About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Tuesday, January 11, 2011

Mari Membina Ummah

Salam alaik ikhwah dan akhowat tercinta....

Pertama sekali seinfiniti maaf saya pohonkan kerana tidak dapat untuk berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat dalam beberapa waktu ini kerana masalah kesihatan saya yang kurang baik kebelakangan ini.a

Tapi pada hari ini alhamdulillah Allah memberikan ilham dan kekuatan kepada saya untuk berkongsi sesuatu yang insyaallah bermanfaat dan mampu memberi peringatan kepada kita semua, insyaallah.

Baru sebentar tadi saya menerima undangan walimah seorang sahabat lama, senior saya semasa diploma. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat yang mengenali beliau. Semalam pula saya bersembang dengan seorang teman karib saya berkenaan jodoh dan perancangan masa hadapan secara tidak sengaja. Daripada dua perkara di atas saya ingin kongsikan beberapa perkara. 

1. Ada antara kita yang menginginkan pasangan yang baik (soleh/ah) tetapi merasakan dirinya belum cukup baik dan sempurna untuk berdampingan dengan pasangan yang baik. Pada pendapat saya berdasarkan buku-buku, ceramah dan perkongsian bersama-sama dengan para sahabat yang lain, bukan kesempurnaan diri dan pasangan yang menjadi isunya, tetapi usaha untuk menjadikan sesuatu hubungan itu sempurna yang lebih penting. Cuba sahabat sekalian rapatkan hujung jari kanan dan kiri kalian. Hujung jari telunjuk kanan dengan yang kiri ( macam Saiful Apek selalu buat). Kemudian cuba letakkan beban atau minta orang lain cuba pisahkan anatara jari tersebut. Pasti sangat mudah bukan. Kemudian, cuba pula masukkan jari-jari itu dicelah satu sama lain, dan cuba ulang dengan meletakkan beban atau minta orang lain untuk cuba memisahkannya, pasti sangat sukar. Begitulah analogi dala sesuatu hubungan, tak kira dalam perkahwinan, persahabatan, berorganisasi atau sebagainya. Kelemahan kita adalah untuk dilengkapi dengan kelebihannya, manakala kelebihan kita adalah untuk melengkapi kelemahan dirinya. 

2. "Laki-laki yang baik untuk wanita yang baik, sedang wanita yang baik untuk laki-laki yang baik pula...."
Ayat ini merupakan janji Allah kepada kita. Seorang yang baik, akan mendapatkan pasangan yang baik. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan pasangan yang baik itu? Toerinya mudah, yang saya petik dari kata-kata Ukhti Fatimah Syarha, "Solehahkan diri (untuk wanita) maka insyaallah akan mendapat pasangan yang soleh." "Tapi jodoh tukan Allah dah tetapkan." Ya. Memang benar Allah telah pun menulis namanya di Lauh Mahfuz, beserta dengan taqdir kita yang lain, tetapi, satu perkara yang perlu anda fahami adalah karakter pasangan kita itu ditentukan oleh karakter kita. Jika kita seorang yang berakhlak, insyaallah kita akan mendapat pasangan yang berakhlak juga berdasarkan janji Allah pada ayat di atas. 

3. Saya ingin berkongsi pandangan yang diutarakan oleh Akh Hilal Asyraf dalam bukunya Fanzuru: Maka Lihatlah, halaman 32, Baitul Muslim - Konsep Pembinaan Ummah. Dalam tulisannnya, beliau ada menyatakan bahawa," Kita hanya melihat BM itu adalah cinta lelaki perempuan. Namun hakikatnya, bukan itu sahaja yang ada dalam BM. BM tidaklah hanya membincangkan hendak kahwin dengan siapa, bagaimana hendak berkahwin dan sebagainya. BM pada dasarnya, adalah projek untuk membina ummah. Maka, untuk membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri." Jadi, perbetulkan persepsi kita terhadap BM mulai sekarang.Ingat, rumah tidak boleh tegak dalam masa sehari dengan hanya sebatang tiang. Inikan pula untuk membina ummah. Sebuah keluarga muslim merupakan wasilah pengkaderan yang penting dalam menghasilkan jundi-jundi Islam yang berkualiti. 

4. "Ana belum bersedia," Jika belum bersedia, maka berusahalah untuk bersedia. Selidik juga, tidak bersedia dari sudut apa? Material atau rohani? Persediaan untuk kedua-dua aspek ini perlu berjalan seiring. Jangan mengutamakan sesuatu melebihi yang lain. Satu perkara yang perlu juga kita ingat, sekiranya kita menuju ke arah kebaikan, Allah akan permudahkan jalan kita. Tetapi jangan berhenti berusaha. 
  
Akhirnya, inilah sedikit perkongsian saya yang tidak seberapa untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. 


Wallahualam
P/s 
Memetik kata-kata dari sebuah cerpen (IluvIslam.com). "tulang rusuk yang hilang tidak akan tertukar."
Milik siapakah tulang rusuk ini?

No comments:

Followers