About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Sunday, January 23, 2011

Aku yang Semakin........

Hari ini umur ke bertambah sehari lagi
Hari ini genap hari yang ke 8030
Aku menumpang di Bumi Tuhan
Hari ini ada satu rasa yang bertapak dalam hati
Rasa yang bukan seindah perisa
Rasa yang mengkelan tetapi harus ku telan
Rasa bahawa masa ku di dunia semakin singkat
Pandanganku samar tentang masa hadapan
Adakah akan ku tempuh detik yang sama?
Tanggal yang sama pada tahun hadapan?
Adakah angka 22 tahun ini akan bisa bertambah kepada 23 dan seterusnya?
22 tahun bukanlah terlalu muda untuk bersuka ria
Al-Fatih menawan Konstantinopel pada usia sehijau 23 tahun
Bukan juga terlalu tua untuk berlagak pandai dan bergaya
Terlalu banyak yang belum diteroka
Sehingga kini masih banyak yang belum terlaksana
Seandainya tidak ku dapat melangsai semua
Perlu ku cuba sehabis daya
Kerana tujuan penciptaan ku bukan saja-saja sebagai makhluk yang biasa-biasa
Seandainya esok masih ada
Biarlah darjatnya berbeza
Bukan semakin jauh daripadaNya
Yang ku mohon dengan sehabis usaha
Agar aku lebih dekat denganNya
Kerna aku ingin pulang kepadaNya
Dalam limpahan redhaNya

Seinfiniti syukran untuk Chocolate Indulgence yang sedap dari "Islahian Sisters". Semoga ukhwah ini dalam redhaNya.
Selamat hari lahir juga buat sebahagian dari diriku, yang pernah berkongsi segalanya di alam sebelum kehidupan. Semoga kita akan tetap bersama di alam seterusnya. Walau kata jarang terungkap, namun dikaulah Sigaraning (belahan jiwa) ku.
Buat sahabat-sahabat yang berkongsi Januari sebagai bulan pertama melihat dunia, semoga terus thabat dalam perjuangan. Islam tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam.

Akhir sekali, buat diriku yang sering leka, MATI ITU PASTI!!!!! Hidup........Insyaallah

23 Januari 1989 / 16 Jamadil akhir 1409

No comments:

Followers