About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, November 1, 2012

Tegas

Hari ini sebetulnya mood saya baik-baik sahaja. Tidak pula saya berangin atau mendung walau Shah Alam basah sepanjang hari. Tapi, tanpa perancangan, saya terpaksa dihadapkan dengan 5 orang pelajar dengan pelbagai kesalahan. 3 perempuan dan 2 lelaki. Dan tentunya sebaik menerima 'anugerah' dari saya, mereka berlalu dengan hati yang mendongkol.

Saya tahu, rasa tidak puas hati yang tertanam di dalam hati mereka turut dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain. "Teacher tidak adil", "Tau nak marah orang je" dan pelbagai lagi ayat-ayat yang sesuai dilabelkan kepada saya. Tapi, pada saya alah bisa tegal biasa. Adakah mana-mana GPK HEM yang tidak menerima gelaran-gelaran seperti itu?

Jika diberi pilihan, saya lebih suka menjadi naqibah dan teacher mereka sahaja. Sebaik menerima taklifan sebagai guru disiplin pada tahun lepas, saya sudah mengjangkakan perkara ini akan berlaku. Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi. Dan apabila memikul taklifan sekarang, saya tahu bahawa ianya akan bertambah.

Setiap kali perlu bertegas dengan anak-anak, saya akan sedih. Sedih kerana saya akan menyakiti hati mereka. Pernah saya terfikir, tidak bolehkah jika saya tidak perlu memarahi atau menggunakan ketegasan? Menjadi seorang guru yang cool seperti watak-watak dalam karya Hilal Asyraf dalam cerpen Matahari? Mungkin kerana kelemahan saya yang masih cetek pengalaman dalam mengendalikan bakal-bakal pemimpin ini, menajdikan saya gagal untuk berbuat demikian.

Setiap kali saya memarahi atau bertegas dengan mereka, saya akan berasa sangat sedih. Setiap kali mereka melakukan kesalahan, saya merasa gagal sebagai seorang pendidik. Dan apabila dilabel dengan gelaran-gelaran sedemikian, saya jadi mati kata-kata. Sedih yang kadangkala menerbitkan rasa putus asa. Kala yang lain pula, saya terfikir, mengapa saya perlu terlalu mengambil berat tentang sahsiah dan akhlak mereka? Tidak bolehkah saya menjadi seperti sesetengah guru yang hanya menghabiskan silibus di dalam kelas dan mengejar gred yang baik untuk pelajar? Tapi, hati kecil saya membantah. Katanya, " TeacherFaza bukan guru yang seperti itu."

Buat anak-anak yang tersayang, kalian akan dewasa. Akan punya anak-anak. Malah akan punya para pelajar yang ingin menumpang ilmu kalian. Sampai satu masa, kalian akan faham, apa yang cuba teacher sampaikan. Uhibbukum fillah, jiddan-jiddan.

Menjadi pendidik itu payah, kerana mendidik itu kerja nabi.....

only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers