About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, August 6, 2011

Hospital

Setelah sekian lama (sebenarnya tidaklah lama mana) akhirnya sekali lagi saya menjejakkan kaki ke ER Hospital Klang. Dan yang peliknya, buat pertama kalinya jabatan itu lengang dengan pesakit. Tetapi, walaupun ruang legarnya kelihatan lengang, tidak bermakna servisnya bertambah cepat. Birokrasi masih menjadi kutu yang menjengkelkan di mana-mana agensi kerajaan. Rasa meluat meluap-luap ketika membaca statistik kepuasan hati pelanggan yang "tertebeng" di papan kenyataan. Sungguh jauh panggang dari api.

Saya mendaftar di wad kecemasan itu kira-kira jam 10.30 mlam dan keluar kira-kira jam 2.00 pagi. Selesai mengambil suntikan ubat penahan sakit pada jam 12.35 dan perlu menunggu kira-kira sejam untuk melihat perkembangan sebelum dibenarkan pulang. Yang agak mengecewakan adalah saya tidak diberi tempat menunggu yang selesa sama ada katil atau kerusi yang sesuai sementara menunggu suntikan tersebut berkesan. Akhirnya, saya hanya berehat di dalam kereta dam masuk semula ke dalam ruang pemeriksaan sejam kemudian.

 Apa-apa pun, terima kasih kepada staf HTAR yang sudi untuk berjaga malam merawat pesakit. Insyaallah banyak pahala yang kalian perolehi jika diniatkan setiap tugas yang dilaksanakan ikhlas kerana Allah dan dijalankan dengan sebaik mungkin.

Dalam Islam, setiap pekerjaan yang baik, mampu membuahkan pahala. Lihatlah betapa pemurahnya Allah. Seorang lelaki yang berjalan ke tempat kerja semata-mata untuk mencari nafkah untuk keluarga akan diberikan pahala. Setiap mata yang terpejam ketika tidur supaya dapat bangun untuk solat malam juga akan membuahkan pahala. Dan setiap hati yang redha dengan musibah yang menimpa dan berserah hanya kepada Allah juga akan memperolehi pahala. Sekadar renungan untuk kita bersama.......

No comments:

Followers