About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, January 6, 2011

manusia yang selalu pening

Permulaan tahun baru ini banyak perkara yang memeningkan saya. Pening yang pertama apabila saya melihat baki dalam akaun bank. How am I going to survive with RM200++ in this account? PTPTN tak masuk untuk sem ini kerana status studi saya. Ok, take  a deep breath, baca ayat seribu dinar, pusing belakang, sambil senyum,"tak jadi la shopping. PT tak masuk lagi," sambil senyum pada kawan saya. Takpe lah, rezeki belum datang la tu. 

Tapi, pening tu dah terubat bila ada orang tawarkan saya kerja. Walaupun part-time tapi ok la. Masa temu duga saya tidaklah yakin sangat sebab saya memang tiada pengalaman mengajar. Sudahlah berkejar-kejar dari Klang, singgah SACC kemudian singgah dahulu ke Darul Islah, sampai sekolah termengah-mengah (naik motor pun mengah ke?) tapi akhirnya Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Ketar juga masa menghadap Mudir tapi gayanya macam saya memang dah dapat kerja itu. Not really an interview but more on discussion. Allah memang baik. Sangat =)

Bila dah ada kerja, fikir pula pasal kenderaan. Datang pening yang kedua. Motorsikal atau kereta? Kereta atau motorsikal? Saya boleh hidup dengan selesa (I mean mu pocket la) jika saya memilih motorsikal tetapi to consider with my health rasanya kereta lebih sesuai. Tapi bajet agak sempit la sikit. Pening yang ini belum dapat ubatnya lagi. Esok lusa dapat la kot. 

Apa lagi yang saya peningkan? Bila nak balik rumah kot.Kekanda sulung dah sound, "tak nak balik sini (klang) ke?" Mama pula kata, "Bila nak balik rumah?" Bila yea? Lepas kurang sikit pening-pening ni kot. 

Lupakan dulu pasal pening. Nanny (kak Didi) dah panggil makan. Kalau tak makan pening jadi migraine pula. Kalau ada sesiapa nak tolong kurangkan pening saya ni jasa anda amat dialu-alukan. 

Stop merapu
KITA MAKAN DULU......

2 comments:

Anonymous said...

insyaAllah akan hilang pening nanti

hanya hamba said...

sape ne yea?
syukran utk doanye

Followers