About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, August 13, 2012

Marathon Al-quran

Sudah dua hari memerap di rumah. Tarawikh pun di rumah sahaja. Kenapa? Malas nak cerita. Kerana sebabnya sentiasa sama.  Anak-anak yang menelefon bertanya, "tak bosankah teacher?" Sungguh! sangatlah bosan (-__-)

Tapi, baiknya Allah, Dia tetap beri peluang untuk saya beramal. Walau saya rasa pahala puasa saya sedikit (itu pun kalau adalah) tapi saya dapat melakukan satu benda yang tidak diberi peluang kepada orang yang sihat. Saya dapat pulun tadarus Al-quran banyak-banyak. Yang menyebabkan anakanda Imran pun cemburu dengan saya. Insyaallah akan khatam tidak lama lagi, sekali dengan terjemahannya. Pada saya, agak kurang bermakna sekiranya kita berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-quran tanpa memahami isi kandungannya. Mungkinlah tidak sempat untuk mengkaji tafsir-tafsir karangan para ulama. Tapi, tidak rugi sekiranya kita membelek terjemahan ayat-ayat itu. Pada saya, terjemahan ayat-ayat itu adalah penawar bagi hati saya.

Tambahan pula, baru-baru ini di sekolah kami mengadakan tahli dan halaqah huffaz. Kena khatam 30 juz satu malam. Tapi bukanlah seorang sampai 30 juz. Kami bahagi-bahagikan. Ada yang dapat 1 juz, ada yang dapat setengah. Saya berkongsi dengan anakanda Wan Anis untuk juz 20. 10 muka surat seorang. Saya ambil yang awal, dia ambil selebihnya. 10 muka surat tidak terasa lama pun. Mungkin kerana dibaca secara beramai-ramai, atau mungkin juga kerana semangat yang berkobar-kobar. Tapi yang penting, dimana ada kemahuan, di situ ada Highway!.

Saya jadi teruja untuk memiliki tablet juga kerana Al-quran. Teruja sangat apabila melihat mak cik-mak cik di masjid negeri mentadabbur Al-quran dengan tablet. Wahh! best nye...(tapi dalam hati je la). Kalau yang ada tablet tu lagi la senang nak baca Al-quran. Paling tidak belek-belek tafsir ayat. Bulan-bulan puasa ni banyak je masa lapang. Gunakanlah sebaiknya. Sebab kalau nak tunggu sebelas bulan yang lain belum tentu. Tambah-tambah pula bulan Syawal. Laaaaagggiiiiii la sibuknya. (faham-faham je la kan).

Ok lah. Sampai sini sahaja kot untuk kali ini. Kata kuncinya adalah, tak kiralah dalam keadaan kita sibuk ke, sakit ke, apa ke, tidak ada alasan untuk kita jauh dari Allah. Allah tarik kekuatan untuk saya berkerja, Dia bagi saya kesempatan untuk baca Al-quran. Bak kata anakanda Imran, "tiada istilah bosan bagi orang mukmin, teacher." (sebenarnya saya dah kena dulu dengan ayat ni. Jadi saja nak kenakan korang pulak :p).

Okies. Takat ni dulu ya.

p/s
Ramadhan dah tinggal hujung-hujung. Tapi amalan kita pun janganlah hujung-hujung juga. The Kamdar can wait, but not lailatul Qadar.

only a creation created by the almighty creator

1 comment:

Bulan Syurga Firdausi said...

mcm mane nak jage hati n amalan utk akhir ramadhan ni kan...da tinggal bape hari je ramadhan, Allah....sahabat Baginda dulu 3 bulan lepas ramadhan doa moga smua amalan diterima.....

Followers