Namaku Sumayyah. Isteri kepada Yassir. Tidak. Aku bukan Sumayyah yang mulia pada zaman Rasulullah. Dan dia juga bukan Yassir sang suami Sumayyah. Aku hanyalah seorang wanita dan isteri akhir zaman. Begitu juga dia, lelaki dan suami akhir zaman. Tapi, dia lah Yassirku.
Kisah kami, lebih kurang sama sahaja seperti kisah pasangan-pasangan lain. Kami bertemu di menara gading. Bercinta seperti pasangan lain. Dan mendirikan rumah tangga selepas setahun bekerja. Alhamdulillah, rezeki kami agaknya kerana mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Hidup kami biasa sahaja seperti pasangan yang lain. Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, tetapi kami tetap bahagia. Mungkin belum rezeki kami agaknya. Ramai yang mengatakan kami secocok. Mungkin kerana nama kami, Yassir dan Sumayyah. Aku tidak begitu pasti berkenaan kisah Yassir dan Sumayyah. Begitu juga dengan suamiku. Sehinggalah pada suatu hari.....
"Assalamualaikum. Sayang,"
"Waalaikum salam. Eh, bila abang balik?"
"Baru je. Khusyuk sangat buat kerja sampai abang balik pun tak sedar. Banyak ke kertas soalan yang nak ditanda tu?"
"Banyak la juga. Hmmm...lewat abang balik. Nak makan? Sayang siapkan yea?"
"Abang pergi tengok tapak projek tadi. Lepas tu dah masuk maghrib. Taufiq ajak solat dekat masjid dekat dengan tapak projek tu. Lepas ada kuliah maghrib pula. Rasa macam menarik. Jadi kami dengarlah dulu. Terus isyak dekat sana. Eemm...sayang dah solat isyak?"
"Err..belum lagi. Kejap lagi yea. Nak siapkan sikit lagi."
"Tak baik lengah-lengahkan waktu solat. Dah pukul berapa dah ni?"
Dan kata-katanya itu membuatkan aku terpana. Aku salah dengarkah?......
only a creation created by the almighty creator
About Me
- hanya hamba
- shah alam, selangor, Malaysia
- seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya
Friday, September 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment