wahai muslimah, andai kau tahu nilai mu disisi agama, semahal sutera yang sangat berharga, nescaya kau akan merasa bangga, berjuang bersama Islam tercinta
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya
Semalam dan hari ni heboh dibicarakan di Facebook tentang lagu BunkFace yang di banned oleh RTM. Saya pun tak pasti mengapa lagu ini diharamkan siarannya. Setelah mendengarnya sebentar tadi, dan membaca ulasan penyanyi kumpulan tersebut saya dapat simpulkan bahawa ada golongan-golongan tertentu yang berasa terancam dengan lirik lagu tersebut. Walaupun Bunkface menegaskan bahawa mereka tidak berpihak pada mana-mana parti politik, tetapi nilai juang anak muda yang digambarkan di dalam lirik lagu tersebut sudah cukup membuatkan beberapa pihak berpeluh dingin. Ditambah lagi dengan perkataan 'reformasi' yang memang menjadi badi bagi mereka. Seolah-olah sumpahan yang bakal menelan mereka bila-bila masa.
Apa kaitan pula dengan filem Klip 3P? Filem ini juga muncul dengan kontroversi yang hangat diperkatakan. Jika Panik dikatakan mengancam kesejahteraan negara (mungkin itulah alasan kenapa lagu itu diharamkan) Klip 3P pula sangat mengancam "kesejahteraan" anak-anak muda. Ironinya, filem ini bukan sahaja ditayangkan dipawagam, tetapi juga di saluran AstroFirst di Astro. Yang bermakna, setiap lapisan masyarakat, dari bayi berumur satu hari, hingga orang tua yang menunggu mati boleh menontonnya.
Saya tinggalkan pembaca sekalian untuk menilai dua fenomena ini, yang saya kira, pembaca sekalian sudah cukup matang untuk menilai apa sebenarnya yang berlaku di negara kita ketika ini.
1 comment:
akhir zmn kn mm
lirik tu sy x brape nk fhm....
Post a Comment