indah, dan suka kepada keindahan.

Kemudian, wajahnya dibelek dihadapan cermin. Tiada foundation, mascara, lipstick mahupun blusher. Yang ada hanya sedikit pelembap bibir, bedak bayi dan celak tipis sekadar mengikut sunnah.  No smockey eyes, or 'burung jampuk' eyes.

Dirapikan pakaianya. Secebis kain kecil dikenakan, menutupi wajahnya dari debu dan noda fitnah. Dicapai sarung tangan dan kaki. Dikenakan satu persatu, bermula di sebelah kanan.

Akhir sekali, last touch up, merupakan yang paling penting. Ditanya kepada dirinya, "Adakah Allah redha dengan pakaianku ini? Mampukah pakaianku ini melindungi diriku? Bukan hanya dari kepanasan dunia, tetapi juga dari kepanasan mahsyar dan neraka?" Jika yakin jawapannya "Ya", maka kaki diatur meneruskan langkah. Jika "Tidak", maka akan dibelek satu persatu. Jika perlu, diulangi dari langkah pertama.

Tatkala kaki melangkah keluar, maka ditundukkan pandangannya. Memandang hanya yang perlu sahaja. Tidak dibiar melilau matanya. Memandang apa yang mengundang dosa. Kaki deras mengatur langkah, hati deras meratib zikir. Memohon dilindung dari anasir.

Kadang kala, walau terasa segalanya sudah dijaga, dari auratnya, hatinya, tingkahlakunnya, masih ada yang bersiul nakal. Masih ada yang mengirim salam, menjeling tajam. Tika itu, hanya Allah tempat bergantung. Kekurangan diri kembali direnung. Mungkin ada amal yang lompong. Ada niat yang terpesong. Allah sedang menduga iman. Ditata hati yang sedikit terusik, "Allahu, lindungi aku dari fitnah duniawi. Jangan palingkan hatiku kepada apa yang Engkau murkai."

Redha ilahi itu dambaan hati. Cita-citanya melangit tinggi. Menjadi bidadari menghias firdausi.


P/s
Ini entri lama, yang sekian lama terperuk di draft box. Ada perkongsian pengalaman, luahan hati dan harapan. Moga bermanfaat untuk bunga-bunga Islam yang kembang mekar. Harumnya mempersona. Namun durinya tetap terpacak, melindung maruah diri dan agama.

only a creation created by the almighty creator

Monday, April 22, 2013

Monday...

Back pain, dizziness and flue on such a busy, tired Monday....
Need some motivation to pursue..

only a creation created by the almighty creator

Friday, April 19, 2013

Titis

Titis air mata itu
Ibarat hujan yang menyiram Bumi
Menyuburkan tanah yang tandus
Menjadi hidup benih yang mati

Titis air mata itu tanda hidupnya hati
Dalam suatu jasad yang lemah serba serbi
Titis itu membeza antara hidup dan mati
kerana jasad yang mati
Mana mungkin menangis lagi

only a creation created by the almighty creator

Read and Heed

Sebatang pokok, walau tegap berbatang kayu
kadang tetap perlu ditongkat
Sekeping besi, walau kuat dan tegar
Jika diketuk pasti kan lekuk

Rasa lemah itu perlu
Untuk membangkit rasa harap dan perlu
Untuk mengangkat menadah pada yang Satu

only a creation created by the almighty creator

Thursday, April 18, 2013

Susahnya Jadi Muslimat...

Tahu tak, jadi muslimat itu sangat susah. Kerana apa? Apakala seorang muslimat itu melangkah keluar dari rumahnya, 1000 fitnah akan mengejarnya. Syaitan dengan segala cucu cicitnya akan berusaha sedaya upaya untuk menggoda dirinya. Menariknya ke lembah kehinaan, dan seterusnya mempergunakan dirinya untuk menarik para lelaki ke neraka.

Godaan bermula dari pakaiannya. Tatkala dia memilih pakaiannya:

  1. memujuknya untuk mendedahkan auratnya
  2. jika tidak berjaya, menghasut pula untuk bertabarruj walau menutup aurat
  3. jika tidak berjaya juga, akan dibisikkan supaya sang muslimat itu riak dan takbur dengan penampilan solehahnya.
Jika tidak berjaya juga, maka syaitan laknatullah tidak berputus asa. Dia beralih pula kepada sasaran yang seterusnya. Iaitu pada lelaki yang memandang kepada muslimat itu. Dikaburi mata yang memandang dengan pandangan mempesona. Dibisikkan kekaguman tentang keindahan wanita solehah. Diajarkan  cara perkenalan ala-ala islamik. Salam yang haram diberi kepada wanita ajnabi dihalalkan. Muslimat rapuh hatinya pasti akan menjawab salam yang diberikan. Tapi, bagi muslimat yang teguh pendiriannya, yang haram, tetap haram. Langkah akan terus diayun. Maka terdengarlah rengusan, "ah, sombongnya minah ni!" Pedulikan sahaja wahai muslimat.....

Langkah terus dihayun. Berpapasan dengan sepasang suami isteri. Si suami terpandang akan muslimat. Timbul kagum dalam hatinya. Si isteri yang mengesan perubahan riak di wajah suami mula menjeling. "Ish...harap je tudung labuh, tapi mengggatal dengan suami orang," Aduhai.... satu lagi ujian menimpa muslimat. Namun, langkah tetap diteruskan, dalam perjalanan menuju redha ilahi. 

Muslimat itu bunga
Menarik kumbang dan rama-rama
Tapi tak diterima sebarang sahaja 
Yang punya iman itu pilihannya
Wangi harumnya menyegar suasana
Namun tak semua yang akan suka
Yang mengeji mengata biarkan sahaja
Asal Allah tahu siapa kita 


only a creation created by the almighty creator

Monday, April 15, 2013

Stesen Rawang...

Ada 3 keadaan yang akan membuatkan saya menangis:

  1. Bila saya rasa lemah
  2. Bila saya sangat marah
  3. dan bila saya rasa saya sedang menyusahkan orang lain
Semalam saya sudah menyusahkan Adib sekeluarga. Mesti penat papa memandu dari Ipoh ke Shah Alam dan berpatah balik ke Felda Besout. Mama pula ada kursus di PKD Tapah. Mesti penat juga. Dan si busyuk tu pun mesti penat juga. Janganlah dia demam pula. Tak sanggup nak tengok. 


Appreciate who ever willing to stay with you, as they might be the precious gift Allah ever gave.

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, April 10, 2013

Tribute Buat Nenda

Pak HAMKA pernah menyatakan bahawa beliau sendiri ketika terlantar di hospital, beliau asyik membaca kembali bukunya itu (Tasauf Moden). Dan seketika itu juga mereka yang menziarahinya bertanya: 
"Apa bapak sendiri membaca kembali buku Tasauf Moden ini? Bukankah bapak yang mengarangnya?"

Sambil tersenyum Buya HAMKA menjawab:

"Yaaa...benar..pengarangnya sendiri kembali mengambil manfaatnya dan mengubati hatinya dengan karangannya ini. Bukan semata untuk orang lain yang membacanya..."

"patutkah kam menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa terhadap dirimu sendiri padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkaj kamu berakal?"
Al-Baqarah : 44
(petikan dari  Tribute Buat Nenda  2: Rashidy Jamil Al-Rashid)

Kalau kita menulis blog dengan niat supaya ada orang lain yang akan membacanya, kemungkinan besar kita akan kecewa. Setiap kali saya menulis, ianya lebih untuk diri sendiri. Kerana hanya saya yang betul-betul memahami apa yang saya tulis. Kalau yang baik, saya akan ambil sebagai panduan. Kalau yang merapu, saya akan senyum sendirian sambil fikir, "macam mane aku boleh mengarut sampai macam ni sekali?" dan buat azam untuk tak nak ulang lagi ( walau kadang azam jadi asam -_-). Tapi tak kisahlah. 

Jadi tulislah apa-apa pun. Jangan fitnah, bohong dan maki hamun sudahlah.
Alaaah.... Bukan untuk orang lain pun... untuk diri sendiri juga. 

only a creation created by the almighty creator

Monday, April 8, 2013

you're a butterfly held captive...

Tadi semasa kelas sains di tingkatan 1, saya ada terangkan tentang butterfly (rama-rama) dan cocoon (kokun / kepompong). Tiba-tiba teringat dekat lagu ni



Bila teringat lagu ni, teringat pula pada orang yang memperkenalkannya...Kakak... I miss you....so much..

only a creation created by the almighty creator

3 tahun, 3 hari dan 2 jam

Allah itu akan memberikan keperluan hambaNya pada masa yang tepat. Tidak akan terawal atau terlewat walau sesaat. Walau kadangkala kita lelah dengan penantian. Tapi sekiranya kita yakin bahawa Allah akan memberinya pada masa yang tepat, maka sabar akan subur. Dan bila mana Allah memakbulkannya, syukur itu tidak dapat diluah dengan kata-kata.

Menyusuri sebuah perjalan yang dinamakan kehidupan, pasti akan ada onak dan cabaran. Biar langkah lambat dan kecil, hatta bertatih sekalipun, dengan sabar dan solat, Insyaallah, sujud syukur menemani dihujung perjalanan....

only a creation created by the almighty creator

Friday, April 5, 2013

ke adaan

Hari ni ada dua post yang tersekat dalam draft box. Satu pasal politik dan satu lagi pasal kehidupan. Seriously, annoying.

Susahnya nak mengikhlaskan hati bila buat dalam keadaan terpaksa.

Dan sangat menyampah bila menghadap orang yang sentiasa fikir dia adalah mangsa keadaan.

Dan kenapa saya asyik tereja keadaan jadi ke adaaan????

only a creation created by the almighty creator

Thursday, April 4, 2013

Sukan lagi

Mama selalu pesan, kalau demam sikit-sikit tu kena bersenam bagi keluar peluh. Kebetulan pula hari sabtu ini sekolah akan mengadakan hari sukan tahunan. Jadi, sepanjang minggu ini, kami sibuk membuat persiapan dan latihan untuk rumah sukan masing-masing. Seperti tahun lepas saya dan Mudr masih lagi menjadi guru bagi rumah hijau. Tidak banyak acara yang dipertandingkan. Hanya lumba lari 100 dan 200 meter, bola baling bagi pelajar perempuan dan street soccer bagi pelajar lelaki.

Disebabkan bilangan ahli yang tidak mencukupi, maka berlakulah 'import' mengimport pemain dari rumah lain. Tak kisah la kan. Asalkan masing-masing enjoy.

Saya pun ambillah peluang mengeluarkan peluh sambil latih pelajar perempuan bermain bola baling. Jujurnya saya tidak pandai pun pasal bola baling ni. Kena la google dulu pasal benda alah tu. Di sini kami tiada subjek Pendidikan Jasmani. Jadi dalam seminggu ni lah para pelajar nak bermain sepuasnya.

Jadi, jika ada sesiapa yang berkelapangan boleh la hadir untuk memeriahkan hari sukan kami pada hari sabtu ini, di Padang Surau At-Taqwa, Seksyen 7. Berdekatan dengan Rumah Exco kerajaan negeri selangor.

P/s
Kalau anda sukar tidur malam, salah satu cara yang berkesan adalah dengan bersukan. Insyaallah malamnya anda akan tidur lebih nyenyak.

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, April 2, 2013

She Was Taken...

My beloved Kak Didi was officially taken by her prince charming, En. Hafiz last Friday. At last, she had found her Mr right (^_^) 


So last week I had a long journey from Tapah Road to Kuala Terengganu on Thursday, and back to Shah Alam on Saturday. luckily my big bro (Hafiz Ghani) with his wife Kak Idah fetch me in Tapah Road and Kak Mun in Jengka, and willingly become our driver and tour guide. So, big bro, we owed you big. 

My Kakak looks so beautiful in her gold wedding dress, but she looks different. Is planning the wedding make her lost so much weight? Haish...haish. ...

I feel very happy for her wedding. But one thing that troubled me is her tears when we about to leave. What's with the tears kakak? Though you are married that doesn't mean that we're being apart right? I hope that should be the last time I see your tears. And to En. Hafizuddin, please don't let the tears fall again, okay? 

The best photo I have
Beautiful, isn't she?

P/s :
Lepas ni manja dengan Kak Hasl je lah...

only a creation created by the almighty creator

Thursday, March 21, 2013

EMM

Education, marriage and money telah bergumpal dan menyumbatkan neuron-neuron di dalam otak.

Tiba-tiba rasa rindu pada jernih tasik Timah Tasoh. Pada hijau hamparan padi di sekeliling Baitul Mahabbah.



only a creation created by the almighty creator

Wednesday, March 20, 2013

Bertabah

Jangan give up dulu....Ni semua ujian je. Tabahkan hati. Fa inna maal usri yusra... Behind every hardship there is an ease... Mudahkanlah Ya Allah....Mudahkanlah...

"Adakah kamu mengira kamu telah beriman sedangkan kamu bekum diuji....."

Tabah, tabah, tabah...

only a creation created by the almighty creator

Monday, March 18, 2013

Go with the flow

Just go with the flow. Never stop hopping though the haze limits the view. But the destination is somewhere up there.

Kak Has once said," Awak tak payah fikir sangat. Buat je."

Yerp.Keep concern about others but what's left for the future. Even ourselves have rights on us.

The fitnah will never stop. And you can just do nothing. nothing other than pray. They will stop if they get tired, maybe. Or if I'm no longer there.

Ahahaha.... Bodohnye la selame ne.....

only a creation created by the almighty creator

Thursday, March 14, 2013

3 Perkara

3 things that a woman expect from a man:

  1. protection
  2. guidance 
  3. support

only a creation created by the almighty creator

Monday, March 11, 2013

kasar dan kesat...

Kenapa laku semakin kasar, kata makin kesat?
adakah kerana hati yang dipenuhi karat?
lantaran dosa yang bertingkat-tingkat?
atau kerana rasa hati yang terlalu kelat?
Pedih jiwa yang bagai disiat?
dikata orang biadap dan khianat?
Jika aku biadap, adakah kau tak khianat?

Sempatkah menjengah pintu taubat?
menyental hati yang karat?
Menyembuh jiwa yang tenat?
Sebelum terperosok ke dalam lahad?
Berteman cacing dan ulat?

Kalau aku derhaka, apa laku mereka tidak celaka???

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, March 6, 2013

Karnival Vs Test 1

Sekarang sedang bergelut antara latihan persediaan untuk Karnival Sekolah-sekolah Islam Selangor dan juga Ujian penggal 1 peringkat sekolah. Kalaulah Doraemon tu wujud, saya nak minta dia tolong buat mesin klon untuk saya. Satu duduk rehat baca buku tepi tasik, satu laith peserta pidato dan bercerita, satu lagi siapkan 5 daripada 6 set kertas soalan yang due datenye adalah pada 13 hari bulan ni (T___T)

Malam Sabtu kelmarin telefon mama sebab mama tanya progress satu perkara ni. Sekali la ucap selamat hari jadi untuk mama yang jatuh pada esoknya. Rasa bersalah sebenarnya sebab tak balik rumah. Dan sebenarnya saya terlupa akan tarikh tersebut kerana fokus pada satu planning yang mana akhirnya dibatalkan pada saat akhir...huhu...sedihkan (T__T)

Dan untuk menambahkan rasa sedih dan bersalah, mama kata "Adib tengok gambo kamu ni. Dia panggil-panggil , Mi (umi)". Esoknya, mama Adib pula sms. Katanya,

"Adib rindu. Die tgk gambo kmu, tk igt name, ble na ckp tgk pe? Tgk umi? Terus ajuk 'Mi' ". So Sweet kan?

Jadi, Jumaat malam nanti, membujur lalu melintang patah, dengan izin Allah tentunya, saya akan cuba balik kampung. Walau terpaksa membawa balik buku dan laptop, atau menggunakan telepati melatih peserta pidato dari jarak jauh.....

Saya dah 8 bulan. Mama dan Umi akan semput bila dukung saya 

only a creation created by the almighty creator

Monday, February 25, 2013

tulis-tulis

Nak tulis ape ek? Tulis je la pape pun...Haaa...dah tulis pun
ok dah siap tulis dah.
Tata (^_^)

-petangyangsenget-

only a creation created by the almighty creator

Friday, February 22, 2013

Jauh di mata, dekat di hati...

Jika memegang sesuatu, janganlah menggenggamnya terlalu erat. Kelak, jika perlu melepaskan, pasti akan berbekas di tangan. mungkin juga akan menggores luka yang meningggalkan parut. Sentiasalah beringat, apa sahaja yang berada dalam genggaman kita, bukan milik kita. Tetapi tetap milik Allah jua. Dan Dia berhak mengambilnya pada bila-bila masa, samaada kita bersedia atau tidak, rela atau terpaksa. Tika itu, peritnya akan tetap terasa. Bekasnya tetap berparut di tangan. Setiap kali melihat parut itu, ingatlah. Ianya merupakan  teguran dari Allah. Setiap sesuatu adalah milik Allah.

Tetapi, jangan disesali apa yang terjadi. Jangan dicemuh barang yang hilang. Sebaliknya, bersyukurlah. Kerana berpeluang untuk memilikinya walau hanya sesaat. Diberi peluang untuk belajar menghargai. Kini, belajarlah pula untuk melepaskan ia pergi. Jika ditakdirkan Allah, insyaallah. Yang patah kan tumbuh, yang putus pasti bertaut. Jika tidak di dunia, di mana lagi yang lebih baik, selain dari syurgaNya yang kekal abadi.

Bertemu, berpisah kerana Allah, lumrah kehidupan insan beriman....
-Cebisan Kenangan, Amar-

only a creation created by the almighty creator

Thursday, February 21, 2013

Sufyan al-Thauri

Kenikmatan tidak lagi dirasa pelaku yang haram,
dosa dan aib tetap berlanjut sepanjang masa,
akibat tetap abadi dengan akibatnya lagi,
apalah ertinya kenikmatan yang berkesudahan api.
-Sufyan Al-Thauri-

Muliakan dirimu dalam banyak urusan,
nafsu yang membawa aib jangan turutkan,
Jangan kau dekati tempat gembalaan yang di larang,
kenikmatannya sirna dan kepahitannya berkelanjutan.
- Al-Hussain bin Muthair-

Suggest to read

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, February 13, 2013

Tempat Yang Diberkati

ÙˆَÙ‚ُÙ„ْ رَبِّ Ø£َÙ†ْزِÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ†ْزَÙ„ًا Ù…ُبَارَÙƒًا ÙˆَØ£َÙ†ْتَ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…ُÙ†ْزِÙ„ِينَ

"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat"


-Al-Mukminun: 29-

Adakalanya kita takkan dapat semua yang kita mahukan. Tetapi, setiap kalinya Allah tahu apa yang kita perlukan. Kadang kala kita merasa lelah dalam menempuh perjalanan yang terasa panjang. Kala yang lain pula, kita keliru. Adakah kita telah sampai ke destinasi yang dituju atau sebenarnya ia hanyalah persinggahan yang bakal ditinggalkan sebagai satu sejarah dalam perjalanan yang masih panjang....

only a creation created by the almighty creator

Friday, February 8, 2013

Wednesday, February 6, 2013

When Mama asked, "BILA??"

I'm going back to Tapah this Friday with Cik Liza as it will be Chinese New Year holiday. Plus with Cik Liza have something to discuss with the whole family, her wedding..... again. For the third time (hope this should be the last and forever). So this issue also related with my FB status for yesterday..(you know.. the gajah and hamster thing..)

I called mama as soon as Cik Liza called to inform me about the issue. Mama nagged to me on a few things and suddenly she asked, "Kamu bile?"

I asked her back," Bile ape, ma? Makan baru jap tadi. Kelas pukul 11 jap lagi."
"Turn kamu bile? Memain pulak."
"Hmm...London Political Science School macam best la ma?"
Mama, " Huh. Mama sakit perut."

only a creation created by the almighty creator

Friday, February 1, 2013

My Girl MV "I Cry"



Dah tak tau nak watpe...so I Cry je la ek??
Hohoho....senget..

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, January 30, 2013

Berjuang bersama, syahid bersama, Ke Jannah bersama

Gambar di bawah ini saya ambil dari Facebook Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria . Kisah cinta yang sangat hebat. Mereka membuktikan cinta mereka adalah kerana Allah. Love ilal jannah, love in fisabillah, etc... so true...so true..

Cemburu, terinspirasi, apalagi yang mampu saya gambarkan. Cinta sejati, yng membawa bahagia yang hakiki....




KISAH CINTA DUA PEJUANG SYRIA

Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.

Sebelum berkahwin, Mahmoud Al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri Syria. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah saloonwanita di wilayah Halab.

Mahmoud kini merupakan mujahidin barisan hadapan di Hayyu Sheikh Saed. Beliau sebelum ini pernah dipaksa keluar daripada Syria dan bersama-sama mujahidin di Libya. Disana beliau banyak mempelajari skill peperangan dengan mujahidin Libya.

Beliau kemudiaanya pulang ke Syria untuk bersama-sama kebangkitan rakyat Syria menjatuhkan Basyar Asad. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini merupakan anak kepada salah seorang pimpinan Parti Baath.

Nour pernah membuat satu akaun Facebook yang tidak dikenali dan menjadi aktivis sosial media. Beliau juga menggerakkan protes dan menyebarkan berita berkenaan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan rejim.

Selepas ayah dan abang Nour mengetahui berkenaan berita tersebut, Nour dibelasah sehingga cedera teruk dan terpaksa dibawa ke hospital. Berita tentang beliau menjadi perbualan ke seluruh kota, dan Mahmoud mengetahui tentang berita tersebut.

Nour dan Mahmoud menyertai gerak kerja protes menjatuhkan rejim dan kemudiaanya menyertai pasukan mujahidin mengangkat senjata menghadapi tentera rejim.

Mereka menyertai Briged Jabhah An-Nusrah dan merupakan mujahidin barisan hadapan dalam menghadapi rejim. Nour menjadi sniper yang handal setelah diajar oleh Mahmoud berkenaan penggunaan senjata dan sebagainya.

Mahmoud dan Nour berkahwin pada Julai 2012 dan menjadi pasangan suami isteri yang tangkas di barisan hadapan mujahidin menentang tentera rejim.

Cinta mereka bukan hanya sekadar melafazkan kata-kata cinta di bibir, tetapi dibuktikan dengan kesediaan untuk sanggup bersama di medan juang. Semoga Allah memelihara mereka berdua.


only a creation created by the almighty creator

Friday, January 25, 2013

Mr Bie - Sonata Seorang Kekasih | Sonata Muslim Salju (Cover)



Bumi Shah Alam basah
Rerumput hijau yang menadah
titisan air mata dari awan yang mencurah
hiba menyelubungi hati-hati
mengenang perjalanan sirah seorang nabi
Wahai nabi
Andai saja Kau masih di sisi....
only a creation created by the almighty creator

Tuesday, January 22, 2013

23 Januari, Yang ke-24




23 Januari datang lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu juga. Saya tak pernah merasakan hari lahir itu sesuatu yang istimewa. Melainkan peringatan bahawa umur kita semakin singkat dan ajal kita semakin dekat, masa semakin suntuk untuk roh dijemput izrail. Jarang sekali saya mengucapkan selamat hari lahir kepada orang lain, (mungkin kerana saya sukar mengingat tarikh lahir orang lain), dan begitu juga saya tidak mengharapkan ucapan dari orang lain.

Coretan ini sekadar peringatan. Usia yang bertambah, bagaimana dengan hitungan amal? Timbunan dosa? Mana yang lebih tinggi? Cukupkah bekalan amal di dunia? Untuk di bawa ke liang lahad pada bila-bila masa? 24 tahun, bukan terlalu muda untuk Izrail memberi salam. Tidak juga tua untuk selesa dengan amal yang ada.

Kerana saya tidak tahu bila ia datang, maka bersedialah pada bila-bila masa. Andai masa tiba untuk saya meninggalkan dunia, maka semoga saya pergi dalam pembebasan dari hutang dan dosa.

Mati itu pasti......


Sanah Helwa, for the apples of my eyes.....

only a creation created by the almighty creator

Singa lapar

Esok hari yang sangat penat, sangat penat, sangat penat. Macam mane tau? kelas dari pukul 12 sampai satu je dah 3 kelas. Bersambung pula ke 2.30 samapi 4.30 ada 3. Bertindih pula dengan gerak gempur. Tulah. sape suruh cuti sampai seminggu. Hambiiik kau kelas ganti besusun-susun. Teaching plan yang dah out the plan. Dengan budak makin nakal nye. Tak pernah-pernah dalam 3 tahun ni hentak meja kat kelas form 1. Tahun ni nasib tak roboh meja kena hentak. Bisu la sekejap. PAstu buat balik.

Awal-awal tahun dah ada rambut kena pangkas. Sampai abang dia datang complaint rambut adik dia tak lawa nak pergi wedding. Nasib la. Ada aku kisah rambut adik dia nak jadi hapa? Dah bagi warning last week kan. So nasib la. "saya tak nak la meroyan kat sini sebab tu saya tanya dulu. Ustazah kat sini semua kenal saya kan?" Kau nak meroyan pun ada aku kisah. Dengan jambul dia sekali saya pangkas jap lagi.

Jangan tanya kenapa mood macam singa lapar. Kalau rasa tak nak kena baham pergi main jauh-jauh.

only a creation created by the almighty creator

Thursday, January 17, 2013

1924, Do know? Do you mind?





1924
The truth about the state
It wasn’t always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land
One central authority
Crushing the romans
persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear
When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city
Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don’t ever
Mess with Muslims
The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated “the crusade war has ended”
In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here �
How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history
from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology
the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah’s they all failed miserably
& many of them responded with Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah
Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah (SWT)
After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough
the Muslim Ummah
began to sink
In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through
brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall
In 1920′s mustafah kammal with the help of the british becomes the hero
Hmm well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
The khilafah!!!
he abandon all the rulings of Allahâ he did not stop there
He abanded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey
In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won’t learn this in college
Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 saudi arabia & iran
next year egypt &
In 32 iraq
In 1945
jordan indonesia
Lebonen & syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them pakistan
but it was only an illusion
a false resolution
far from the solution
In 1948
The Jews establish their israeli state
In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:
I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I will not allow any carving up while we are alive!!!!!
In 1960′s
somolia & nigaria
kuwait & algeria
In 1964 Came the PLO
yasar arafat
The us scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!
Let us recall 1970
For those who don’t remember
That was the year
That we had black September
The king of jorden
& yaser arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back
The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity
But his promise never went through
soon after iran and iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims
Over what!!!??? What else!!! the agenda of the west!!!Åšat the end there were no resolution
Today iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in iraq continue to sufferâ
SubhanAllah!. where is the Amir of the Ummah??!!!!
Another decade gone
But we still don’t have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990′s
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
It’s year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It’s time for us to change
It’s up to you & me
Either we make history
or we become history


only a creation created by the almighty creator

Sunday, January 13, 2013

Tak boleh nak buat

Saya tak faham kenapa orang selalu bagi saya option yang saya tak boleh nak implement. Cubalah bagi yang praktikal dan reasonable. Balik-balik perkataan 'k' tu jugak yang disebut. Kot la nak melaksanakan tu macam order roti canai telur kat kedai mamak, kire settle la kan. And apa jaminan yang segala masalah dan cobaan (sebut gaya P. Ramlee k) tu akan settle? Kot jadi sebaliknye macam mane? sigh...

Dan seminggu yang dibazirkan..... Ternampak-nampak Teaching Plan yang memang dah out of plan (T___T)

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, January 9, 2013

Tak Masuk Kelas lagi....

Semester persekolaham dah masuk minggu kedua. Seminggu lepas hanya sibuk dengan orientasi sahaja. Saya pula sibuk di pejabat dan menguruskan hal-hal teknikal untuk orientasi. Kiranya saya belum keep in touch lagi dengn pelajar baru. Yang mereka tahu saya TeacherFaza, the cikgu disiplin. Tapi rasanya mereka dh kenal pun saya. Introducer ramai je.

Minggu ni pula saya hanya datang ke sekolah tak sampai sejam pun. Isnin saya datang hantar surat MC. Pagi tadi datang jumpa Mudir sekejap dan isi borang cuti. Wak gapo nyo awal tahun doh mintak cuti? Jangan risau, bukan sebab nat bertunang, bersanding ke hapa. Tapi sebab saya tak sihat. Sakit kepala dari hari Jumaat, ditambah pula dengan sakit belakang and mild fever. Maka, here I am.

Kalau orang sihat duduk rumah, cuti 3 hari, rasanya heaven la kot. Tapi kalau kes saya ni tak tau nak cakap la. Kebosanan tahap gaban menari. Tapi nasib baik ada sahabat sudi menyedekahkan lappy die. Maka kira macam telan arcoxia la sikit.

Cukup dulu la kot takat ni. Makin panjang makin merapu pulak kan. Keadaan saya pun takde la teruk sangat. Ala-ala senggugut je....

See ya (^_^)


only a creation created by the almighty creator

Friday, January 4, 2013

Sangat Sedih

Antara hari paling sedih dalam hidup.........

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, January 2, 2013

Soalan hujung tahun

Saya ada satu soalan. Tapi saya nak tahu jawapannya pada hujung tahun nanti. Sebab sekarang saya tak bersedia lagi. Kalau saya terlupa tolong ingatkan yea (^_^)


# !+>lv5 uv>l!v6vq

only a creation created by the almighty creator

Followers