About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, March 30, 2012

saya

Maaf kiranya entry ini tiada mukadimah. Agak berbelit dan tersirat walau hakikatnya ingin berterus terang dalam menyatakan yang tersurat. Tetapi semakin terbelit dan berselirat. Entahlah.

Dalam seminggu ini saya banyak bermasalah dengan manusia. Kata bijak pandai, hubungan dengan manusia itu tamsilan hubungan kita dengan Allah. Jadi saya simpulkan, masalah saya dengan manusia ketika ini adalah kerana saya bermasalah dengan Allah.

Saya kepenatan. Kelelahan. Minggu yang sarat dengan kejutan dan perkara di luar dugaan. Keserabutan yang seringnya memeningkan, dan kadangkala menjengkelkan. Dan rasa jengkel itu kadangkala diluahkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Secara tidak sengaja, pada tempat, masa dan keadaan yang tidak sepatutnya. Dan terkesan pada mereka yang mengocak air yang sudah sedia keruh. Menambah retak pada hati yang sedia rapuh.

Kata mereka, jiwa yang cekal itu, tersenyum dalam duka, tawa dalam resah. Mereka yang hebat itu, mampu menggembirakan yang lain, walau hatinya dalam gundah dan walang. Saya bukan jiwa yang cekal itu, bukan juga mereka yang hebat itu. Ketika ini, saya ingin menjadi saya, mengaku bahawa saya hanyalah saya, yang biasa-biasa dan bukan seorang yang super dalam semua perkara.

Hanya seorang manusia biasa, bukan google atau wikipedia yang tahu semua perkara, bukan super woman yang gagah perkasa.

Jangan berharap terlalu banyak, kerana saya letih dengan harapan.

only a creation created by the almighty creator

Thursday, March 29, 2012

tired

I am haggardly tired..............
and broken

only a creation created by the almighty creator

Monday, March 26, 2012

Pilihan

Saya memberikan situasi di bawah kepada para pelajar tingkatan tiga ketika mereka sedang menduduki kertas Sirah untuk ujian Satu baru-baru ini. Agak-agak mengapa saya berikan mereka situasi dan soalan berikut ketika mereka sedang menduduki ujian, ya?

Apa yang akan anda lakukan sekiranya pada suatu hari, anda terjatuh di tebing yang sangat tinggi. Anda hanya berpaut oada akar yang akan tercabut pada bila-bila masa. Hidup anda sebatang kara, tiada harta, tiada saudara mahupun keluarga yang akan menangisi apa-apa yang terjadi kepada anda.

Anda mempunyai dua pilihan:

  1. tunggu sehingga akar itu tercabut dan jatuh ke bawah dengan pasrah
  2. berusaha untuk naik ke atas dan meneruskan kehidupan
Atau memilih jawapan yang ketiga iaitu melepaskan akar tersebut sebelum ianya tercabut.

Jawapan yang paling dan yang paling teruk akan di letakkan di dalam blog ini. Tengoklah mungkin malam ini atau esok.


only a creation created by the almighty creator

Keliru

Kadangkala keliru. Adakah dia memang sedang benar-benar bahagia atau sekadar mempamerkan kegembiraan untuk kelihatan bahagia. But deep inside bleeding......

only a creation created by the almighty creator

Thursday, March 22, 2012

Kehadiran

Pasangan jiwa saya...

Bahunya perlu cukup teguh untuk melindungi, tetapi juga perlu cukup empuk untuk dijadikan tempat bersandar.
Hatinya perlu cukup keras kepada kebatilan tetapi perlu juga lunak untuk memaafkan.
Tangannya perlu sasa untuk melaksana tanggungjawab, tetapi perlu juga lembut untuk menyapu air mata, juga perlu cukup cermat untuk membalut luka.
Yang diinginkan bukan hanya mulut yang petah berkata-kata, tetapi juga telinga yang sedia mendengar.
Bukan hanya wang ringgit dan kemewahan, tetapi juga belaian dan kasih sayang.
Bukan hanya mengenalkan dirinya semata-mata, tetapi yang lebih penting, adalah memperkenalkan Penciptnya.
Bukan hanya menjaga dan melindungi fizikal diri, tetapi juga iman dan hati.
Bukan hanya membina rumah di dunia, tetapi, turut bersama membina mahligai di syurga.

Tetapi,
Sebagaimana saya menginginkan dia yang seperti itu, dia juga pasti menginginkan saya yang itu juga. 
Tetapi, hati saya belum cukup keras kepada kebatilan dan belum cukup lembut untuk memaafkan.
Tangan saya pula belum cukup sasa untuk melaksana tanggungjawab dan belum cukup lembut untuk menyapu air matanya, juga belum cukup cermat untuk membalut lukanya. Telinga saya pula belum cukup terlatih untuk menjadi pendengar setia, sedang mulut pula masih banyak bebelan dan omelannya. 
Bukan hanya kurang harta dan wang, tetapi juga belum layak mencurahkan sayang. 
Bukan hanya belum betul-betul mengenali diri sendiri, tetapi juga masih berusaha untuk mengenali Pencipta diri.
Tetapi, 
Sedang juga berusaha sekeras mungkin, untuk mengukuhkan dan mengempukkan bahu, mengeras dan melunakkan hati, Menjadikan tangan sasa tetapi lembut serta cermat, melatih telinga untuk mendengar dan mengurangkan omelan dan bebelan.
Bersedia atau pun tidak, masanya akan insyaallah akan tiba jua.......



Koleksi Gula-gula

Salam alaik...

Hari ini bertandang ke Klinik Ortopedik HTAR Klang. Kali ini sampai 3 orang doktor yang mengadap fail saya seorang. Kasihan dengan pesakit yang lain kerana mencuri masa mereka. Tapi yang bagusnya pada hari ini adalah ketiga-tiga orang doktor itu adalah doktor senior yang berpengalaman. Bukan doktor-doktor muda yang akan menyuruh saya mengulang cerita yang sama berulang kali (tapi adalah juga soalan 'what is your problem' tu) walaupun medical report itu ada ditangan mereka. Dan antara yang menarik adalah salah seorang doktor tersebut dapat mengesan keganjilan yang terdapat pada Lumber yang tidak 'menarik perhatian' doktor-doktor lain sebelum ini. 

Penerangan yang diberikan juga lebih jelas dan terperinci berbanding sebelum ini. Mungkin kerana hari ini saya datang dengan 'pengiring' (hmm....ada kaitankah, Teacher?). Tapi saya turut disuruh menjalani semula rawatan fisioterapi yang telah dihentikan sebelum ini. Walaupun saya memberikan alasan bahawa ahli fisioterapi telah pun mengajar cara senaman yang betul (tapi sebenarnya saya tidak pun mengamalkannya :p) tetapi kata doktor tersebut ahli fisioterapi itu lebih tahu cara yang betul. Dan menurut preskripsi yang diberikan, mereka menambah satu lagi terapi iaitu ultrasound therapy menggantikan electrotherapy yang dijalankan sebelum ini. 

Dan seperti biasa, kerana kesemua 'gula-gula' yang diberikan sebelum ini tidak berkesan, mereka memberikan saya sebeban 'gula-gula' baru, bekalan untuk 6 bulan akan datang. Melihatkan kepada banyaknya jenis 'gula-gula' yang telah ditukar sebelum ini, saya katakan pada mereka bahawa saya boleh membuat satu senarai koleksi 'gula-gula' dari Klinik Ortopedik HTAR ini. Jadi, ini adalah senarai 'gula-gula' saya setakat ini setakat yang saya ingat: 

1) celebrex 200mg
2) etoricoxib 60 mg
3) vitbion forte tablet
4) diclofenac sodium 50 mg
5) eperisone HCL 50 mg
6) Paracetamol 500 mg (yang ini semua tahu kot) - yang terbaru
7) meloxicam 7.5 mg - yang terbaru

(cukup 7 jenis, macam Dragon Ball (^_^) )


Sebenarnya ada lagi 'gula-gula' lain yang diberikan oleh Jabatan Kecemasan dan klinik lain yang saya kunjungi tetapi yang di atas adalah yang masih saya ingat setakat ini kerana ada yang tidak ambil pun di farmasi. Dan itu belum lagi termasuk suntikan-suntikan, berjenis-jenis krim atau gel dan plaster yang juga silih berganti.

Ibrah


Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza. Saya diuji dengan scoliosis dan hypermobility syndrome. Tetapi orang lain diuji dengan perkara berbeza. Saya bersyukur sekurang-kurangnya masalah yang saya alami ini tidak sampai mengancam nyawa, tidak seperti sakit jantung mahupun darah tinggi. Dan, seperti yang kita semua tahu bahawa kesakitan itu adalah peluang pahala bagi yang tahu merebutnya kerana ianya akan mengkifarah segala dosa, disamping mengingatkan kita tentang kematian. Kepada sesiapa yang biasa berkunjung ke klinik-klinik atau wad ortopedik, pasti akan tahu betapa ngerinya melihat besi berceracakan di kaki dan tangan, pemandangan yang sangat sinonim di jabatan tersebut. Pernah pada suatu ketika, saya melihat ada seorang lelaki yang dipasangkan besi di kepalanya, ianya kelihatan sangat menyakitkan dan menyusahkan. Allahurabbi....sangat menginsafkan bagi diri yang kurang bersyukur ini. Berkunjung ke hospital adalah satu terapi yang baik untuk hati, sama dengan kita menziarahi tanah perkuburan kerana ianya mengingatkan kita tentang kematian dan rasa bersyukur. 

Selain itu, ujian yang ditimpakan ke atas saya ini secara tidak langsung merupakan ujian kepada orang lain juga. Sesiapa sahaja yang diuji dengan masalah kesihatan amat memerlukan sokongan dari orang lain kerana bebanan emosi yang ditanggung. Sekurang-kurangnya untuk mendengar rintihannya ketika sakit. Alhamdulillah kerana di sisi saya sentiasa ada 'malaikat-malaikat' yang dihantar Allah untuk membantu. Jazakmullahu khairan jazak.... Terima kasih atas bantuan, doa dan kata-kata semangat yang tidak pernah putus dari kalian, yang menyebabkan manusia yang hampir terjatuh ke dalam jurang ini selalu untuk cuba naik semula dan meneruskan kehidupan. Semoga segala pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya membuahkan pahala di sisi Allah. Amin...insyaallah.


only a creation created by the almighty creator

Monday, March 12, 2012

Pelindung


Jika benar aku adalah tulang rusukmu yang hilang,
Maka bersabarlah untuk satu penyatuan.
Sebelum itu, kuatkanlah dirimu.
Kerana engkau adalah tangan yang akan melindungiku,
Dan aku adalah rusuk yang akan melindungi hatimu.
Jika ditakdirkan belum masanya,
Itu bermakna,
Kau belum cukup kuat untuk melindungiku,
Dan aku belum cukup kuat untuk melindungi hatimu.....



only a creation created by the almighty creator

Wednesday, March 7, 2012

Sejarah dan Doa Angin Ahmar


Sejarah Doa Angin Ahmar a.k.a Penyakit Tamparan Syaitan
Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah. Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.


only a creation created by the almighty creator

Followers