Baik. Seperti dalam post sebentar tadi, saya nyatakan bahawa dalam perbualan kita seharian, kebanyakan yang kita bicarakan adalah mengenai orang lain. Samaada yang ada kaitan dengankita, mahupun yang tidak ada kena mengena dengan kita. Dan, kebanyakan pokok pembicaraan itu berkisar tentang rasa tidak puas hati kita kepada orang lain. A.K.A luahan perasaan kita tentang orang lain.
Dalam kebanyakan cerita kita itu, tentunya kitalah yang sentiasa menjadi mangsa keadaan. Saya katakan"kita", kerana termasuk diri saya sendiri. Kitalah yang ditindas, yang dianiaya dan sebagainya.
Tetapi, sedar atau tidak, dalam kita "meluahkan" ketidak puasan hati kita itu, kita sebenarnya telah pun MENGUMPAT? Apa itu mengumpat?
"Mengumpat itu adalah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"
Hadis Riwayat Bukhari.Baik...Salahkah kita ingin meluahkan kemarahan dan rasa sakit hati kita?
Jawapannya.... Tak salah...
Tapi..... Sebelum luah pada orang lain, cuba semak dulu beberapa perkara ini:
1) Sudahkah kita luahkan pada Allah?
Pernahkah kita meluahkan pada Allah tentang kezaliman atau musibah yang menimpa kita? Apabila kita lebih memilih untuk meluah pada manusia, seolah-olah kita tidakyakin yang Allah itu Maha Mendengar. Sedangkan Allah itulah sebaik-baik tempat mengadu.
2) Apakah perkara yang terjadi itu tiada langsung salah kita?
Seperti yang saya nyatakan tadi, sering kita meletakkkan diri kita sebagai mangsa keadaan. Di sini biasanya kita akan memperolehi dosa yang kedua; iaitu menokok tambah dan menyembunyikan kebenaran. Semestinya, dalam sesi luahan perasaan itu, kita hanya menceritakan perkara yang baik tentang dirikita, dan meletakkan semua kesalahan pada pihak satu lagi.Kerana kitakan mangsa keadaan.
3) Tujuan kita bercerita.
Adakah untuk mendapatkan nasihat?
Meminta pertolongan?
Atau sekadar untuk memburukkan pihak lain? Agar dia dijauhi dan disisihkan?
Atau sekadar untuk menagih simpati?
Hmmm... Fikir-fikirkan...
4) Orang yang mendengar juga berkongsi saham.
Dan akhirnya, anda juga telah menarik orang lain sama untuk menemani anda menikmati buffet daging mentah saudara anda itu.... Ish... ish...ish... Enakkan?
Jadi... berhati-hatilah ketika meluahkan perasaan. Kerana itulah pesan nabi,
dan lagi...
Semoga bermanfaat (^__^)
only a creation created by the almighty creator
No comments:
Post a Comment