About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, December 29, 2011

Yang mana satu ye???


Ada satu situasi. Seorang muslimat diminati oleh dua orang lelaki. Yang pertama adalah seorang aktivis dakwah yang cerah dan jelas fikrahnya, tetapi terpikat dengan rupa dan penampilan. Keterampilan dan kewibawaan semata-mata. Dan ingin melamar muslimat tersebut supaya tidak di"sambar" oleh orang lain. Lelaki kedua pula seorang yang biasa-biasa sahaja tetapi terpikat dengan ke'solehah'an muslimat tersebut. Dan ingin melamarnya dengan harapan supaya dapat merubah diri ke arah kebaikan dan betul-betul hendak dijadikan isteri. Bukan nak main 'cop-cop' dulu.

Yang mana satu yang lebih baik untuk dipilih?

Random question which crossing after reading http://ruhmemali.blogspot.com/2011/12/mancen-ikan.html

8 comments:

MemaLI said...

1-pertamanya bukan soalan siapa hendak dipilih.Tapi apakah dia pilihan yang benar..

2- Apakah benar dakwaan tersebut, atau hanya pentafsiran peribadi..rasanya tak ada lagi cimin yang buat pengakuan kerana rupa dan penampilan semata-mata...

3- Apakah jaminan kearah kedua-duanya, baik aktivis mahupun bukan aktivis. Adakah benar kata2 tersebut atau bersifat pancingan semata-mata sedangkan kemahuannya adalah sama. Adadah kedua2nya menjamin kebahagian.

4- kenapa perlu bersyarat2 hendak berubah, terutamanya menjadikan asbab perempuan sebagai kunci untuk berubah...Tidakkah berubah itu hanya memerlukan kepada KESEDARAN dan KEINSAFAN, lalu dicarinya ilmu...Maka apakah jaminan dia akan berubah dgn tunjuk ajar isteri?...sedangkan ada kalimah yang menyebut "perempuan akan mengukit agama suaminya, dan rakyat akan mengikut agama pemimpinnya"... Dalam memilih pemimpin baik aktivis atau bukan aktivis, sama saja pertimbangannya.

5- terakhirnya adalah, apakah kemahuan muslimat tu sebenarnya..apa benar dia memilih kerana faktor peribadi muslimin atau mungkin dia memilih kerana matanya, hatinya, jiwanya sudah terlekat pada cimin tersebut samaada aktivis mahupun tidak.. maknanya bukan sebenarnya yang dipertimbangkan adalah cimin itu...tetapi cimat itu hanya mempertimbangkan dirinya, kamahuannya, perasaannya, dan juga masa depannya dalam memutuskan pilihan...

7- Orang kata perempuan tidak memilih..huhu...rupanya memilih juga....jadi sama saja lelaki dan perempuan yakni mereka bersifat memilih...Apapun keputusannya, Selama Melilih..:)

hanya hamba said...

dalam apa-apa keadaan pun memang kita kena memilihkan? Even hari ni nak makan lauk apa pun kena pilih. Setiap orang ada piawaian pilihan masing-masing. Bab cimin tu pilih rupa memang banyak je kes macam tu. Cimat yang comel-comel, aktif, yang tu jadi rebutan.

Memilih calon imam lebih sukar dari memilih calon makmum. ni kenyataan.

MemaLI said...

lelaki memilih cimat comel2 banyak terjadi...cimat memilih cimin hensem2 juga banyak terjadi.. sebenarnya bukan masalah comel atau hensem...soalnya antum nak kemana dgn rumah tangga yang baru dibina..


memilih calon imam memang sukar..kecuali bagi yang tahu syarat2nya...kerana dia perlu memimpin...bukan imam yang DIPIMPIN.. memilih makmum hanyalah dibuat oleh orang gila (kurang akalnya)sahaja...kerana makmun tidak pernah dipilih...dan tidak ada syarat menjadi makmum...tetapi menjadi imam ada syaratnya...

imam dipilih untuk memimpin, tetapi makmum mendatangi untuk dipimpin.. maka iman wajib satu, tetapi makmun tiada hadnya..

hanya hamba said...

"maka iman wajib satu, tetapi makmun tiada hadnya.."

en. memali, tu dah masuk topik lain.

MemaLI said...

kehkeh... bukan lari tajuk...nak cerita imam dan makmum..ayat2 hujung saja..yang penting ayat2 sebelum tu cik sutera...

pilihlah yang memimpin untuk imamnya..bukan yang dipimpimpin untuk imamnya.. selayaknya yang dipimpin itu makmum namanya

ngak pantas dong isteri memimpin suami...kelihatannya jelek sekali..

hanya hamba said...

btol2
makmum hanya bole menegur
tapi x bole bagi arahan
Sujud mendahului imam sahaja enggak bisa
apalagi memberi arahan kepada imamnya
(tersampuk slanga indon pulak dah)
hehehe....

MemaLI said...

memilih calon imam ngak sukar sebenarnya...kok yang adanya sudah cukup ciri2nya..pilihan kan saja..istikorohnya adda..istisyaroh juga adda...gerak hati pun adda..gunanya sih, jangan bazirkan..

akan tetapi MENCARI calon imam ya mungkin susah, sukar sekali...kerna barangnya belum dijumpa...pasti susah mencarinya kan bu'... lantaran bilangannya juga sedikit ammat...ya ampunnn..

makanya mencari sukar sekali dari memilih...memeilih ini adalah pilah barang yang adda..tunggu dipilih hin sajja... betul tak bu' ?

hanya hamba said...

serius tak tahan dengan slanga indon tu :p

tapi betul la tu. tiada yang benar melainkan yang benar belaka pak memali

Followers