About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Sunday, January 30, 2011

Selamat "memilih" ya ma'syaral Tenang


Esok adalah penentu segala jerih perih dan usaha kerja keras dalam memenangi hati penduduk DUN Tenang. Saya rasa para pengundi Tenang sudah mampu menilai yang mana kaca dan yang mana pasir tidak berharga. 

Di sini, saya ingin mengutarakan beberapa kayu ukur yang boleh dijadikan panduan dalam kita memilih pemimpin yang baik dan mampu membawa kebaikan kepada masyarakatnya.

Yang pertama, seorang pemimpin mesti berpegang dengan prinsip. Dan prinsipnya mestilah berpaksikan kebenaran. Dan kebenaran itu hanya akan terbina dengan agama yang kukuh. Seorang pemimpin yang berpegang pada prinsip yang benar yang terbina dari asas agama yang kuat tidak akan mudah terjebak dengan penyelewengan. Tidak mudah untuk menjual tanggungjawab untuk secebis keuntungan. Tidak akan bertolak ansur dengan kebatilan dan merobohkan kebenaran. Bagaimana untuk menilai sejauh mana seorang pemimpin itu berpegang pada prinsipnya?

Caranya adalah dengan melihat kepada pegangannya dalam beragama. Dalam situasi di Tenang, saya suka mengambil isu Cikgu Mala yang tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki, pada saya ini merupakan satu ciri orang yang berpegang pada prinsipnya.Adakah dengan bersalam dengan kaum lelaki mampu meraih undi? Dan adakah dengan mengamalkan pegangan agama sendiri menjadi satu kesalahan? Mungkin cara bersalam itu dilihat isu yang kecil, setakat apalah sangat bagi seorang wakil rakyat. Tetapi, sekiranya prinsip asas yang dilihat kecil ini saja tidak mampu untuk dipatuhi, bagaimana pula dengan hal yang lebih besar, seperti berdepan dengan suapan, sogokan dan rasuah? Senang cerita, dengan tuhan sahaja dia tidak takut, malu dan rasa bersalah, inikan pula dengan undang-undang manusia yang boleh dimanipulasi dengan kuasa dan pengaruh. Sekadar suapan seriban dua, apalah sangat. 

Yang kedua, keterlibatannya dalam masyarakat sebelum dinaikkan sebagai calon. Adakah dia seorang yang dikenali sebagai orang yang dekat dengan masyarakat, atau hanya muncul selepas dinaikkan sebagai calon? Jika dirinya hanya muncul selepas dinaikkan sebagai calon, besar kemungkinan dia akan kembali tenggelam selepas memenangi pilihanraya ini. 

Yang ketiga, lihat juga akan cara hidupnya. Adakah dia dan keluarganya bersederhana atau jenis yang suka bermewah-mewah. Bukanlah tidak boleh mengundi seorang yang segak bergaya, tetapi perlu diingat pemimpin yang baik adalah yang selalu melebihkan rakyat dari diri dan keluarganya. Bukanlah dia seorang pemimpin yang baik seandainya dia bersenang di mahligai yang indah sedang rakyat dibiarkan kelaparan. Dalam hal ini, contoh yang paling ideal adalah melihat kepada kepimpinan dua Umar, yakni Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. 

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian saya untuk entry kali ini. Jika ada diantara anda semua yang mempunyai cadangan dan saranan adalah amat dialu-alukan untuk dikongsi bersama. Panduan ini tidak hanya relevan untuk PRK DUN Tenang sahaja, tetapi juga untuk memilih pemimpin di mana sahaja hatta untuk ketua darjah sekali pun. 

Memetik kata seorang sahabat saya, 

"Perjalanan di medan perjuangan yang sebenar dalam memenangi hati ummah dan seterusnya menuju baldatun tayyibah yang dihajati...."

Salam Juang untuk pejuang-pejuang Tenang. Jihad itu usaha sedang kemenangan itu atas RahmatNya jua.

Allahumma Ansorul Islama wa muslimin..

ALLAHUAKBAR

No comments:

Followers