About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, May 7, 2012

Main dan Menang....Kerana Allah

Semalam sukan sekolah saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan sokongan ibu bapa yang sangat baik. Walaupun agak kelam kabut dan bermula agak lewat, tetapi nampaknya semua pulang dengan wajah yang ceria. Malah, encik Azhar, ayah kepada A'fif turut membantu mengemas perlatan sehingga selesai, begitu juga dengan ibu bapa yang lain.

Dan tahun ini kami berjaya menapak setapak ke hadapan dengan kewujudan 4 buah rumah sukan. Sebelum ini, semua pelajar diwajibkan menyertai semua acara melalui kategori individu. Tetapi tahun ini mereka hanya perlu menghantar wakil untuk setiap rumah sahaja. Cuba teka saya masuk rumah apa? Saya dan Mudir menjadi guru untuk rumah HIJAU (^_^)

Satu perkara yang saya nak kongsikan berkenaan rumah kuning, yang gurunya adalah Ustaz Bilal dan Kak Zatil Arifah. Sepatutnya peserta lelaki untuk rumah kuning adalah dalam 4-5 orang. Tetapi pada hari kejadian, peserta lelaki yang datang hanya seorang. Kasihan kan : (
Pada mulanya mereka telah hampir putus asa, tetapi secara bergurau saya bisikkan kepada Kak Zatil, "manalah tahu yang seorang tu jadi olahragawan, sebab dia sapu semua acara kan."

Dan apa yang saya katakan hampir menjadi kenyataan. Walaupun jumlah mereka sedikit, tetapi mereka tetap mampu untuk memberikan saingan yang sengit. Dan akhirnya, berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori rumah sukan terbaik. Mengalahkan rumah merah dan biru yang mempunyai peserta yang ramai. Menakjubkan, bukan?

Tetapi, juara tetap menjadi milik rumah hijau. Sebenarnya saya dan Mudir tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Sepanjang minggu lalu, kami berdua jarang berada di sekolah, dan tidak langsung melihat latihan yang mereka lakukan. Saya hanya sempat memanggil mereka untuk memilh peserta mengikut acara pada Khamis petang sahaja. Jika ditanya tentang tips kemenangan, saya kira jawapannya mungkin ada pada yell yang kami laungkan ini.....

kita lari kerana apa?
Allah!
kita main kerana apa?
Allah!
Kita menang kerana apa?
Allah!
Go Green!
Allahuakbar!

p/s
kalau sempat nanti saya masukkan gambar ketika hari kejadian untuk entry yang seterusnya.
only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers