About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya
Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Kebiadaban Soi Lek atau kejahilan UMNO?

Baru mengikuti perkembangan di Tenang. Nampaknya perang propaganda sudah pun bermula. Mainan isu mula berlegar menghangatkan suasana pilihanraya kecil DUN Tenang. Tetapi dalam banyak isu yang mewarnai kempen kali ini, isu calon PAS, Cikgu Normala yang tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki sangat menarik perhatian. Sebagai seorang muslimah, saya sangat berbangga dengan ketegasan beliau dalam menjaga batasan syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Inilah bezanya apabila kita berjuang kerana agama demi mencapai redha Allah dengan perjuangan untuk kepentingan individu sehingga sanggup menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat. Dalam hal ini, saya sependapat dengan beberapa peendapat yang menyalahkan UMNO selaku parti yang kononnya memperjuangkan bangsa dan agama (saya tegaskan: KONONNYA) kerana gagal memahamkan rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional mengenai syariat Islam yang sebenar. 


“Tidak ada seorang pun kaum Tionghwa lelaki bersalaman dengan saya. Saya kira mereka sudah mula memahami kerana komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah memberi penjelasan mengenainya dalam sesi santai.


Berdasarkan kenyataan Cikgu Mala bahawa masyarakat bukan Islam telah mula memahami pendirian beliau untuk tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki adalah melalui penerangan yang diberikan oleh rakan-rakan PAS dari DAP dan PKR. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah PAS telah semakin berjaya memberikan kefahaman tentang Islam dan mengajak rakan-rakan PR yang bukan Islam untuk menghormati Islam. Sesuatu yang tidak berjaya dilakukan oleh UMNO dalam BN. 


Tetapi pada saya adalah tidak menghairankan sekiranya UMNO gagal memberikan kefahaman Islam kepada rakan-rakan mereka dalam BN. Ini berdasarkan dari kenyataan Datuk Sri Najib sendiri bahawa Malaysia akan huru-hara sekiranya hukum Islam ditegakkan di Malaysia. Merujuk juga kepada isu Islamic Fashion Festival tidak berapa lama dulu yang dengan jelas menunjukkan akan kejahilan pemimpin UMNO berkenaan syariat-syariat Islam. Sedang mereka sendiri tidak memahami Islam dengan tepat, bagaimana bisa mereka memahamkan orang lain. 

Pada saya, isu salam ini bukan sekadar haba yang memanaskan suasana kempen di Tenang semata-mata. Ia sepatutnya menjadi kayu ukur di mata rakyat untuk menilai sejauh mana relevannya kepimpinan BN di negara ini. Saya tercari-cari suara-suara dari Ilmuan Muda UMNO yang sepatutnya menjadi sumber rujukan kepada ahli komponen BN apabila melibatkan isu agama Islam. Tetapi ironinya setakat ini masih belum saya temukan. 

Akhir kata, syabas sekali lagi saya ucapkan kepada Cikgu Mala kerana telah berjaya membuktikan bahawa seorang muslim tidak perlu menggadai agama untuk kemenangan. 

Menyentuh berkenaan PAS meletakkan calon muslimat untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, saya teringat pada petikan akhbar SinarHarian bertarikh 23 Januari lalu. Berkenaan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa calon PAS itu perlu berterima kasih kepada BN kerana memartabatkan wanita dan menonjolkan mereka dalam politik. Hanya satu sahaja komen saya kepada Datuk Seri, "JANGAN NAK MENEMPEK!!!" Kata-kata beliau yang dinyatakan apabila Menteri Besar Selangor meminta kerajaan pusat untuk membantu pembangunan negeri yang diperintah PR. Kata-kata ini kini saya pulangkan kepada beliau. PAS sudah lama mengiktiraf wanita dengan penubuhan DEwan Muslimat PAS dan memberikan peluang kepada wanita untuk bertanding di dalam pilihan raya. Mungkin Datuk Seri yang tidak mengetahui akan hal ini. Nasihat saya, dalam mencari populariti, jangan sampai memalukan diri sendiri. 

Salam juang buat sahabat-sahabat di Tenang. Kemenangan itu milik Allah. Sedang usahanya adalah untuk mencapai redha Allah.

 Intansurullaha yan surukum, wa yu thabbit akdamakum.


Wallahualam
TAKBIR!!!!

Saturday, January 22, 2011

bukan style semata-mata

Salam alaik kepada saudara-saudaraku sekalian.

Pernahkah kalian mendengar istilah-istilah seperti DREADLOCKS, RASTAFARI, dan RAGGEA? Bagaimana pula dengan nama-nama berikut seperti BOB MARLEY dan  Haile Selassie I of Ethiopia? Tidak kenal juga? Pernah lihat gambar-gambar ini




pernah lihat gaya rambut begini?
kenal siapa orang ini?

Bagi yang tidak mengetahui gaya apakah ini dan tidak mengenali siapakah orang ini, gaya rambut ini dikenali sebagai Dreadlocks, yang menjadi salah satu rukun dalam pegangan Rastafari, manakala orang di dalam gambar itu adalah Robert Nesta Marley, atau lebih dikenali sebagai Bob Marley. Rastafari pula adalah satu pegangan atau anutan yang tersebar dikalangan penganut Kristian di Jamaica bermula sekitar 1930an. Puak Rastafari memuja  Haile Selassie I of Ethiopia, bekas pemerintah Ethiopia (kira macam tuhan la). Mereka menggelarnya Jah yang kononnya sebagai pengganti Jesus. Kesimpulannya Rastafari adalah satu agama yang bertentangan dengan ajaran Islam, malah berasal dari ajaran Kristian. 

Apa kaitan Rastafari dengan muzik Raggea? Rastafari disebarkan melalui muzik Raggea yang dipelopori oleh Bob Marley. Dalam anutan Rastafari mereka menyanjung penggunaan Ganja (Canabis) sebagai cara untuk menyucikan diri (tapi rasanya lebih nak hilangkan stress dengan berkhayal dan lari dari masalah ie. kemiskinan). 

Mengapa tiba-tiba saya nak sibuk-sibuk pasal reggae ni? Takda cerita lain ke? Sebabnya begini. Pernah tidak anda terserempak dengan orang Melayu Islam yang bergaya seperti di atas? Pernah tidak anda mendengar anak-anak Melayu Islam menyebut tentang Bob Marley dan menyanjung muzik Reggae? " Pernah juga. Tapi itu STYLE je. Bukan betul-betul Rastafari." Benarkah ianya hanya STYLE  semata-mata? Bagaimana dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi;

 “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” 


“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

Minda Tajdid
Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin


Saya mengenali Dreadlocks sebelum saya mengenali Rastafari (pernah melihat gaya rambut sebegitu). Kemudian, ketika saya terbaca sebuah novel (Sigaraning : Imaen) saya mendapat sedikit gambaran mengenai Rastafari dan Dreadlocks. Jadi saya rasa terpanggil untuk mengkaji sedikit tentang budaya ini yang saya lihat bersepah di kalangan anak-anak muda Melayu Muslim. Setakat ini saya tidak pernah lagi melihat orang cina yang bergaya seperti itu tetapi ada dikalangan masyarakat india. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah kedudukan Dreadlocks dan Rastafari adalah sama dengan sambutan Valentines Day Freemansonary. Bezanya ia versi Jamaica sedang Freemanson dari Eropah. 

cubalah perhatikan sekeliling anda. Ada tidak orang yang kulitnya sama seperti anda, bertutur bahasa yang sama dengan anda tetapi bergaya seperti gambar di atas. Sekiranya ada, cubalah ingatkan dirinya tentang apa yang saya kongsikan ini. 

p/s 
siapa kata baca novel buang masa? tengok novel la kawan....



Tuesday, January 11, 2011

Mari Membina Ummah

Salam alaik ikhwah dan akhowat tercinta....

Pertama sekali seinfiniti maaf saya pohonkan kerana tidak dapat untuk berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat dalam beberapa waktu ini kerana masalah kesihatan saya yang kurang baik kebelakangan ini.a

Tapi pada hari ini alhamdulillah Allah memberikan ilham dan kekuatan kepada saya untuk berkongsi sesuatu yang insyaallah bermanfaat dan mampu memberi peringatan kepada kita semua, insyaallah.

Baru sebentar tadi saya menerima undangan walimah seorang sahabat lama, senior saya semasa diploma. Mungkin ada dikalangan sahabat-sahabat yang mengenali beliau. Semalam pula saya bersembang dengan seorang teman karib saya berkenaan jodoh dan perancangan masa hadapan secara tidak sengaja. Daripada dua perkara di atas saya ingin kongsikan beberapa perkara. 

1. Ada antara kita yang menginginkan pasangan yang baik (soleh/ah) tetapi merasakan dirinya belum cukup baik dan sempurna untuk berdampingan dengan pasangan yang baik. Pada pendapat saya berdasarkan buku-buku, ceramah dan perkongsian bersama-sama dengan para sahabat yang lain, bukan kesempurnaan diri dan pasangan yang menjadi isunya, tetapi usaha untuk menjadikan sesuatu hubungan itu sempurna yang lebih penting. Cuba sahabat sekalian rapatkan hujung jari kanan dan kiri kalian. Hujung jari telunjuk kanan dengan yang kiri ( macam Saiful Apek selalu buat). Kemudian cuba letakkan beban atau minta orang lain cuba pisahkan anatara jari tersebut. Pasti sangat mudah bukan. Kemudian, cuba pula masukkan jari-jari itu dicelah satu sama lain, dan cuba ulang dengan meletakkan beban atau minta orang lain untuk cuba memisahkannya, pasti sangat sukar. Begitulah analogi dala sesuatu hubungan, tak kira dalam perkahwinan, persahabatan, berorganisasi atau sebagainya. Kelemahan kita adalah untuk dilengkapi dengan kelebihannya, manakala kelebihan kita adalah untuk melengkapi kelemahan dirinya. 

2. "Laki-laki yang baik untuk wanita yang baik, sedang wanita yang baik untuk laki-laki yang baik pula...."
Ayat ini merupakan janji Allah kepada kita. Seorang yang baik, akan mendapatkan pasangan yang baik. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan pasangan yang baik itu? Toerinya mudah, yang saya petik dari kata-kata Ukhti Fatimah Syarha, "Solehahkan diri (untuk wanita) maka insyaallah akan mendapat pasangan yang soleh." "Tapi jodoh tukan Allah dah tetapkan." Ya. Memang benar Allah telah pun menulis namanya di Lauh Mahfuz, beserta dengan taqdir kita yang lain, tetapi, satu perkara yang perlu anda fahami adalah karakter pasangan kita itu ditentukan oleh karakter kita. Jika kita seorang yang berakhlak, insyaallah kita akan mendapat pasangan yang berakhlak juga berdasarkan janji Allah pada ayat di atas. 

3. Saya ingin berkongsi pandangan yang diutarakan oleh Akh Hilal Asyraf dalam bukunya Fanzuru: Maka Lihatlah, halaman 32, Baitul Muslim - Konsep Pembinaan Ummah. Dalam tulisannnya, beliau ada menyatakan bahawa," Kita hanya melihat BM itu adalah cinta lelaki perempuan. Namun hakikatnya, bukan itu sahaja yang ada dalam BM. BM tidaklah hanya membincangkan hendak kahwin dengan siapa, bagaimana hendak berkahwin dan sebagainya. BM pada dasarnya, adalah projek untuk membina ummah. Maka, untuk membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri." Jadi, perbetulkan persepsi kita terhadap BM mulai sekarang.Ingat, rumah tidak boleh tegak dalam masa sehari dengan hanya sebatang tiang. Inikan pula untuk membina ummah. Sebuah keluarga muslim merupakan wasilah pengkaderan yang penting dalam menghasilkan jundi-jundi Islam yang berkualiti. 

4. "Ana belum bersedia," Jika belum bersedia, maka berusahalah untuk bersedia. Selidik juga, tidak bersedia dari sudut apa? Material atau rohani? Persediaan untuk kedua-dua aspek ini perlu berjalan seiring. Jangan mengutamakan sesuatu melebihi yang lain. Satu perkara yang perlu juga kita ingat, sekiranya kita menuju ke arah kebaikan, Allah akan permudahkan jalan kita. Tetapi jangan berhenti berusaha. 
  
Akhirnya, inilah sedikit perkongsian saya yang tidak seberapa untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. 


Wallahualam
P/s 
Memetik kata-kata dari sebuah cerpen (IluvIslam.com). "tulang rusuk yang hilang tidak akan tertukar."
Milik siapakah tulang rusuk ini?

Wednesday, December 29, 2010

Politik Tak Penting? Yea Ke?

Sambil berbual-bual bersama beberapa sahabat sebentar tadi (selepas post entry yang pertama) berkenaan dengan kepincangan sistem di Malaysia (dari sitem pemerintahan hingga sistem perparitan) saya jadi teringat akan perbualan abang saya bersama dua orang pelajar Master baru-baru ini. Saya yang dikategorikan sebagai budak kecil @ budak hingusan (kerana Degree pun tak habis lagi, mereka Master dan bakal Master) hanya menjadi pendengar sahaja. Pada mulanya berkisar tentang projek yang ingin dilaksanakan, yang mana saya agak kurang berminat dan lebih menumpukan perhatian pada Char Kuew Teow di dalam pinggan. Tiba-tiba topik perbualan menyimpang kepada masalah sistem pentadbiran di sektor awam dan akhirnya meleret kepada isu politik semasa. Yang mengecewakan saya adalah (mungkin saya sahaja yang kecewa dan anda tidak) adalah apabila salah seorang pelajar sarjana berkenaan berkata "owh politik, saya tak campur. Malas nak ambil tahu." Inikah sikap seorang bakal ahli akademik yang akan membangunkan ssebuah negara. Pada fikiran saya sia-sia sahaja beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan, segala sistem yang ada dan sebagainya jika beliau menolak satu-satunya elemen yang mampu mengubah segala kritikan beliau itu. Tapi apa yang nak dihairankan. Kerana beliau merupakan graduan sebuah universiti tempatan yang saya istilahkan sangat cemerlang dalam melahirka "robot manusia", modal insan yang hanya tahu bekerja dan meletakkan wang dan semangat kesetiaan kepada bangsa melebihi segala-galanya. Mungkin kerana beliau belum lagi menjadi seorang pembayar cukai yang akan mengeluh apabila wangnya digunakan oleh kerajaan untuk membeli bunga api untuk dibakar pada hari Kebangsaan atau mungkin juga kerana beliau belum menjadi seorang bapa yang akan gelisah melihat pergaulan bebas anak gadisnya di Pusat Latihan Khidmat Negara? Kerana itu, beliau merasakan tidak perlu untuk mengambil tahu akan perkembangan politik negara. Terlupa saya ingin bertanya adakah beliau sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Tetapi berdasarkan pendapat beliau saya rasakan beliau mungkin tidak pernah berdaftar sebagai pengundi. Jika benar, maka beliau adalah segelintir dari golongan masyarakat yang akan saya persalahkan atas tertegaknya dasar-dasar yang tidak masuk akal, penyelewengan wang cukai yang saya bayar pada kerajaan dan segala masalah yang berkaitan dengan sistem dalam masyarakat. Termasuk kebejatan sosial yang sedang membarah didalam masyarakat kita hari ini.

Mengapa saya menyalahkan beliau dan "rakan-rakan seangkatan" beliau yang menolak untuk ambil peduli tentang politik? Kerana elemen yang mampu mengubah sesuatu dasar dan sistem sesebuah kerajaan adalah politik. Dalam pengkajian saya tentang sitem pemerintahan sesebuah negara, saya menemukan dua elemen yang penting dalam penguasaan sesuatu kaum atau golongan ke atas sesebuah negara iaitu melalui politik dan ekonomi. Di dalam Islam sendiri ada menegaskan bahawa "dirikanlah agama dan tadbirlah (siasatun)  dunia". Kita disuruh mentadbirr dunia yakni bersiasah dalam masa yang sama menegakkan agama. Dan salah satu elemen dalam siasah adalah politik (refer buku2 karangan Sa'id Hawwa berkenaan persoalan negara Islam).

Kesimpulannya, mungkin ada yang merasakan bahawa politik itu tidak penting. Saya tidak mengatakan bahawa politik adalah segala-galanya tetapi banyak perkara yang memerlukan kita untuk berpolitik. Seperti pelajar sarjana tadi,dalam usahanya untuk mengambil hati pensyarah sahaja beliau sudah pun berpolitik. Di mana ada kata pimpin, di situ pasti ada politik

wallahualam

Saturday, November 20, 2010

Natijah zina

Salam my brothers and sisters

Hari ini saya tergamam apabila mendengar berita di TV3 sebentar tadi. 2002 janin ditemui di dalam tempat penyimpanan sementara mayat di sebuah kuil. Semalam di kuil yang sama telah pun ditemui lebih 200 janin. 2 orang penjaga kuil ditahan dan beberapa buah klinik di siasat. 2000 lebih bukanlah jumlah yang sedikit. Ianya gambaran betapa hodohnya keadaan masyarakat pada hari ini. Saya rasa tidak mustahil jika saya katakan bahawa dikalangan 2000 lebih janin yang ditemui itu, pasti ada yang ibu bapanya berasal dari Malaysia. Itu yang ditemui oleh pihak berkuasa, bagaimana pula yang dibuang di dalam longkang, tong sampah, sungai dan sebagainya? Malah, ada yang dihidangkan sebagai sup di restoran-restoran eksotik ditengan bandaraya Bangkok. 

Kerana apa semua ini terjadi? Jawapan saya adalah apabila manusia tidak lagi bersifat manusia. Apabila manusia itu bersifat lebih hina dari binatang. Seperti yang kita sedia maklum, pelacuran merupakan penyumbang utama kepada industri pelancongan di Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatr pernah berkata bahawa para pelacur di Thailand telah menyelamatkan negara gajah putih itu dari jatuh muflis ketika krisis ekonomi tahun 1998. Tetapi inilah harga yang perlu dibayar oleh Thailand. 

Negara kita juga tidak terkecuali dari kebejataj akhlak dan masalah sosial ini. Hampir setiap hari kita mendengar ada sahaja orang menjumpai bayi, baik yang masih hidup atau yang sudah mati dan janin yang digugurkan dibuang di tong sampah, longkang, dan ada yang sedikit berhati perut, meninggalkannya dihadapan rumah atau disurau.

Satu pertanyaan kepada saudaraku sekalian dan diri saya. Apa yang pernah kita lakukan dalam menghadapi isu ini? Para artis sibuk merakamkan lagu yang kononnya ingin menunjukkan simpati mereka. Pada saya usaha itu tidak ubah seperti memberi steroid kepada seorang penagih dadah. TIDAK MEMBANTU LANGSUNG!!!! SAMA SEKALI TIDAK!!! Saban tahun, ketika mereka sibuk terkinja-kinja di atas pentas pada malam tahun baru, ribuan remaja di bawah pentas hanyut dengan pasangan masing-masing. Beberapa tahun dahulu, ribuan kondom ditemui oleh pekerja Dewan Bandaraya Ipoh selepas konsert Jom Heboh (Jom Roboh sebenarnya). Jadi fikirlah sendiri siapa punca sebenar kepada masalah ini.

Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang mampu kita lakukan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di luar sana. Mereka mungkin adik-beradik kita, saudara mara kita, atau mungkin tiada kene mengena dengan kita. Tetapi mereka boleh menyalahkan kita di hadapan Allah sekiranya kita tidak pernah berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka

Monday, November 15, 2010

Zulhijjah: Lambang suatu pengorbanan

Salam dear Ikhwan and akhwat

Ramai orang berkata, kehidupan adalah suatu kitaran. Dan dalam kitaran hidup ini kita sekali lagi dipertemukan dengan Zulhijjah,bulan yang sinonim dengan pengorbanan. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim ketika berpisah dengan anak dan isteri tercinta dan ketika diperintah Allah untuk menyembelih anaknya. Juga pengorbanan Siti Hajar dalam merelakan dirinya ditinggal sang suami tercinta bersama anaknya yang masih merah di tanah yang gersang dan asing. Dan pengorbanan Nabi Ismail untuk dikorbankan oleh ayahnya sendiri demi mlaksanakan perintah Allah. Kisah ini sudah sering kita dengar setiap tahun. Selain itu Zulhijjah juga snonim dengan hari raya Aidiladha dan ibadah korban serta ibadah haji. Kesimpulannya , Zulhijjah sangat sinonim dengan pengorbanan. Persoalannya, dalam kita mendengar dan menghayati kisah-kisah tersebut, pernahkah kita terfikir tentang pengorbanan yan pernah kita lakukan dalam hidup? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan sepanjang kehidupan kita? Terutamanya terhadap agama Islam yang kita anuti ini?

Berapa banyakkah wang ringgit yang telah kita laburkan di tabung-tabung amal? Berapa banyakkah mas yang telah kita habiskan di program-program Islam? Berapa banyakkah tenaga yang telah kita curahkan untuk membantu dakwah dijalan Allah? Dan berapa banyak buah fikiran yang telah kita curahkan untuk membangunkan ummah? Saya tujukan soalan ini kepada kalian dan diri saya sendiri. Tidak pernahkah kita merasa cemburu terhadap golongan yang dijanjikan Allah untuk menghuni syurga kerana pengorbanan mereka terhadap Islam? Sampai bila kita hanya ingin "BERSEDERHANA" dalam mengamalkan Islam tanpa ada rasa untuk menjadi golongan yang disebut dalam ayat dibawah ini?

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai- Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (TQS. al-Mâidah [5]: 54)


Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang sering leka dan alpa dalam menghayati peranan sebagai Hamba di muka bumi ini.

Ingatlah saudaraku sekalian, Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam. Perjuangan Islam akan terus berjalan tanpa kita, tetapi apalah makna kehidupan tanpa perjuangan. Harta yang melimpah ruah belum tentu mampu menyelamatkan kita dari neraka Allah tetapi setitis peluh yang menitis di jalan perjuangan insyaallah akan menjadi saksi di hadapan Allah.

Wallahualam
Salam Aidiladha = )

Sunday, October 31, 2010

MENGGALAS TANGGUNGJAWAB DI GALAS

kepenatan yang memberati tubuh beransur hilang. perjalanan lebih kurang 6 jam dari gua Musang dirasakan berbaloi dengan hasil yang diperoleh. Meskipun banyak lagi yang belum terlaksana dan masih banyak juga kebutuhan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan di sana, namun, saya amat berharap usaha kecil kami, yang dipimpin oleh saf kepimpinan GAMIS tetap bernilai di sisi Allah. Semoga perjuangan kami tidak akan berakhir hanya dengan gertakan-gertakan kecil mahupun ancaman-ancaman yang dilontarkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Walaupun mereka berjaya melemahkan kami dengan penahanan 4 orang sahabat kami namun, dengan taujihad dan kobaran semangat dari saf-saf kepimpinan, akhirnya mahasiswa bangkit kembali demi menuntut hak dan keadilan serta demi membela saudara seperjuang yang ditindas dan dizalimi oleh mereka-mereka yang rakus dengan kuasa. 

Mengimbau kembali apa yang terjadi semalam, saya mendapati bahawa masyarakat di sana tergolong dikalangan masyarakat luar bandar yang kurang mendapat pendedahan mengenai isu semasa. Terdapat golongan yang saya istilahkan sebagai mereka yang agak naif memandang bahawa setiap pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan merupakan belas ihsan kerajaan kepada mereka. Berbeza dengan pengundi-pengundi muda di bandar yang merasakan bahawa setiap pembangunan mahupun usaha yang dilakukan oleh kerajaan merupakan tanggungjawab yang perlu digalas oleh kerajaan tanpa perlu diungkit atau dibangkitkan. Analoginya adalah seperti pengusaha kedai makan yang perlu memasak makanan untuk disajikan kepada pelanggannnya. Wajarkah si tukang masak itu mengungkit dan merungut kepada pelanggannya bahawa dia telah dengan penat lelah memasak makanan itu, sedangkan pelanggannya telah pun membayar penat lelahnya dengan bayaran yang setimpal? Kempen UMNO-BN di Galas banyak membangkitkan isu ini. Pada saya adalah tidak wajar untuk mereka membangkitkan isu pembangunan kerana itu merupakan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Dimana relevannya slogan "Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat" sekiranya para pengundi di Galas seolah-olah berhutang dengan kerajaan (UMNO-BN) melalui pembangunan yang dilaksanakan? Bukanlah bermakna bahawa pembangunan merupakan aspek yang boleh diabaikan. Tetapi melalui kempen sebegini saya dapat merasakan bahawa pihak UMNO-BN seperti ketandusan isu untuk memenangi hati rakyat. Begitu juga di pihak PAS yang agak kurang bermain dengan isu. Dari pandangan seorang pengundi, tiada yang istimewa apabila menatap poster-psoter dan kain-kain rentang yang menghiasi jalan-jalan, sedangkan banyak lagi isu-isu yang boleh disuarakan untuk membela nasib rakyat. Pendek kata, suasana di Galas sangat dingin dan beku. Mungkin kerana kedua-dua pihak memilih untuk 'Play-safe', sesuatu yang saya rasakan kurang menarik di Galas dan menyebabkan suasana agak mebosankan. 

Di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh Mahasiswa untuk menyedarkan masyarakat supaya memilih calon yang betul-betul mampu membela dan menyuarakan keperluan mereka dan membela nasib mereka. Memetik kata Ketua Majlis Politik Nasional saudara Ahmad Syukri b. Ab Razab," untuk mempromosikan calon,bukan tugas kami, itu tugas parti. Tugas kami adalah untuk mengajak rakyat untuk turun mengundi dan memilih calon yang terbaik. Satu kerja yang parti-parti dan SPR tidak boleh buat tapi kami boleh."

Pada pandangan saya, medan politik tidak ubah seperti persaingan dalam perniagaan, dengan parti-parti sebagai peniaga yang mempromosikan sesuatu produk kepada pengguna (Pengundi). Manakala mahasiswa pula bertindak sebagai Persatuan Pengguna yang menjadi rujukan dan suara pembela rakyat. Parti akan terus mempromosikan produk mereka dan kami, sabagai mahasiswa akan terus bangkit sebagai penilai kepada rakyat terhadap produk-produk tersebut. 

STUDENT POWER!!!

Thursday, October 28, 2010

MIMPI NGERI!!!!

Assalamualaikum.....

Nak berkongsi satu benda yang saya rasa nak kongsi sangat. Tentang mimpi saya malam tadi yang saya doakan jangan jadi kenyataan. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bermimpi tentang perkara itu,(macamlah kita bole pilih apa yang kita nak mimpi). Tapi saya tak kira, saya nak kongsi jugak kat sini. Saya bermimpi di satu dewan yang besar (macam di PWTC) satu acara sedang dijalankan. Tiba-tiba ada seorang Hamba Allah (Fathul Bari Mat Jahaya) naik atas pentas untuk mengumumkan sesuatu.Pada mulanya kalau tidak salah dia bercakap macam ucapan dia ketika perhimpunan Agong Sarkas (macam yang dieja oleh Si Bujang Lapok). Tapi tiba-tiba dia mengumumkan sesuatu yang ARRRGH. Dia mengumumkan bahawa PARTI ISLAM SE-MALAYSIA telah DIBUBARKAN dan diserap sebagai MAJLIS ULAMA parti sarkas tu. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK...ALLAHURABBI. Mimpi yang sangat mengerikan. Janganlah ianya jadi kenyataan. JANGAN 1000000000x

Ya Allah
Lindungi Jemaah kami
dari jerat musuh-musuh kami
Lindungi ikatan hati kami
Agar kami tidak jatuh dalam perangkap penipuan mereka
Jangan Ya ALLAH 
Jangan biarkan kami bersekongkol dengan mereka 
Untuk menentang agamaMu
Tunjukkan kami Ya Allah
Akan jalan redhaMU


sayang. seorang pemuda yang berbakat terjerat dengan nama dan pangkat. saya khuatir apa yang pernah menimpa DSAI dahulu akan turut menimpa diri ustaz muda ini. Idea Islamisasi pada zaman DSAI dahulu seolah-olah diterima oleh pemerintaH. tetapi apabila merasakan pengaruh Islam mula terasa DSAI 'ditendang' melalui skandal busuk murahan. dan perkara yang sama tidak mustahil akan berualang lagi. kerana untuk mengIslamkan SARKAS (eja seperti Pak Cik Sudin) adalah sesuatu yang sia-sia. 

Followers