About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, January 20, 2011

Semoga Allah Redha

Hari yang sangat penat. Penat menunggu. Penat terkejar-kejar. Penat bercakap. Penat melayan kerenah yang macam-macam. Sebetulnya saya sangat mengantuk. Tetapi tuntutan kerja sangat banyak. Walau diri ini merayu untuk berehat, saya tidak mampu untuk menunaikan permintaannya. Entry ini ditulis sementara saya menunggu email yang tak kunjung tiba.

Dalam kepenatan ini, saya terasa ingin berkongsi sesuatu. Sesuatu yang mungkin berguna untuk anda di luar sana. Sesuatu yang saya kira mugkin pernah anda alami.

Ianya berkenaan perubahan sikap saya sejak beberapa tahun ini. Apabila saya mengkaji personaliti anak-anak murid saya, saya seolah-olah membuka lembaran semalam. Detik di mana saya sebaya dengan mereka. Sekarang baru saya tersedar. Saya bukan lagi saya yang dahulu. Walau bukan berubah 100% 360 darjah, tetapi perubahan itu tetap ada. Yang paling ketara adalah cara saya dala mengawal emosi. Jika dahulu, saya seorang yang sangat baran. Egois yang tiada ampun. Tidak ada kiasan. Tanpa ada tapisan. Terlalu "transparents". Jika saya tidak suka sesuatu perkara, orang lain mesti tahu yang saya tidak suka. Jika saya marah, seolah-olah satu kebanggaan apabila mereka tunduk kepada kemarahan saya. Apa perlunya menjaga perasaan dan hati orang lain? Lebih baik berterus terang dari menjadi nanah di dalam hati. Itu prinsip saya pada suatu ketika dahullu.

Tetapi, semakin saya dewasa, semenjak saya mengenali nilai persaudaraan yang diajarkan Rasulullah, sikap saya berubah sedikit demi sedikit. Yang paling ketara adalah cara saya mengawal kemarahan dan rasa tidak puas hati. Saya yang "pemberontak" belajar untuk mendiamkan diri. Yang seingat saya, dipupuk tanpa begitu disedari semasa saya ditaklifkan sebagai orang nombor dua di kolej. Meneliti karenah anak buah yang pelbagai, mematangkan cara saya mengawal emosi. NAmun, mungkin kerana status "adik bongsu" saya dikalangan sahabat (the SJ sisters) menyebabakan kadangkala saya masih juga melatah. Tetapi sekurang-kurangnya saya tidak lagi "bangga" apabila menyakiti perasaan orang lain. Hati sahabat menjadi perkara pertama yang akan dipertimbangkan sebelum menegur.

Tetapi, sikap garang dan provokatif masih sukar dikikis, mungkin kerana situasi dan peranan saya dalam sesuatu perkara tau program. Selau di posisi AJK Dsidplin memaksa saya menjadi seorang yang keras dan berhati kering. Sehingga saya sendiri tertanya-tanya adakah saya mampu menjadi seorang yang penyayang.

Tetapi saya kira kini saya sudah mendapatkan jawapannya. Kasih sayang memang mampu mengubah raksasa menjadi jinak. Kelembutan air mampu melekukkan battu yang keras. Dan hati saya yang beku, menjadi cair dengan kasih sayang. Saya selalu bergurau dengan Kak Di, dengan berkata, "bolehkah undertaker jadi angle?" ketika menjadi fasilitator JNS. Tetapi kini, saya sedar, undertaker juga punya hati. Dan hati beku saya cair apabila mengenang harapan ibu bapa kepada anak-anak didik saya di Sri Pintar, di PZ4 dan kegigihan sahabat-sahabat saya di Stirling. Benarlah kata orang, guru adalah pekrjaan yang diberkati. Dan saya kira saya sudah mendapat limpahn keberktan itu.

SAya sendiri terkejut apabila saya mampu bersabar dengan karenah pelajar tingkatan 2 di Sri Pintar. Saya hampir tidak mengenali diri sendiri. Tetapi itulah yang saya katakan limpahan keberkatan. Rasa sayang yang dikurniakan Allah ini adalah rahmat buat saya.

Betapa penyayangnya Allah yang memberi saya ruang untuk berubah. Betapa beruntungnya saya kerana dicampakkan Allah secebis kesedaran untuk berubah.

Semoga saya sentiasa istiqamah untuk terus berubah menjadi yang lebih baik. Dan semoga Allah redha dengan segala usaha saya untuk mendidik dan membantu jundi-jundi Islam. Jika hanya ini sahaja yang mampu saya sumbangkan untuk Islam, maka saya tidak lokek untuk "melabur". Thanks for this changes.

Semoga Allah redha
To all my beloved students
salam sayang
Teacher FBI

No comments:

Followers