About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Tuesday, January 25, 2011

Kebiadaban Soi Lek atau kejahilan UMNO?

Baru mengikuti perkembangan di Tenang. Nampaknya perang propaganda sudah pun bermula. Mainan isu mula berlegar menghangatkan suasana pilihanraya kecil DUN Tenang. Tetapi dalam banyak isu yang mewarnai kempen kali ini, isu calon PAS, Cikgu Normala yang tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki sangat menarik perhatian. Sebagai seorang muslimah, saya sangat berbangga dengan ketegasan beliau dalam menjaga batasan syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Inilah bezanya apabila kita berjuang kerana agama demi mencapai redha Allah dengan perjuangan untuk kepentingan individu sehingga sanggup menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat. Dalam hal ini, saya sependapat dengan beberapa peendapat yang menyalahkan UMNO selaku parti yang kononnya memperjuangkan bangsa dan agama (saya tegaskan: KONONNYA) kerana gagal memahamkan rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional mengenai syariat Islam yang sebenar. 


“Tidak ada seorang pun kaum Tionghwa lelaki bersalaman dengan saya. Saya kira mereka sudah mula memahami kerana komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah memberi penjelasan mengenainya dalam sesi santai.


Berdasarkan kenyataan Cikgu Mala bahawa masyarakat bukan Islam telah mula memahami pendirian beliau untuk tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki adalah melalui penerangan yang diberikan oleh rakan-rakan PAS dari DAP dan PKR. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah PAS telah semakin berjaya memberikan kefahaman tentang Islam dan mengajak rakan-rakan PR yang bukan Islam untuk menghormati Islam. Sesuatu yang tidak berjaya dilakukan oleh UMNO dalam BN. 


Tetapi pada saya adalah tidak menghairankan sekiranya UMNO gagal memberikan kefahaman Islam kepada rakan-rakan mereka dalam BN. Ini berdasarkan dari kenyataan Datuk Sri Najib sendiri bahawa Malaysia akan huru-hara sekiranya hukum Islam ditegakkan di Malaysia. Merujuk juga kepada isu Islamic Fashion Festival tidak berapa lama dulu yang dengan jelas menunjukkan akan kejahilan pemimpin UMNO berkenaan syariat-syariat Islam. Sedang mereka sendiri tidak memahami Islam dengan tepat, bagaimana bisa mereka memahamkan orang lain. 

Pada saya, isu salam ini bukan sekadar haba yang memanaskan suasana kempen di Tenang semata-mata. Ia sepatutnya menjadi kayu ukur di mata rakyat untuk menilai sejauh mana relevannya kepimpinan BN di negara ini. Saya tercari-cari suara-suara dari Ilmuan Muda UMNO yang sepatutnya menjadi sumber rujukan kepada ahli komponen BN apabila melibatkan isu agama Islam. Tetapi ironinya setakat ini masih belum saya temukan. 

Akhir kata, syabas sekali lagi saya ucapkan kepada Cikgu Mala kerana telah berjaya membuktikan bahawa seorang muslim tidak perlu menggadai agama untuk kemenangan. 

Menyentuh berkenaan PAS meletakkan calon muslimat untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, saya teringat pada petikan akhbar SinarHarian bertarikh 23 Januari lalu. Berkenaan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa calon PAS itu perlu berterima kasih kepada BN kerana memartabatkan wanita dan menonjolkan mereka dalam politik. Hanya satu sahaja komen saya kepada Datuk Seri, "JANGAN NAK MENEMPEK!!!" Kata-kata beliau yang dinyatakan apabila Menteri Besar Selangor meminta kerajaan pusat untuk membantu pembangunan negeri yang diperintah PR. Kata-kata ini kini saya pulangkan kepada beliau. PAS sudah lama mengiktiraf wanita dengan penubuhan DEwan Muslimat PAS dan memberikan peluang kepada wanita untuk bertanding di dalam pilihan raya. Mungkin Datuk Seri yang tidak mengetahui akan hal ini. Nasihat saya, dalam mencari populariti, jangan sampai memalukan diri sendiri. 

Salam juang buat sahabat-sahabat di Tenang. Kemenangan itu milik Allah. Sedang usahanya adalah untuk mencapai redha Allah.

 Intansurullaha yan surukum, wa yu thabbit akdamakum.


Wallahualam
TAKBIR!!!!

1 comment:

MemaLI said...

Ihhzim hum ya Allah.... wan sur na alaihim...

Followers