About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, November 16, 2012

Bunga api di Gaza, dan Mafela dalam almari

Tidur ku sering terganggu sepanjang minggu ini. Bunyi letupan bunga api saban malam memecah kesunyian malam. Beberapa hari tidak bermuka buku, aku agak ketinggalan tentang perkembangan dunia semasa. Hinggalah suatu pagi rakan serumahku memanggilku untuk menatap komputer ribanya. "Gaza kena serang dengan Zionis. Mereka sambut awal Muharram dengan bedilan roket."

Allahurabbi....sekali lagi. Untuk entah kali ke berapa. Kami menatap kehancuran hadiah zionis laknatullah pada penduduk Gaza sempena awal Muharram. Tidak terkata.

Sesudah zuhur, aku bersiap-siap untuk suatu keperluan. Ketika aku membuka almari pakaianku, aku terpandang dua helai mafela Palestine yang ku beli beberapa tahun dulu. Terlipat kemas di celah-celah pakaianku yang lain. Aku termenung sejenak. Ku jamah helaian kain itu dengan tanganku. Inikah sahaja yang mampu ku lakukan untuk mereka? Hanya dengan membeli dan memakainya? Itu sahajakah? Mengangkat tangan dan berdoa? Itupun jika tiba-tiba teringat. Selebihnya, doa yang panjang berjela itu hanya untuk diriku sahaja. Tiba-tiba, aku rasa malu. Malu yang teramat malu.

Malamnya, aku masih ditemani dengan dentuman mercun dan bunga api. Hatiku baran tiba-tiba. Sejak dulu aku tidak menyukai apa sahaja jenis bahan letupan, baik mercun mahupun sekadar bunga api. Aku benci bunyi bising dan percikan api yang merbahaya itu. Dan aku semakin benci mengenangkan berapa ramai di luar sana yang ketawa dan bergembira dengan letupan dan percikan api itu. Sedang mereka lupa bahawa "bunga api" dan "mercun" di Gaza lebih hebat dan mengujakan berbanding yang sedang dibakar mereka.

Jika terlalu teruja dengan letupan, apa kata pergi sahaja ke Gaza. Bukan hanya serpihan "bunga api" dan "mercun" itu sahaja yang bersepah, malah daging dan tulang manusia juga turut berterbangan.....



only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers