About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, December 28, 2012

New "Post"

Alhamdulillah, wa syukurillah. 2012 sudah hampir ke penghujung. Segala tawa dan duka, titis air mata dan keringat akan tersimpan sebagai mutiara-mutiara ibrah dalam sebuah perjalanan kehidupan. Dan 2013 membuka lembaran baru dalam kehidupan. Berubah jawatan tidak bermakna tanggungjawab semakin berkurangan. Tapi masih merasakan satu kelegaan apabila tidak lagi menyandang jawatan GPK HEM. Ini bermakna saya akan punya lebih ruang untuk fokus kepada proses pengajaran . Tetapi, Setiausaha PBS juga bukan satu tanggungjawab yang boleh dipandang ringan. Ibaratnya terlepas dari mulut naga, terpaksa pula menghadap mulut buaya. Cuma bezanya buaya tiada api dan tidak boleh terbang (^_^)

Harapannya semoga saya terus diberikan kekuatan untuk memikul sebarang amanah yang ditaklifkan. Sesungguhnya, setiap amanah jika dilaksanakan dengan diniatkan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah akan dikira sebagai ibadah. Saya bukanlah aabid atau ahli sufi yang punya banyak masa untuk beruzlah dan beribadah. Hanya inilah yang dapat saya usahakan untuk menampung bekalan akhirat saya.

Selain itu, saya rasakan 2013 memberikan saya ruang untuk menyusun perancangan masa hadapan yang lebih jelas dan sistematik. Impian untuk menyambung pelajaran masih tersimpan kukuh di dalam hati. Begitu juga dengan Future plan yang lain. Semoga segala akan dipermudahkan oleh Yang Maha Merancang.


Ahlan Wa Sahlan 2013..
Syukran jazilan 2012...untuk semua kenangan yang terukir

P/s
ini mungkin entry terakhir untuk 2012. Jika diizinkan Allah dan dipanjangkan usia akan adalah entry untuk 2013.

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, December 25, 2012

About "Sayang"

Few days ago I wrote an entry entitled "Sayang" Click here. There  I said that it was like somebody dedicating the song to me. I also included the video of the song. Actually, I'm dedicating the song to my beloved "Angah". Okay, Who's Angah???

Well...Angah is my student, here in Sri Pintar. She always tell me that she loves me, she cares for me and etc. So, when I listened to the song, it was like she's talking to me. So that's how the idea come to write the post.

So, I hope this will clear all the misunderstanding about the post. It was totally dedicated to my kid Angah.

P/s
Along jangan jeles ek :p
Lain kali untuk Along pulak (^_^)

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, December 19, 2012

Result PMR 2012

Result PMR keluar hari ni. Agak-agak korang apa expectation aku? Seriously aku x expect apa-apa. Apa yang diorang usaha itulah yang diorang dapat. Dan apa yang aku apling tak expect sekali ialah ucapan
"terima kasih" yang sangat "manis". Apasal aku letak dalam bracket? korang faham sendirilah. Tapi komen aku satu jelah. Kalau la dikatakan guru tu macam ibu bapa, agak-agak sama tak hukumnya menyakitkan hati guru dengan menyakitkan hati ibu bapa? Kalau tak sama takpe la. Tapi kalau sama maca mane ek? Aku malas nak fikir. Ok. Nak balik kampung dulu la. Cukup meng"hamba" diri pada orang lain untuk 2012. Nak berbakti pada family pulak. Tak tau la pahala ikhlas ni tinggal banyak mana. Harapnye ada la pulak pahala untuk jenguk mama and ayah pulak.


P/s
Q: Apa barang meluah dekat blog???
A: Page aku, aku punya suka
only a creation created by the almighty creator

Thursday, December 13, 2012

Sayang

biasanya saya dedikasikan lagu untuk orang. 
Tapi bila dengar lagu rasa macam ada orang yang tengah nyanyi untuk saya.
Sweet nye (^^,)




Mama <3 Angah


only a creation created by the almighty creator

Friday, December 7, 2012

Konvo lagi....

Semalam budak-budak Polimer dengan Biokomp batch aku konvo. Jumpa sorang Biokomp kat Petronas Sek7. Nak tegur tapi tak ingat nama. Aku pun tak sangka aku boleh langsung tak ingat nama dia. Dah bertukar pasangan rupanya. Pastu nanpak la gambar-gambar yang diupload kat fb. Semua muka senyum tak  cukupspace dah. Bukan takat sampai telinga dah.

Tipu la kalau aku tak rasa apa-apa kan. Tapi chill la weh!! Your time will come for sure insyaallah. The scroll is not everything, though it will contribute a few meaning in your life. Nothing to regret but lots to be appreciate.

Congrats la for all the polymeris and Biocomp for your special day. And welcome to the real world of occupation. Korang grad dulu, aku kerja dulu (^_^)

only a creation created by the almighty creator

Thursday, December 6, 2012

Berita Baik Untuk Lepasan Tahfiz & Sekolah Pondok!!!



Saje nak iklan program SM Tahfiz Integrasi Sri Pintar untuk tahun 2013. Sesiapa yang berminat boleh hubungi :
03-55101205
atau
013-3826362 (Pegawai Tadbir)
boleh juga mengikuti perkembangan kami di Facebook: https://www.facebook.com/SmTahfizIntegrasiSriPintar


only a creation created by the almighty creator

Tuesday, November 27, 2012

Email lama..

Saya menyelak email-email lama. Tiba-tiba ketemu dengan satu email yang pernah menguatkan jiwa saya. Mungkin penulisnya juga sudah lupa tentang coretannya dalam email ini. Saya kongsikan cebisan ini, kerana mungkin penulisnya akan ingat Atau, mungkin ianya dapat menguatkan jiwa orang lain yang membacanya. Terlebih lagi, sekadar kenangan untuk diri saya. Tentang sesuatu yang memberi makna dalam hidup saya.



jika seluruh gelombang kehidupan ini adalah racun.
maka gelombang di jalan juang adalah penawarnya,
jika kesakitan dunia adalah kifarah dosa,
maka kesakitan di jalan jihad adalah ganjaran pahalanya,
jika kasih sayang dunia sudah pudar dan tiada,
maka ingatlah kasih sayang ALLAH sentiasa bersama di dunia hingga ke syurga

kerana Dia memiliki sifat AR-RAHIM
Kasih sayangNya meliputi seluruhnya...

maka tadah tanganmu, merintih dan merayu kasihNya kerana di situ ada rahmat,
kerana pandanganNya akan jatuh pada hati-hati yang memohom pertolongan dari-Nya.


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, November 21, 2012

Suffer..

The reason of my headache for the past few weeks had been found. The "old fan" had come back. And for sure he really miss me. For the way he acted on Monday. And the pain still suffering me. And I'm really weak to face it. Thank God I still have people in school who always with me. Along, Angah, Farah and Kak Yati who always be with me. And for sure I still have Allah, that never leave me alone. Who always send His servant to help me exactly when I need.

Couldn't bear the pain. But need to fight it. Last night, because of the pain, I recite this du'a again, and really hope Allah will grant it.

"Ya Allah, if death is good for me, then take me back to You in Khusnul Khatimah. But if live is good for me, then give me some strength to face this trial..."

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, November 20, 2012

Kejahatan

Kejahatan itu bersarang dalam diriku
Pergilah......!
JANGAN GANGGU AKU!!!!!!!!!!1

only a creation created by the almighty creator

Friday, November 16, 2012

Bunga api di Gaza, dan Mafela dalam almari

Tidur ku sering terganggu sepanjang minggu ini. Bunyi letupan bunga api saban malam memecah kesunyian malam. Beberapa hari tidak bermuka buku, aku agak ketinggalan tentang perkembangan dunia semasa. Hinggalah suatu pagi rakan serumahku memanggilku untuk menatap komputer ribanya. "Gaza kena serang dengan Zionis. Mereka sambut awal Muharram dengan bedilan roket."

Allahurabbi....sekali lagi. Untuk entah kali ke berapa. Kami menatap kehancuran hadiah zionis laknatullah pada penduduk Gaza sempena awal Muharram. Tidak terkata.

Sesudah zuhur, aku bersiap-siap untuk suatu keperluan. Ketika aku membuka almari pakaianku, aku terpandang dua helai mafela Palestine yang ku beli beberapa tahun dulu. Terlipat kemas di celah-celah pakaianku yang lain. Aku termenung sejenak. Ku jamah helaian kain itu dengan tanganku. Inikah sahaja yang mampu ku lakukan untuk mereka? Hanya dengan membeli dan memakainya? Itu sahajakah? Mengangkat tangan dan berdoa? Itupun jika tiba-tiba teringat. Selebihnya, doa yang panjang berjela itu hanya untuk diriku sahaja. Tiba-tiba, aku rasa malu. Malu yang teramat malu.

Malamnya, aku masih ditemani dengan dentuman mercun dan bunga api. Hatiku baran tiba-tiba. Sejak dulu aku tidak menyukai apa sahaja jenis bahan letupan, baik mercun mahupun sekadar bunga api. Aku benci bunyi bising dan percikan api yang merbahaya itu. Dan aku semakin benci mengenangkan berapa ramai di luar sana yang ketawa dan bergembira dengan letupan dan percikan api itu. Sedang mereka lupa bahawa "bunga api" dan "mercun" di Gaza lebih hebat dan mengujakan berbanding yang sedang dibakar mereka.

Jika terlalu teruja dengan letupan, apa kata pergi sahaja ke Gaza. Bukan hanya serpihan "bunga api" dan "mercun" itu sahaja yang bersepah, malah daging dan tulang manusia juga turut berterbangan.....



only a creation created by the almighty creator

Tuesday, November 13, 2012

It's School Holiday!!! dan....durian..

Sekolah dah cuti. Tapi teacher tak cuti-cuti lagi. Kerja masih membukit di atas meja. Tersenyum baca entri Ustaz Hasrizal bila beliau suruh guru-guru bercuti. Terima kasih ustaz kerana menghargai kami guru-guru (^_^)

Mama di Perak dah buat ayat merajuk dah. "siapkan je la kerja-kerja tu. Kalau ade rezeki merasa la durian yang tak berapa nak ada ni." Huhuhu....Makan dalam ayat tu. Jawapan bila tanya tengah buat apa tu yang tak tahan, " Tengah mengacau kuah durian ni. Budak-budak ada balik ni ha..." Dan saya hanya mampu telan air liur sahaja di Shah Alam ni.

Kalau la buah durian dekat atas pokok tu boleh tunggu saya balik.....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, November 7, 2012

Sembuhkan Dia Ya Allah

Sahabat saya sedang bertarung nyawa di ICU HTAR hari ini. Dia dimasukkan ke  sana pagi tadi kerana komplikasi diabetik. Dan sekarang, sedang 'ditidurkan' oleh doktor.

Ya Allah, sembuhkanlah dia. Kami memerlukan dia untuk perjuangan ini. Senyumnya menghalau lelah. Cerianya mengusir resah. Kembalikan dia, Ya Allah. Ke sisi kami......

only a creation created by the almighty creator

Monday, November 5, 2012

Headache....


T: sakit kepala......
Ag: mandi la hujan lagi.
Dc: demam sikit. 37.1.
T: Klw sbb spec pun mgkn jgk kot.
Dc: Yea jgk. Power dah naik tu..
Ag: Makan ubat..
Dc: Macam mane nak bantu yea? Paracetamol x jalan?
T: Tak langsung
Dc: Biasa ambik ape kalau sakit kepala? Ponstan?
T: Dulu-dulu la...Sekarang takde dah. Sebab dah lame tak sakit macam ni. Kalau arcoxia bole tak untuk sakit kepala?
Dc: Aicoxia kuat sangat untuk sakit kepala (sambil check history ubat dulu-dulu). Meloxicom boleh untuk demam dengan sakit kepala tu. Ade lagi tak?
T: Ade...
Dc: ok. tak payah bagi la meloxicom tu. Try dulu tgk macam mana. Bagi ubat selsema in case kalau ada rase sinus tu terus makan. Bagi vitamin C jugak la.
T: ok...



Hmmm.....ubat lagi.....
only a creation created by the almighty creator

Friday, November 2, 2012

Kenangan



Ni lagu group usrah aku dulu. Bila dengar lagu teringat benda bodoh yang aku pernah buat satu ketika dulu. Dan yang for sure aku akan ingat dekat adik-beradik Harirul Jihadah.

Ingat macam mana Ida akan tepuk-tepuk bahu bila aku rasa nak mengalah, Killah akan tarik-tarik pipi aku bila dia geram dengan kecomelan aku (ok sila muntah sekarang), muka Midah yang takde perasaan bila buat lawak, Fifah yang sentiasa senyum, Kak Mizah comel, Kak Syidah yang sabar tapi selalunya sama naik je dengan adik-adik die, Fina yang suke senyum, Kak Nadiah yang akan jerit "hei" kat aku bila aku buat benda merapu, Adah miss komander yang ayu, and last but not least kakak naqibahku yang ayu, kak Amirah.

Ingat la macam mana melawan fasi kononnye tak nak masuk tasik sebab nanti basah, baju melekat kat badan, takut nampak aurat. Tapi last-last kena 'rendam' dengan air hujan. Lenjun dari hujung kepala sampai hujung kaki.

Serousely aku tengah rindu gila dengan kakak-kakak aku ni. Kesian diorang 3 tahun kena jaga adik bongsu yang macam-macam pe'el ni. Tapi sebab tu aku sayang diorang.

Kat luar tu hujan. Kak Yati tanya aku tadi, "Hujan ni. Faza nak balik macam mana?" Aku jawab senang je, "Hujan tu air je......"

only a creation created by the almighty creator

Thursday, November 1, 2012

Tegas

Hari ini sebetulnya mood saya baik-baik sahaja. Tidak pula saya berangin atau mendung walau Shah Alam basah sepanjang hari. Tapi, tanpa perancangan, saya terpaksa dihadapkan dengan 5 orang pelajar dengan pelbagai kesalahan. 3 perempuan dan 2 lelaki. Dan tentunya sebaik menerima 'anugerah' dari saya, mereka berlalu dengan hati yang mendongkol.

Saya tahu, rasa tidak puas hati yang tertanam di dalam hati mereka turut dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain. "Teacher tidak adil", "Tau nak marah orang je" dan pelbagai lagi ayat-ayat yang sesuai dilabelkan kepada saya. Tapi, pada saya alah bisa tegal biasa. Adakah mana-mana GPK HEM yang tidak menerima gelaran-gelaran seperti itu?

Jika diberi pilihan, saya lebih suka menjadi naqibah dan teacher mereka sahaja. Sebaik menerima taklifan sebagai guru disiplin pada tahun lepas, saya sudah mengjangkakan perkara ini akan berlaku. Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi. Dan apabila memikul taklifan sekarang, saya tahu bahawa ianya akan bertambah.

Setiap kali perlu bertegas dengan anak-anak, saya akan sedih. Sedih kerana saya akan menyakiti hati mereka. Pernah saya terfikir, tidak bolehkah jika saya tidak perlu memarahi atau menggunakan ketegasan? Menjadi seorang guru yang cool seperti watak-watak dalam karya Hilal Asyraf dalam cerpen Matahari? Mungkin kerana kelemahan saya yang masih cetek pengalaman dalam mengendalikan bakal-bakal pemimpin ini, menajdikan saya gagal untuk berbuat demikian.

Setiap kali saya memarahi atau bertegas dengan mereka, saya akan berasa sangat sedih. Setiap kali mereka melakukan kesalahan, saya merasa gagal sebagai seorang pendidik. Dan apabila dilabel dengan gelaran-gelaran sedemikian, saya jadi mati kata-kata. Sedih yang kadangkala menerbitkan rasa putus asa. Kala yang lain pula, saya terfikir, mengapa saya perlu terlalu mengambil berat tentang sahsiah dan akhlak mereka? Tidak bolehkah saya menjadi seperti sesetengah guru yang hanya menghabiskan silibus di dalam kelas dan mengejar gred yang baik untuk pelajar? Tapi, hati kecil saya membantah. Katanya, " TeacherFaza bukan guru yang seperti itu."

Buat anak-anak yang tersayang, kalian akan dewasa. Akan punya anak-anak. Malah akan punya para pelajar yang ingin menumpang ilmu kalian. Sampai satu masa, kalian akan faham, apa yang cuba teacher sampaikan. Uhibbukum fillah, jiddan-jiddan.

Menjadi pendidik itu payah, kerana mendidik itu kerja nabi.....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, October 24, 2012

From "Engaged" to "Married"

Saya menukar relationship status saya di muka buku daripada " engaged" kepada "married".

Sekian.

only a creation created by the almighty creator

Saturday, October 20, 2012

hari yang mendung

Menjalani hari-hari mendung dalam minggu ini. Semendung langit hati saya. Kelelahan, kesedihan, kehilangan, kesakitan dan kelesuan bergabung menjadi teman yang setia. Segaris senyum cuba menghalau kerisauan yang cuba menambah sesak di dada.

Bila kita mohon untuk kuat, Allah akan mendatangkan kekuatan berserta sebab untuk kita kuat. Bagi menunjukkan tahap kekuatan yang diberikan. Begitu juga dengan tabah dan sabar. Pasti didatangkan juga dengan sebab untuk tabah dan sabar.

Saya kuat. Itu saya tahu. Tapi sejauh mana kekuatan saya, itu yang saya tidak tahu. Adakah setegar pohon buluh yang tidak akan patah walau diterjah ribut dan taufan. Atau serapuh lalang yang menunduk tatkala disapa angin gemalai.

Saya selalu gagal untuk menenangkan orang lain. Terutamanya ahli keluarga sendiri. Nak pujuk orang, saya yang hujan lebih-lebih. Cengeng betul....

only a creation created by the almighty creator

Monday, October 15, 2012

Langkah

Mula mengorak langkah untuk sesuatu yang sangat bermakna. Membuka pintu permulaan kepada sebuah kehidupan asing. Kata kakak saya, " apabila sebelah kaki sudah mula menapak, yang sebelah lagi akan menyusul." Akan adakah langkah seterus? Hanya Allah yang punya jawapannya.


P/s
Akan bermusafir lagi esok. Perjalanan sejauh 51 km ditemani kuda perang kesayangan yan banyak berjasa. Semoga dia mampu bertahan. Mudahkanlah Ya Allah....

only a creation created by the almighty creator

Sunday, October 7, 2012

Forum Politik Matang Menurut Perspektif Islam.

Salam ukhwahfillah...

Alhamdulillah. Semalam berkesempatan untuk menghadiri forum "Politik Matang Menurut Perspektif Islam " di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor. Forum ini dipengerusikan oleh Dr. Mohd Suffian (dari UM jika tidak salah saya) dan Dr. MAZA, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil serta Dr. Khairuddin At-Takiri selaku ahli panel.

Sebetulnya saya agak sukar memahami persoalan-persoalan yang cuba dibangkitkan oleh moderator kerana bak kata Dr. MAZA soalannya terlalu panjang. Atau mungkin juga saya terlalu letihsehingga saya kurang fokus. Saya sering bertanya pada rakan di sebelah, "apa soalan dia tadi?" untuk cuba mengaitkan hujah yang diutarakan oleh ahli panel dengan persoalan yang dibangkitkan. Tapi ternyata rakan di sebelah juga bersetuju iaitu soalannya terlalu panjang hingga tidak dapat untuk ditafsir apakah persoalan yang sebenarnya. Akhirnya, saya hanya mendengar dan menumpukan kepada ucapan panelis sahaja.

Saya tertarik dengan point yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal. Kata beliau, kita di Malaysia sangat kurang merujuk kepada sumber ilmu yang kontemporari dari sudut politik semasa. Kita masih lagi merujuk kepada karangan-karangan Mustapha Masyhur, Hassan Al-banna, Syed Qutb dan lain-lain yang diterbitkan 40 ke 60 tahun dulu yang mana kurang relevan pada masa kini. Tidak seperti di Turkey, yang mana karangan-karangan dari ulama kontemporari diterjemah dan disebarkan dengan begitu cepat. Dan ianya di baca oleh para pemuda seawal usia 16 tahun. Dan mereka juga tidak hanya menumpukan kepada karangan ulama-ulama Islam semata-mata tetapi juga turut mengkaji tulisan-tulisan ilmuan barat. Dan ini tidak berlaku di Malaysia. Bukan sahaja para pemuda Islam di Malaysia kurang membaca, malahan juga, bilangan sarjana yang betul-betul pakar dalam bidang politik, sejarah dan ketamadunan boleh dibilang dengan jari.

Sedangkan , untuk melahirkan satu suasana politik yang matang di sesebuah negara, memerlukan kepada pengkajian ilmu sejarah dan ketamadunan yang diadun dengan kebijaksanaan dalam strategi politik. Ini hanyalah keperluan untuk melahirkan suasana politik yang matang secara umum.

Bagaimana pula untuk menghasilkan suasana politik yang matang menurut persepektif Islam? Menurut Dr. MAZA, sebelum membicarakan tentang politik yang matang, terlebih dahulu adalah penting untuk mematangkan individu-individu yang terlibat di dalam kancah politik itu sendiri. Apabila kita membicarakan tentang isu politik, ianya akan menjurus kepada pemerintahan dan kuasa. Jadi adalah penting penguasa atau pemerintah untuk memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Kuasa yang diperolehi bukanlah suatu kelebihan sebaliknya merupakan suatu tanggungan yang akan dipersoalkan di akhirat. Contoh yang diberikan adalah apabila Abu Dzar, seorang sahabat yang soleh meminta jawatan kepada Rasulullah. Tetapi Rasulullah menegur Abu Dzar dengan mengatakan bahawa beliau tidak mampu kerana jawatan itu merupakan sesuatu yang sangat berat.

Tapi, timbul persoalan di hati saya, bagaimana untuk memahamkan pemimpin yang tidak mahu mengikut lunas Islam dalam pentadbirannya sekiranya pemimpin yang mengaku Islam itu tidak yakin dan percaya dengan keupayaan Islam yang mampu mentadbir segala cabang kehidupan? Sedangkan keadilan hukum hudud yang boleh dikaji logiknya dari saintifik dan rasional sahaja ditolak, inikan pula untuk mempercayai tentang dosa pahala, syurga neraka yang sifatnya ghaib dan tidak boleh ditanggapi dengan akal dan logik?

Kesimpulan yang saya perolehi dari forum semalam ialah, untuk melahirkan suasana politik yang matang di negara ini, segalanya perlu dimulakan dengan ilmu, baik diperingkan pemimpin, mahupun rakyat marhaen di peringkat akar umbi. Jika para pemimpin perlu mengetahui mahir dalam strategi pentadbiran, rakyat jelata pula perlu tahu berkenaan cara dan ciri-ciri pemimpin yang perlu dipilih, serta hak-hak mereka dalam sebuah negara.


p/s
sudah lama tidak menulis tentang politik. Serasa banyak kekurangan di sana sini. Ditambah pula dengan kurangnya fokus semasa mendengar, akibat keletihan yang dikumpul dalam masa seminggu ini. Maka yang terhasil adalah perkongsian yang tidak seberapa ini. Moga bermanfaat pada semua. Insyaallah...

only a creation created by the almighty creator

Thursday, October 4, 2012

Kerana Kasihku Padamu

Wahai insan-insan yang ku sayangi
Tak tergambar olehku
Betapa sayangnya aku padamu
Hingga jika boleh
Takku izin walau sekecil hama menjamah tubuhmu
Walau segaris kerut terlukis di wajahmu
Walau setitis air mengalir dari pelupuk matamu

Apatah lagi
Untuk membayangkan
Kau kehausan di dalam Saqar
Dibelasah Zabaniah di dalam Haawiyah
Meneguk cairan besi dan nanah
Meratah zaqqum berduri di dalam Jahannam

Mendengar keluhmu sahaja hatiku resah
Membayangkan rintihanmu di sana
Aku rebah

Wahai insan-insan
Yang amat, amat, amat ku sayangi
Andai dapat sakitmu, pedihmu, dukamu, sedihmu
Berpindah kepadaku
Dan tawaku, riangku, tenangku,
Ku berikan padamu

Wahai insan-insan
Yang amat, amat, amat ku cintai
Sebagaimana aku menginginkan syurga itu untuk diriku
Begitu juga inginku
Untuk ke sana bersama denganmu.....

"Jika kita sayangkan seseorang, mesti kita tak nak dia masuk neraka, kan?"

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, October 2, 2012

Taklifan

"Sesuatu taklifan itu boleh dipandang dari pelbagai sudut. Pertama, ruang dan peluang untuk mendapat manfaat dan kebaikan sebanyak mungkin dengan kelebihan kuasa dan keistimewaan yang ada. Kedua, dapat dilihat sebagai segunung beban yang memaksa untuk dipikul tanpa mengira kemampuan individu yang memikul. Ketiga, dapat juga dilihat sebagai hamparan hikmah yang menjanjikan pahala seluas langit dan bumi. Segalanya, bergantung kepada sudut pandang individu".

Sudut pandang yang ketiga sangat menggiurkan mereka yang haloba dalam memburu redha dan cinta Allah. Teorinya mudah. Dengan menganggap segala taklifan yang dilaksanakan adalah ibadah dan Allah sebagai "majikan" maka, segalanya akan indah walau payah. Tapi itu hanya teorinya.

Sejujurnya, saya sedang berusaha, dengan segala susah payah, untuk mengubah sudut pandang saya yang terpatri pada sudut pandang kedua untuk beralih kepada sudut pandang ketiga. Jika mengikut kata emosi saya, taklifan yang ada kini bukan lagi seperti gunung yang menghempap. Tetapi seperti Matahari yang akan melanggar Bumi!. Dahsyat bukan? Jadi bagaimana untuk saya mengubah sudut pandang saya yang sangat negatif ini untuk menjadi positif? Terus terang, amat, amat, amat susah....

Tetapi, saya tidak mahu terus tenggelam. Hamparan hikmah itu perlu saya teroka. Bukan hanya untuk saya, tetapi untuk mereka yang akan berkongsi segala khazanah hikmah itu. Susah. Sangat, sangat, sangat susah. Payah. Tiada kata yang mampu menggambarkan. 

Tapi, perlukah saya mengalah? Setelah sejauh ini saya melangkah? Walau betapa payah saya rasakan langkah ini, adakah setaraf dengan pedih payahnya murabbi yang telah membuka jalan hikmah ini? Jauh. Teramat, amat, amatlah jauh. 

Jangan mengalah. Saya takkan mengalah. Ini jalan yang saya pilih sendiri. Yang dibuka dengan penuh tawakkal kepada Yang Memberi Petunjuk. Saya perlu terus memberi. Walau saya juga masih mencari. 

Sisihkan Ya Allah, sudut pandang pertama dan kedua. Jadikan saya hamba yang haloba dan tamak dengan redha Mu. Gantikan henyakkan beban ini dengan hamparan hikmah seluas langit dan bumi. 



only a creation created by the almighty creator

Saturday, September 29, 2012

Lelaki dambaan wanita

"Orang perempuan suka lelaki macam mana?"



Rasanya ada beberapa kali aku ditanya dengan soalan ini oleh anak-anakku. Dan aku menjawabnya dengan jawapan yang berbeza-beza setiap kalinya. Tetapi malam ini aku rasa aku mendapat jawapan yang paling tepat.

Pelindung

Itulah yang setiap wanita inginkan dari seorang lelaki. Seorang lelaki yang mampu melindungi dirinya dari sesuatu yang ditakutinya. Tetapi, ketakutan setiap manusia adalah berbeza, maka jenis perlindungan yang diperlukan juga berbeza.

Seorang yang bersifat materialistik, pasti akan mencari seseorang yang mampu melindunginya dari kemiskinan, kelaparan, dan kesusahan duniawi. Maka dicarinya orang yang kaya raya, yang mampu melindunginya dari kemiskinan, kesusahan dan kekecewaan sekiranya tidak memperolehi apa yang dihajatinya.

Bagi seorang yang kesepian, pastinya dia mencari seorang yang mampu menyingkirkan kesepian itu dari hidupnya. Yang mampu mengubat kesunyian hatinya. Memberi ceria dan warna dalam hidupnya. Melindunginya dari kesedihan dan kegelapan sebuah kesepian.

Pelindung dari api neraka



Seorang wanita solehah pula, pasti mendambakan seorang pahlawan yang mampu menjauhkan dirinya dari bakaran api neraka Allah s.w.t. Seorang yang betul-betul cinta akan pasangannya, pasti akan berusaha melindungi diri pasangannya agar kesusahan yang maha dahsyat di akhirat kelak tidak menimpanya. Seorang lelaki, yang mengaku begitu menyintai seorang wanita, pasti tidak akan membiarkan cintanya itu menyebabkan wanita itu terhumban ke dalam api neraka. Analoginya, sekiranya kita takutkan sesuatu, cara yang paling selamat adalah menjauhi ketakutan itu sejauh-jauhnya. Bukan mengambil risiko untuk mendekatinya.

Ketahui apa yang ditakuti

Pesanku, carilah ketakutan dalam dirimu. Kenali dan pastikan apakah ketakutan terbesar dalam hidupmu. Maka dengan itu, kau akan mudah memilih siapa pelindungmu. Bagi para pelindung pula, kenali ketakutan si dia, dan bawa dia jauh-jauh dari ketakutn itu. Tetapi ingatlah, tiada ketakutan yang lebih besar melainkan ketakutan terhadap kemurkaan Allah s.w.t.


P/s
mungkin saya pernah mencoretkan entry yang isinya lebih kurang sama dengan ini. Tetapi tidak salahkan sekiranya saya utarakan semula untuk ingatan bersama.

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, September 26, 2012

Tazkirah Usrah Pengawas

Sedikit perkongsian yang dikongsikan oleh anakanda Imran semasa usrah Badan Pengawas sebentar tadi, yang saya kongsikan buat tatapan anda sekalian. Saya memberikan tugasan ini kepadanya lewat malam semalam secara umum berkaitan kepimpinan. Dan tidak disangkanya beliau dapat melaksanakannya dengan baik sekali.

Saya ceritakan secara ringkas sahaja walaupun nota yang saya catat penuh satu muka surat.


Ayat di atas menerangkan tentang penciptaan khalifah di muka bumi. Kata anakanda Imran, seorang khalifah perlu pertama sekali memimpin hatinya supaya tidak sesat. Sebagai seorang pelajar pula perlu memimpin hatinya supaya sihat. Seorang bapa dalah pemimpin bagi keluarganya manakala ibu adalah pembantu kepada bapa. 

Dalam konteks pengawas sebagai pemimpin pula, seorang pengawas perlu bersabar dengan karenah pelajar yang bermasalah di sekolah. Di sinilah kredibiliti (I add this word) seorang pemimpin akan diuji. 

And this is the best part. Analogi yang digunakan tentang ujian sebagai pemimpin ini adalah seperti permainan Angry Bird. 



Pada level pertama, halangan yang diberikan tidaklah sesukar mana, maka senjata (burung) yang  diberikan juga tidaklah sehebat mana. Namun, semakin kita naik ke peringkat seterusnya, cabarannya semakin sukar, tetapi, senjata yang diberikan juga semakin hebat. Berkadaran dengan halangan yang semakin sukar. 

Pesan anakanda Imran juga, kekuatan untuk menghadapi ujian dan cabaran itu perlu dicari. Ianya tidak akan datang sendiri. Rasanya biasa kot kita kata, "kena cari kekuatan," "nak cari kekuatan" dsb. 

Dan sebagai pemimpin juga, kita perlu merasakan memimpin orang lain kepada kebenaran itu sebagai satu sunnah. Seperti yang kita tahu, Rasulullah merupakan pemimpin terulung yang tiada tandingannya dala memimpin manusia kepada kebenaran. 

Sebagai pemimpin juga, kita perlu menyoroti sejarah pemimpin yang hebat pada masa silam seperti kepimpinan Muhammad Al Fateh. 

Rasullah juga menggalakkan para pemuda dan pemudi untuk menyumbang kepada Islam mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing. Contohnya, Aisyah Syahira yang membat video berkenaan kewajipan bertudung. Dengan satu video itu telah berjaya membuatkan ramai muslimah untuk bertudung.

Saya ceritakan serba ringkas mengikut kefahaman saya. Sayang rasanya jika tidak dikongsikan hikmah yang besar ini bersama orang lain.Dan akan lebih rugi sekiranya jika dibiarkan catatan ini terperuk di dalam buku nota saya sahaja, ianya akan hilang begitu sahaja.

To my dearest Along, you have done a good job today. Though it may need to improve here and there, but still, you manage to impress us with the Angry Bird's analogy. Next week bagi orang lain pula, eh. 
(^_^)

P/s
rugi siapa yang tak datang usrah and balik awal hari ni...

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, September 25, 2012

merapuntahpapentah

Minggu yang macam....macam.....ntah.....

cepat la habis bulan sebelas.....


only a creation created by the almighty creator

Monday, September 24, 2012

My Favorite Song....


Kalau orang tanya saya, " Awak suka lagu apa?" Serius. Susah nak dijawab. Sebab senarai 'lagu kegemaran' saya tersangatlah pelbagai, mula dari Mocking Bird, Eminem, Welcome To My Life, Simple Plan dan sampailah ke Yang Terindah, Dakmie, melarat juga lagu di bawah ini:




Ada yang jatuh rahang ke....?

P/s
All the nasyeed songs are not included....
only a creation created by the almighty creator

Tuesday, September 18, 2012

Merapu di malam hari

Ada orang kata jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, tak payah fikirkan sangat. Sebab jika difikirkan pun ianya tidak akan selesai.

Tapi bagaimana pula jika terlalu banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan, dan terlalu lama perkara-perkara itu tersimpan dalam pending box? Sampai berkulat dan berbau?

Main tarik tali pun satu hal juga. Tau tak antara banyak-banyak sukan, tarik tali antara sukan yang paling saya tak suka. (Tapi ada sukan lain yang lagi saya tak suka). Penat tau tak. Bukan best pun. Jangan saya lepas terus tali tu. Haa..tarik la sorang-sorang.

Ok lah. Makan ubat dan tidur. Selamat malam bintang (^_^)

only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 13, 2012

Stok baru

Pagi tadi pergi jalan-jalan dekat HTAR. Ant this is what I got


Stok gula-gula ni untuk 2 bulan....
New suggestion from the ortho specialist. "Pernah buat akupuntur tak? Kita boleh refer under KKM...."
Hmmm...what do you guys think??

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, September 12, 2012

HTAR....again....

Will be visiting HTAR tomorrow morning. And need rush back to school in the afternoon for PMR's seminar. What am I going to tell the doctor, eh? Hmm...need to memorizing the script. Waiting for the whole morning just to sit in the room for not more than 15 minutes repeating the same story for the past 2 years.

And....its already 2 years.....

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, September 11, 2012

Cinta Yassir pada Sumayyah (2)

"Su...abang tanya sikit boleh?"
"Boleh je. Apa dia?"
"Tapi kalau abang tanya Su jangan marah tau."
"Hmm...tak tanya lagi macam mana nak marah? Tanya je la."
"Err...bila Su nak pakai tudung?"

Terkedu. Itu reaksiku apabila ditebak dengan soalan itu. "Kenapa abang tiba-tiba tanya pasal ni?"
"Hmm....tiba-tiba rasa nak tanya." Wajahku ditatapnya dengan mata yang menagih jawapan. Haish..nak jawab apa ni?

"Su tak sedia lagi la. Belum sampai seru lagi..." Goreng je la apa-apa yang patut.
"Su sayang abang tak?"
Aik? Macam mana boleh corner ke situ pulak ni? "Mestilah sayang. Dah dua tahun kita kahwin. Abang tak percaya dekat Su lagi ke?"
Dia mengalihkan pandangannya dari wajahku. Satu keluhan terhembus dari mulutnya. Dan jawapannya membuatkan aku terkedu kuasa dua.

"Kalau Su sayang abang, mesti Su tak nak abang masuk neraka, kan?" Aku rasa macam tak cukup oksigen....

only a creation created by the almighty creator

Monday, September 10, 2012

What a day

Hari yang tak tahu nak digambarkan. Dapat Pumpkin soup yang diidamkan sepanjang seminggu demam. Specially cooked by my white ranger, Wan Anis Nabila.

Visiting our neighbor, Poliklinik Al-Hikmah, for a plastic bag full of pills and medicine. But luckily don't have to wait for a long time. Settle in less than 1/2 an hour. 

And suddenly, while in the form 3 class, Adib's mama called, " Mama suruh datang. Buat spot-check kamu sihat ke tak."

Haha...what a day (^^,)

only a creation created by the almighty creator

Friday, September 7, 2012

Cinta Yassir Pada Sumayyah

Namaku Sumayyah. Isteri kepada Yassir. Tidak. Aku bukan Sumayyah yang mulia pada zaman Rasulullah. Dan dia juga bukan Yassir sang suami Sumayyah. Aku hanyalah seorang wanita dan isteri akhir zaman. Begitu juga dia, lelaki dan suami akhir zaman. Tapi, dia lah Yassirku.

Kisah kami, lebih kurang sama sahaja seperti kisah pasangan-pasangan lain. Kami bertemu di menara gading. Bercinta seperti pasangan lain. Dan mendirikan rumah tangga selepas setahun bekerja. Alhamdulillah, rezeki kami agaknya kerana mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Hidup kami biasa sahaja seperti pasangan yang lain. Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, tetapi kami tetap bahagia. Mungkin belum rezeki kami agaknya. Ramai yang mengatakan kami secocok. Mungkin kerana nama kami, Yassir dan Sumayyah. Aku tidak begitu pasti berkenaan kisah Yassir dan Sumayyah. Begitu juga dengan suamiku. Sehinggalah pada suatu hari.....

"Assalamualaikum. Sayang,"
"Waalaikum salam. Eh, bila abang balik?"
"Baru je. Khusyuk sangat buat kerja sampai abang balik pun tak sedar. Banyak ke kertas soalan yang nak ditanda tu?"
"Banyak la juga. Hmmm...lewat abang balik. Nak makan? Sayang siapkan yea?"
"Abang pergi tengok tapak projek tadi. Lepas tu dah masuk maghrib. Taufiq ajak solat dekat masjid dekat dengan tapak projek tu. Lepas ada kuliah maghrib pula. Rasa macam menarik. Jadi kami dengarlah dulu. Terus isyak dekat sana. Eemm...sayang dah solat isyak?"
"Err..belum lagi. Kejap lagi yea. Nak siapkan sikit lagi."
"Tak baik lengah-lengahkan waktu solat. Dah pukul berapa dah ni?"

Dan kata-katanya itu membuatkan aku terpana. Aku salah dengarkah?......



only a creation created by the almighty creator

Monday, September 3, 2012

Empty Decoration......

Dedicated to all my Kakak's......
Missing you all damn much.....




only a creation created by the almighty creator

Monday, August 13, 2012

Marathon Al-quran

Sudah dua hari memerap di rumah. Tarawikh pun di rumah sahaja. Kenapa? Malas nak cerita. Kerana sebabnya sentiasa sama.  Anak-anak yang menelefon bertanya, "tak bosankah teacher?" Sungguh! sangatlah bosan (-__-)

Tapi, baiknya Allah, Dia tetap beri peluang untuk saya beramal. Walau saya rasa pahala puasa saya sedikit (itu pun kalau adalah) tapi saya dapat melakukan satu benda yang tidak diberi peluang kepada orang yang sihat. Saya dapat pulun tadarus Al-quran banyak-banyak. Yang menyebabkan anakanda Imran pun cemburu dengan saya. Insyaallah akan khatam tidak lama lagi, sekali dengan terjemahannya. Pada saya, agak kurang bermakna sekiranya kita berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-quran tanpa memahami isi kandungannya. Mungkinlah tidak sempat untuk mengkaji tafsir-tafsir karangan para ulama. Tapi, tidak rugi sekiranya kita membelek terjemahan ayat-ayat itu. Pada saya, terjemahan ayat-ayat itu adalah penawar bagi hati saya.

Tambahan pula, baru-baru ini di sekolah kami mengadakan tahli dan halaqah huffaz. Kena khatam 30 juz satu malam. Tapi bukanlah seorang sampai 30 juz. Kami bahagi-bahagikan. Ada yang dapat 1 juz, ada yang dapat setengah. Saya berkongsi dengan anakanda Wan Anis untuk juz 20. 10 muka surat seorang. Saya ambil yang awal, dia ambil selebihnya. 10 muka surat tidak terasa lama pun. Mungkin kerana dibaca secara beramai-ramai, atau mungkin juga kerana semangat yang berkobar-kobar. Tapi yang penting, dimana ada kemahuan, di situ ada Highway!.

Saya jadi teruja untuk memiliki tablet juga kerana Al-quran. Teruja sangat apabila melihat mak cik-mak cik di masjid negeri mentadabbur Al-quran dengan tablet. Wahh! best nye...(tapi dalam hati je la). Kalau yang ada tablet tu lagi la senang nak baca Al-quran. Paling tidak belek-belek tafsir ayat. Bulan-bulan puasa ni banyak je masa lapang. Gunakanlah sebaiknya. Sebab kalau nak tunggu sebelas bulan yang lain belum tentu. Tambah-tambah pula bulan Syawal. Laaaaagggiiiiii la sibuknya. (faham-faham je la kan).

Ok lah. Sampai sini sahaja kot untuk kali ini. Kata kuncinya adalah, tak kiralah dalam keadaan kita sibuk ke, sakit ke, apa ke, tidak ada alasan untuk kita jauh dari Allah. Allah tarik kekuatan untuk saya berkerja, Dia bagi saya kesempatan untuk baca Al-quran. Bak kata anakanda Imran, "tiada istilah bosan bagi orang mukmin, teacher." (sebenarnya saya dah kena dulu dengan ayat ni. Jadi saja nak kenakan korang pulak :p).

Okies. Takat ni dulu ya.

p/s
Ramadhan dah tinggal hujung-hujung. Tapi amalan kita pun janganlah hujung-hujung juga. The Kamdar can wait, but not lailatul Qadar.

only a creation created by the almighty creator

Friday, August 10, 2012

Yang abadi...

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada duniaMu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cintaMu, jiwaku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Engkau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban dengan dunia




only a creation created by the almighty creator

Wednesday, August 8, 2012

lemah

Ya Allah, jika dengan sakit ini maka Engkau redha denganku, maka redhakanlah hatiku dengan nikmatMu ini.
Ya Allah, jika dengan melemahkan jasadku ini maka membuat Engkau senang denganku, aku merayu padaMu agar jangan Kau lemahkan imanku. Jangan Kau goyahkan hatiku. Kerana, hanya dengan ialah maka aku mampu mengheret langkahku.....

only a creation created by the almighty creator

Monday, July 30, 2012

Ponteng kerja...

Saya ponteng kerja hari ni. Kenapa? Tak payah bagi tau la (^_^!). Pahala puasa saya pun sangat kurang hari ni. Sebab tak buat banyak benda pun. Tapi, saya berjaya habiskan dua surah, Al-Ankabut dengan Ar-Rum. Hmmm....itu sahaja yang saya mampu buat untuk hari ni. Dan tolong Kak Midah (my housemate) masak (potong kacang buncis dengan tangan terketar-ketar macam orang Parkinson and kacau-kacau dalam kuali tu kira tolong la kan).

Ni ade lagu best. Anakanda Imran share dekat fb tadi. Dia pun memonteng juga hari.



only a creation created by the almighty creator

Saturday, July 28, 2012

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 1433H

Ramadhan kali ini, ada penat. Ada sayu. Ada sakit. Semoga setiap penat yang menerjah, setiap sayu yang menghiba, setiap sakit yang mengigit, akan ada pahala sabar di sisiNya. Atau pengampunan dari segala dosa. Ramadhan kali ini, benar-benar mendidik hati. Mengajar tangan untuk selalu menadah merendahkan diri. Memohon daripada yang Maha Pemberi.

Ramadhan kali ini, mohon agar terdidik diri. Belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Belajar untuk terbang, walau rendah, dengan sayap sendiri. Mengutip saki baki keberanian, yang pernah bertaburan. Keberanian untuk kembali menganyam impian.

Sakit itu anugerah. Kata orang, kesakitan yang pertama itu perit. Tapi yang kedua dan seterusnya sudah kurang bisanya. Atau kadangkala terus lali sahaja. Teringat ketika terlantar di rumah sakit. ditikam picagari untuk disedut darah lebih 4 kali sehari, selama 6 hari. Hari pertama, perit. Hari kedua, sudah boleh bertahan. Hari ketiga, keluar pertanyaan, "Eh? Dah siap dah?".

Ramadhan kali ini, semoga ada rahmat memayungi. Ada maghfirah yang diberi. Ada redha yang mengiringi. Ramadhan kali ini, mohon untuk lebih kuat emosi dan rohani. Biar jasad lemah, asal hati jangan goyah. Biar langkah perlahan, asal jangan terus tertahan.

Ramadhan 1433H, Ramadhan yang penuh kemuliaan, Ramadhan yang mendewasakan.

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, July 24, 2012

Sehabis Tenaga

Satu hari, Syeikh Abdullah Azzam memberikan arahan kepada anak-anak buahnya para mujahidin di Afghanistan ketika sesi latihan mereka. Arahan beliau adalah supaya mereka berlari di tengah padang pasir sehabis tenaga. Kesemua mereka melaksanakan arahan tersebut termasuklah Syeikh sendiri. Apabila mereka berasa penat maka mereka pun berhenti. Tetapi Syeikh Abdullah Azza tetap meneruskan larian walaupun tubuhnya letih dan semakin lemah. Anak-anak buahnya menyuruh Syeikh berhenti tetapi beliau tetap berkeras meneruskan larian sehingga beliau pengsan. Ketika beliau sedar daripada pengsannya, beliau ditanya mengapa beliau tidak berhenti berlari walaupun keletihan sehingga pengsan. Jawab Syeikh Abdullah Azzam, " Arahanku adalah BERLARI SEHABIS TENAGA. Aku tidak mengatakan berhenti ketika penat."



Am I had strive enough.....?

only a creation created by the almighty creator

Sunday, July 22, 2012

RAMADHAN'S COMING!!!

Ramadhan is back!
And I'm not well prepared :(
And the reality only strike my head
When this little boy make me awake
"teacher, for this ramadhan, do you have any plan yet?"

The coming of Ramadhan I almost forget
But it is still not too late
The dunya business can wait
And now, wisely celebrating ramadhan
Is what I should concentrate

Maybe
I should start with a check-list
With things to reduce and things to increase
Also including adding and deleting
Listing and checking
For this whole month of Kareem
And hope all the doing will lasting
For another eleven month that coming

only a creation created by the almighty creator

Sunday, July 1, 2012

Nama saya Adib (^_^)


Assalamualaikum.... Nama saya Muhammad Adib Zhafran. Tapi atuk panggil saya Mamat. Ape la atk ni kan? Penat je mama, papa dengan achik cari-cari dalam buku nama kite, atuk panggil kite mamat je. Yang tengah dukung saya ni mama saya. Masa ni kat klinik. Hari-hari kena pergi klinik sebab saya kena kuning. Kesian mama dengan papa sebab kena bawa saya pergi klinik. 





Sekarang saya dah pandai senyum. Mesti achik suka kan? Umur saya baru je masuk 18 hari. Masa saya lahir, papa dengan mama relaks je tapi achik yang tak tentu arah. Entah pape ntah achik tu. Mama suruh achik balik hujung minggu ni sebab nak kenduri cukur jambul saya. Hobi saya adalah minum susu dan tidur. Kalau achik balik habislah saya. Mesti dia kacau saya masa tidur. Pastu suka cubit-cubit pipi saya. Dari dalam perut lagi achik tu suka kacau saya. Masa tu, kalau achik kacau saya tidur, saya tendang-tendang tangan dia. 

Ok lah. Saya nak minum susu dulu. Nanti kita jumpa lagi yea. Nak posing banyakbanyak masa kenduri nanti. Pastu mesti achik dengan papa upload kat tenet kan (^_^)

only a creation created by the almighty creator

Monday, June 25, 2012

Hamba Tuhan Yang Maha Pemurah ('Ibadurrahman)

Di suatu malam, yang penuh dengan kegalauan hati, keserabutan fikiran, dan kekacauan rasa. Seperti biasa, usai solat maghrib, saya mencapai mushaf tafsir Al-quran untuk menyambung bacaan malam sebelumnya. Beserta dengan harapan untuk membuang segala rasa yang tidak enak yang setia menemani buat beberapa ketika ini. Bacaan terhenti pada surah Al-Furqan, ayat 56, halaman 365. Kebiasaan saya untuk membaca dahulu ayatnya dan diikuti dengan terjemahan. Saya lanjutkan bacaan sehingga ayat terakhir, ayat 77.

Usai membaca terjemahan ayat terakhir, saya termenung panjang. Memikir, dan mengulang membaca semula terjemahan kata-kata indah itu bermula ayat 63. Subhanallah.....Allah sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan saya. Sedang memujuk saya. Memotivasikan saya dengan ciri-ciri Al-Ibadurrahman......

Dan pagi ini, sekali lagi saya mengulang ayat-ayat yang sama. Dan mencari pula tafsirannya. Subhanaallah....
Al-Furqan: 63-77


only a creation created by the almighty creator

Saturday, June 23, 2012

serenity


Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika

"Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu. "

(Doa Ketenangan jiwa)


only a creation created by the almighty creator

Friday, June 22, 2012

Noisy

Tiada gunanya bersuara dalam suasana yang bising. Better to shut up and listen. If you can't stand it, just go away.......

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, June 20, 2012

Hoping.....

Hoping for some good news tomorrow.....or at least not receiving any bad news.

Wahai putus asa. Pergilah jauh-jauh.....

only a creation created by the almighty creator

Friday, June 15, 2012

Lost....

Minggu ini sangat serabut. Hati saya tidak berada di Shah Alam walau jasad saya masih di sini. Tiada fokus dalam kerja. Segalanya seperti tidak kena. Hinggakan kadang kala saya 'hilang', lost in space.

Dalam ketidak keruan ini, saya jadi 'ekstra jujur'. Jika ditanya, jawapan hanya apa yang ada dalam kepala tanpa berfikir panjang. Spontan. Jadi, maaf jika semua pesanan ringkas saya memang betul-betul 'ringkas'. Dan tolong jangan terasa hempedu jika pesanan anda tidak dibalas sama sekali.

Saya tidak tahu bila keadaan ini akan berakhir. Harap ianya tidak lama.....mungkin selepas bertemu Mohd Adib semuanya akan kembali seperti biasa.....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, June 6, 2012

semakin yang tak sudah

Kadangkala kata semakin itu serasa menjerut tangkai hati
Semakin kita cuba untuk tabah
Semakin kuat kita dicuba
Semakin kita berusaha untuk kuat
Semakin lemah terasa diri
Semakin pendirian cuba dipertahankan
Semakin kuat angin yang bertiup
Semakin diusaha untuk bersabar
Semakin dicuba untuk yakin
Semakin goyah apa yang diyakini

Kadangkala
aku melihat kekalutan dalam nuansa yang tenang
Kesedihan dalam mata yang dipadankan dengan senyum yang girang
Senyum untuk tabah
Demi sebuah sabar yang indah
Bermain dengan 'semakin' yang tiada sudah
AKU PERLU TABAH....

only a creation created by the almighty creator

Monday, May 28, 2012

Infak cinta


" Eh, hari ni turn kau kan basuh talam," Gelas dicapai lalu disuakan ke bibir. Matanya menatap wajahku. "Ha'a. Ya, aku." Aku membalas malas sambil tangan menguis sisa makanan di dalam talam.

'Kena cepat ni. Nanti bertembung pula.' Aku mengangkat dulang makanan kami setelah selesai kesemua sahabatku makan. Lalu, bergegas untuk turun membasuh dulang di bawah. Tetapi, ketika aku membuka pintu yang memisahkan antara dewan dan tangga, "Allahuakbar!" Nasib baik tak terlanggar. Wajah dihadapan keilhatan menunduk sebelum memberi laluan kepadaku untuk berlalu. Degup jantungku berlari laju. Sudah kali ke berapa untuk minggu ini. Ya Allah, dugaan apakah ini?

Wajah itu, selalu singgah dalam ingatanku. Kata Teacher, dia wanita solehah terakhir di sekolah kami setakat ini. Tidak ku tahu apa yang menjerat hatiku padanya. Dan aku juga tahu, bukan aku seorang yang terjerat. Malah, dia turut menjadi bualan di kalangan pelajar lelaki yang lain. Tapi, dia sang mawar berduri di taman larangan, kata Teacher lagi. Harumnya memukau, namun durinya tetap terpasak.

Aku sedar, di usia ku yang masih sangat muda ini, adalah mustahil untuk aku mendapatkannya. Namun, keinginan ini sangat kuat, dan semakin hari, semakin kuat. Jika dahulu, wajahnya hanya mengganggu tenang hatiku, tapi kini, ia turut mengganggu lena tidurku. Mimpi tentang dirinya mengejutkan aku kala dinihari. Membuat hatiku semakin gusar, dan ku rasa jiwa ku semakin jauh dari Allah.

Suatu malam, selepas terjaga dari mimpi yang sama buat kesekian kalinya, aku menghubungi Teacher. Kunyatakan persoalan yang mengganggu ketenteraman hatiku melalui sms. Balas Teacher, " solat hajat. Minta Allah jauhkan dari yang buruk-buruk. Dan tetapkan hati untuk kebaikan." Hanya itu pesannya..

Aku akur dengan pesan guru yang amat ku sayangi itu. Lalu aku berwudhuk, dan menghadapkan diriku kepada Allah, tuhan yang mentakdirkan semua ini.

Dalam keheningan malam, aku merayu pada tuhanku.....

" Wahai Allahku, tuhanku yang mmberikan rasa dalam hati. Kau campakkan perasaan dalam hatiku, dan hanya Kau yang tahu seperti apakah perasaan itu.  Kau tahu Ya Allah, aku menyukai seorang hambaMu. Tapi Ya Allah, Kau juga tahu akan kekurangan diriku. Keadaanku tidak mengizinkan untuk aku meraikan perasaan itu. Masih banyak kekurangan yang ada dalam diriku. Dan Engkau juga lebih tahu, bilakah masa yang sesuai untuk aku menyuburkan rasa itu. Dari itu Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang dhaif ini. Jika benar Kau jadikan dia untukku, Kau simpanlah rasa ini, sehingga waktu yang sesuai. Waktu pada ketika aku betul-betul bersedia untuk meraikannya, dengan segala kemampuanku. Ketika ini, aku hanya ingin fokus kepada jihad dalam menuntut ilmu. Diriku belum layak untuk memikul amanah yang sangat besar itu. Bantulah aku, untuk menepis segala godaan yang sentiasa mengasak hatiku. Bantulah hambaMu yang kerdil, dhaif dan hina Ya Allah.....

Aku infakkan cintaku kepada Allah. Jika benar cinta itu darinya, maka Dia lebih tahu bila masanya, dan siapa orangnya. Ketika ini, yang mampu ku lakukan hanya berserah. Berserah, bukan bermakna aku berputus asa, tetapi, kerana aku yakin pada Tuhanku. Dia yang menciptakan aku, dan Dia juga yang menumbuhkan perasaan dalam hatiku, maka kuserahkan kepadaNya untuk menjaga cintaku......

Catatan


Jiwa remaja sentiasa diduga dengan perasaan cinta. Tetapi, percayalah anak-anakku, jika dia telah tertulis untukmu, maka dia akan tetap menjadi milikmu. Yang mampu kau usahakan adalah menjadikan dirimu soleh dan solehah. Kerana siapa dia, bergantung pada siapa dirimu. Buat masa ini, infakkan dirimu pada Allah, bersama-sama dengan cintamu itu ....(^_^)


only a creation created by the almighty creator

Pleasing...

Will traveling again this evening. Though still not fully recovered but still, pleasing other people will give undefined satisfaction.

Enjoying your life is about having the pleasant joy of giving. And for sure, without thinking of any payment. Its all about sincerity.

Packing all the things in Deuter. Not to forget the Meloxicam 7.5mg.

Pleasing other people, in search of pleasing Allah.....

May have the save journey insyaallah....

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, May 22, 2012

Kawan lama datang....

Taking a "gula-gula" this morning, and now entertaining the "pleasant' side effect. For all the "gula-gula" I've ever taking, all of them will give the same effect. Floating in the cloud, shivering, talking like the 2 year old children learning to talk, such a "pleasant" feeling right?

And now, having lunch with love-flavoring dark chocolate given by Wan Anis. Pathetic? Sigh...

only a creation created by the almighty creator

Monday, May 21, 2012

Alangkah.....

Standing on high mountain,
or staring at border less sea, 
or at least,
on top of a building,
looking at countless stars,

And shouting out aaaaalllllll the tiredness,
burden, anger, haggard...etc...

Alangkah...
alangkah....
Such......
Alangkah.....

only a creation created by the almighty creator

Ustd. Jefri Al Buchori - Bidadari Surga.flv



Seorang wanita solehah adalah ketua bidadari syurga bagi suaminya....

only a creation created by the almighty creator

Thursday, May 17, 2012

Dedicated to my Sir.....

Hari ini adalah hari guru yang kedua saya sambut sebagai seorang guru. Apa perasaan, teacher? Nervous, happy, and.....what else huh? Bercampur baur.

Happy, because I received a call from my favorite teacher, Sir Thaneswaran. Sengal tak? Saya hanya hantar sms ucap selamat hari guru tapi dia pula yang telefon saya. Sengalkan saya ni? Sebenarnya beliau (tiba-tiba tukar pula) merupakan guru kelas saya semasa tingkatan empat dan lima merangkap guru matapelajaran fizik dan EST (English for Science and Technology). Sekolah saya adalah tempat posting beliau yang pertama. Masuk-masuk terus jadi guru kelas. Mungkin kerana jarak umur yang tidak jauh beza menyebabkan kami sekelas amat rapat dengan beliau, tidak kira samaada pelajar melayu, cina dan india.

Kata-kata beliau yang saya masih ingat, "Saya akan bantu kalau orang tu ada kesungguhan nak berjaya. Melayu ke, India ke, Cina ke, kalau tak ada usaha nak berjaya saya tak boleh buat apa-apa. Kamu yang kena tolong diri sendiri." Dan hari ini, beliau mengulang kata-kata yang pernah diucapkan kepada mama saya ketika saya sudah pun menuntut di universiti. Katanya, " Susahlah auntie. Budak-budak sekarang tak macam Faza dengan kawan-kawan dia dulu." Hari ini ayatnya lebih kurang begini, "Dah sepuluh tahun I mengajar. Tapi tak ada student I yang macam you and your friend. Close macam family."

For my students, you should thank to this man as he is my inspiration in educating you guys. Saya katakan padanya bahawa saya cuba mengadaptasi apa yang pernah beliau berikan kepada saya suatu ketika dahulu. Dan apabila bercerita dengan mama, dan beberapa teman yang lain, saya akan katakan bahwa, "saya nak jadi macam Sir." Always giving and only hoping for the student's success.

Saya terharu apabila saya memberitahu beliau bahwa saya kini seorang guru, perkara pertama yang beliau tanya adalah "Are you happy with your career now? As long as you happy with your work than its ok," Mungkin pada setengah orang biasa sahaja tapi pada saya, dalam keadaan dunia materialistik ini susah untuk bertemu dengan kata-kata seperti itu. Dan saya rasa, kerana keseronokkan itulah yang membantu beliau untuk menghasilkan bekas pelajar seperti saya dan rakan-rakan yang lain.

Antara perkara lain tentang beliau yang tidak akan saya lupakan adalah pada hari saya memperolehi keputusan SPM. Saya sebetulnya tidak berperasaan untuk mengambil slip keputusan itu kerana pada malam sebelumnya nenek saya telah meninggal dunia. Tetapi, ketika jenazah sedang bersiap untuk disolatkan, rakan-rakan sekelas saya berjumpa dengan mama dan meminta mama untuk memujuk saya mengambil slip tersebut. Kata mereka, Sir tidak akan balik selagi saya tidak mengambil slip tersebut dari tangannya. Maka pada tengah hari itu, selepas jenazah dikebumikan, saya ditemani abang pergi ke sekolah. Beliau telah sedia menunggu saya di hadapan pejabat dengan slip keputusan di tangannya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

For Sir, I pray that Allah will guide you to his way....Islam is so beautiful. May the beauty of Islam will shine your sincere heart.

Happy Teacher's Day 
To My dear Sir...

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, May 15, 2012

Wanita dan cantik

Fitrah wanita memang suka akan kecantikan, sesuatu yang cantik dan kelihatan cantik. Tetapi, dalam meraikan fitrah ini, ramai wanita yang terpedaya dan akhirnya mengundang murka Allah. Wanita itu perhiasan dunia yang paling indah dan tinggi nilainya. Kerana itu, secara fitrahnya juga, wanit itu sendiri telah sedia cantik. Tetapi, ramai wanita yang tidak menyedari akan kecantikan semula jadi yang ada pada diri mereka. Yang menyebabkan mereka merasa rendah diri dan begitu ghairah untuk menjadi lebih cantik. Kerana sikap obses inilah yang menyebabkan akhirnya wanita menjadi hamba kepada kapitalis-kapitalis fesyen di luar sana. Dan tentunya para muslimah juga turut menjadi mangsa.

Krim kecantikan, alat-alat solek, dan pelbagai lagi bahan-bahan kosmetik yang hanya menghasilkan kecantikan plastik berlambakan di pasaran. Dalam keghairahan para kapitalis kosmetik ini mengaut keuntungan, kaum wanita menjadi mangsa dalam dua keadaan. Pertama, kecantikan mereka diperagakan untuk mempromosikan produk-produk tersebut. Mereka di tayang di kaca televisyen, di akhbar-akhbar, papan-papan iklan dan di mana-mana sahaja demi melariskan jualan produk tersebut. Mereka hanya menjadi alat promosi atau promotion tools sahaja. Martabat mereka direndahkan setaraf dengan fungsi papan iklan, dan helain akhbar sahaja.

Yang kedua, adalah wanita yang menjadi pembeli kepada produk-produk tersebut. Mereka tersihir dengan kecantikan yang dipamerkan oleh model-model dan duta-duta kosmetik tersebut. Berimaginasi untuk memiliki wajah indah rupawan, maka bertempek-tempek bedak dan krim dioles ke muka. Untuk mata sepet kelihatan bundar, maka bermacam-macam celak, pembayang mata dan maskara yang diletak. Hakikatnya, bukan warna-warna itu yang mencantikkan wajah. Tetap juga tidak sama dengan model yang menggayakan. Kerana apa? Kerana warna-warna, krim dan bedak-bedak itu bukan indikator sebenar kecantikan yang hakiki. Dan akhirnya, wanita hanya menjadi mangsa ketamakan kapitalis-kapitalis penjaja kecantikan palsu ini.

"Tapi, produk-produk ini halal. Sesuai dipakai oleh muslim," Bahan yang halal tidak semestinya halal digunakan. Ianya pasti bergantung kepada tujuan dan cara penggunaan. Saya teringat akan iklan pewarna rambut ketika saya masih di sekolah menengah. Iklan itu menyatakan bahwa pewarna rambut itu dibuat dari bahan yang halal. Maka, ramailah orang-orang melayu muslim yang membeli pewarna rambut tersebut kerana ia halal. Tetapi, pada hakikatnya mewarnakan rambut itu adalah haram di sisi Islam. Lihat! Bagaimana umat Islam dikelirukan apabila tidak memahami hukum yang sebenar.Begitu juga dengan alat solek. Secara ringkasnya asal hukum berhias atau bersolek adalah harus selagi mana tidak berlebihan (tabarruj), dipakai untuk tatapan suami sahaja dan bukan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi, dan tidak mengubah ciptaan Allah. Tetapi, kerana kurangnya kesedaran tentang garis panduan di atas boleh mengubah hukum yang asalnya harus menjadi haram.

Berhati-hatilah wahai saudari-saudari muslimah sekalian. Jangan hanya kegilaan kita kepada kecantikan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Saya tidak mengatakan bahawa saya bersikap anti kepada penjual alat-alat solek dan kosmetik di luar sana. Tetapi, secara mudahnya saya katakan, hiasan dan cantik adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Apabila sesuatu benda itu dijadikan hiasan, pastilah ianya kelihatan cantik di mata penghiasnya. Dan wanita adalah hiasan bagi dunia ini. Bermakna, ANDA, wahai muslimah, sudah sedia cantik (^_^)

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

only a creation created by the almighty creator

My sister

Just talk with my sister. I really hope I can be with her right now. But all she need now is not me. All she need now is Allah and her husband. Actually, her husband was away for a course that he need to attend in order to rise his position in his career. But, pity to Una as she's a 7 month-expecting mother, who, for every people in her situation, the most important is the presence of a husband.

Since her baby is already 7 months old, he (estimated to be 'he') already recognize the voice and touch of his parents. What touch my heart is that when my sister told me that the baby is missing his papa. I tried to console her but can't find words to say. I told her not to cry but my tears fall too. I wish I can huge her but.....

All I can do is pray to Allah to protect them all and give them some strength to face this trial. But seriously, I can't imagine to put myself in her situation if it ever happen to me.

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, May 9, 2012

goodbye

They pray for me
They told me that they love me
They want to see my smile everyday

How can I hurt them 
By telling them
"GOODBYE" 

only a creation created by the almighty creator

Monday, May 7, 2012

Main dan Menang....Kerana Allah

Semalam sukan sekolah saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan sokongan ibu bapa yang sangat baik. Walaupun agak kelam kabut dan bermula agak lewat, tetapi nampaknya semua pulang dengan wajah yang ceria. Malah, encik Azhar, ayah kepada A'fif turut membantu mengemas perlatan sehingga selesai, begitu juga dengan ibu bapa yang lain.

Dan tahun ini kami berjaya menapak setapak ke hadapan dengan kewujudan 4 buah rumah sukan. Sebelum ini, semua pelajar diwajibkan menyertai semua acara melalui kategori individu. Tetapi tahun ini mereka hanya perlu menghantar wakil untuk setiap rumah sahaja. Cuba teka saya masuk rumah apa? Saya dan Mudir menjadi guru untuk rumah HIJAU (^_^)

Satu perkara yang saya nak kongsikan berkenaan rumah kuning, yang gurunya adalah Ustaz Bilal dan Kak Zatil Arifah. Sepatutnya peserta lelaki untuk rumah kuning adalah dalam 4-5 orang. Tetapi pada hari kejadian, peserta lelaki yang datang hanya seorang. Kasihan kan : (
Pada mulanya mereka telah hampir putus asa, tetapi secara bergurau saya bisikkan kepada Kak Zatil, "manalah tahu yang seorang tu jadi olahragawan, sebab dia sapu semua acara kan."

Dan apa yang saya katakan hampir menjadi kenyataan. Walaupun jumlah mereka sedikit, tetapi mereka tetap mampu untuk memberikan saingan yang sengit. Dan akhirnya, berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori rumah sukan terbaik. Mengalahkan rumah merah dan biru yang mempunyai peserta yang ramai. Menakjubkan, bukan?

Tetapi, juara tetap menjadi milik rumah hijau. Sebenarnya saya dan Mudir tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Sepanjang minggu lalu, kami berdua jarang berada di sekolah, dan tidak langsung melihat latihan yang mereka lakukan. Saya hanya sempat memanggil mereka untuk memilh peserta mengikut acara pada Khamis petang sahaja. Jika ditanya tentang tips kemenangan, saya kira jawapannya mungkin ada pada yell yang kami laungkan ini.....

kita lari kerana apa?
Allah!
kita main kerana apa?
Allah!
Kita menang kerana apa?
Allah!
Go Green!
Allahuakbar!

p/s
kalau sempat nanti saya masukkan gambar ketika hari kejadian untuk entry yang seterusnya.
only a creation created by the almighty creator

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0

Saya melihat kekejaman yang sangat dahsyat hari ini. Di hadapan mata saya, petugas keamanan yang sepatutnya menjaga keamanan berubah menjadi raksasa yang mengganas. Jadi, jangan terkejut dengan "bahasa-bahasa yang sangat indah" yang tercoret kali ini.

Versi cerita saya, tentunya sangat berbeza dengan apa yang anda lihat di kaca tv, atau yang akan anda baca di akhbar esok pagi. Kerana, cerita saya adalah apa yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, apa yang saya alami, bukan hasil imaginasi hodoh media upahan yang hanya tahu menutup bangkai yang meloyakan.

Bergerak pada pukul 9.00 pagi, dengan konvoi motorsikal yang ahlinya semuanya adalah muslimat, menuju ke ibu negara dengan satu tekad. DUDUK DAN BANTAH! Destinasi kami adalah Masjid Negara. Namun, persimpangan menuju ke sana telah pun disekat. Akhirnya, kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Dan di situlah segalanya terpamer, satu-persatu.

Ketika pemimpin kami sedang memberi ucapan, beberapa kali (dalam jumlah yang banyak tentunya) ucapan diganggu dengan kehadiran trak polis yang lalu lalang. Dan makhluk-makhluk yang tugasnya mencetuskan provokasi bertindak membaling objek seperti botol minuman ke arah kenderaan-kenderaan tersebut. Suasana menjadi kecoh kerana Unit Amal dan pimpinan perlu mententeramkan peserta himpunan yang termakan provokasi jijik itu. Provokasi itu berselang-seli dengan gangguan dari pembesar suara yang dipasang DBKL di sekitar dataran. Kedengaran seolah-olah terdapat dua ucapan pada satu masa. Dan menyebabkan crowd tidak dapat mendengar ucapan dengan jelas.

Kemudian, saya mula rasa tidak selesa, sepertinya lelah saya mula datang. Tidak dapat bernafas dengan betul, dan badan mula rasa berpusing. Saya minta pada sahabat-sahabat untuk membawa saya keluar dari crowd. Ketika kami sedang berehat di tempat yang agak teduh, Kami mula diserang dengan gas pemedih mata. Kami bertempiaran, dalam keadaan saya yang masih agak lemah. Kami lari hingga ke SOGO. Sebelum sampai di Sogo, kami terlihat seorang lelaki terbaring kekejangan. Mulutnya berbuih dan tersentap-sentap. Hati saya sangat tidak tahan melihat keadaan lelaki itu. Mengingatkan saya kepada kejadian ketika BERSIH 2.0. Seorang lelaki dalam keadaan yang serupa tetapi akhirnya meninggal dunia. Saya menangis teresak-esak di situ, dan hampir terjelepok ke bawah sebelum dipeluk oleh sahabat, dan di bawa meninggalkan lelaki itu yang tidak saya tahu apa nasibnya. Beberapa tapak di hadapan, kelihatan kali ini seorang anggota Unit Amal pula yang diusung pergi. Kata sahabat, mungkin beliau tertelan air water canon . Sekali lagi saya emosi. Hati sangat tidak tertahan dengan perilaku kebinatangan yang ada di hadapan mata.

Manakala, ketika pasukan Bulan Sabit Merah datang mengedarkan air kepada orang ramai, gas pemedih mata juga turut dihidangkan tidak lama kemudian. Sebelum sempat air yang diberikan diteguk membasahi tekak. Pada ketika itu, tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Sempat saya berkta kepada sahabat," sempat lagi pak cik tu makan ais krim ek." Sambil menunjukkan kepada dua orang pak cik yang sedang menikmati ais krim mereka. Dan suasana tenang itu berakhir apabila hidangan gas pemedih mata menjadi santapan kami. 

Dan, klimaks untuk hari ini adalah, apabila samseng-samseng berunifrom ini merempuh dengan kejam rakyat jelata yang menuntut keadilan.

saya berdiri hanya beberapa meter dari tempat rempuhan

Media boleh memutar belitkan cerita. Teta[i mereka lupa, Allah tidak buta. Allah tidak tuli. Dan semua yang berada di situ akan menjadi saksi, kekejaman dan kedzaliman yang dilakukan ini. Mata saya melihat kereta itu dipandu laju. Telinga saya mendengar bunyi enjin yang dipacu deras.Kesemua anggota saya akan menjadi saksi bagi kejadian ini. Begitu juga dengan pancaindera yang lain, dan juga orang-orang lain yang ada di situ. 

Dan apabila membaca carutan, makian dan hamunan mereka yang tiada di tempat kejadian, terhadap kami yang menyaksikan, hati saya masih tersentuh. Merasa kasihan kerena kebebalan mereka dan rasa tidak peduli itu yang akan mengorbankan anak-anak mereka, yang bakal terus hidup dalam sistem yang dzalim ini.

Al-Fatihah buat mereka yang terkorban.

only a creation created by the almighty creator

Friday, April 27, 2012

Hatred Smoke

Surrounded by the hatred smoke
You better kill me
Rather than poisoning me with that smoke
Silence is the white flag
But may be interpreted as negative reflect
Should I care?
Should I just go away?


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, April 25, 2012

Sahabat untuk Selamanya


Beberapa hari yang lalu saya mendapat perkhabaran akan kemalangan yang menimpa seorang sahabat alumni. Dalam kemalangan itu, isteri kepada sahabat tersebut yang juga ahli Alumni telah meninggal dunia. Di bawah ini adalah coretan salah seorang sahabat yang rapat dengan mereka berdua. Sayu hati saya tatkala menatap coretan ini. Terasa begitu berharganya nilai ukhuwwah fillah yang disemai selama ini...


Assalamualaikum w.b.t
 
Apa khabar sahabat semua?Moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa dikurniakan nikmat Istiqamah dalam dakapan jamaah insya'h...
 
Lately ana agak kesuntukan masa untuk berkomunikasi di medan cyber. Tengah dok berkira2 nak menyempurnakan kertas kerja Sukaneka PASTI Kawasan yang kali ni ana di amanahkan untuk menjadi Pengarah program. Tengah dok berkira2 juga nak menyiapkan bahan untuk di jadikan isi dalam sesi perbahasan bagi mewakili Pemuda Tapah dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPPN Perak Ahad ini...dan berkira2 juga nak selesaikan beberapa hal dalam UPU dan MTD yang perlu submit segera terutama dalam urusan culaan dan rangka Program pecutan akhir sebelum PRU-13 yang dijangka akhir Bulan May depan bagi memenangi N47 DUN Air Kuning...
 
Namun 2-3 hari kebelakangan ini fikiran ana agak terkesan dengan peristiwa menyayat hati yang semua telah maklum telah menimpa sahabat seusrah, sahabat setarbiah, sahabat sejamaah..yang sama2 telah kita 'ribat' memaut erat lengan betapa taat setianya kita pada jamaah dan kepimpinannya...kini segalanya tinggal KENANGAN...
 
Coretan kali ni 'tribute' khas untuk sahabiah kita semua yang telah pun menunaikan janjinya untuk menghadap Ilahi...Nurhana Nuruddin yang kita semua sayang kerana Allah taala...juga buat Wan Bak yang didoakan tabah menghadapi ujian dan sedang dalam sesi 'interview' dengan Allah yang kita yakin akan diangkat darjatnya setaraf dengan hamba2 Allah yang sabar dalam mendepani musibah kesedihan...beliau kini telah berpisah dengan insan tersayang, teman hidup, kesayangan hati dan ibu buat 2 anak perempuannya yang masih kecil...buat selamanya.........
 
Aduh..terasa bebola mata ana di saat ini berkaca2...perlahan dada berombak menahan sebak...namun akan kuteruskan jua gerak jari jemari ini menari-nari melampiaskan apa jua yang sedang membeliti hati...
 
18 April 2012
Ana dikejutkan dengan panggilan telefon dari Imam sekitar jam 10.30pg..kali kedua baru ana angkat sebab tengah bermesyuarat lantas memaklumkan bahawa Nurhana dan Wan bak kemalangan jalan raya dan dengan nada menahan sebak sahabatku jauh diseberang laut memberitahu Nurhana meninggal dunia...
 
Allahuakbar!Innalillah wa inna ilaihi roji'un...
 
Hilang mood bekerja pagi tu...ana sempat menghubungi beberapa sahabat di sekitar KL minta pengesahan kejadian malang tersebut...tak sempat share dengan zaujah..
 
Waktu keluar lunch baru memaklumkan berita sedih ini...apa lagi, berjujuran air mata zaujah ana apabila mendapat tahu berita ini...apatah lagi mengenangkan 2 orang anak beliau yang hampir baya dengan anak2 kami...walaupun zaujah ana baru mengenali Nurhana dalam beberapa program alumni sebelum ini...namun kemesraan itu rupanya sedang kembang membunga...sayang telah berpaut...ukhuwwah telah bertaut...
 
Kami ambil emergency leave 2nd half, angkut Ain di PASTI, balik rumah dan bersiap2 segera...singgah rumah pengasuh dan ambil Hannan...berbekalkan GPS ana menuju ke HUKM dengan emosi yang bercampur baur...kami dalam kereta langsung tak berbicara kerana masing2 melayan perasaan...terkadang zaujahku menangis sambil erat memeluk 2 anak kami...ana tahu apa yang ada dalam fikirannya.. namun ana biarkan dia melayan perasaannya...
 
Hujan agak lebat mengiringi kami ke kota KL...
 
Sampai di HUKM sekitar jam 4ptg, Halim Zaki, Nazri dan Jaliah, adik kandung dan adik ipar Wan Bak sudah ada di ruang menunggu...masing2 dengan wajah sugul..
 
Ana masuk ke dalam wad...Kaki kirinya berbalut..Wan Bak diziarahi rakan2 sekerjanya...terus mengalir air mata..perlahan..tak tertahan2 lagi......cepat ana kawal emosi supaya tak dapat di kesan Wan Bak...
 
Aduhai...betapa tenangnya wajah Wan Bak...serasa macam tiada apa yang berlaku...betapa hebat dan tabah beliau berhadapan dengan semua ini...betapa kuat beliau menyembunyikan emosinya...cuma mukanya berkeriut2 menahan sakit...
 
Wan Bak dengan nada perlahan, menahan kesakitan cuba berbicara...
 
"Tahun ni baru kami naik motor...sebelum ni kami naik kereta..." Alllahuakbar....
 
Cepat2 ana yakinkan Wan Bak bahawa ini semua kerja dan ketetapan Allah...siapalah kita untuk menidakkannya...minta Wan Bak sabar mendepani ujian Alllah taala ini...ana sentuh perlahan tangannya dan ana usap lembut jari2nya...tanda sokongan ana dan sahabat2 lain bersama2nya menghadapi musibah kesedihan ini...
 
Tak mampu tertahan lagi...ana mohon diri keluar sekejap...
 
Ana dimaklumkan oleh sahabat2 yang ada bahawa jenazah arwah dalam perjalanan ke Felda Jelai, Gemas sekitar jam 3ptg...memang dah pasang niat tadi, kalau jenazah belum di bawa pergi ketika kami sampai HUKM, pasti ana sekeluarga akan mengiringi jenazah...Felda Jelai tak asing sangat bagi ana sebab adik ipar ana pun org Jelai, dan pernah beberapa kali ke sana...memang agak jauh..namun Allah tak mengizinkan...
 
Ustaz Fazzly Yatim sampai, ajak ikut beliau dan beberapa org sahabat ke Jelai...ana tolak sebab mengenangkan jam sudah ke angka 6ptg..agak lewat...tambahan pula Hannan tak berapa sihat, dah start buat perangai...
 
Sebelum bergerak pulang, sekali lagi ana ambil kesempatan untuk berjumpa dengan Wan Bak...sempat meniupkan sedikit kata2 semangat, yang ana pun tak pasti adakah ana boleh jadi setabah beliau???sempat juga mengucup dahinya..tanpa disedari jatuh juga setitis air mata ke pipinya...
 
Betapa sayangnya ana pada enta Wan Bak...selain sahabat seusrah, sejamaah...beliau sahabat yang sama meminati team Man.U dengan ana...pernah sama2 mari lambat usrah Ust.Yus hanya sebab singgah kedai Astro tengok bola(sekali ngan Wan Den...) kalau Man.U main Champion League 2-3 pagi, pasti Wan Bak akan update goal2 dan beri ulasan permainan(sekali ngan Wan Den)...kalau Arsenal kalah, kami pakat2 hantar SMS kutuk kat Imam(pun sekali ngan Wan Den)...betapa eratnya kami dalam minat yang sama...
 
Beberapa hari sebelum kejadian...tiba2 ana terkenangkan Wan Bak, kenapa dah lama beliau tak update game dengan ana...Allah gerakkan hati ana teringatkan beliau...rupa2nya....
 
Mengimbau kenangan bersama arwah...
 
Satu peristiwa yang tak bisa ana padamkan dari ingatan memori ini ialah apabila kita bermuktamar JIK di Semarak Resort...masihkah kalian ingat?
 
Kalau tak salah, sesi petang ana di minta jadi Pengerusi Tetap muktamar tersebut...oleh kerana muktamar sudah hampir sampai ke penghujung, kita teruskan juga walaupun telah melewati waktu Asar...
 
Tak semena2, Nurhana bangkit dari kerusi perwakilan dan mencapai microfon sambil suaranya tersekat menahan sebak..apa hal pulak si Nurhana menangis ni? kata hati kecilku..
 
Rupanya arwah minta muktamar ditangguhkan seketika bagi semua perwakilan menunaikan solat Asar..siap bagi tazkirah lagi dengan teresak2 menangis sedih...adui, terkena batang hidung Pengerusi Tetap (ana ler tu...). Oleh kerana salah seorang perwakilan menangis minta ditangguhkan maka, ana pun tangguhkan seketika walaupun muktamar dah nak habis sangat dah dan bukannya dah nak luput waktu Asar pun...
 
Seriuosly...peristiwa inilah yang kekal terpahat di sanubari...betapa beliau seorang yang taat kepada agama TANPA KOMROMI...
 
Dan lepas tu, sempat juga makan masa berminggu2 jugalah bait2 kata arwah Nurhana yang sedang menangis teresak2 minta tangguh muktamar jadi bahan gurauan muslimin ketika itu...mengajuk cara arwah bercakap...(moga Allah mengampunkan dosa2 kita semua)
 
Nurhana seorang yang lembut hatinya...mudah sangat menagis. Jangan cerita perkara yang sedih2...insya'h berair lah matanya kelak...Kalau ada program motivasi, kalau ana diminta berlakon babak sedih...yang ana takut bukan peserta yang menangis tapi takut Fasilitator (arwah Nurhana) pulak yang lebih2 menangis...
 
Ana juga difahamkan, kalau anak2 mereka menangis di waktu malam, arwah tak izin Wan Bak bangun...bahkan Wan Bak di suruh tidur sahaja biar arwah yang uruskan...betapa hebatnya peribadi seorang zaujah yang solehah...
 
Pernah kami sekeluarga menziarahi rumah mereka di Kajang seusai menghadiri walimah Ustaz Fazzly Yatim di Cheras beberapa tahun lepas bersama beberapa keluarga sahabat2 yang lain...tak menang tangan arwah melayani kunjungan kami yang tak dirancang...
 
Dan kali terakhir kami berjumpa dengan arwah ialah ketika Program reunion Alumni di salah satu resort di Gombak...Allahuakbar tak mampu nak cerita panjang...
 
Cukuplah buat kali ini...
 
Insya'h...ana sekeluarga akan arrange masa untuk melawat Wan Bak dan anak2 beliau di Sabak Bernam...bagi memberi sokongan dan semangat...kalau ada lagi rombongan yang nak menziarahi Wan Bak tolong calling2 ana sama...(rombongan Mustazam tak sampai ke destinasi Sabtu lepas akibat kemalangan jalan raya di Tg.Malim)
 
Anak2 beliau yang telah kehilangan ibu yang penyayang buat selama2nya...anak kedua beliau pasti hanya akan kenal wajah ibunya melalui gambar2 kenangan...anak sulungnya akan membesar tanpa belaian kasih seorang ibu...mendodoikannya tidur...menyuapkannya makan...menyiapkan makan pakainya...
 
Bagaimana agaknya jika ujian ini dibebankan ke atas kita???Tak kuat rasanya ya Allah...untuk aku melalui semua ini...
 
Peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas kami sekeluarga...
 
Arwah Nurhana telah pergi berjumpa dengan Penciptanya...
 
beruntunglah beliau kerana pergi dengan redha seorang suami...
beruntunglah beliau kerana pergi dalam keadaan istiqamah dengan amal Islami,bersama jamaah Islam dan Kepimpinannya...
 
Bagaimana pula pengakhiran kita kelak???
 
Takziah buat Sahabatku Ridzwan Misran...moga dikau tabah dan thabat dalam menempuhi ujian Allah taala ini...
 
Wassalam.
 
Sahabat kalian,
Abu NurAinHannan
Bidor, Perak


only a creation created by the almighty creator

Followers