About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Sunday, October 31, 2010

MENGGALAS TANGGUNGJAWAB DI GALAS

kepenatan yang memberati tubuh beransur hilang. perjalanan lebih kurang 6 jam dari gua Musang dirasakan berbaloi dengan hasil yang diperoleh. Meskipun banyak lagi yang belum terlaksana dan masih banyak juga kebutuhan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan di sana, namun, saya amat berharap usaha kecil kami, yang dipimpin oleh saf kepimpinan GAMIS tetap bernilai di sisi Allah. Semoga perjuangan kami tidak akan berakhir hanya dengan gertakan-gertakan kecil mahupun ancaman-ancaman yang dilontarkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Walaupun mereka berjaya melemahkan kami dengan penahanan 4 orang sahabat kami namun, dengan taujihad dan kobaran semangat dari saf-saf kepimpinan, akhirnya mahasiswa bangkit kembali demi menuntut hak dan keadilan serta demi membela saudara seperjuang yang ditindas dan dizalimi oleh mereka-mereka yang rakus dengan kuasa. 

Mengimbau kembali apa yang terjadi semalam, saya mendapati bahawa masyarakat di sana tergolong dikalangan masyarakat luar bandar yang kurang mendapat pendedahan mengenai isu semasa. Terdapat golongan yang saya istilahkan sebagai mereka yang agak naif memandang bahawa setiap pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan merupakan belas ihsan kerajaan kepada mereka. Berbeza dengan pengundi-pengundi muda di bandar yang merasakan bahawa setiap pembangunan mahupun usaha yang dilakukan oleh kerajaan merupakan tanggungjawab yang perlu digalas oleh kerajaan tanpa perlu diungkit atau dibangkitkan. Analoginya adalah seperti pengusaha kedai makan yang perlu memasak makanan untuk disajikan kepada pelanggannnya. Wajarkah si tukang masak itu mengungkit dan merungut kepada pelanggannya bahawa dia telah dengan penat lelah memasak makanan itu, sedangkan pelanggannya telah pun membayar penat lelahnya dengan bayaran yang setimpal? Kempen UMNO-BN di Galas banyak membangkitkan isu ini. Pada saya adalah tidak wajar untuk mereka membangkitkan isu pembangunan kerana itu merupakan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Dimana relevannya slogan "Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat" sekiranya para pengundi di Galas seolah-olah berhutang dengan kerajaan (UMNO-BN) melalui pembangunan yang dilaksanakan? Bukanlah bermakna bahawa pembangunan merupakan aspek yang boleh diabaikan. Tetapi melalui kempen sebegini saya dapat merasakan bahawa pihak UMNO-BN seperti ketandusan isu untuk memenangi hati rakyat. Begitu juga di pihak PAS yang agak kurang bermain dengan isu. Dari pandangan seorang pengundi, tiada yang istimewa apabila menatap poster-psoter dan kain-kain rentang yang menghiasi jalan-jalan, sedangkan banyak lagi isu-isu yang boleh disuarakan untuk membela nasib rakyat. Pendek kata, suasana di Galas sangat dingin dan beku. Mungkin kerana kedua-dua pihak memilih untuk 'Play-safe', sesuatu yang saya rasakan kurang menarik di Galas dan menyebabkan suasana agak mebosankan. 

Di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh Mahasiswa untuk menyedarkan masyarakat supaya memilih calon yang betul-betul mampu membela dan menyuarakan keperluan mereka dan membela nasib mereka. Memetik kata Ketua Majlis Politik Nasional saudara Ahmad Syukri b. Ab Razab," untuk mempromosikan calon,bukan tugas kami, itu tugas parti. Tugas kami adalah untuk mengajak rakyat untuk turun mengundi dan memilih calon yang terbaik. Satu kerja yang parti-parti dan SPR tidak boleh buat tapi kami boleh."

Pada pandangan saya, medan politik tidak ubah seperti persaingan dalam perniagaan, dengan parti-parti sebagai peniaga yang mempromosikan sesuatu produk kepada pengguna (Pengundi). Manakala mahasiswa pula bertindak sebagai Persatuan Pengguna yang menjadi rujukan dan suara pembela rakyat. Parti akan terus mempromosikan produk mereka dan kami, sabagai mahasiswa akan terus bangkit sebagai penilai kepada rakyat terhadap produk-produk tersebut. 

STUDENT POWER!!!

1 comment:

MemaLI said...

bantulah setakat yang mana boleh bantu...asalkan tidak melaupaui batas

Followers