About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Tuesday, May 15, 2012

Wanita dan cantik

Fitrah wanita memang suka akan kecantikan, sesuatu yang cantik dan kelihatan cantik. Tetapi, dalam meraikan fitrah ini, ramai wanita yang terpedaya dan akhirnya mengundang murka Allah. Wanita itu perhiasan dunia yang paling indah dan tinggi nilainya. Kerana itu, secara fitrahnya juga, wanit itu sendiri telah sedia cantik. Tetapi, ramai wanita yang tidak menyedari akan kecantikan semula jadi yang ada pada diri mereka. Yang menyebabkan mereka merasa rendah diri dan begitu ghairah untuk menjadi lebih cantik. Kerana sikap obses inilah yang menyebabkan akhirnya wanita menjadi hamba kepada kapitalis-kapitalis fesyen di luar sana. Dan tentunya para muslimah juga turut menjadi mangsa.

Krim kecantikan, alat-alat solek, dan pelbagai lagi bahan-bahan kosmetik yang hanya menghasilkan kecantikan plastik berlambakan di pasaran. Dalam keghairahan para kapitalis kosmetik ini mengaut keuntungan, kaum wanita menjadi mangsa dalam dua keadaan. Pertama, kecantikan mereka diperagakan untuk mempromosikan produk-produk tersebut. Mereka di tayang di kaca televisyen, di akhbar-akhbar, papan-papan iklan dan di mana-mana sahaja demi melariskan jualan produk tersebut. Mereka hanya menjadi alat promosi atau promotion tools sahaja. Martabat mereka direndahkan setaraf dengan fungsi papan iklan, dan helain akhbar sahaja.

Yang kedua, adalah wanita yang menjadi pembeli kepada produk-produk tersebut. Mereka tersihir dengan kecantikan yang dipamerkan oleh model-model dan duta-duta kosmetik tersebut. Berimaginasi untuk memiliki wajah indah rupawan, maka bertempek-tempek bedak dan krim dioles ke muka. Untuk mata sepet kelihatan bundar, maka bermacam-macam celak, pembayang mata dan maskara yang diletak. Hakikatnya, bukan warna-warna itu yang mencantikkan wajah. Tetap juga tidak sama dengan model yang menggayakan. Kerana apa? Kerana warna-warna, krim dan bedak-bedak itu bukan indikator sebenar kecantikan yang hakiki. Dan akhirnya, wanita hanya menjadi mangsa ketamakan kapitalis-kapitalis penjaja kecantikan palsu ini.

"Tapi, produk-produk ini halal. Sesuai dipakai oleh muslim," Bahan yang halal tidak semestinya halal digunakan. Ianya pasti bergantung kepada tujuan dan cara penggunaan. Saya teringat akan iklan pewarna rambut ketika saya masih di sekolah menengah. Iklan itu menyatakan bahwa pewarna rambut itu dibuat dari bahan yang halal. Maka, ramailah orang-orang melayu muslim yang membeli pewarna rambut tersebut kerana ia halal. Tetapi, pada hakikatnya mewarnakan rambut itu adalah haram di sisi Islam. Lihat! Bagaimana umat Islam dikelirukan apabila tidak memahami hukum yang sebenar.Begitu juga dengan alat solek. Secara ringkasnya asal hukum berhias atau bersolek adalah harus selagi mana tidak berlebihan (tabarruj), dipakai untuk tatapan suami sahaja dan bukan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi, dan tidak mengubah ciptaan Allah. Tetapi, kerana kurangnya kesedaran tentang garis panduan di atas boleh mengubah hukum yang asalnya harus menjadi haram.

Berhati-hatilah wahai saudari-saudari muslimah sekalian. Jangan hanya kegilaan kita kepada kecantikan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Saya tidak mengatakan bahawa saya bersikap anti kepada penjual alat-alat solek dan kosmetik di luar sana. Tetapi, secara mudahnya saya katakan, hiasan dan cantik adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Apabila sesuatu benda itu dijadikan hiasan, pastilah ianya kelihatan cantik di mata penghiasnya. Dan wanita adalah hiasan bagi dunia ini. Bermakna, ANDA, wahai muslimah, sudah sedia cantik (^_^)

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” 
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers