About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, November 11, 2010

REHAT

Me: akak, rindu la.....
kak Di: rindu akak ke? *sambil kelip-kelip mata*
Me: semua...rindu akak, rindu nak serabut serabai fikir pasal kerja, rindu nak pergi program, semua....
too comfortable right now. too relax. tak boleh go on macam ni.....

Salam to my dearest ikhwah and akhwat.
Agak lama Sutera Jihad sunyi dari post yang baru. Atas kekangan-kekangan yang tidak terduga dan beberapa faktor teknikal, maka Sutera Jihad terpaksa menyepi buat seketika. Tetapi Alhamdulillah otak penulisnya belum lagi sepi dari terus memikirkan sesuatu yang dapat dilakar di atas Sutera ini. Sebetulnya saya sedang dalam kerinduan. Kerinduan untuk 'menggoreng' (kepakaran yang ditauliahkan oleh rakan-rakan bila tiba waktu presentation), rindu untuk melakar sesuatu di atas Sutera ini, rindu untuk bersama dengan sahabat-sahabat yang sedang rancak berpencak di gelanggang ilmu, tekun menadah hikmah di taman-taman syurga.

Sebetulnya saya sangat risau dengan keadaan hidup saya sekarang. Apa yang akan saya lakukan selepas tempoh cuti saya tamat? Adakah saya akan masih lagi bergelar pelajar atau saya akan terjun ke dalam masyarakat tanpa persedian yang mencukupi? Adakah Sutera Jihad akan masih berkibar untuk memberi manfaat kepada masyarakat? Atau saya akan bertukar menjadi ahli masyarakat yang tipikal yang mana tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling dan hanya peduli bagaimana untuk hidup esok? Jika ini berlaku, saya kira saya sudah mati dalam kehidupan ini....

Kembar saya pernah bertanya, untuk apa saya risaukan semua ini? Tidak bolehkah saya hidup seperti orang lain? Seperti dirinya? Seperti yang saya katakan tadi, itu bermakna saya sudah mati dalam kehidupan. Mengapa? Kerana.....pada saya tidak ada kehidupan tanpa perjuangan. bukankah manusia itu dijadikan sebagai Khalifah untuk mentadbir bumi? Dan matlamat akhir kehidupan adalah untuk mencapai Mardhatilah. Ini adalh usaha kecil saya untuk mencapai Mardhatilah. Kalau dengan kerisauan dan kebimbangan ini mampu menyelamatkan diri saya dari neraka Allah, dan sekiranya amalan dan usaha saya yang kecil saya ini mampu membantu saya di hadapan Mizan Allah di Mahsyar nanti, maka saya tidak rasa rugi untuk melabur.

"Wahai orang yang beriman, mahukah kamu Kami tunjukkan satu perniagaan yang mampu menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu......"

Jika Allah telah membentangkan janjiNya, mengapa saya perlu khuatir? Yang sedang saya khuatirkan sekarang adalah sekiranya satu hari nanti saya hilang keyakinan pada janji Allah ini? sekiranya saya terlarut dalam kesenangan dunia yang sementara ini? Sekiranya malas dan takut menyelubungi saya? Itu yang saya khuatirkan.

Istiqomah. Senang dilidah, sedap ditelinga tetapi berat di hati, sukar untuk dilaksana......

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkan hatiku pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu,
dan di dalam jihad di jalan Mu,
Permudahkan segala urusanku,
dan tunjukkan aku jalan redhaMu.

No comments:

Followers