"Su...abang tanya sikit boleh?"
"Boleh je. Apa dia?"
"Tapi kalau abang tanya Su jangan marah tau."
"Hmm...tak tanya lagi macam mana nak marah? Tanya je la."
"Err...bila Su nak pakai tudung?"
Terkedu. Itu reaksiku apabila ditebak dengan soalan itu. "Kenapa abang tiba-tiba tanya pasal ni?"
"Hmm....tiba-tiba rasa nak tanya." Wajahku ditatapnya dengan mata yang menagih jawapan. Haish..nak jawab apa ni?
"Su tak sedia lagi la. Belum sampai seru lagi..." Goreng je la apa-apa yang patut.
"Su sayang abang tak?"
Aik? Macam mana boleh corner ke situ pulak ni? "Mestilah sayang. Dah dua tahun kita kahwin. Abang tak percaya dekat Su lagi ke?"
Dia mengalihkan pandangannya dari wajahku. Satu keluhan terhembus dari mulutnya. Dan jawapannya membuatkan aku terkedu kuasa dua.
"Kalau Su sayang abang, mesti Su tak nak abang masuk neraka, kan?" Aku rasa macam tak cukup oksigen....
only a creation created by the almighty creator
About Me
- hanya hamba
- shah alam, selangor, Malaysia
- seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Tuesday, September 11, 2012
Friday, September 7, 2012
Cinta Yassir Pada Sumayyah
Namaku Sumayyah. Isteri kepada Yassir. Tidak. Aku bukan Sumayyah yang mulia pada zaman Rasulullah. Dan dia juga bukan Yassir sang suami Sumayyah. Aku hanyalah seorang wanita dan isteri akhir zaman. Begitu juga dia, lelaki dan suami akhir zaman. Tapi, dia lah Yassirku.
Kisah kami, lebih kurang sama sahaja seperti kisah pasangan-pasangan lain. Kami bertemu di menara gading. Bercinta seperti pasangan lain. Dan mendirikan rumah tangga selepas setahun bekerja. Alhamdulillah, rezeki kami agaknya kerana mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Hidup kami biasa sahaja seperti pasangan yang lain. Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, tetapi kami tetap bahagia. Mungkin belum rezeki kami agaknya. Ramai yang mengatakan kami secocok. Mungkin kerana nama kami, Yassir dan Sumayyah. Aku tidak begitu pasti berkenaan kisah Yassir dan Sumayyah. Begitu juga dengan suamiku. Sehinggalah pada suatu hari.....
"Assalamualaikum. Sayang,"
"Waalaikum salam. Eh, bila abang balik?"
"Baru je. Khusyuk sangat buat kerja sampai abang balik pun tak sedar. Banyak ke kertas soalan yang nak ditanda tu?"
"Banyak la juga. Hmmm...lewat abang balik. Nak makan? Sayang siapkan yea?"
"Abang pergi tengok tapak projek tadi. Lepas tu dah masuk maghrib. Taufiq ajak solat dekat masjid dekat dengan tapak projek tu. Lepas ada kuliah maghrib pula. Rasa macam menarik. Jadi kami dengarlah dulu. Terus isyak dekat sana. Eemm...sayang dah solat isyak?"
"Err..belum lagi. Kejap lagi yea. Nak siapkan sikit lagi."
"Tak baik lengah-lengahkan waktu solat. Dah pukul berapa dah ni?"
Dan kata-katanya itu membuatkan aku terpana. Aku salah dengarkah?......
only a creation created by the almighty creator
Kisah kami, lebih kurang sama sahaja seperti kisah pasangan-pasangan lain. Kami bertemu di menara gading. Bercinta seperti pasangan lain. Dan mendirikan rumah tangga selepas setahun bekerja. Alhamdulillah, rezeki kami agaknya kerana mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Hidup kami biasa sahaja seperti pasangan yang lain. Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, tetapi kami tetap bahagia. Mungkin belum rezeki kami agaknya. Ramai yang mengatakan kami secocok. Mungkin kerana nama kami, Yassir dan Sumayyah. Aku tidak begitu pasti berkenaan kisah Yassir dan Sumayyah. Begitu juga dengan suamiku. Sehinggalah pada suatu hari.....
"Assalamualaikum. Sayang,"
"Waalaikum salam. Eh, bila abang balik?"
"Baru je. Khusyuk sangat buat kerja sampai abang balik pun tak sedar. Banyak ke kertas soalan yang nak ditanda tu?"
"Banyak la juga. Hmmm...lewat abang balik. Nak makan? Sayang siapkan yea?"
"Abang pergi tengok tapak projek tadi. Lepas tu dah masuk maghrib. Taufiq ajak solat dekat masjid dekat dengan tapak projek tu. Lepas ada kuliah maghrib pula. Rasa macam menarik. Jadi kami dengarlah dulu. Terus isyak dekat sana. Eemm...sayang dah solat isyak?"
"Err..belum lagi. Kejap lagi yea. Nak siapkan sikit lagi."
"Tak baik lengah-lengahkan waktu solat. Dah pukul berapa dah ni?"
Dan kata-katanya itu membuatkan aku terpana. Aku salah dengarkah?......
only a creation created by the almighty creator
Monday, May 28, 2012
Infak cinta
" Eh, hari ni turn kau kan basuh talam," Gelas dicapai lalu disuakan ke bibir. Matanya menatap wajahku. "Ha'a. Ya, aku." Aku membalas malas sambil tangan menguis sisa makanan di dalam talam.
'Kena cepat ni. Nanti bertembung pula.' Aku mengangkat dulang makanan kami setelah selesai kesemua sahabatku makan. Lalu, bergegas untuk turun membasuh dulang di bawah. Tetapi, ketika aku membuka pintu yang memisahkan antara dewan dan tangga, "Allahuakbar!" Nasib baik tak terlanggar. Wajah dihadapan keilhatan menunduk sebelum memberi laluan kepadaku untuk berlalu. Degup jantungku berlari laju. Sudah kali ke berapa untuk minggu ini. Ya Allah, dugaan apakah ini?
Wajah itu, selalu singgah dalam ingatanku. Kata Teacher, dia wanita solehah terakhir di sekolah kami setakat ini. Tidak ku tahu apa yang menjerat hatiku padanya. Dan aku juga tahu, bukan aku seorang yang terjerat. Malah, dia turut menjadi bualan di kalangan pelajar lelaki yang lain. Tapi, dia sang mawar berduri di taman larangan, kata Teacher lagi. Harumnya memukau, namun durinya tetap terpasak.
Aku sedar, di usia ku yang masih sangat muda ini, adalah mustahil untuk aku mendapatkannya. Namun, keinginan ini sangat kuat, dan semakin hari, semakin kuat. Jika dahulu, wajahnya hanya mengganggu tenang hatiku, tapi kini, ia turut mengganggu lena tidurku. Mimpi tentang dirinya mengejutkan aku kala dinihari. Membuat hatiku semakin gusar, dan ku rasa jiwa ku semakin jauh dari Allah.
Suatu malam, selepas terjaga dari mimpi yang sama buat kesekian kalinya, aku menghubungi Teacher. Kunyatakan persoalan yang mengganggu ketenteraman hatiku melalui sms. Balas Teacher, " solat hajat. Minta Allah jauhkan dari yang buruk-buruk. Dan tetapkan hati untuk kebaikan." Hanya itu pesannya..
Aku akur dengan pesan guru yang amat ku sayangi itu. Lalu aku berwudhuk, dan menghadapkan diriku kepada Allah, tuhan yang mentakdirkan semua ini.
Dalam keheningan malam, aku merayu pada tuhanku.....
" Wahai Allahku, tuhanku yang mmberikan rasa dalam hati. Kau campakkan perasaan dalam hatiku, dan hanya Kau yang tahu seperti apakah perasaan itu. Kau tahu Ya Allah, aku menyukai seorang hambaMu. Tapi Ya Allah, Kau juga tahu akan kekurangan diriku. Keadaanku tidak mengizinkan untuk aku meraikan perasaan itu. Masih banyak kekurangan yang ada dalam diriku. Dan Engkau juga lebih tahu, bilakah masa yang sesuai untuk aku menyuburkan rasa itu. Dari itu Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang dhaif ini. Jika benar Kau jadikan dia untukku, Kau simpanlah rasa ini, sehingga waktu yang sesuai. Waktu pada ketika aku betul-betul bersedia untuk meraikannya, dengan segala kemampuanku. Ketika ini, aku hanya ingin fokus kepada jihad dalam menuntut ilmu. Diriku belum layak untuk memikul amanah yang sangat besar itu. Bantulah aku, untuk menepis segala godaan yang sentiasa mengasak hatiku. Bantulah hambaMu yang kerdil, dhaif dan hina Ya Allah.....
Aku infakkan cintaku kepada Allah. Jika benar cinta itu darinya, maka Dia lebih tahu bila masanya, dan siapa orangnya. Ketika ini, yang mampu ku lakukan hanya berserah. Berserah, bukan bermakna aku berputus asa, tetapi, kerana aku yakin pada Tuhanku. Dia yang menciptakan aku, dan Dia juga yang menumbuhkan perasaan dalam hatiku, maka kuserahkan kepadaNya untuk menjaga cintaku......
Catatan
Jiwa remaja sentiasa diduga dengan perasaan cinta. Tetapi, percayalah anak-anakku, jika dia telah tertulis untukmu, maka dia akan tetap menjadi milikmu. Yang mampu kau usahakan adalah menjadikan dirimu soleh dan solehah. Kerana siapa dia, bergantung pada siapa dirimu. Buat masa ini, infakkan dirimu pada Allah, bersama-sama dengan cintamu itu ....(^_^)
only a creation created by the almighty creator
Friday, December 9, 2011
Dari lorong itu....
"Sedangkan seorang pelacur pun Allah bagi dia masuk syurga semata-mata sebab dia bagi seekor anjing yang kehausan minum air. Inikan pula aku. Aku pernah buat lebih dari itu. Anak-anak jalanan yang bersepah kat sini, aku yang bagi diorang makan. Aku yang pelihara diorang. Takkan aku tak boleh masuk syurga?" Jelingan sinisnya menikam wajah gadis muda dihadapannya. Khaty, atau Khatijah, sangat disegani di kawasan ini. Dia primadona di lorong pengap dan kusam ini. Yang pada siangnya sunyi dari sebarang aktiviti, kecuali sesekali lori pengangkut DBKL yang menjalankan rutin hariannya. Tetapi, menjadi seolah tapak pesta kala malam menjengah. Syurga bagi yang mencari kenikmatan duniawi yang sementara.
"Benar, wanita itu diberikan syurga. Tapi bukan semata-mata kerana budinya pada anjing tersebut," Khadeejah, aktivis Nisa', sebuah NGO yang prihatin dengan keadaan semasa masyarakat, menutur bicara bersulam senyuman.
"Jadi, jika bukan kerana itu, kerana apa?" Asap rokok berkepul bersama persoalan yang meluncur. Gadis itu tersenyum kembali. Menarik nafas yang panjang sebelum memulakan kalimah yang seterusnya.
" Wanita itu menjadi penghuni syurga kerana rahmat Allah." Sebuah lagi senyuman diukir. Sedang bibir hitam yang disalut gincu merah menyala itu mencebik. "Rahmat....Huh!"
"Rahmat Allah diberikan kepadanya kerana keikhlasannya ketika membantu anjing tersebut. Dan kerana itu, melalui rahmatNya, Allah campakkan keinsafan dalam hatinya, lalu wanita itu meninggalkan pekerjaan sebagai pelacur dan kembali ke jalan Allah. Wanita itu bertaubat dan membina hidup yang baru. Yang lebih baik dan mulia di sisi Allah."
"Aku buat banyak kebaikan. Seperti yang ku katakan, aku melakukan lebih dari yang dilakukan oleh wanita itu. Tetapi mengapa tiada rahmat yang turun padaku? Mengapa aku masih terus di sini? Selama 30 tahun aku di sini. Usahkan rahmat. Malah cacian dan makian yang aku dapati saban hari. Di mana rahmat tuhan yang kau katakan itu? Dimana?!" Suaranya meledak garang. Sarat dengan kekecewaan terhadap hidup yang dilalui. Pedih yang ditanggung selama 30 tahun dihamburkan kepada gadis muda dihadapannya. "Apa yang kau tahu tentang hidup anak muda? Dunia ini kejam dan zalim. Di mana keadilan jika kau dan mereka dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, sedang aku dan mereka di sini, dicampak sebagai sampah di lorong jijik ini. Jika tuhan itu adil, mengapa kau di sana sedang aku di sini?"
"“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Ar-Ra'd:13.
"Puan. Kita hanya hamba, puan. Siapa kita untuk mencerca pemberian yang tuhan berikan kepada kita. Setiap pemberian tuhan itu ada sebabnya. Saidina Umar Al-Khattab pernah membunuh anak perempuannya sendiri. Tetapi akhirnya, dia menjadi manusia mulia di sisi Allah sehingga syaitan sendiri takut dengannya. Tapi puan, kemuliaan yang diperolehi saidina Umar itu dibayar dengan pelbagai pengorbanan. Dan pastinya dimulakan dengan hijrah. Allah selalu memberikan peluang kepada hambaNya untuk berubah. Setiap kesakitan, kesedihan, keperitan, musibah,derita dan air mata itu untuk menarik kita kembali kepada Dia. Di kala tiada manusia yang ingin menerima kita, ingatlah, Dia sentiasa ada di sisi kita. Di kala semua manusia membuang kita, Dia menerima kita dengan dakapan kasihNya. Tapi, dengan syarat, bertaubat dan bersungguh untuk kembali kepadaNya."
"Kau tak pernah rasa apa yang aku dan mereka di sini rasakan. Kau tak pernah berada di tempat kami." Sebatang lagi rokok dinyalakan.
"Puan, puan masih ingat dengan seorang anak kecil yang secara senyap-senyap puan masukkan ke dalam van Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira 20 tahun dulu? Semasa mereka menyerbu lorong ini dahulu?" Wajah manis bertudung labuh biru itu dipandang. Senyum manis itu masih terukir, tetapi, ada air bening di tubir matanya. "Kau...? Dija?" Tangannya spontan memegang pipi gadis itu. Diusap air mata yang hampir luruh ke pipi. "Ya mummy. Ini Dija. Dija pernah ada di sinikan mummy. Dija tahu bagaimana hidup mummy. Bagaimana perit dan derita mummy. Dija tahu semua mummy."
"Mummy, hidup ini satu pilihan. Allah bentangkan banyak jalan dan Dia suruh kita pilih. Kita selalu keliru untuk memilih antara kebenaran dan kebatilan. Tapi, Allah juga berikan panduan untuk kita memilih. HidayahNya sentiasa ada disekeliling kita. Umpama papan tanda di lebuh raya. Tapi, kita yang selalu abaikan papan tanda itu. Akhirnya kita tersesat. Bila kita sesat, kita marahkan Dia. Kata Dia tak sayang kita. Tapi kita masih tak nak ikut papan tanda yang Dia dah bagi. Marilah mummy. Tinggalkan tempat ini. Dunia di luar sana lebih luas lagi. Allah sayang pada Mummy. Sebab tu Dia hantar Dija ke sini. Untuk bawa mummy dan yang lain-lain keluar dari tempat ini."
"Betul Allah sayangkan mummy? Mummy banyak dosa.."
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).
Dalam hidup ini, kadang kala kita lupa, bahawa kita ini hanya hamba. Kedudukan kita hari ini adalah ketentuan Allah. Hari ini mungki kita selesa dan merasa selamat dengan amalan kita. Kita yakin dengan amalan kita maka kita akan masuk syurga. Dan kita selalu mencela mereka yang kita kategorikan sebagai pendosa. Sedang mungkin suatu hari kedudukan kita akan berubah.Tak siapa yang tahu. Tetapi, yang pasti, walau siapa pun kita, syurga Allah itu sentiasa menunggu kita. Jika hari ini kita ahli maksiat, berubahlah untuk menjadi ahli ibadah. Jika hari ini kita rasa kita baik, berusahalah untuk menjadi lebih baik. Kerana kita tidak tahu adakah kita dikira baik disisi Allah.......
Thursday, November 10, 2011
Pesan Abang
Aku pulang lewat hari ini. Aku ditahan oleh guru kelasku kerana tidak dapat menjawab soalan kuiz yang diberikan. Sesampainya aku di pagar sekolah, kulihat motorsikal yang cukupku kenali sedang menantiku. "Abang!" Aku menjerit keriangan. Terus aku menerpa ke arah abangku yang sedang menanti di motorsikalnya. Kawasaki Kip kesayangannya. "Kenapa lambat?" Tanya abang sambil mengangkatku untuk duduk dihadapannya. Jika dengan abang, aku tidak akan membonceng di belakang. "Kamu tu kecil sangat. Kalau jatuh nanti tak perasan." Katanya apabila aku memprotes untuk tidak mahu duduk dihadapan. "Tak dapat jawab kuiz. Cikgu tak bagi balik." Kataku bagi membalas pertanyaannya.
Rambutku mengerbang ditiup angin tatkala Kawasaki Kip itu membelah jalan raya untuk pulang ke rumah. Beginilah rutin abang apabila dia pulang bercuti ke kampung. Dia akan menghantar dan mengambilku di sekolah dengan motorsikalnya. Aku pula sangat suka dihantar abang. Dan aku akan sangat sedih jika abang terpaksa pulang ke kampus. Abang sedang menuntut di sebuah universiti di selatan tanah air. Sebenarnya abang jarang bersama denganku. Sejak dari tingkatan satu, iaitu setahun selepas aku dilahirkan, abang telah pun tinggal di asrama. Kemudian, selepas tamat tingkatan 5, abang melanjutkan pelajaran pula ke universiti. Jadi, aku jarang dapat bersama dengannya.
Abang seorang yang sangat gigih. Keluarga kami bukanlah keluarga yang berada. Jadi, setiap kali cuti, abang akan bekerja sambilan samaada di kedai tayar milik kawan ayah, atau di stesen minyak di hentian lebuh raya berdekatan dengan rumah kami. Malah, abang juga turut bekerja sambilan semasa di kampus. Membaiki komputer, membantu pensyarah, jualan langsung, malah berniaga di bazar ramadhan juga.
Abang juga pandai bermain alat muzik. Dan dia suka mendendangkan sebuah lagu yang ditujukan khas buatku. Pesan Abang nyanyian Sudirman.....
Rambutku mengerbang ditiup angin tatkala Kawasaki Kip itu membelah jalan raya untuk pulang ke rumah. Beginilah rutin abang apabila dia pulang bercuti ke kampung. Dia akan menghantar dan mengambilku di sekolah dengan motorsikalnya. Aku pula sangat suka dihantar abang. Dan aku akan sangat sedih jika abang terpaksa pulang ke kampus. Abang sedang menuntut di sebuah universiti di selatan tanah air. Sebenarnya abang jarang bersama denganku. Sejak dari tingkatan satu, iaitu setahun selepas aku dilahirkan, abang telah pun tinggal di asrama. Kemudian, selepas tamat tingkatan 5, abang melanjutkan pelajaran pula ke universiti. Jadi, aku jarang dapat bersama dengannya.
Abang seorang yang sangat gigih. Keluarga kami bukanlah keluarga yang berada. Jadi, setiap kali cuti, abang akan bekerja sambilan samaada di kedai tayar milik kawan ayah, atau di stesen minyak di hentian lebuh raya berdekatan dengan rumah kami. Malah, abang juga turut bekerja sambilan semasa di kampus. Membaiki komputer, membantu pensyarah, jualan langsung, malah berniaga di bazar ramadhan juga.
Abang juga pandai bermain alat muzik. Dan dia suka mendendangkan sebuah lagu yang ditujukan khas buatku. Pesan Abang nyanyian Sudirman.....
Setiap kali ingin pulang semula ke kampus, abang akan menghantarku ke sekolah dahulu. Selepas aku mencium tangannya, abang akan mengusap kepalaku sambil berkata, "Ingat abang, tetap sayang." Kemudian, selepas memastikan aku masuk ke kelas, barulah abang akan memecut motorsikalnya untuk pulang.
Dan kini, abang sudah pun bergelar seorang jurutera yang berjaya. Berkat doa dan nasihat serta pengorbanannya, aku dan adik beradikku yang lain juga turut berjaya dalam kehidupan masing-masing. Masihku ingat mama pernah bercerita bahawa ketika di kampus, abang hanya makan nasi dan kuah sahaja tanpa lauk untuk berjimat. Hal itu hanya diceritakan secara tidak sengaja kepada mama selepas abang bekerja sebagai jurutera.
Kawasaki Kip itu tiada lagi. Namun, sesekali, kenangan itu bertandang di ruang ingatanku. Menyebabkan aku menghargai segala yang ku miliki kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)