About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, May 17, 2012

Dedicated to my Sir.....

Hari ini adalah hari guru yang kedua saya sambut sebagai seorang guru. Apa perasaan, teacher? Nervous, happy, and.....what else huh? Bercampur baur.

Happy, because I received a call from my favorite teacher, Sir Thaneswaran. Sengal tak? Saya hanya hantar sms ucap selamat hari guru tapi dia pula yang telefon saya. Sengalkan saya ni? Sebenarnya beliau (tiba-tiba tukar pula) merupakan guru kelas saya semasa tingkatan empat dan lima merangkap guru matapelajaran fizik dan EST (English for Science and Technology). Sekolah saya adalah tempat posting beliau yang pertama. Masuk-masuk terus jadi guru kelas. Mungkin kerana jarak umur yang tidak jauh beza menyebabkan kami sekelas amat rapat dengan beliau, tidak kira samaada pelajar melayu, cina dan india.

Kata-kata beliau yang saya masih ingat, "Saya akan bantu kalau orang tu ada kesungguhan nak berjaya. Melayu ke, India ke, Cina ke, kalau tak ada usaha nak berjaya saya tak boleh buat apa-apa. Kamu yang kena tolong diri sendiri." Dan hari ini, beliau mengulang kata-kata yang pernah diucapkan kepada mama saya ketika saya sudah pun menuntut di universiti. Katanya, " Susahlah auntie. Budak-budak sekarang tak macam Faza dengan kawan-kawan dia dulu." Hari ini ayatnya lebih kurang begini, "Dah sepuluh tahun I mengajar. Tapi tak ada student I yang macam you and your friend. Close macam family."

For my students, you should thank to this man as he is my inspiration in educating you guys. Saya katakan padanya bahawa saya cuba mengadaptasi apa yang pernah beliau berikan kepada saya suatu ketika dahulu. Dan apabila bercerita dengan mama, dan beberapa teman yang lain, saya akan katakan bahwa, "saya nak jadi macam Sir." Always giving and only hoping for the student's success.

Saya terharu apabila saya memberitahu beliau bahwa saya kini seorang guru, perkara pertama yang beliau tanya adalah "Are you happy with your career now? As long as you happy with your work than its ok," Mungkin pada setengah orang biasa sahaja tapi pada saya, dalam keadaan dunia materialistik ini susah untuk bertemu dengan kata-kata seperti itu. Dan saya rasa, kerana keseronokkan itulah yang membantu beliau untuk menghasilkan bekas pelajar seperti saya dan rakan-rakan yang lain.

Antara perkara lain tentang beliau yang tidak akan saya lupakan adalah pada hari saya memperolehi keputusan SPM. Saya sebetulnya tidak berperasaan untuk mengambil slip keputusan itu kerana pada malam sebelumnya nenek saya telah meninggal dunia. Tetapi, ketika jenazah sedang bersiap untuk disolatkan, rakan-rakan sekelas saya berjumpa dengan mama dan meminta mama untuk memujuk saya mengambil slip tersebut. Kata mereka, Sir tidak akan balik selagi saya tidak mengambil slip tersebut dari tangannya. Maka pada tengah hari itu, selepas jenazah dikebumikan, saya ditemani abang pergi ke sekolah. Beliau telah sedia menunggu saya di hadapan pejabat dengan slip keputusan di tangannya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

For Sir, I pray that Allah will guide you to his way....Islam is so beautiful. May the beauty of Islam will shine your sincere heart.

Happy Teacher's Day 
To My dear Sir...

only a creation created by the almighty creator

Followers