About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Sunday, September 28, 2014

Sabar

Sabar itu indah.....
Kata Yaakub, tatkala buah hatinya hilang direnggut takdir
Diulangnya dua kali
Dalam tenggang waktu yang lama

Sabar itu untuk bertahan
Seperti Hajar mengendong Ismail
Kala Ibrahim menghilang di tengah gurun

Sabar itu...
Ikhtiar yang tiada putus..
Kala jalan lain tertutup..
Pejamkan mata..
Sesungguhnya Allah bersama
Jika kau tidak melihat jalan di hadapan
Maka
Satu-satunya yang Dia ingin kau lakukan
Adalah sabar
Kerna Dia bersama dengan orang yang sabar

Lawan amarah itu sabar
Jangan dilawan api dengan api
Sabar itu umpama air
Diam dalam tenang

Sabar bukan menyerah
Tapi mengambil masa sedikit
Menunggu arahan seterusnya dari Dia
Sabar itu seolah-olah berehat seketika
Sementara menunggu petunjuk seterusnya

Dalam sabar itu
Tundukkan wajahmu
Serulah namaNya
Wahai yang Maha Sabar
Pinjamkan daku sifat sabarMu....


only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 25, 2014

New

There are a few new things that come in my life for the past few months. As was mentioned in the previous entry.... I have a new, partner cum new roommate...hehe... Alhamdulillah I got married to Mr Mohd Amirul on 1st August 2014 at my parent's residence in Tapah Road.  

Since, this new roommate got a new job in Singapore, so we have to move Johor Bahru. So here we are in a new town, which is way different compared to Shah Alam. Even thought there's a lot to be annoyed such as the traffic, but there are also many to be appreciate of. For example, the food. You know, tauhu bakar, otak-otak and intriguing curry laksa. And not to forget the friendly and helpful neighbors even tough majority of them are Chinese. 

And because of this moving things, I have to re-structure my position in Glokal Energizer. I have to do the marketing here and alone (T__T). Luckily, my brother cum my partner Mr. KAizan Nazlan offered me to make an e-book. The topic is about study tips for secondary students. Well, interesting job as I have experience in teaching. 

And also, my mentor, Mr Solhi Sharif offered our team to join his project in Selangor and Johor Bahru. Alhamdulillah Allah always give his sustenance unexpectedly.

So, I guess that's all for now. May all the new things happened will showered with bless by Allah.  


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, September 24, 2014

Jawatan Dalam Hidup




"Penat tau jadi adik ni. Asyik kena dengar arahan je... Orang bukan nak dengar cakap kita pun," Adu saya kepada suami semasa kami berbual mengisi masa dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru minggu lalu.

"Kalau kita bagi nasihat, diorang cakap kita suka tunjuk pandai. Kalau melawan kata kurang ajar... Haish... penat betul," Saya masih belum berhenti mengomel. Encik suami yang berada di sebelah hanya tersenyum membiarkan saya meluahkan perasaan. Orang perempuan ketika marah memang kurang akal. Nasiblah dapat isteri yang kuat membebel ini...

Setelah saya puas membebel, barulah En. Suami memulakan tazkirahnya. Katanya, " Awak tau tak dalam hidup ni, setiap orang tu memegang pelbagai jawatan dalam hidup. Jadi adik tu salah satu jawatan awak. Tapi awak sedar tak yang awak ada banyak lagi jawatan yang lagi besar dan lagi penting? Yang boleh bagi impak yang lebih besar pada orang lain?" Saya diam supaya bicaranya diteruskan.

"Contohnya yang paling mudah, jawatan awak sebagai blogger, trainer, teacher tu... semua tu jawatan yang penting dan bagi impak yang besar pada crowd awak. Orang mengharapkan sesuatu dari awak, inspirasi, motivasi dan mereka nak awak bantu mereka berubah. Jawatan awak ni sangat penting."

"Jadi, buat apa awak nak concern sangat dengan jawatan awak sebagai adik tu? Kalau sebagai adik orang tak nak dengar pendapat awak, tak respect awak, awak fokuslah pada jawatan lain yang lebih penting tu. Pada orang lain yang nak dengar cakap awak. Yang lebih perlukan awak."

Nafasnya dihela sebelum meneruskan bicara. Saya hanya membisu sambil cuba mencerna apa yang disampaikannya sebentar tadi... Dalam fikiran saya, mula menyetujui akan kata-katanya. Mengapa saya perlu bersedih dengan satu peranan dalam hidup sedangkan saya masih mempunyai peranan dan tanggung jawab. Bukan bermakna saya perlu megabaikan terus peranan tersebut. Tetapi, untuk terus memprotes dan bersedih tidak akan mengubah keadaan dan orang-orang yang terlibat. Bak kata guru saya, Tuan Solhi Sharif "Saya tiada masa untuk melayan oran yang tidak suka saya kerana saya sibuk melayan orang yang suka saya". Jadi, isilah peranan dalam jawatan yang kurang menyenangkan itu sekadar termampu. Selebihnya, serahkan sahaja kepada Allah sebagai penilai.

Kemudian, bicaranya disambung lagi, "Dan... awak tau tak apa jawatan awak yang paling penting sekarang?" Saya angkat kening kepadanya sambil menjawab, "Emmm... Hamba Allah?" Ketawanya terhambur sambil menggelengkan kepala. " Tu memanglah... Haish.. Ni yang lain. Hamba Allah tu betullah.. Yang tu kes lain." "Dah tu?? Ultimate position tu kan Hamba Allah la kan? Ada lagi ke yang lagi tinggi dari tu?" "Yang... Tu jawatan aak dengan Allah. Yang abang maksudkan jawatan awak dengan manusia ni...?" Senyum kelat terpamer di wajahnya." Tak tau la... apa dia?" saya mengalah... Menyerahkan kepadanya untuk menjaab soalan tersebut. "Awak.... Bidadari abang... Yang tu jawatan awak yang paling besar sekali... Yang orang lain tak boleh kata apa-apa. Tak boleh persoalkan pun..."

Dan ketika itu...saya rasa seolah-olah masa terhenti berdetik, dan jasad dicampak ke ruang vakum....


p/s
Foto di atas diambil di sini . Artikel yang bermanfaat untuk perkongsian bersama... Insyaallah...

only a creation created by the almighty creator

The Ultimate

Mr Zauji said:

The ultimate reason to forgive is because we want to enter the jannah. Grunge and hatred only delaying our hisab.

His friend, Mr Roy said:

The ultimate weapon for us to achieve everything we want is, doa

I said:

The ultimate position of human is as Abdi, which is mean slave or hamba. And Abdi here is of course the slave of Allah

And...as every should believe, which mentioned in the Quran the Most Ultimate of all in this world, is Allah.

P/s:
Simple entry based on simple but mid-blowing conversation with 4 glasses of water on the table in a very sweet evening.....


only a creation created by the almighty creator

Friday, September 19, 2014

Sketsa jodoh: Nak yang baik jeww...



Adik   :    Kakak.... lagu mana ni?

Kakak:    Hang ni awatnya? Macam orang meroyan ja...

Adik   :    Kawan-kawan batch adik sume dah kahwin..... huuuuuu..... Adik Sorang je tak kawin lagi...Boypren pun takde..... huk huk.... Nak kawin jugak.....Shreeeettt....

Kakak:    Laaaa.... Ingat hang fail final exam. Nak kahwin sangat? Setakat ni apa usaha hang dalam nak merealisasikan impian hang nak kahwin ni?

Adik   :   Amboi ayat... Haish... takkan adik pulak nak pi cari??? Bukan jodoh tu datang sendiri ka?

Kakak:   Dah tu, awat jodoh hang tak datang-datang lagi? Awat dia duk naik MH370 ka sampai la ni tak muncul-muncul?

Adik:      Ish, kak ni. Ada ka lagu pulak? La ni orang lelaki memilih sangat. Depa nak hat yang cerah, lawa,,kaya, seksi, kerja baguih. Saya ni biasa-biasa ja.... tu pasai susah nak dapat. huk huk huk...

Kakak :  Ooowwhh...Lagu tu ka? La ni hang habaq mai, lagu mana taste hang? Hang nak yang macam mana?

Adik    :   Haaa... Kalau adik kan... Adik nak yang putih, hencem, ada kerja tetap, ngaji sedap, bole jadi imam... pendek kata boleh membimbing adik ke syurga. Yang membahagiakan adik dunia akhirat.Orang kata apa? Forever till jannah gitu...

Kakak :   Ooowh...tang hang pandai nak yang boleh membimbing ke syurga... Boleh jadi imam konon...La ni hang habaq mai kat kak pagi tadi hang bangun tido pukui berapa? Bukan hang solat subuh combine sekali dengan zuhur ka? Bila last time hang baca Quran? Tu, baju hang yang menambun dekat sebulan tu bila nak basuh? Nak tunggu depa basuh sendiri ka? Hang masak nasi pun hangit. Masak ayarq pun kering. Duk demand nak hat yang boleh jadi imam segala. Pastu duk meroyan kata jodoh tak sampai. Kalau akak jadi jodoh tu, akak lari tak toleh belakang dah.

              Lagi satu, ada ka hang mintak kat Allah mudahkan jodoh hang?

Adik    :  Mesti la ada....isk isk...

Kakak :   Haaaa.... memang la ada... Hang doa kat mane? Kat facebook, kat twitter, kat wechat.... Bilanya Allah nak makbul??? Orang doanya la ataih sejadah. Bangun solat malam.... Buat solat hajat....

Adik    :    Huk...huk.... Nak Kahwiiiiinnn.... Shreeeet....shreeeeeeeettt....


Dear sis,

Tak susah nak cari jodoh sebenarnya. Kan Allah dah kata "Laki-laki yng baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang untuk laki-laki yang baik pula," (An-Nur: 26).

So, usaha yang paling penting adalah dengan memperbaiki diri supaya jadi lebih baik. Sebagaimana kita mahu yang terbaik sebagai pasangan kita, dia juga tentu mahukan kita yang terbaik.

Maka,berusahalah untuk jadi lebih baik, moga akan dapat yang baik, semuanya akan baik-baik (^__^)



only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 18, 2014

Cerita Hari Bahagia

  Tanggal 1 Ogos 2014, penantian selama 4 tahun itu berakhir. Maka bermulalah suatu perjalanan baru dalam kehidupan dua orang insan. Apabila pintu itu dibuka, maka dengan nama Allah yang Maha Penentu, yang telah menuliskan takdir kami dengan QalamNya di Lauh Mahfuz, yang telah , mencatat namanya sebagai orang yang memimpin tangan saya, maka kami melangkah memasuki pintu asing itu. Sama ada bersedia atau tidak, apa yang menanti disebalik pintu itu harus dihadapi......BERSAMA...

  Tiada lagi istilah 'one-man-show', kerana kini semua kita dan kami. Walau kebersamaan itu tidak sentiasa, dan kadang kala perpisahan itu tiba. Namun, walau jasad terpisah ruang dan waktu, hati sentiasa bersatu, dalam doa pada yang satu....

  1 Ogos 2014, detik transformasi dalam hidup. Walau ada yang hilang ketika itu, namun gantinya sesuatu yang terlalu istimewa. Ya... harganya mahal. Dibayar dengan air mata yang masih mengalir hingga ke hari ini. Namun, hadirnya dia, seolah-olah menggantikn segala yang hilang. Walau tak sama, tapi cukup untuk mengubat luka yang dalam. 

  Cerita bahagia ini, mungkin tak selamanya ceria. Tapi, walau mendung datang, badai menerjah, ingatlah, pelangi akan muncul selepas hujan. Dan sebelum cuaca itu berubah, langit itu penah cerah. Awan itu pernah redup meneduh lelah. Kerana Bahagia yang abadi, apabila dua jiwa disatukan, bersama menatap wajah yang Maha Indah, di singgahsana abadi. 



only a creation created by the almighty creator

Followers