About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, December 31, 2011

plaster


Ada sesiapa yang boleh berikan saya plaster?
Saya nak balut hati yang tengah berdarah...


Friday, December 30, 2011

Sekiranya Allah Belum Makbulkan

Sekiranya kau telah banyak meminta,,
Telah sering berdoa,
Telah puas merayu,
Tetapi,
Allah masih belum makbulkan permintaanmu,
Belum memberi keinginanmu,
Bukan bermakna Dia tidak mendengar,
Bukan bermakna Dia membenci,
Bukan jua kerna Dia kedekut,
Apatah lagi dzalim

Tapi,
Mungkin kerna amalmu belum mencukupi,
Doamu tidak rapi,
Ikhlasmu belum memadai,
Maka ditangguhnya pemberian itu,
Supaya kau cukupkan amalmu,
Kau rapikan doa mu,
Dan padai ikhlasmu.

Atau,
Dia belum puas bicara dengan mu,
Masih ingin mendengar celotehmu,
Ibarat sang ayah yang tersenyum mendengar aduan anaknya,
Atau ibarat sang kekasih yang minta dimanja.

Berbaik sangkalah denganNya,
Bukan Dia tidak mahu memberi,
Tapi belum masanya,
Bukan Dia tidak memahami,
Tapi, kerna ingin memberikan hanya yang terbaik sahaja.


Thursday, December 29, 2011

Yang mana satu ye???


Ada satu situasi. Seorang muslimat diminati oleh dua orang lelaki. Yang pertama adalah seorang aktivis dakwah yang cerah dan jelas fikrahnya, tetapi terpikat dengan rupa dan penampilan. Keterampilan dan kewibawaan semata-mata. Dan ingin melamar muslimat tersebut supaya tidak di"sambar" oleh orang lain. Lelaki kedua pula seorang yang biasa-biasa sahaja tetapi terpikat dengan ke'solehah'an muslimat tersebut. Dan ingin melamarnya dengan harapan supaya dapat merubah diri ke arah kebaikan dan betul-betul hendak dijadikan isteri. Bukan nak main 'cop-cop' dulu.

Yang mana satu yang lebih baik untuk dipilih?

Random question which crossing after reading http://ruhmemali.blogspot.com/2011/12/mancen-ikan.html

Saturday, December 24, 2011

3H: muhasabah diri

Fasa ujian datang silih berganti. Kala ini saya sedang merenung kembali tinggalan masa yang berlalu untuk beberapa hari. Teringat entry Ustaz Hasrizal, "Jika ini sebuah perjalanan, adakah Khidir sebagai penunjuk." Saya buka lembaran semalam.Hyperventilation yang menemani sejak Khamis hingga ke saat ini masih setia di sisi. Saya bertanya pada diri, tatkala teringat kandungan entry itu, apa yang Allah ingin tunjukkan pada saya? Dengan setianya HV di sisi, banyak urusan saya yang tergendala. Kesemua kelas tuisyen terpaksa dibatalkan kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Yang mana secara tidak langsung menampakkan tanggapan negatif terhadap saya. Saya dianggap tidak profesional. 

Teringat pesan seorang sahabat, "tafakur dan muhasabah, penghubung kita dengan Allah." Saya sambut pesan sahabat dengan aplikasi. Setelah direnung dan diselam, akhirnya, saya kira, saya ketemu jawapannya. Allah sedang menegur saya.

Dalam kebelakangan ini, banyak program yang tidak dapat saya hadiri. Dan tentunya dengan alasan, "saya mengajar," "Ada kelas" dan yang seerti dengannya. Seolah-olah, tuisyen itu menjadi prioriti utama melebihi tuntutan gerak kerja jamaah. Sedang, ianya hanyalah sambilan sahaja dan masanya boleh di fleksibelkan mengikut awlawiyyat. Tetapi, saya leka. Dan akhirnya Allah menegur saya dengan cara ini. Terbungkam di rumah tanpa dapat ke mana-mana. Usahkan mengajar, menunggang motorsikal sahaja tidak mampu. Begitu mudah Allah menarik nikmat dari seseorang. 

Saya bersyukur dengan teguran ini. Sekurang-kurangnya saya masih diberikan kesedaran untuk menginsafi kelalaian diri. Sesungguhnya rezeki itu dari Allah. Dang jangan takut kehilangan rezeki kerana gerak kerja Islam. Allah takkan membiarkan pekerja-pekerjaNya kebuluran dalam perjuangan. Cuma mungkin akan diuji dengan sedikit kelaparan. 

Saya nukilkan kisah ini, supaya, sekiranya berlaku lagi, mungkin nukilan ini akan mengingatkan saya untuk tidak tersalah langkah lagi.

Friday, December 23, 2011

A Love Story



Such a sweet love story
When you decided to find Allah's pleasure,
Allah will please you with happiness.


Thursday, December 22, 2011

The Perfect Lover




A:  Boyfriend saya tu teruk betul la. Bila saya demam dia buat tak tau je. Bila saya merajuk bukan dia reti nak pujuk. Buat do no je. Menyampah betul.

B:  Mungkin dia tak tau awak tak sihat kot. Tak pun dia ada masalah. Sebab tu dia macam tu.

A:  Takde nye. Dia tu memang macam tu. Awak kalau nak cari boyfriend jangan cari yang macam tu. Baik cari yang caring, loving, understanding. Tapi dia tu dah la tak romantik, caring loving tu jauh sekali.

B:  Tapi saya dah ada kekasih. Dan He's so perfect.

A: Eh, mana ade orang perfect kat dunia ni.

B:  Awak tau, Dia sangat caring. Dia sentiasa jaga 24/7 tau. Tak payah tunggu sakit pun. Pastu Dia sangat romantic. Suka sangat bagi surprise kat saya. Bagi hadiah, macam-macam.

A:  Eeee, bestnye. lagi apa dia buat kat awak?

B:  Kalau saya nak apa, minta je. Dia mesti bagi punya. Kalau saya susah, sedih, takut Dia sentiasa ada dengan saya. Pastu lagi, Dia ada bagi love letter kat saya. Tak mainlah sms-sms ni. 

A:  Lagi-lagi? Eee, jelesnye saya....

B:  Dia suka buat prank kat saya. Mula-mula tu saya marahlah. Tapi lepas tu saya sedar yang Dia buat prank tu sebab nak saya ingat kat Dia je. Romantik sangat kan?

A:  A'ah la. Best nye jadi awak. Saya pun nak pakwe macam tu juga la.

B:  Awak pun boleh jadi kekasih Dia juga.

A:  Awak ni biar betul? Awak tak kisah ke? Tak cemburu?

B:  Tak. Saya tak kisah pun. Saya lagi suka. Lagi ramai orang nak jadi kekasih Dia, lagi saya suka.

A:  Siapa pakwe awak ni? Bertuahnya dia...

B:  Siapa sahaja berkasih dengan Dia akan bertuah. Sebab Dia adalah Allah yang satu.


Berkasih dengan Allah, takkan pernah kecewa

Brothers - Epilog Seorang Hamba

Tuesday, December 20, 2011

(---_---)

kita dekat, tapi jauh
kenal tapi asing
tahu, tapi tidak memahami
sama, tapi berbeza
nampak tapi kabur

satu kemahuan tapi lain tanggapan
sama harapan tapi lain garapan
melangkah di jalan yang berbeza
tapi mengaharap bertemu di penghujung yang sama

jauh untuk saling mendekat
asing untuk tambah mengenal
faham tak sama dengan tahu
berbeza untuk mencari kebersamaan
kabur untuk menapis apa yang tak sepatutnya nampak

bermain dengan masa
jangan mencerca takdir yang ada
esok akan tetap menjelma
mungkin ceritanya berbeza
hanya Dia yang tahu segala

Thursday, December 15, 2011

Laskar Pelangi

Some one suggested me to watch this remarkable movie. Subhanallah. Most Grateful Allah who gave such idea to the writer of this film. Which was from a novel. Please do watch this film. Don't waste your time with low quality Malaysian film.

Laskar Pelangi 

As beautiful as the rainbow


GPK HEM

Jika mampu ku katakan TIDAK,
Pasti sudah ku luahkan,
Namun,
Aku teringat akan janji Penciptaku
La yukallifullahu nafsan illa u'sa'ha..
Kami tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya
Aku terdiam,
Ku renung taklifan yang menanti di hadapan,
Kata sahaja tidak berguna,
Perancangan harus seiring tindakan,
Fiqh awlawiyyat dan kelicikan siasah perlu dipadukan,

Terngiang kata-kata naqibah kesayangan,
Jika bukan kita siapa lagi?
Jika bukan di sini di mana lagi?
Jika bukan sekarang, bila lagi?

Friday, December 9, 2011

Dari lorong itu....



"Sedangkan seorang pelacur pun Allah bagi dia masuk syurga semata-mata sebab dia bagi seekor anjing yang kehausan minum air. Inikan pula aku. Aku pernah buat lebih dari itu. Anak-anak jalanan yang bersepah kat sini, aku yang bagi diorang makan. Aku yang pelihara diorang. Takkan aku tak boleh masuk syurga?" Jelingan sinisnya menikam wajah gadis muda dihadapannya. Khaty, atau Khatijah, sangat disegani di kawasan ini. Dia primadona di lorong pengap dan kusam ini. Yang pada siangnya sunyi dari sebarang aktiviti, kecuali sesekali lori pengangkut DBKL yang menjalankan rutin hariannya. Tetapi, menjadi seolah tapak pesta kala malam menjengah. Syurga bagi yang mencari kenikmatan duniawi yang sementara. 


"Benar, wanita itu diberikan syurga. Tapi bukan semata-mata kerana budinya pada anjing tersebut," Khadeejah, aktivis Nisa', sebuah NGO yang prihatin dengan keadaan semasa masyarakat, menutur bicara bersulam senyuman. 


"Jadi, jika bukan kerana itu, kerana apa?" Asap rokok berkepul bersama persoalan yang meluncur. Gadis itu tersenyum kembali. Menarik nafas yang panjang sebelum memulakan kalimah yang seterusnya. 


" Wanita itu menjadi penghuni syurga kerana rahmat Allah." Sebuah lagi senyuman diukir. Sedang bibir hitam yang disalut gincu merah menyala itu mencebik. "Rahmat....Huh!"


"Rahmat Allah diberikan kepadanya kerana keikhlasannya ketika membantu anjing tersebut. Dan kerana itu, melalui rahmatNya, Allah campakkan keinsafan dalam hatinya, lalu wanita itu meninggalkan pekerjaan sebagai pelacur dan kembali ke jalan Allah. Wanita itu bertaubat dan membina hidup yang baru. Yang lebih baik dan mulia di sisi Allah."


"Aku buat banyak kebaikan. Seperti yang ku katakan, aku melakukan lebih dari yang dilakukan oleh wanita itu. Tetapi mengapa tiada rahmat yang turun padaku? Mengapa aku masih terus di sini? Selama 30 tahun aku di sini. Usahkan rahmat. Malah cacian dan makian yang aku dapati saban hari. Di mana rahmat tuhan yang kau katakan itu? Dimana?!" Suaranya meledak garang. Sarat dengan kekecewaan terhadap hidup yang dilalui. Pedih yang ditanggung selama 30 tahun dihamburkan kepada gadis muda dihadapannya. "Apa yang kau tahu tentang hidup anak muda? Dunia ini kejam dan zalim. Di mana keadilan jika kau dan mereka dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, sedang aku dan mereka di sini, dicampak sebagai sampah di lorong jijik ini. Jika tuhan itu adil, mengapa kau di sana sedang aku di sini?"


"“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Ar-Ra'd:13.


"Puan. Kita hanya hamba, puan. Siapa kita untuk mencerca pemberian yang tuhan berikan kepada kita. Setiap pemberian tuhan itu ada sebabnya. Saidina Umar Al-Khattab pernah membunuh anak perempuannya sendiri. Tetapi akhirnya, dia menjadi manusia mulia di sisi Allah sehingga syaitan sendiri takut dengannya. Tapi puan, kemuliaan yang diperolehi saidina Umar itu dibayar dengan pelbagai pengorbanan. Dan pastinya dimulakan dengan hijrah. Allah selalu memberikan peluang kepada hambaNya untuk berubah. Setiap kesakitan, kesedihan, keperitan, musibah,derita dan air mata itu untuk menarik kita kembali kepada Dia. Di kala tiada manusia yang ingin menerima kita, ingatlah, Dia sentiasa ada di sisi kita. Di kala semua manusia membuang kita, Dia menerima kita dengan dakapan kasihNya. Tapi, dengan syarat, bertaubat dan bersungguh untuk kembali kepadaNya."


"Kau tak pernah rasa apa yang aku dan mereka di sini rasakan. Kau tak pernah berada di tempat kami." Sebatang lagi rokok dinyalakan. 


"Puan,  puan masih ingat dengan seorang anak kecil yang secara senyap-senyap puan masukkan ke dalam van Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira 20 tahun dulu? Semasa mereka menyerbu lorong ini dahulu?" Wajah manis bertudung labuh biru itu dipandang. Senyum manis itu masih terukir, tetapi, ada air bening di tubir matanya. "Kau...? Dija?" Tangannya spontan memegang pipi gadis itu. Diusap air mata yang hampir luruh ke pipi. "Ya mummy. Ini Dija. Dija pernah ada di sinikan mummy. Dija tahu bagaimana hidup mummy. Bagaimana perit dan derita mummy. Dija tahu semua mummy."


"Mummy, hidup ini satu pilihan. Allah bentangkan banyak jalan dan Dia suruh kita pilih. Kita selalu keliru untuk memilih antara kebenaran dan kebatilan. Tapi, Allah juga berikan panduan untuk kita memilih. HidayahNya sentiasa ada disekeliling kita. Umpama papan tanda di lebuh raya. Tapi, kita yang selalu abaikan papan tanda itu. Akhirnya kita tersesat. Bila kita sesat, kita marahkan Dia. Kata Dia tak sayang kita. Tapi kita masih tak nak ikut papan tanda yang Dia dah bagi. Marilah mummy. Tinggalkan tempat ini. Dunia di luar sana lebih luas lagi. Allah sayang pada Mummy. Sebab tu Dia hantar Dija ke sini. Untuk bawa mummy dan yang lain-lain keluar dari tempat ini."


"Betul Allah sayangkan mummy? Mummy banyak dosa.."


“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).


Dalam hidup ini, kadang kala kita lupa, bahawa kita ini hanya hamba. Kedudukan kita hari ini adalah ketentuan Allah. Hari ini mungki kita selesa dan merasa selamat dengan amalan kita. Kita yakin dengan amalan kita maka kita akan masuk syurga. Dan kita selalu mencela mereka yang kita kategorikan sebagai pendosa. Sedang mungkin suatu hari kedudukan kita akan berubah.Tak siapa yang tahu. Tetapi, yang pasti, walau siapa pun kita, syurga Allah itu sentiasa menunggu kita. Jika hari ini kita ahli maksiat, berubahlah untuk menjadi ahli ibadah. Jika hari ini kita rasa kita baik, berusahalah untuk menjadi lebih baik. Kerana kita tidak tahu adakah kita dikira baik disisi Allah.......

Thursday, December 8, 2011

Kisah katil sebelah

Hospitalized again. Kasihan pada kak Didi yang terpaksa mengorbankan kelasnya kerana menghantar ke Klinik Kesihatan Shah Alam. Sesak nafas dan sakit dada dari pagi semakin teruk menjelang tengah hari. Mulanya ke Poliklinik Al-Hikmah tetapi doktor hanya akan datang setengah jam kemudian. Melihatkan keadaan saya yang sudah berjuaraian air mata dan hampir tidak mampu berdiri, jururrawat di kaunter menyarankan agar kami ke tempat lain. Jalan yang sesak menambahkan sesak di dada.

Apabila sampai di bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Shah Alam, tiada pegawai yang bertugas di situ. Kami ke kaunter pertanyaan tetapi 'ditolak' kembali ke bahagian kecemasan. Kak Didi dah hampir hilang sabar dengan apa yang berlaku. Tetapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Rupanya di unit kecemasan ada seorang ibu yang hampir bersalin. Beliau di masukkan ke situ kerana merasa sakit ketika sedang berkursus di Seksyen 7. Katilnya betul-betul di sebelah katil saya dan hanya dipisahkan oleh tirai. Suasana sangat kelam kabut dengan jururawat yang berlari ke sana ke mari. Dan mereka di unit kecemasan itu seolah-olah tidak bersedia untuk menyambut kelahiran tersebut. Dan tentunya saya seolah-olah diabaikan seketika kerana ada kes yang lebih penting. Dalam hati yang mampu saya lafazkan adalah nama Allah dan memujuk hati sendiri dengan berkata, " takpe, ada nyawa baru yang lebih penting untuk diselamatkan,".

Tetapi, segala ketegangan itu seolah-olah berakhir apabila suara tangisan yang halus kedengaran. Begitu menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengar. Tangisan pertama dari seorang anak manusia yang baru melihat dunia. Subhanallah, Wallahamdulillah. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup. Bayi perempuan seberat 2. 9 kg (jika tak salah saya) itu kemudiannya dihantar ke HTAR dengan menggunakan ambulan.

Apabila pulang ke rumah, dan berbual-bual tentang kejadian tadi, Kak Didi, "Akak nak marah sangat masa dekat Klinik tadi, tapi bila dengar baby tu nangis for the first time baru rasa sejuk sikit."

Saya tiada kesimpulan untuk kisah hari ini. Tapi pasti ada ibrah disebalik apa yang berlaku
Buat si gadis kecil yang comel, 8 Disember 2011 merupakan hari pertama kamu melihat dunia. Semoga hidup diberkati dan kamu menjadi muslimah solehah mujahidah pembela agama. Panjang umur dengan izin Allah kita akan ketemu lagi.

19 Tahun Musnahnya Masjid Babri

Pada 6 Disember 1992, berlaku satu peristiwa yang tidak akan, dan tidak sepatutnya dilupakan oleh masayarakat Islam diseluruh dunia. Peristiwa penyerangan dan perobohan Masjid Babri, iaitu antara masjid tertua dan menjadi kebanggaan masyarakat Islam di India. Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan masjid tersebut, tetapi juga meragut ribuan nyawa masyarakat Islam yang mempertahankan kesucian masjid tersebut.




Punca, dalang dan sejarah peristiwa ini boleh anda layari di sini dan di sini .




Di mana sensitiviti kita sebagai umat Islam jika kita tidak mengetahui tentang peristiwa penting seperti ini? Musuh Islam bukan hanya ada  di Palestine, tetapi di mana sahaja, malah mungkin di dalam rumah kita sendiri. Dan mereka punya 1001 cara untuk menghancurkan umat Islam, tetapi mereka tidak akan  mampu untuk menghancurkan Agama Islam yang dipelihara oleh Allah ini.

Friday, December 2, 2011

Panik BunkFace Vs Klip 3P

Semalam dan hari ni heboh dibicarakan di Facebook tentang lagu BunkFace yang di banned oleh RTM. Saya pun tak pasti mengapa lagu ini diharamkan siarannya. Setelah mendengarnya sebentar tadi, dan membaca ulasan penyanyi kumpulan tersebut saya dapat simpulkan bahawa ada golongan-golongan tertentu yang berasa terancam dengan lirik lagu tersebut. Walaupun Bunkface menegaskan bahawa mereka tidak berpihak pada mana-mana parti politik, tetapi nilai juang anak muda yang digambarkan di dalam lirik lagu tersebut sudah cukup membuatkan beberapa pihak berpeluh dingin. Ditambah lagi dengan perkataan 'reformasi' yang memang menjadi badi bagi mereka. Seolah-olah sumpahan yang bakal menelan mereka bila-bila masa.

Apa kaitan pula dengan filem Klip 3P? Filem ini juga muncul dengan kontroversi yang hangat diperkatakan. Jika Panik dikatakan mengancam kesejahteraan negara (mungkin itulah alasan kenapa lagu itu diharamkan) Klip 3P pula sangat mengancam "kesejahteraan" anak-anak muda. Ironinya, filem ini bukan sahaja ditayangkan dipawagam, tetapi juga di saluran AstroFirst di Astro. Yang bermakna, setiap lapisan masyarakat, dari bayi berumur satu hari, hingga orang tua yang menunggu mati boleh menontonnya.

Saya tinggalkan pembaca sekalian untuk menilai dua fenomena ini, yang saya kira, pembaca sekalian sudah cukup matang untuk menilai apa sebenarnya yang berlaku di negara kita ketika ini.


Followers