Suspen je bunyi tajuk kat atas tu kan? Tapi memang banyak kejutan pun. 2010 ditutup dengan kemalangan yang menimpa Kak Has. Aduh tersirap darah rasanya bila mendapat mesej dari Kak Has mengatakan dia kemalangan. Dan 2011 pula dibuka dengan kemalangan yang menimpa Kak Mun. Aduh...apa nak jadi dengan kakak-kakak Darul Islah ni. Lepas bergilir-gilir pula. Tak berakhir di situ sahaja, Isnin lalu sekali lagi Kak Has kemalangan. Kali ini dia membonceng Kak Shidah. Kesnya bermula apabila ada binatang yang masuk ke dalam helmet Kak Shidah. Akibat membuka helmet semasa menunggang, maka mereka berdua terbabas ke dalam longkang. Kesian kat TAM (panggilan untuk motor Kak Dyana) sebab kene masuk ICU. Dan disebabkan TAM terpaksa ditahan di ICU (nasib baik penunggang dan pembonceng tak teruk sangat) maka Darul Islah seperti kehilangan kaki.Sebelum ni TAM lah kaki kami, yang dikongsi lebih kurang dalam 5 orang yang tidak berharta ni. Tapi alhamdulillah, walaupun TAM cedera parah, ada juga orang lain yang sudi meminjamkan kami kenderaan mereka. Boleh la setakat nak berulang-alik ke HTAR tu. Apa-apa pun inilah permulaan kisah kami untuk 2011. Semoga apa sahaja ujian Allah kepada penghuni Darul Islah, biarlah ianya turut diiringi dengan rahmatnya. Bak kata Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah, jika sumur itu kering maka itu tandanya hujan bakalan datang.
Jadi, jangan berhenti berharap pada supaya "hujan" itu akan turun.....
p/s
Selamat memulakan semester baru. Insyaallah saya akan bersama kalian pada semester hadapan. Buat masa ini saya ingin belajar ketika mengajar.
No comments:
Post a Comment