About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, November 13, 2010

MENULIS

Salam alaik

Pagi yang sangat hening. Baru sahaja selesai mengkhatamkan koleksi novel terbaru saya. Tidak rugi rasanya menatap novel karangan Imaen, Sigaraning. Ingin tahu kisahnya? Mungkin boleh saya kongsi dalam post yang lain. 
Yang ingin saya kongsi hari ini adalah pendapat, perspektif dan angan-angan saya tentang dunia penulisan. Mengapa? Entahlah. Anggaplah Dia ingin memberi tahu anda sesuatu melalui "tarian" jari-jemari saya di atas keyboard ini. Saya mula menulis sejak saya mula belajar memegang pensel =). Karangan pertama saya terhasil ketika saya berada dalam darjah dua. Ketika guru bahasa Melayu merangkap guru kelas saya, Puan Zakiah menyuruh kami untuk membuat satu karangan, tapi tidak saya ingat lagi akan tajuknya. Karangan kebanggaan saya kerana dijadikan contoh di dalam kelas. Cuma satu sahaja komennya ketika itu, "Kenapa tiada perenggan? Karangan sepatutnya perlu ada perenggan. Isi dan bahasanya bagus (untuk standard pelajar darjah dua) tetapi satu muka surat penuh tanpa perenggan," dalam senyum dia memberi panduan sambil menunjukkan karangan saya itu di hadapan kelas. Dan itulah karangan terpanjang di dalam kelas pada ketika itu. Dan ianya juga merupakan pencetus semangat kepada saya untuk meminati bidang penulisan. Bila mula menulis, saya mula sedar bahawa saya memerlukan bahan untuk ditulis. Maka secara tidak langsung saya minat pula untuk membaca. Sehingga membaca menjadi hobi yang sangat sinonim dengan saya disamping menonton televisyen. Hinggakan saya menjawab, "I sleep with books" untuk menggambarkan kegilaan saya terhadap huruf dan bahasa. 

Kemuncak minat saya dala bidang penulisan adalah ketika saya di sekolah menengah. Puisi, cerpen malah syair turut saya lakarkan tanpa mengira masa dan tempat. Malah di atas brochure pun sempat saya conteng  sekiranya ada pen di tangan.Tapi sayangnya kebanyakan darinya hilang begitu sahaja di telan masa kerana saya tidak merasa penting untuk menyimpannya. Penulisan hanya satu hobi untuk meluahkan rasa dan respon saya pada alam sekeliling. Bukan untuk dikongsi dengan sesiapa. 

Apabila memasuki alam diploma, atas kekangan masa dan kejutan budaya yang agak kronik, menyebabkan saya terpaksa meminggirkan hobi ini. Kalam saya seolah-o;ah tumpul dan hanya sekali-sekala diasah untuk teks-teks ucapan rasmi sahaja. 

Namun kini, saya sedar. Ada sebab mengapa saya dikurniakan dengan anugerah ini. Jika sebelum ini saya merasakan bahawa menulis hanya sekadar satu hobi, tempat luahan rasa dalam mengekspresi kehidupan dan menginterpretasi suasana, kini, saya sedar bahawa menulis adalah satu tanggungjawab. Saya punya kelebihan dan tanggungjawab saya untuk menggunakan kelebihan ini ke jalan yang benar. Berdakwah melalui penulisan. Menyampaikan kebenaran kepada sesiapa yang mencarinya. Saya sedar, ketika entry ini ditulis, mungkin hampir tiada siapa yang membacanya kecuali saya. Tapi saya tidak kisah semua itu. Kerana pada saya mungkin satu hari nanti Allah akan membukakan hati seseorang yang mencari kebenaran dengan menemukannya dengan blog ini. Dan jika dengan blog ini menjadi asbab kepada terbuka pintu hidayah untuk seseorang, maka itu satu anugearah yang sangat berharga buat saya. Lebih berharga dari dunia dan seluruh isinya. 

Saya tidak punya wang ringgit berkoyan-koyan untuk diinfakkan ke jalanNya. Saya juga tidak ada kudrat untuk memikul senjata membela agamaNya. Setakat ini yang saya mampu hanya menyampaikan sebatas ilmu yang dipinjamkanNya kepada saya melalui lisan mahupun tulisan, selagi Dia mengizinkannya. 

No comments:

Followers