Diri: wahai encik insomsia, boleh tidak saya ingin bertanya sesuatu?
En. Insomnia: Yea silakan. (sambil senyum ramah)
Diri: kenapa En. Insomnia rajin sangat nak datang melawat saya? Apakah tiada orang lain yang ingin diziarah?
En. Insomnia: oowh pasal tu. Kenapa? Salahkah saya ingin menziarahi sahabat lama? (sambil angkat-angkat kening)
Diri: Bukan apa. Cuma Encik datang tak kena dengan masa. Hari Rabu sampai Jumaat saya sangat sibuk. Saya tak mampu nak meraikan kedatangan Encik..
En. Insomnia: ooh begitu. Jadi awak tak sukalah saya datang berziarah?
Diri: saya agak keberatan sebenarnya. sebab jika encik datang, Cik Mata mesti tidak boleh berehat. Bila Cik Mata tidak berehat, yang lain pun akan ikut kerja over-time juga. Kasihan dengan mereka.
En. Insomnia: Tapi awak sedar tidak yang saya sebenarnya telah membantu awak secara tidak langsung?
Diri: Bila pula Encik tolong saya? Tolong susahkan saya adalah. (sambil jeling tak puas hati)
En. Insomnia: Kehadiran saya telah menyelamatkan awak dari serangan Mr. Procrastinate (baca: suka bertangguh). Kedatangan saya semalam telah berjaya menghalau Mr. Procrastinate dan secara tidak langsung membantu awak untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sekian lama. contohnya menanda kertas jawapan pelajar-pelajar awak. (huh...kan dah kena smash)
Diri: Ni kira nak bela diri la ni. Tapi kehadiran awak juga mengundang sama kehadiran mak cik keletihan!
En. Insomnia: Oowh, kehadiran dia bukan atas undangan saya. Baiklah. Saya balik sekarang. Orang tak sudi kita datang. Terpaksa la kita bawa diri. (sambil heret beg akademi fantasia)
Diri: Molek sangatlah tu. Cepat-cepat sikit yea. (sambil buat muka ala-ala Nyonya Mansur)
En. Insomnia: Tapi awak masih terhutang budi dengan saya. Banyak urusan awak yang selesai hari ini sebab saya. Ingat tu..
Diri: yea...baiklah....danke schon Mr. Insomnia
En. Insomnia: Bitte schon (sambil lambai-lambai tangan).....don't miss me (sambil hembus-hembus hingus sebab terharu)
* ini adalah imaginasi seorang anak manusia yang mamai sebab tak cukup tidur.
moral of the story is:
"semua ada hikmahnya"
*nyanyi macam lagu hikmah
No comments:
Post a Comment