Ramadhan datang lagi. Apakah persaan kita dengan kedatangan Ramadhan kali ini? Biasa-biasa sahaja? Teruja? Monyok sebab tidak dapat makan siang? Atau, tiada perasaan?
Perisa hati saya bercampu baur. Teruja kerana ini adalah bulan menambah pahala. Musuh ketat sudah pun dirantai dan yang tinggal hanyalah tentangan dari nafsu sendiri. Risau, sekiranya bulan mulia ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan amal kebajikan yang dan bertambah risau sekiranya kesungguhan beribadah itu ternokhtah apakala Ramadhan melabuhkan tirainya. Akan adakah lagi Ramadhan pada tahun hadapan?
Perisa lain yang diadun oleh hati yang sentiasa berbolak balik ini adalah stress kerana akan memulakan tugas sebagai guru tetap di Sri Pintar pada esok hari. Bukankah sepatutnya saya merasa gembira kerana dimurahkan rezeki oleh Allah dengan pekerjaan yang tetap ini? Tidak dinafikan saya sangat bersyukur dengan kurniaan rezeki ini, tetapi saya sebagai hamba yang lemah dan serba kerdi ini tidak dapat lari dari rasa terbeban yang hadir bersama dengan rezeki ini.
Di kala perjanjian belum ditandatangani dan dalam keadaan saya tidak pasti berapakah gaji yang bakal saya perolahi, saya telah pun diserah sebuah meja dengan segala kerja yang bertimbun di atasnya. Itu secara fizikalnya. Belum lagi tanggungjawab yang tak nampak di mata tetapi menghenyak bahu saya.
1) Bahasa Inggeris tingkatan 1 dan 2
2) Bahasa Melayu tingkatan 2
3) Sejarah tingakatan 1 dan 2
4) Kemahiran Hidup tingkatan 2
5) MAtematik tingkatan 1 dan 2
6) Guru kelas tingkatan 1
7) Guru disiplin dan pengawas
9) Pengerusi Biro Kebajikan Guru
Ini adalah senarai setakat yang saya ingat dan hanya merangkumi tugas saya di Sri Pintar sahaja. Tidak termasuk tuisyen dan lain-lain lagi.
Dalam keadaan stress begini saya jadi sensitif dengan keadaan sekeliling. Tolonglah faham sekiranya saya merajuk, tarik muka, tidak balas sms, tidak banyak bercakap dan sakit-sakit lama saya datang kembali.
Yang saya harapkan saya akan segera ketemu dengan hikmah di sebalik semua ini. Tak baik kan merungut di awal bulan mulia begini. Tapi saya percaya, dengan memulakan tugas di awal bulan penuh rahmat ini, pasti ada berkah yang menanti saya. Dan dengan perubahan penampilan yang saya anggap satu hijrah dan islah ke atas diri saya fizikal dan rohani, saya perlu bersedia dan menguatkan diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang. Semoga redha Allah sentiasa bersama saya.
JOM BERPESTA IBADAH!!!!!
Ramadhan Kareem......Allahu akram
1 comment:
insyaALLAH... moga dipermudahkan urusan dan dikuatkan hati..
barakALLAH (^^,)
Post a Comment