About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, November 29, 2013

Titipan

Ada titipan di atas meja. Dengan nota, "jika berlaku sesuatu kepada Faza, berikan kami kepada empunya blog berikut." Saya ada perjalanan hujung minggu ini. Agak jauh. Mungkin selamat, mungkin tidak. Jika selamat kembali, insyaallah titipan itu akan diberikan sendiri. Sebagai tanda maaf untuk suatu khilaf atas suatu kebodohan yang diluar kawalan. Jika tidak, maka harap titipan itu sampai kepada yang berhak dengan selamat.

Titipan lain:
Kedai buat Mummy dan Daddy
Cincin, rantai dan gelang pada para pemberinya
Untuk rumah yang sedang disiapkan, ada sedikit tabungan
Lagenda biar berkhidmat di desa, bagi sesiapa yang memerlukan
Dipulangkan segala yang telah dipinjam, terima kasih kepada yang memberi pinjam

Hanya itu sahaja titipan, semoga bermanfaat
only a creation created by the almighty creator

Wednesday, November 27, 2013

Fatima - Keimananku | Official Video

Salam and greetings to all :D
Di bawah ni video lagu bertajuk Keimananku - Fatima
Salah seorang ahli Fatima ni adalah Ummi Pipik, isteri kepada Allahyarham Ustaz Jefri El-Buchori, seorang pendakwah terkenal di Indonesia. Sebelum ni saya ada kongsikan video nyanyian Allahyarham yang ditujukan khas untuk isterinya, Pipik. 
liriknya ada di bawah video ni. (kena scroll ke bawah la eh)
Selamat menghayati ;D



Andai matahari di tangan kananku 
Takkan mampu merubah yakinku 
Terpatri dan takkan terbeli 
dalam lubuk hati 

Bilakah rembulan di tangan kiriku 
Takkan sanggup mengganti imanku 
Jiwa an raga ini 
Apapun adanya 

Andaikan seribu siksaan 
Terus melambai-lambaikan derita yang mendalam 
Seujung rambutpun aku takkan bimbang 
Jalan ini yang ku tempuh 

Bilakah ajalkan menjelang 
Jemput rindu-rindu syahid 
Yang penuh kenikmatan 
Cintaku hanya untukmu 
Tetapkan muslimku selalu 

credit to:
http://aluhpuspita.blogspot.com/

P/s:
Ada orang kata hidup kat dunia ni kita kena berlakon je. Ada masalah, berlakon je macam takde pape. Stress, berlakon je macam ok. Jadi, teruskan berlakon :D

only a creation created by the almighty creator

Monday, November 18, 2013

Hidup Baru, Perjuangan Yang Baru

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Akhirnya, dapat juga kesempatan untuk mengemas rumah yang dah penuh dengan sawang ini. Allahu... rindu teramat sangat untuk mencoret manfaat di sini. Mengembalikan Sutera Jihad kepada tujuan dan "fitrah" asalnya.

Sibuk. Boleh dikatakan kebanyakan manusia pernah menggunapakai perkataan (atau alasan) ini untuk menggambarkan keadaan mereka. Dengan itu, mereka akan dapat menjustifikasikan setiap tindakan mereka agar kelihatan wajar. Hanya dengan satu perkataan, SIBUK.

Dan saya juga sedang menggunakan alasan sibuk, maka kerana itulah SJ ini terabai agak lama. Perkembangan terbaru, saya kini baru sahaja melangkah ke dunia baru, iaitu dunia perniagaan. Sebenarnya, saya telah pun melibatkan diri dalam perniaagaan sejak dari kecil lagi. Keluarga saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Daripada menjual minyak petrol (kerana dahulu stesen minyak terdekat adalah 10 Km dari rumah saya), buah-buahan ketika musim buah hinggalah produk jualan langsung. Ketika darjah 1, saya dan kakak berjual nasi lemak di sekolah agama. Ketika sekolah menengah kami berjualan nasi lemak dan kerepek yang dipek kecil-kecil. Jika tak silap saya sebungkus dalam 20-30 sen.

Tetapi, menguruskan sebuah perniagaan secara sepenuh masa tidak pernah menjadi impian saya. Pada saya, orang yang business minded ini ada sisi gelap yang tidak saya sukai. Mungkin kerana kebanyakan ahli perniagaan yang saya kenali adalah anak tarbiah sistem kapitalis bergigi emas yang dahagakan hasil keringat golongan bawahan. Yang memandang semua perkara dalam nilai matawang, profit dan margin. Yang setiap saat mencari ruang dan peluang untuk buat duit. Jika ramai orang berpendapat politik itu kotor, pada saya perniagaan tidak kalah kotornya.

Tetapi, kini, di sinilah saya melangkah. Dalam terpaksa, tanpa rela. Memperjudikan segala tabungan yang ada, yang disimpan bertahun-tahun untuk suatu impian, terpaksa dilaburkan untuk sesuatu yang tidak begitu pasti. Susah. Tekanan dari mental dan kerahan tenaga fizikal. Payah. Dengan modal yang kecil dalam keadaan ekonomi yang tragik. Perit. Apabila mengadu, jawapan yang diberi, "tiada apa yang mudah". Seolah-olah saya tidak punya hak untuk merasa sedih dan tertekan.

Namun, Alhamdulillah... masih ada yang sudi menjadi penguat. Bahu tempat menumpah air mata. Telinga yang mendengar keluh tangis. Yang berkongsi perit ketika rantai hadiah pertama ketika menjejak dunia dan rantai tangan titik peluh 3 tahun menjadi pendidik dicagar ke bank. Saya tidak sedih ketika melepas kedua barang itu kepada kakak pegawai Bank Rakyat di Shah Alam. Tiada setitis air mata yang jatuh ketika itu. Tetapi, saya sebak ketika orang lain yang menangis kerana itu. (macam menyesal pula bagi tau).

Mengalah. Itu perkara paling mudah. Tetapi, apabila mengenangkan, keadaan ekonomi umat Islam kala ini, saya jadi tidak sampai hati. Sahabat-sahabat saya memerlukan tempat untuk meletakkan produk mereka. Umat Islam kini pula diserang melalui pemakanan dan ekonomi. Produk halalan toyyibah pula kurang mendapat tempat di pasaran semasa.

Kerana itu, saya gagahkan diri. Saya tertekan, menangis hampir setiap malam. Tetapi, setiap kali mengenang keadaan ummat, dan harapan para sahabat, saya bangkit, walau tersungkur berkali-kali. Jualan pada hari pertama saya adalah sebanyak 40 sen dengan seorang pelanggan sahaja. Pun begitu saya sujud syukur padaNya. Itu rezeki. Sedang ada orang lain yang berlapar tanpa ada seteguk air pun untuk di minum. Alhamdulillah pada hari ini jualan meningkat kepada RM9.10 dengan 3 orang pelanggan. Moga perjuangan ini dikira Jihad di sisi Allah. KepadaNya segala pergantungan. Dia yang meletakkan saya di atas jalan ini. Dan Dia tidak akan mensia-siakan saya.

only a creation created by the almighty creator

Followers