Apabila sampai di bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Shah Alam, tiada pegawai yang bertugas di situ. Kami ke kaunter pertanyaan tetapi 'ditolak' kembali ke bahagian kecemasan. Kak Didi dah hampir hilang sabar dengan apa yang berlaku. Tetapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Rupanya di unit kecemasan ada seorang ibu yang hampir bersalin. Beliau di masukkan ke situ kerana merasa sakit ketika sedang berkursus di Seksyen 7. Katilnya betul-betul di sebelah katil saya dan hanya dipisahkan oleh tirai. Suasana sangat kelam kabut dengan jururawat yang berlari ke sana ke mari. Dan mereka di unit kecemasan itu seolah-olah tidak bersedia untuk menyambut kelahiran tersebut. Dan tentunya saya seolah-olah diabaikan seketika kerana ada kes yang lebih penting. Dalam hati yang mampu saya lafazkan adalah nama Allah dan memujuk hati sendiri dengan berkata, " takpe, ada nyawa baru yang lebih penting untuk diselamatkan,".
Tetapi, segala ketegangan itu seolah-olah berakhir apabila suara tangisan yang halus kedengaran. Begitu menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengar. Tangisan pertama dari seorang anak manusia yang baru melihat dunia. Subhanallah, Wallahamdulillah. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup. Bayi perempuan seberat 2. 9 kg (jika tak salah saya) itu kemudiannya dihantar ke HTAR dengan menggunakan ambulan.
Apabila pulang ke rumah, dan berbual-bual tentang kejadian tadi, Kak Didi, "Akak nak marah sangat masa dekat Klinik tadi, tapi bila dengar baby tu nangis for the first time baru rasa sejuk sikit."
Saya tiada kesimpulan untuk kisah hari ini. Tapi pasti ada ibrah disebalik apa yang berlaku
Buat si gadis kecil yang comel, 8 Disember 2011 merupakan hari pertama kamu melihat dunia. Semoga hidup diberkati dan kamu menjadi muslimah solehah mujahidah pembela agama. Panjang umur dengan izin Allah kita akan ketemu lagi.
No comments:
Post a Comment