About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, November 20, 2010

Natijah zina

Salam my brothers and sisters

Hari ini saya tergamam apabila mendengar berita di TV3 sebentar tadi. 2002 janin ditemui di dalam tempat penyimpanan sementara mayat di sebuah kuil. Semalam di kuil yang sama telah pun ditemui lebih 200 janin. 2 orang penjaga kuil ditahan dan beberapa buah klinik di siasat. 2000 lebih bukanlah jumlah yang sedikit. Ianya gambaran betapa hodohnya keadaan masyarakat pada hari ini. Saya rasa tidak mustahil jika saya katakan bahawa dikalangan 2000 lebih janin yang ditemui itu, pasti ada yang ibu bapanya berasal dari Malaysia. Itu yang ditemui oleh pihak berkuasa, bagaimana pula yang dibuang di dalam longkang, tong sampah, sungai dan sebagainya? Malah, ada yang dihidangkan sebagai sup di restoran-restoran eksotik ditengan bandaraya Bangkok. 

Kerana apa semua ini terjadi? Jawapan saya adalah apabila manusia tidak lagi bersifat manusia. Apabila manusia itu bersifat lebih hina dari binatang. Seperti yang kita sedia maklum, pelacuran merupakan penyumbang utama kepada industri pelancongan di Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatr pernah berkata bahawa para pelacur di Thailand telah menyelamatkan negara gajah putih itu dari jatuh muflis ketika krisis ekonomi tahun 1998. Tetapi inilah harga yang perlu dibayar oleh Thailand. 

Negara kita juga tidak terkecuali dari kebejataj akhlak dan masalah sosial ini. Hampir setiap hari kita mendengar ada sahaja orang menjumpai bayi, baik yang masih hidup atau yang sudah mati dan janin yang digugurkan dibuang di tong sampah, longkang, dan ada yang sedikit berhati perut, meninggalkannya dihadapan rumah atau disurau.

Satu pertanyaan kepada saudaraku sekalian dan diri saya. Apa yang pernah kita lakukan dalam menghadapi isu ini? Para artis sibuk merakamkan lagu yang kononnya ingin menunjukkan simpati mereka. Pada saya usaha itu tidak ubah seperti memberi steroid kepada seorang penagih dadah. TIDAK MEMBANTU LANGSUNG!!!! SAMA SEKALI TIDAK!!! Saban tahun, ketika mereka sibuk terkinja-kinja di atas pentas pada malam tahun baru, ribuan remaja di bawah pentas hanyut dengan pasangan masing-masing. Beberapa tahun dahulu, ribuan kondom ditemui oleh pekerja Dewan Bandaraya Ipoh selepas konsert Jom Heboh (Jom Roboh sebenarnya). Jadi fikirlah sendiri siapa punca sebenar kepada masalah ini.

Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang mampu kita lakukan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di luar sana. Mereka mungkin adik-beradik kita, saudara mara kita, atau mungkin tiada kene mengena dengan kita. Tetapi mereka boleh menyalahkan kita di hadapan Allah sekiranya kita tidak pernah berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka

No comments:

Followers