About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, December 31, 2011

plaster


Ada sesiapa yang boleh berikan saya plaster?
Saya nak balut hati yang tengah berdarah...


Friday, December 30, 2011

Sekiranya Allah Belum Makbulkan

Sekiranya kau telah banyak meminta,,
Telah sering berdoa,
Telah puas merayu,
Tetapi,
Allah masih belum makbulkan permintaanmu,
Belum memberi keinginanmu,
Bukan bermakna Dia tidak mendengar,
Bukan bermakna Dia membenci,
Bukan jua kerna Dia kedekut,
Apatah lagi dzalim

Tapi,
Mungkin kerna amalmu belum mencukupi,
Doamu tidak rapi,
Ikhlasmu belum memadai,
Maka ditangguhnya pemberian itu,
Supaya kau cukupkan amalmu,
Kau rapikan doa mu,
Dan padai ikhlasmu.

Atau,
Dia belum puas bicara dengan mu,
Masih ingin mendengar celotehmu,
Ibarat sang ayah yang tersenyum mendengar aduan anaknya,
Atau ibarat sang kekasih yang minta dimanja.

Berbaik sangkalah denganNya,
Bukan Dia tidak mahu memberi,
Tapi belum masanya,
Bukan Dia tidak memahami,
Tapi, kerna ingin memberikan hanya yang terbaik sahaja.


Thursday, December 29, 2011

Yang mana satu ye???


Ada satu situasi. Seorang muslimat diminati oleh dua orang lelaki. Yang pertama adalah seorang aktivis dakwah yang cerah dan jelas fikrahnya, tetapi terpikat dengan rupa dan penampilan. Keterampilan dan kewibawaan semata-mata. Dan ingin melamar muslimat tersebut supaya tidak di"sambar" oleh orang lain. Lelaki kedua pula seorang yang biasa-biasa sahaja tetapi terpikat dengan ke'solehah'an muslimat tersebut. Dan ingin melamarnya dengan harapan supaya dapat merubah diri ke arah kebaikan dan betul-betul hendak dijadikan isteri. Bukan nak main 'cop-cop' dulu.

Yang mana satu yang lebih baik untuk dipilih?

Random question which crossing after reading http://ruhmemali.blogspot.com/2011/12/mancen-ikan.html

Saturday, December 24, 2011

3H: muhasabah diri

Fasa ujian datang silih berganti. Kala ini saya sedang merenung kembali tinggalan masa yang berlalu untuk beberapa hari. Teringat entry Ustaz Hasrizal, "Jika ini sebuah perjalanan, adakah Khidir sebagai penunjuk." Saya buka lembaran semalam.Hyperventilation yang menemani sejak Khamis hingga ke saat ini masih setia di sisi. Saya bertanya pada diri, tatkala teringat kandungan entry itu, apa yang Allah ingin tunjukkan pada saya? Dengan setianya HV di sisi, banyak urusan saya yang tergendala. Kesemua kelas tuisyen terpaksa dibatalkan kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Yang mana secara tidak langsung menampakkan tanggapan negatif terhadap saya. Saya dianggap tidak profesional. 

Teringat pesan seorang sahabat, "tafakur dan muhasabah, penghubung kita dengan Allah." Saya sambut pesan sahabat dengan aplikasi. Setelah direnung dan diselam, akhirnya, saya kira, saya ketemu jawapannya. Allah sedang menegur saya.

Dalam kebelakangan ini, banyak program yang tidak dapat saya hadiri. Dan tentunya dengan alasan, "saya mengajar," "Ada kelas" dan yang seerti dengannya. Seolah-olah, tuisyen itu menjadi prioriti utama melebihi tuntutan gerak kerja jamaah. Sedang, ianya hanyalah sambilan sahaja dan masanya boleh di fleksibelkan mengikut awlawiyyat. Tetapi, saya leka. Dan akhirnya Allah menegur saya dengan cara ini. Terbungkam di rumah tanpa dapat ke mana-mana. Usahkan mengajar, menunggang motorsikal sahaja tidak mampu. Begitu mudah Allah menarik nikmat dari seseorang. 

Saya bersyukur dengan teguran ini. Sekurang-kurangnya saya masih diberikan kesedaran untuk menginsafi kelalaian diri. Sesungguhnya rezeki itu dari Allah. Dang jangan takut kehilangan rezeki kerana gerak kerja Islam. Allah takkan membiarkan pekerja-pekerjaNya kebuluran dalam perjuangan. Cuma mungkin akan diuji dengan sedikit kelaparan. 

Saya nukilkan kisah ini, supaya, sekiranya berlaku lagi, mungkin nukilan ini akan mengingatkan saya untuk tidak tersalah langkah lagi.

Friday, December 23, 2011

A Love Story



Such a sweet love story
When you decided to find Allah's pleasure,
Allah will please you with happiness.


Thursday, December 22, 2011

The Perfect Lover




A:  Boyfriend saya tu teruk betul la. Bila saya demam dia buat tak tau je. Bila saya merajuk bukan dia reti nak pujuk. Buat do no je. Menyampah betul.

B:  Mungkin dia tak tau awak tak sihat kot. Tak pun dia ada masalah. Sebab tu dia macam tu.

A:  Takde nye. Dia tu memang macam tu. Awak kalau nak cari boyfriend jangan cari yang macam tu. Baik cari yang caring, loving, understanding. Tapi dia tu dah la tak romantik, caring loving tu jauh sekali.

B:  Tapi saya dah ada kekasih. Dan He's so perfect.

A: Eh, mana ade orang perfect kat dunia ni.

B:  Awak tau, Dia sangat caring. Dia sentiasa jaga 24/7 tau. Tak payah tunggu sakit pun. Pastu Dia sangat romantic. Suka sangat bagi surprise kat saya. Bagi hadiah, macam-macam.

A:  Eeee, bestnye. lagi apa dia buat kat awak?

B:  Kalau saya nak apa, minta je. Dia mesti bagi punya. Kalau saya susah, sedih, takut Dia sentiasa ada dengan saya. Pastu lagi, Dia ada bagi love letter kat saya. Tak mainlah sms-sms ni. 

A:  Lagi-lagi? Eee, jelesnye saya....

B:  Dia suka buat prank kat saya. Mula-mula tu saya marahlah. Tapi lepas tu saya sedar yang Dia buat prank tu sebab nak saya ingat kat Dia je. Romantik sangat kan?

A:  A'ah la. Best nye jadi awak. Saya pun nak pakwe macam tu juga la.

B:  Awak pun boleh jadi kekasih Dia juga.

A:  Awak ni biar betul? Awak tak kisah ke? Tak cemburu?

B:  Tak. Saya tak kisah pun. Saya lagi suka. Lagi ramai orang nak jadi kekasih Dia, lagi saya suka.

A:  Siapa pakwe awak ni? Bertuahnya dia...

B:  Siapa sahaja berkasih dengan Dia akan bertuah. Sebab Dia adalah Allah yang satu.


Berkasih dengan Allah, takkan pernah kecewa

Brothers - Epilog Seorang Hamba

Tuesday, December 20, 2011

(---_---)

kita dekat, tapi jauh
kenal tapi asing
tahu, tapi tidak memahami
sama, tapi berbeza
nampak tapi kabur

satu kemahuan tapi lain tanggapan
sama harapan tapi lain garapan
melangkah di jalan yang berbeza
tapi mengaharap bertemu di penghujung yang sama

jauh untuk saling mendekat
asing untuk tambah mengenal
faham tak sama dengan tahu
berbeza untuk mencari kebersamaan
kabur untuk menapis apa yang tak sepatutnya nampak

bermain dengan masa
jangan mencerca takdir yang ada
esok akan tetap menjelma
mungkin ceritanya berbeza
hanya Dia yang tahu segala

Thursday, December 15, 2011

Laskar Pelangi

Some one suggested me to watch this remarkable movie. Subhanallah. Most Grateful Allah who gave such idea to the writer of this film. Which was from a novel. Please do watch this film. Don't waste your time with low quality Malaysian film.

Laskar Pelangi 

As beautiful as the rainbow


GPK HEM

Jika mampu ku katakan TIDAK,
Pasti sudah ku luahkan,
Namun,
Aku teringat akan janji Penciptaku
La yukallifullahu nafsan illa u'sa'ha..
Kami tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya
Aku terdiam,
Ku renung taklifan yang menanti di hadapan,
Kata sahaja tidak berguna,
Perancangan harus seiring tindakan,
Fiqh awlawiyyat dan kelicikan siasah perlu dipadukan,

Terngiang kata-kata naqibah kesayangan,
Jika bukan kita siapa lagi?
Jika bukan di sini di mana lagi?
Jika bukan sekarang, bila lagi?

Friday, December 9, 2011

Dari lorong itu....



"Sedangkan seorang pelacur pun Allah bagi dia masuk syurga semata-mata sebab dia bagi seekor anjing yang kehausan minum air. Inikan pula aku. Aku pernah buat lebih dari itu. Anak-anak jalanan yang bersepah kat sini, aku yang bagi diorang makan. Aku yang pelihara diorang. Takkan aku tak boleh masuk syurga?" Jelingan sinisnya menikam wajah gadis muda dihadapannya. Khaty, atau Khatijah, sangat disegani di kawasan ini. Dia primadona di lorong pengap dan kusam ini. Yang pada siangnya sunyi dari sebarang aktiviti, kecuali sesekali lori pengangkut DBKL yang menjalankan rutin hariannya. Tetapi, menjadi seolah tapak pesta kala malam menjengah. Syurga bagi yang mencari kenikmatan duniawi yang sementara. 


"Benar, wanita itu diberikan syurga. Tapi bukan semata-mata kerana budinya pada anjing tersebut," Khadeejah, aktivis Nisa', sebuah NGO yang prihatin dengan keadaan semasa masyarakat, menutur bicara bersulam senyuman. 


"Jadi, jika bukan kerana itu, kerana apa?" Asap rokok berkepul bersama persoalan yang meluncur. Gadis itu tersenyum kembali. Menarik nafas yang panjang sebelum memulakan kalimah yang seterusnya. 


" Wanita itu menjadi penghuni syurga kerana rahmat Allah." Sebuah lagi senyuman diukir. Sedang bibir hitam yang disalut gincu merah menyala itu mencebik. "Rahmat....Huh!"


"Rahmat Allah diberikan kepadanya kerana keikhlasannya ketika membantu anjing tersebut. Dan kerana itu, melalui rahmatNya, Allah campakkan keinsafan dalam hatinya, lalu wanita itu meninggalkan pekerjaan sebagai pelacur dan kembali ke jalan Allah. Wanita itu bertaubat dan membina hidup yang baru. Yang lebih baik dan mulia di sisi Allah."


"Aku buat banyak kebaikan. Seperti yang ku katakan, aku melakukan lebih dari yang dilakukan oleh wanita itu. Tetapi mengapa tiada rahmat yang turun padaku? Mengapa aku masih terus di sini? Selama 30 tahun aku di sini. Usahkan rahmat. Malah cacian dan makian yang aku dapati saban hari. Di mana rahmat tuhan yang kau katakan itu? Dimana?!" Suaranya meledak garang. Sarat dengan kekecewaan terhadap hidup yang dilalui. Pedih yang ditanggung selama 30 tahun dihamburkan kepada gadis muda dihadapannya. "Apa yang kau tahu tentang hidup anak muda? Dunia ini kejam dan zalim. Di mana keadilan jika kau dan mereka dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, sedang aku dan mereka di sini, dicampak sebagai sampah di lorong jijik ini. Jika tuhan itu adil, mengapa kau di sana sedang aku di sini?"


"“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” Ar-Ra'd:13.


"Puan. Kita hanya hamba, puan. Siapa kita untuk mencerca pemberian yang tuhan berikan kepada kita. Setiap pemberian tuhan itu ada sebabnya. Saidina Umar Al-Khattab pernah membunuh anak perempuannya sendiri. Tetapi akhirnya, dia menjadi manusia mulia di sisi Allah sehingga syaitan sendiri takut dengannya. Tapi puan, kemuliaan yang diperolehi saidina Umar itu dibayar dengan pelbagai pengorbanan. Dan pastinya dimulakan dengan hijrah. Allah selalu memberikan peluang kepada hambaNya untuk berubah. Setiap kesakitan, kesedihan, keperitan, musibah,derita dan air mata itu untuk menarik kita kembali kepada Dia. Di kala tiada manusia yang ingin menerima kita, ingatlah, Dia sentiasa ada di sisi kita. Di kala semua manusia membuang kita, Dia menerima kita dengan dakapan kasihNya. Tapi, dengan syarat, bertaubat dan bersungguh untuk kembali kepadaNya."


"Kau tak pernah rasa apa yang aku dan mereka di sini rasakan. Kau tak pernah berada di tempat kami." Sebatang lagi rokok dinyalakan. 


"Puan,  puan masih ingat dengan seorang anak kecil yang secara senyap-senyap puan masukkan ke dalam van Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira 20 tahun dulu? Semasa mereka menyerbu lorong ini dahulu?" Wajah manis bertudung labuh biru itu dipandang. Senyum manis itu masih terukir, tetapi, ada air bening di tubir matanya. "Kau...? Dija?" Tangannya spontan memegang pipi gadis itu. Diusap air mata yang hampir luruh ke pipi. "Ya mummy. Ini Dija. Dija pernah ada di sinikan mummy. Dija tahu bagaimana hidup mummy. Bagaimana perit dan derita mummy. Dija tahu semua mummy."


"Mummy, hidup ini satu pilihan. Allah bentangkan banyak jalan dan Dia suruh kita pilih. Kita selalu keliru untuk memilih antara kebenaran dan kebatilan. Tapi, Allah juga berikan panduan untuk kita memilih. HidayahNya sentiasa ada disekeliling kita. Umpama papan tanda di lebuh raya. Tapi, kita yang selalu abaikan papan tanda itu. Akhirnya kita tersesat. Bila kita sesat, kita marahkan Dia. Kata Dia tak sayang kita. Tapi kita masih tak nak ikut papan tanda yang Dia dah bagi. Marilah mummy. Tinggalkan tempat ini. Dunia di luar sana lebih luas lagi. Allah sayang pada Mummy. Sebab tu Dia hantar Dija ke sini. Untuk bawa mummy dan yang lain-lain keluar dari tempat ini."


"Betul Allah sayangkan mummy? Mummy banyak dosa.."


“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).


Dalam hidup ini, kadang kala kita lupa, bahawa kita ini hanya hamba. Kedudukan kita hari ini adalah ketentuan Allah. Hari ini mungki kita selesa dan merasa selamat dengan amalan kita. Kita yakin dengan amalan kita maka kita akan masuk syurga. Dan kita selalu mencela mereka yang kita kategorikan sebagai pendosa. Sedang mungkin suatu hari kedudukan kita akan berubah.Tak siapa yang tahu. Tetapi, yang pasti, walau siapa pun kita, syurga Allah itu sentiasa menunggu kita. Jika hari ini kita ahli maksiat, berubahlah untuk menjadi ahli ibadah. Jika hari ini kita rasa kita baik, berusahalah untuk menjadi lebih baik. Kerana kita tidak tahu adakah kita dikira baik disisi Allah.......

Thursday, December 8, 2011

Kisah katil sebelah

Hospitalized again. Kasihan pada kak Didi yang terpaksa mengorbankan kelasnya kerana menghantar ke Klinik Kesihatan Shah Alam. Sesak nafas dan sakit dada dari pagi semakin teruk menjelang tengah hari. Mulanya ke Poliklinik Al-Hikmah tetapi doktor hanya akan datang setengah jam kemudian. Melihatkan keadaan saya yang sudah berjuaraian air mata dan hampir tidak mampu berdiri, jururrawat di kaunter menyarankan agar kami ke tempat lain. Jalan yang sesak menambahkan sesak di dada.

Apabila sampai di bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Shah Alam, tiada pegawai yang bertugas di situ. Kami ke kaunter pertanyaan tetapi 'ditolak' kembali ke bahagian kecemasan. Kak Didi dah hampir hilang sabar dengan apa yang berlaku. Tetapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Rupanya di unit kecemasan ada seorang ibu yang hampir bersalin. Beliau di masukkan ke situ kerana merasa sakit ketika sedang berkursus di Seksyen 7. Katilnya betul-betul di sebelah katil saya dan hanya dipisahkan oleh tirai. Suasana sangat kelam kabut dengan jururawat yang berlari ke sana ke mari. Dan mereka di unit kecemasan itu seolah-olah tidak bersedia untuk menyambut kelahiran tersebut. Dan tentunya saya seolah-olah diabaikan seketika kerana ada kes yang lebih penting. Dalam hati yang mampu saya lafazkan adalah nama Allah dan memujuk hati sendiri dengan berkata, " takpe, ada nyawa baru yang lebih penting untuk diselamatkan,".

Tetapi, segala ketegangan itu seolah-olah berakhir apabila suara tangisan yang halus kedengaran. Begitu menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengar. Tangisan pertama dari seorang anak manusia yang baru melihat dunia. Subhanallah, Wallahamdulillah. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup. Bayi perempuan seberat 2. 9 kg (jika tak salah saya) itu kemudiannya dihantar ke HTAR dengan menggunakan ambulan.

Apabila pulang ke rumah, dan berbual-bual tentang kejadian tadi, Kak Didi, "Akak nak marah sangat masa dekat Klinik tadi, tapi bila dengar baby tu nangis for the first time baru rasa sejuk sikit."

Saya tiada kesimpulan untuk kisah hari ini. Tapi pasti ada ibrah disebalik apa yang berlaku
Buat si gadis kecil yang comel, 8 Disember 2011 merupakan hari pertama kamu melihat dunia. Semoga hidup diberkati dan kamu menjadi muslimah solehah mujahidah pembela agama. Panjang umur dengan izin Allah kita akan ketemu lagi.

19 Tahun Musnahnya Masjid Babri

Pada 6 Disember 1992, berlaku satu peristiwa yang tidak akan, dan tidak sepatutnya dilupakan oleh masayarakat Islam diseluruh dunia. Peristiwa penyerangan dan perobohan Masjid Babri, iaitu antara masjid tertua dan menjadi kebanggaan masyarakat Islam di India. Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan masjid tersebut, tetapi juga meragut ribuan nyawa masyarakat Islam yang mempertahankan kesucian masjid tersebut.




Punca, dalang dan sejarah peristiwa ini boleh anda layari di sini dan di sini .




Di mana sensitiviti kita sebagai umat Islam jika kita tidak mengetahui tentang peristiwa penting seperti ini? Musuh Islam bukan hanya ada  di Palestine, tetapi di mana sahaja, malah mungkin di dalam rumah kita sendiri. Dan mereka punya 1001 cara untuk menghancurkan umat Islam, tetapi mereka tidak akan  mampu untuk menghancurkan Agama Islam yang dipelihara oleh Allah ini.

Friday, December 2, 2011

Panik BunkFace Vs Klip 3P

Semalam dan hari ni heboh dibicarakan di Facebook tentang lagu BunkFace yang di banned oleh RTM. Saya pun tak pasti mengapa lagu ini diharamkan siarannya. Setelah mendengarnya sebentar tadi, dan membaca ulasan penyanyi kumpulan tersebut saya dapat simpulkan bahawa ada golongan-golongan tertentu yang berasa terancam dengan lirik lagu tersebut. Walaupun Bunkface menegaskan bahawa mereka tidak berpihak pada mana-mana parti politik, tetapi nilai juang anak muda yang digambarkan di dalam lirik lagu tersebut sudah cukup membuatkan beberapa pihak berpeluh dingin. Ditambah lagi dengan perkataan 'reformasi' yang memang menjadi badi bagi mereka. Seolah-olah sumpahan yang bakal menelan mereka bila-bila masa.

Apa kaitan pula dengan filem Klip 3P? Filem ini juga muncul dengan kontroversi yang hangat diperkatakan. Jika Panik dikatakan mengancam kesejahteraan negara (mungkin itulah alasan kenapa lagu itu diharamkan) Klip 3P pula sangat mengancam "kesejahteraan" anak-anak muda. Ironinya, filem ini bukan sahaja ditayangkan dipawagam, tetapi juga di saluran AstroFirst di Astro. Yang bermakna, setiap lapisan masyarakat, dari bayi berumur satu hari, hingga orang tua yang menunggu mati boleh menontonnya.

Saya tinggalkan pembaca sekalian untuk menilai dua fenomena ini, yang saya kira, pembaca sekalian sudah cukup matang untuk menilai apa sebenarnya yang berlaku di negara kita ketika ini.


Monday, November 28, 2011

Dia dan Aku

Satu hari di sebuah camp site.....


Dia          :              Wei! Banyaknya nyamuk gigit kaki aku! Kau takde nyamuk gigit ke? Dari tadi relax je…
Aku         :              Oowh…takde pulak. Agaknya darah kau manis kot. Tapi rasenye sebab aku pakai stoking. Sebab tu relax je.

Dia          :              Panas giler hari ni. Silau mata aku. Nyesal pulak tak bawa cap. Kau tak silau ke?
Aku        :               Tudung aku ni kalau tarik depan sikit dah jadi macam cap dah. (sambil tarik-tarik tudung)

Dia          :               Adooiii…sunburn muka aku. Legam habis. Apsal muka kau ok je? Kau pakai krim ape?
Aku        :              Kawan aku kata, kain hitam ni (niqab / purdah) dah ade SPF5. So, kira cover la sikit dari panas tu.

Dia          :               Habis calar balar tangan aku kena duri masa ‘tracking’ tadi. Tengok sikit tangan kau. Ok tak?
Aku        :              Aku pakai long sleeves. Takde la teruk kena duri.

Dia          :              Rimas betul la peluh ni. Rasa melekat-lekat baju dengan seluar ni kat badan. Kau tak rimas ke peluh-peluh ni?
Aku        :               T-shirt dengan seluar aku ni longgar. So, ventilation (pengudaraan die ok. Takde la rimas. BAju kau tu ketat sangat. Sebab tu rimas. Lagipun baju dengan seluar ketat tak baik untuk kesihatan lah.

Dia          :               Alamak…baju ni asyik nak terangkat je. Payah betul la. Lain kali kena pakai labuh sikitlah.

Syariat is NOT an oppression, it’s a protection

Thursday, November 24, 2011

Baik ke?

Korang rasa korang dah cukup baik ke sekarang? Apa definisi baik sebenarnya? Adakah bila korang duduk dengan orang baik-baik, pakai pakaian macam orang baik-baik, quote hadis + ayat quran bila bercakap, cukup solat tak tinggal tu dah dikira betul-betul baik? Apa definisi baik sebenarnya???

"Aku macam ni pun tapi hati aku baik," Mana kau tau hati kau baik? Siapa yang cakap? Macam mana dia tau?

Wednesday, November 23, 2011


baby aku jatuh terguling hari ni. Got concrete reason to change the side mirror. 


the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th...
Contengan Jalanan - Hlovate

Tuesday, November 22, 2011

sakit



Bersyukurlah
kerana kau dipilih untuk disakiti
bukan menyakiti
jika kau sabar
pahala ganjaranmu
jika kau redha
redhaNya mengiringi setiap helaan nafasmu
sakit itu penawar bagi hati yang lalai
suara yang memanggil untuk pulang kepadaNya

Sunday, November 13, 2011

"Incomplete" by Aiman Azlan (v2.0)

Mencari yang sempurna atau menyempurnakan ketidaksempurnaan?

"Saya harap pasangan saya nanti akan jadi crying shoulder untuk dengar semua masalah saya, bantu saya bila susah, jadi pelindung saya bila saya takut......" dan senarainya semakin panjang.

Bahu tempat menangis. Betul, itu salah satu daripada bermacam-macam peranan yang perlu dipikul oleh pasangan. Tapi satu perkara yang perlu kita ingat, dalam mana kita mengharapkan supaya si dia menjadi crying shoulder kita, si dia juga mengharapkan perkara yang sama. Menjadi pelindung, mendengar luahan, meminjamkan bahu dan........sebagainya, sama panjang dengan senarai yang kita bebelkan.

"Dia tidak memahami saya....Dia bukan pendengar yang baik...Dia tidak pedulikan perasaan saya...."



Biasa kita dengarkan luahan sedemikian. Yang seringnya terluah dari bibir kaum wanita. Dan percaya atau tidak, luahan-luahan sedemikianlah yang menambahkan timbunan fail-fail penceraian di mahkamah syariah.

Mengapa hal ini terjadi?
Suatu hari, anda sangat teringin untuk makan char kuew teow. Anda mendengar bahwa di sebuah restoran char kuew teownya sangat lazat. Lazatnya char kuew teow pada anda adalah kuahnya banyak, mesti ada kucai dan tauge,udangnya besar dan banyak, ada kerang dan telur. Anda pun pergi ke restoran tersebut dengan definisi sedap yang anda gambarkan tadi. Tetapi, apabila char kuew teow idaman sampai ke meja, ianya tidak seperti yang diharapkan. Tiada kucai di dalamnya. Maka anda pun sangat kecewa kerana ianya tidak menepati piawaian sedap anda. Maka anda pun tidak mahu datang ke restoran itu lagi semata-mata kerana char kuew teownya tiada kucai. Sedangkan rupa-rupanya tukang masaknya terlupa untuk meletakkan kucai.

Apa kaitan char kuew teow dengan isu ini? 


"Hai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku, supaya kamu saling mengenali…." (Juz 26 Alhujurat, surat 49 ayat 13)



Satu perkara lagi yang anda perlu ingat, pasangan anda itu adalah manusia yang tidak sempurna, sama seperti anda dan saya. Anda mengharapkan seorang suami yang romantik, memanggil anda dengan panggilan manja dan mengingati semua tarikh penting dalam hidup anda. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Wajarkah untuk 'berperang' semata-mata kerana hal sebegini?

Mengapa Allah menjadikan lima jari di tangan tidak sama panjang? Untuk melengkapi peranan jari-jari yang lain. Cuba bayangkan jika kedua-duanya jenis yang banyak cakap, dua-dua bercakap siapa yang nak mendengar? Atau dua-dua minat kapal terbang dan fotografi, maka pagi petang siang malam asyik bercerita tentang dua perkara itu sahaja. Sangatlah membosankan (-_-)

Atau satu hari anda mengalami kemalangan kecil. Dan orang pertama yang anda hubungi pastilah si dia. Tetapi, dia tidak dapat membantu anda kerana sedang bertugas, mesyuarat atau telefonnya dimatikan. Maka, anda akan rasa sangat geram, kecewa dan sebagainya. Dan untuk menambah perisa, datang pula orang lain yang membantu anda, seolah-olah malaikat penyelamat yang datang tepat pada masanya. Perkara yang biasa terjadi adalah, anda akan mula membandingkan si dia dengan sang malaikat itu. Si dia tidak mempedulikan anda, tidak memahami, mengabaikan tanggungjawab dan sebagainya.

 Sedangkan, bukan si dia tidak mahu menolong, atau tidak prihatin dengan situasi anda. Cuba anda kaji semula, siapa yang menghantar hero penyelamat anda itu? Adakah dia turun dari langit?

Sentiasa ingat! Yang menghantar sang malaikat itu adalah Tuhan kepada malaikat itu, si dia dan anda juga. Dan yang tidak mengizinkan si dia untuk menolong anda juga adalah si Dia yang sama.

Ramai lelaki yang menjadikan situasi-situasi sebegini sebagai alasan untuk menambah cawangan. "Isteri saya tidak melayan saya dengan baik. Dia tidak memahami.....bla bla bla....
Dan si isteri pula, " Lebih baik kita berpisah...Awak tidak memahami saya...sok sek sok sek (sebab menangis)".

Luahan begini hanyalah alasan untuk mencari pengganti yang lebih sempurna. Seperti mencari restoran yang dapat menyediakan char kuew teow terbaik tadi. Persoalannya, siapa boleh menjamin pasangan yang seterusnya itu adalah sempurna tanpa cacat cela?

A marriage is about compliment each other, not to find a complete person. An imperfect partner will make a perfect couple. Itu sifirnya.

p/s
Cetusan ini lahir dari perbincangan bersama kakak-kakak (Kak Hasl dan Kak Didi) bersempena dengan musim walimah yang sedang melanda dan selepas menonton rancangan Serasi Bersama.

Thursday, November 10, 2011

Pesan Abang

Aku pulang lewat hari ini. Aku ditahan oleh guru kelasku kerana tidak dapat menjawab soalan kuiz yang diberikan. Sesampainya aku di pagar sekolah, kulihat motorsikal yang cukupku kenali sedang menantiku. "Abang!" Aku menjerit keriangan. Terus aku menerpa ke arah abangku yang sedang menanti di motorsikalnya. Kawasaki Kip kesayangannya. "Kenapa lambat?" Tanya abang sambil mengangkatku untuk duduk dihadapannya. Jika dengan abang, aku tidak akan membonceng di belakang. "Kamu tu kecil sangat. Kalau jatuh nanti tak perasan." Katanya apabila aku memprotes untuk tidak mahu duduk dihadapan. "Tak dapat jawab kuiz. Cikgu tak bagi balik." Kataku bagi membalas pertanyaannya.

Rambutku mengerbang ditiup angin tatkala Kawasaki Kip itu membelah jalan raya untuk pulang ke rumah. Beginilah rutin abang apabila dia pulang bercuti ke kampung. Dia akan menghantar dan mengambilku di sekolah dengan motorsikalnya. Aku pula sangat suka dihantar abang. Dan aku akan sangat sedih jika abang terpaksa pulang ke kampus. Abang sedang menuntut di sebuah universiti di selatan tanah air. Sebenarnya abang jarang bersama denganku. Sejak dari tingkatan satu, iaitu setahun selepas aku dilahirkan, abang telah pun tinggal di asrama. Kemudian, selepas tamat tingkatan 5, abang melanjutkan pelajaran pula ke universiti. Jadi, aku jarang dapat bersama dengannya.

Abang seorang yang sangat gigih. Keluarga kami bukanlah keluarga yang berada. Jadi, setiap kali cuti, abang akan bekerja sambilan samaada di kedai tayar milik kawan ayah, atau di stesen minyak di hentian lebuh raya berdekatan dengan rumah kami. Malah, abang juga turut bekerja sambilan semasa di kampus. Membaiki komputer, membantu pensyarah, jualan langsung, malah berniaga di bazar ramadhan juga.

Abang juga pandai bermain alat muzik. Dan dia suka mendendangkan sebuah lagu yang ditujukan khas buatku. Pesan Abang nyanyian Sudirman.....




Setiap kali ingin pulang semula ke kampus, abang akan menghantarku ke sekolah dahulu. Selepas aku mencium tangannya, abang akan mengusap kepalaku sambil berkata, "Ingat abang, tetap sayang." Kemudian, selepas memastikan aku masuk ke kelas, barulah abang akan memecut motorsikalnya untuk pulang. 

Dan kini, abang sudah pun bergelar seorang jurutera yang berjaya. Berkat doa dan nasihat serta pengorbanannya, aku dan adik beradikku yang lain juga turut berjaya dalam kehidupan masing-masing. Masihku ingat mama pernah bercerita bahawa ketika di kampus, abang hanya makan nasi dan kuah sahaja tanpa lauk untuk berjimat. Hal itu hanya diceritakan secara tidak sengaja kepada mama selepas abang bekerja sebagai jurutera. 

Kawasaki Kip itu tiada lagi. Namun, sesekali, kenangan itu bertandang di ruang ingatanku. Menyebabkan aku menghargai segala yang ku miliki kini. 

Friday, November 4, 2011

Niqabku Maruahku Hak Diriku

"Buka la purdah tu. Orang tengok pelik la,"
"Tak payah la pakai benda tu. Orang kata apa pula nanti."
"Nampak mata je. Tak cantik lah."

Who are you to tell me how should I dress??? This is free country. If you can wear anything you want, and so do I. If you say can say, "Suka hati saya lah, kubur lain-lain." Then, what I want to say is " Suka hati sayalah. Saya tak nak kena seksa kubur."


MY VEIL
MY MODESTY
MY RIGHT


Friday, October 28, 2011

Dress for Success, Muslim Style!

Dari Sujud Ke Sujud......SUPERB!!!!!!!!!!!


This is the new sequel of Ketika Cinta Bertasbih, by Habiburrahman El-Shirazi. Why am I telling about this sinetron? All I can say is that this is the best drama I've ever watch. Watching this drama is like being in the class of Fiqh, Tauhid and etc. The scene is not only telling about the story line, but also, and the most important thing is that the writer and the director were trying as possible to educate the viewers. I suggest you guys to have a try on this drama. I can say that you can find valuable knowledge in every episodes. 

So, have fun then (^_^)



Way much better than Tahajjud Cinta

Wednesday, October 26, 2011

sedara setan



Dua jenis manusia pembazir yang memang nak jadi saudara syaitan

Orang yang merokok 
dan
Orang yang bakar mercun / bunga api segala

Dua-dua bakar duit!!!!!!

Convocation...............


Tomorrow will the convocation day for Applied Science Faculty. What am I thinking today? Don't know how to describe it. I just got message about GL status few days ago. Some time the thought just cross my mind, as if I'm continuing with Polymer Technology, I should have my convocation ceremony tomorrow with others. I still remember when preparing for the convocation for my diploma few years back. And now, to see most of my housemate are preparing for their convocation, trying their robe and mortar board, holding flowers, yada yada yada....it just makes me smile in pain. 

Regret? Nope! seriously no. Because I've found something more valuable than the degree scroll. Something that gives me more satisfaction than walking less than 2 minutes on the stage to take the scroll. 

It's not that I will not continue with my study, as if bachelor degree is no longer exist in my list-to-do. But it just that it is not the most important thing anymore. But I will, insyaallah, if Allah will to get it someday somehow. Because I have promised to some one who really wants to see me holding the scroll wearing the robe and the mortar board on my head. And also, Kak Didi had promised to give me a chipmunk teddy bear during my convocation (^_^)



Not to forget
congratulations!
to all my friends, sahabat sahabiah who are having their convocation.
And
 welcome!
 to the real world of life. 

Tuesday, October 25, 2011

Monday, October 24, 2011

Addicting



To Kak Didi and Kak Hasl....

Bile kita nak pergi shopping buku? I'm really addicting new books now. Imaen dah keluar buku baru. Sangat-sangat mengidam nak menghadam Seikat Kembang Merah dan Blues Retro. Bohemian pun nak juga. 

Nak baca buku.......

P/s: mode lepas exam memang serabai macam ne. sila faham yea




Saturday, October 22, 2011

Tersentuh

Sebentar tadi baru sahaja berakhirnya sesi motivasi dan muhasabah untuk anak-anak di Sri Pintar. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan yang saya alami saat ini. Terharu, terkejut, sedih, gembira, semuanya bercampur-baur dalam nubari. Sedih mengenangkan kesalahan serta ketelanjuran mereka. Terkejut kerana walaupun saya tahu setiap kesalahan mereka namun saya masih mengharapkan bahawa apa yang saya dengar itu tidak tepat. Tetapi saya juga bangga dan terharu kerana mereka berani mengakui kesalahan mereka.

Syukran jazilan saya ucapkan kepada Akh Anuar dan Akh Huzaifah atas pengisian dan komitmen yang diberikan. Saya hanya mampu merangka perjalanan program ini dan selebihnya dengan Allah jua ianya terlaksana.

Yang saya harapkan moga momentum ke arah perubahan positif (hijrah diri) yang cuba dicetuskan mampu memberikan impak yang berpanjangan.

Buat anak-anak teacher tersayang, teacher terlalu sayang pada kamu semua. When I saw you crying with regret, I saw a little girl called myself few years ago. Dicuci hatinya di program sebegini, dibuangkan segala ego dan menanam azam baru untuk menjadi lebih baik. I saw myself when I looked at them.

Hanya usaha kecil ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk membantu mereka. Semoga Allah memayungi mereka dengan rahmatnya dan memandu perjalanan mereka dengan hidayahnya dan memberikan mereka taufiq untuk menjadi muslim yang berjaya dunia dan akhirat.

P/s :
saya dapat analogi baru hari ini. Hidayah itu seperti papan tanda di jalan, dan taufiq itu pula simpang yang kita perlu masuki. Kita akan terjumpa papan tanda dahulu baru simpang. Bila lihat papan tanda, samaada ingin masuk ke simpang atau tidak terpulang pada kita. Sedang papan tanda tetap di situ untuk menunjukkan arahnya.

Wednesday, October 19, 2011

Went to clinic

Malam semalam baru ke klinik untuk ambil ubat. Itu pun setelah dimusyawarah dan disyarahkan oleh mama. "Ater teghuk benor selsemanye. Pegi le ambik ubat ke klinik. Tak Laghat benor suaghe nye ha..." Gitu le bunyinye lebih kughang. So, about 8.00 p.m I went to Poliklinik Al-Hikmah, next to my school. Walaupun jauh, tapi saya tetap ke sana atas dua sebab. Satu, sebab ianya merupakan klinik panel untuk Sri Pintar, so it's free! Dua, sebab klinik ini islamik dan doktornya tak sombong. Siap boleh sembang-sembang lagi, (masa tu orang tak ramai yea). Lagipun, bukan saya yang bawa motor, saya duduk kat belakang je. Kak Nur yang bawa. Temperature is 38.2. Dia suruh minum banyak air dan bekalkan saya dengan 4 jenis "gula-gula". Sampai rumah, makan "gula-gula" dan terus tidur sampai pagi. Got mc for today but akan cuba juga ke sekolah petang-petang sikit sebab nak print soalan.

Sekian untuk hari. Doakan saya kuat ya. Banyak sangat kerja tertangguh.

Tuesday, October 18, 2011

package

the package is almost complete
start with soar throat then came up with flue. Continue with coughing and hiccups. Now add on fever and ulcer to be.

Really miss my mama's rice porridge. Luckily got Izzah and K.Nur who are willing to entertain my wish. With the wet towel on my forehead and another dry one to cover my cough, everybody would sympathy.

Syukran for all the care....

Monday, October 17, 2011


Not feeling well...
Tapi....
anak-anak nak exam ne....
Exam paper pun tak siap lagi..
(T____T)

new appearance


Any comment with the layout??

Sunday, October 16, 2011

hi-tea bersama Catriona Rose


Semalam berpeluang bersama-sama dengan Kak Catriona Rose di Masjid Kota Damansara atas jemputan Ustaz Ridhuan Mohd Nor. Beliau menjemput beberapa orang wakil dari Aisyah Humaira Publication supaya menemani Kak Catriona yang keseorangan pada ketika itu. Walaupun agak tersesat tetapi akhirnya samapi juga kami ke tempat program ketika acara baru sahaja bermula. Tajuknya "Saat Tuhan Menyayangi Kita". Bual bicaranya berkisar kepada nuansa dunia hiburan tanah air dan bagaimana untuk menjadikan filem sebagai wadah pendidikan bagi masyarakat. Ulas beliau tentang genre dan trend filem di Malaysia yang banyak menojolkan unsur keganasan, lucah dan tahyul, kata beliau, soalan itu pernah ditanya sendiri kepada seorang pengarah filem. Dan jawapan yang diperolehi adalah, ianya berdasarkan permintaan penonton. Pada masa kini, permintaan sebegitu yang tinggi dikalangan penonton. Tetapi, tanggungjawab kita yang mmpunyai kefahaman Islam dan yang menyedari akan kesan buruk filem sebegini yang perlu mendidik masyarakat untuk menolak filem-filem sebegini dari ditayangkan. Ulasan Ustaz Ridhuan pula, perlunya panel syariah yang aktif dan berwibawa yang menetapkan garis panduan sesebuah filem. 

Kesimpulannya, saya sangat seronok dapat berkongsi pengalaman bersama dengan beliau (tambah pula sambil dihidangkan dengan nasi arab (^_^) ). Beliau sangat tegas apabila menolak permintaan pengarah atau penerbit supaya membuka tudung ketika penggambaran. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan Kak Cate beliau sentiasa istiqomah untuk mencari dan menyebarkan kebaikan. Dan semoga akan lebih ramai lagi selebriti yang akan mengikut jejak langkah beliau dan rakan-rakan selebriti yang lain.

P/s : lepas ni kalau boleh nak jumpa Irma Hasmi pula....

Not really a weekend

Weekend yang tak macam weekend. Hari ini pagi sampai petang ada kelas. Sekarang di sekolah menyiapkan kertas soalan sambil membantu anak-anak menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir tahun. Sejuk hati melihat kesungguhan mereka. Siap ada yang berdoa lagi supaya lulus dalam ujian matematik nanti. Anak-anakku sayang, kalau kalian hanya berdoa untuk lulus, teacher selalu doakan kalian untuk berjaya dunia akhirat. Bukan hanya lulus dalam ujian akhir tahun ni sahaja

Jam 3 petang nanti pula perlu bergegas ke Seksyen 18 untuk kelas Biologi bersama Syifa dan Ikhsan. Syifa sampai memujuk ibunya untuk menggantikan kelas Bahasa Arab dengan kelas Biologi walaupun semalam sudah pun diadakan kelas.

Setiap kerja yang diniatkan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah akan dianggap sebagai ibadah. Semoga Allah redha dengan setiap usaha saya untuk membantu bakal-bakal jundi Islam ini melakar masa depan yang cemerlang. Bukan sahaja untuk diri mereka, tetapi juga demi Islam tercinta.

Ok, lagu untuk hari ni,

Nasuha, Mestica.......


Saturday, October 15, 2011

The Rose


It's the life afraid of dying
that never
learns to live...



just remember in the winter
far beneath the bitter snow
lies the seed that with the sun's love
in the spring
becomes the rose

Friday, October 14, 2011

a few incidents....


Orang lelaki kalau bawa motorsikal atau kereta memang suka hon-hon orang kan. Tapi perempuan terbalik pula. Kadang-kadamg memang tak reti nak guna hon tu. Sepanjang saya bawa motor la, seingat saya pernah beberapa kali je saya guna benda alah tu. Nak jadi cerita nye hari ni saya kena hon masa balik dari bank tadi. Sebabnye saya brek emergency sebab nak elak satu kereta unser yang keluar tiba-tiba dari simpang dekat dengan Alam Sentral. Dah la terkejut dengan kereta tu sebab masa tu saya tengah laju la juga, lepas tu tambah lagi satu terkejut sebab kena hon dengan motor dari belakang saya sebab dia pun laju juga. Penunggang tu pula bole pula sengih-sengih lepas hon-hon orang. Sebab brek mengejut tu saya rasa macam tersentap sikit kat pinggang. Huhuhu....ingat stop kat situ je la insiden untuk hari ni.

Tapi, bila sampai kat rumah, masa nak tongkat dua motor tu, kaki saya tergelecek and motor tu tergolek dengan saya sekali. (T___T) kesian dekat "pakwe" kesayangan saya tu. Nasib baik dia tak cedera sebab sempat tahan dengan tangan kot. Sebelum ni pernah la dia kena senggong dengan kereta kat traffic light. Pun nasib baik takde apa-apa, even calar pun tak sebab tahan tak nak bagi jatuh. Tapi kaki saya la yang sakit. Sebenarnya ini la antara sebab saya malas nak dapat lesen cepat-cepat. Sebab masa saya takde lesen dulu saya sangat berhati-hati sebab mind-set saya kata, "aku takde lesen ni. kalau jadi pape susah," lagi pun masa tu saya pinjam motor orang. Tapi sekarang ni bukanlah kata tak payah hati-hati tapi mind-set tu dah lain. Susah la nak explain.

Pinggang sakit, tangan sakit hati pun sakit...tapi kejap lagi kena keluar lagi hantar Cik Liza naik bas.....

mode: merungut di petang hari....

Wednesday, October 12, 2011

dunia sarah yang.....comel (^_^)

tambah satu lagi link yang best. kisah doktor sarah yang comel ne. tak kesah la nak kire page ne open diary ke hape, janji best.

sometimes you can learn something from others people life :D

p/s: satu kelegaan selepas melalui hari yang mendera jantung saya.

abnormality

sekiranya anda perasan sesuatu yang ganjil terdapat pada bayi atau anak anda, abnormality yang bersifat fizikal mahupun secara emosional, maka jangan bertangguh untuk membawa mendapatkan rawatan.

Ayat-ayat seperti, "alah..sikit je tu...", "takde pape kot," atau "nanti ok la tu," mungkin akan membuatkan anda menyesal di kemudian hari.

Anak adalah amanah Allah. Jadi, jagalah mereka sebagai suatu amanah...



Mimpi yang indah


"Indah bintang yang terang bukan khayalan....
Tetapi kenyataan.."


Monday, October 10, 2011

Heal



"Setiap penyakit ada penawarnya"

Betul. Itu janji Allah. Dia yang menjadikan penyakit dan Dia juga yang menjadikan penawarnya. Tapi, Dia tak kata yang ubat itu dalam bentuk pil, kapsul, herba atau pun minuman 3 dalam 1. Dia tak kata juga yang ubat itu dalam bentuk yang perlu dimakan, direbus, digoreng atau yang sewaktu dengannya. Tapi, setiap penyakit ada ubatnya, ada penawarnya. 

Penawar itu subjektif. Definisinya sangat luas. Jika seseorang mengalami kemurungan, apa lagi ubat yang paling mujarab selain ketenangan. Jika seseorang itu menghidap insomnia, tiada penawar yang paling melegakan selain tidur dengan nyenyaknya. Kerana itu saya katakan bahawa ubat atau penawar tidak semestinya boleh dimakan. 

Pada saya, penawar bagi setiap penyakit adalah redha dan tawakkal. Redha, adalah menerima segala yang berlaku kepada kita dengan lapang dada sambil mengharapkan ada hikmah disebalik kejadian, yang tidak lain adalah merupakan manifestasi kasih sayang Allah pada kita. Tawakkal pula adalah usaha tanpa henti sambil meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Dengan redha maka akan datangnya tawakkal. 

Boleh jadi juga, penyakit fizikal yang dialami adalah penawar untuk penyakit rohani yang sekian lama dideritai. Berapa ramai dikalangan manusia yang kembali kepada tuhan setelah disahkan doktor akan mati pada sekian-sekian waktu? Sedang hidupnya dulu bergelumang dengan dosa. Sesungguhnya, pada ketika itu, Allah telah pun menyelematkannya dari wabak di dunia yang akan membuatnya derita di akhirat.

Banyak penyakit di dunia ini yang disahkan oleh pakar-pakar yang tiada ubatnya, seperti SLE, EDS, HIV dan sebagainya. Memang, ubat atau rawatan secara fizikal belum ditemui. Tetapi, biasakah kalian mendengar tentang fikiran yang positif mampu memanjangkan usia? Terbaru, penyanyi kylie Minogue baru sahaja mendapatkan ijazah kedoktorannya walaupun sedang bertarung dengan kanser sejak tahun 2005. 

Jadi sahababatku sekalian, it's all about mind set! All the pills, capsule and those drugs are just the reason and one type of effort. Jika anda rasa anda telah berusaha sehabis daya tetapi penyakit itu masih wujud, maka gunakanlah konsep reverse psychology dengan menjadikan penyakit itu sebagai ubat bagi anda. 

Dengan sakit, sekurang-kurangnya anda sentiasa tahu bahwa kematian itu semakin hampir, jadi anda akan bersedia. Tidak ramai dari kita yang diberi Allah signal begitu jelas. Analoginya seperti arahan memakai tali pinggang keledar ketika pesawat akan mendarat. Memang kita merasa tidak selesa apabila terikat dengan tali pinggang keledar itu, tetapi akhirnya kita dapat mendarat dengan selamat. 

SENTIASA INGAT!!!!

SETIAP PENYAKIT, ADA UBATNYA


Friday, October 7, 2011

Gula-gula


previously 
Etoricoxib 60 mg and viotbion forte tablet
now
Diclofenac Sodium 50 mg and Eperisone HCL 50 mg

Choose



We are what we are thinking of

"live well or live hell, I choose"
Hlovate - Rooftop Rant

Thursday, October 6, 2011

cure



Positive mind set is the strongest cure for any disease...


Wednesday, October 5, 2011

It's Complicated

It's more complicated than everything that ever crossed my mind

Allahumma a'afini fi badani ya rahim....


Monday, October 3, 2011

Silence

Silence means thousands words...

But
How can we know that we get the right interpretation of the silence?


Thursday, September 29, 2011

Nak pergi jalan-jalan (^_^)

Salam to all...

Best tak tajuk kat atas ni? Siapa tak suka jalan-jalan cuba angkat tangan. Siapa nak ikut jom angkat beg.Hehehe...sebenarnya malam esok saya akan berangkat ke Kedah untuk rombongan sekolah Sri Pintar. Matlamat utama adalah untuk melawat pusat-pusat pengajian Islam di sana. Tapi matlamat yang lebih utama dari itu adalah untuk jalan menghilangkan stress seluruh warga sekolah sebelum kembali berjuang untuk peperiksaan pertengahan tahun. Balik sahaja dari lawatan ini nanti semua akan semakin sibuk terutama guru untuk menyiapkan kertas soalan dan para pelajar tentunya perlu bersedia untuk peperiksaan.

Ni teacher nak pesan sikit kat all my student (gaya diorang baca je entry ni...) study molek-molek deh. Penat tau bersengkang mata nak buat kertas soalan. Takut susah sangat la, senang sangat la, macam-macam tau. Korang lepas exam boleh rehat goyang kaki. Nak ponteng sekolah ikut suka hati tapi kami cikgu-cikgu ni nak kena buat analisis bagai, ready untuk BKM lagi. Kalau result flying colours best la nak buat analisis tapi kalau color nye merah sokmo nak tengok pun tak lalu.

And mungkin sebab ni jugak la mudir kami yang baik hati ni sanggup minta carikan orang lain untuk jaga student sepanjang kat sana. Cikgu-cikgu memang makan angin je. Tapi kita tengok je la nanti, silap-silap yang nak tidur dengan teacher pun ada (pengalaman sebelum ni la).

Pape pun yang paling best adalah dapat ingat balik nostalgia zaman diploma. And dapat melawat makam Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, ulama yang dimuliakan Allah dengan menghantar awan untuk memayungi jenazahnya. Semoga saya akan memperoleh sesuatu daripada perjalanan ini insyaallah.

Monday, September 26, 2011

Polemik Hudud

Ramai betul yang memberikan respon tentang isu hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Saya ada beberapa pendapat yang ingin diutarakan dalam isu ini.

1. Ramai yang mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara majmuk yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Ada juga yang memberikan pendapat bahawa majmuk di zaman Rasulullah tidak sama dengan suasana majmuk pada masa kini. Pada pendapat saya, masyarakat majmuk bukanlah isu utama. Tetapi, untuk memahamkan masyarakat majmuk itu tentang kepentingan hudud itu serta mencari jalan menyesuaikan hukum hudud itu dengan waqi' masa kini, itu yang lebih utama.

2. Masyarakat bukan Islam akan takut untuk masuk Islam kerana Hudud. Ini pada saya adalah pendapat yang sangat dangkal, menggambarkan betapa ironinya pemikiran individu terbabit. Orang bukan Islam takut pada Hudud kerana mereka tidak ada gambaran sebenar tentang perlaksanaan hukuman tersebut. Yang perlu kita sebagai orang Islam lakukan adalah menerangkan secara terperinci kepada mereka tentang gambaran sebenar hukuman tersebut. Hudud bukan sekadar potong tangan, rejam dan sebagainya. Ia melalui proses penyiasatan dan perbicaraan yang teliti dan panjang. Dan yang paling penting, matlamatnya bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi untuk menginsafkan dan memberi pengajaran, bukan sahaja kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat. Selain itu, ia juga akan memberikan keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak. Jika masyarakat bukan Islam boleh mempercayai sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang lebih baik dari sistem konvensional, maka, apakah mustahil untuk mereka menerima Hudud sebagai penyelesai masalah jenayah dan sosial yang kian meruncing.

3. Hudud tidak diperlukan pada masa kini kerana Malaysia masih aman. Ini adalah pendapat yang paling...... (maaf) BENGONG!!!. Siapa kata Malaysia aman sejahtera??? Sedangkan makan di kedai mamak pun boleh dirompak. Motorsikal yang dirantai dikunci pun boelh dikebas orang, itu yang dikatakan selamat?

4. Rusuhan di Britain bukti kegagalan sistem kapitalis. Ini merupakan pendapat yang diutarakan oleh pakar penganalisis antarabangsa. Kegagalan sistem-sistem ciptaan manusia bermula dari sistem komunis di Rusia hinggalah rusuhan di Britain baru-baru ini menunjukkan bahawa sistem-sistem ini tidak lagi relevan. Maka, satu-satunya alternatif yang kita ada adalah kembali kepada cara hidup Islam yang syumul dan menepati fitrah sejagat ini.

Isu utamanya kini adalah tentang penerimaan masyarakat non-muslim terhadap hudud dan implikasinya kepada mereka. Suka saya mengimbas kembali tentangf tragedi 11/9. Pada ketika itu ramai yang menganggap masyarakat non-muslim akan memandang serong kepada Islam seterusnya menimbulkan istilah Islamophobia. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Semakin ramai warga Eropah yang memeluk Islam selepas tragedi 11/9. Persepsi itu bukan wujud kerana keadaan, tetapi berdasarkan sudut pandang dan cara penilaian.

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

QS Al-Maidah 15-16

Cinta



Jika kita bercinta dengan manusia, bersedialah untuk kecewa. Kerana manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekurangannya. Tetapi, jika kita bercinta denganNya, kita tidak akan pernah kecewa. Kerana, Dia tiada kekurangan.Jika kita berkasih dengan manusia, bersedialah untuk berkongsi. Kerana, pasti ada orang lain yang mengharapkan kasihnya, samaada keluarganya, sahabatnya, atau, orang lain yang tidak kita harapkan kehadirannya. Tetapi, jika kita berkasih denganNya, kita takkan pernah merasa berkongsi. Kerana, kasihNya maha adil dan saksama. Jika kita mengharap sayang dari si dia, kita perlu memberi sebelum menerima. Tetapi, jika kita mengharapkan sayangNya, kita hanya perlu menjadi peminta, kerana Dia maha Pemberi segalanya. Jika kita mohon difahami olehnya, mungkin dia sukar memahami kita, kerana ilmunya terbatas sekadarnya. Tetapi, jika dengan Dia, kita pasti difahamiNya. Kerana Dia lebih tahu apa keperluan kita. Jika kita mengadu pada dia dan mereka, sampai satu masa, mereka pasti bosan akhirnya. Tapi, baiknya Dia, Dia takkan bosan mendengar rayuan kita. Malah, sering kali kita yang berputus asa dengan rahmatNya.

Tiada percintaan yang paling bahagia, selain bercinta denganNya


Friday, September 23, 2011

labah-labah dah buat sarang...

Salam satu ummah

Lama juga saya tak update blog ini. Bukan tiada masa tapi tiada idea. Bak kata encik Memali yang lebih kurang begini bunyinya, jangan bagi idea sampah. Jadi, bagi mengelakkan saya 'mengsampahkan' idea atau memberi anda idea-idea sampah, lebih baik saya tak menulis apa-apa buat masa sekarang. Cuma saya agak sakit mata apabila melihat blog ini seolah-olah seperti rumah tak berpenghuni.

Jadii saya upgradelah sikit-sikit, "here and there" mana yang patut. Contohnya saya dah pun mengimport satu link blog dari seberang, blog akhi Dodi Hidayatullah, anak kepada seorang aktivits PKS di Indonesia. Seorang penasyid, komposer dan seorang pendakwah yang berasal dari Bandung. Mengenali beliau apabila membaca novel Stanza Cinta, (yang jadi drama kat TV3 tu tapi versi novel jauh lebih menarik). Beliau menyanyikan lagu untuk novel tersebut. Kerana merasakan seolah-olah ada kaitan antara watak Taufiq dengan penyanyi lagu tersebut maka saya search di internet siapa sebenarnya saudara Dodi ni. Maka inilah hasilnya. Saya ada meninggalkan komen di blog beliau tentang salah satu artikelnya. Jika nak tahu, carilah sendiri ya (^_^)....

Sebenarnya buat masa ini saya lebih minat membaca dari menulis. Lebih untuk mengumpul bahan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan mungkin barulah boleh dikongsikan dengan orang lain. Sebab lain adalah kerana saya rasa saya perlukan pentarbiahan diri yang lebih mantap. Sebetulnya hati saya sarat dengan rasa marah dalam beberapa hari ini. Jadi, saya tidak mahu tulisan saya dipengaruhi dengan nuansa negatif hati saya. Dan kerana itu juga saya perlukan sesuatu untuk menenangkan diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin cuti selama 2 hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Seinfinit maaf saya pohonkan jika nuansa hati saya ini terbias diwajah atau tindakan saya, terutama kepada penghuni Raudhatul Solehah yang saya sayangi.

Setakat ini dulu untuk petang ini. Panjang juga entry nya walau niat asalnya tidak mahu menulis panjang.

Sirru a'la barokatillah untuk semua.....

Monday, September 12, 2011

kisah Sahabat: Abu Bakar As-Siddiq

Hari ini saya ingin menghikayatkan satu kisah tentang seorang sahabat Rasulullah yang sangat terkenal, yang diberikan gelaran As-Siddiq, bermaksud 'yang membenarkan' kerana beliau membenarkan segala yang diberitakan oleh Rasulullah. Kisah ini saya dengar dari siaran IKIM.fm semasa di dalam kerata. Jadi mungkin ada fakta yang tertinggal sebab sudah agak lama juga ia berlalu. Tiba-tiba teringat dan rasa perlu untuk dikongsikan kerana saya percaya ramai yang tidak tahu tentang sirah ini.

Pada zaman arab jahiliyyah, ada seorang lelaki yang bernama Abu Quhafah. Abu Quhafah ini merupakan seorang pemuka Quraisy yang disegani. Malangnya, setelah sekian lama berkahwin dia masih tidak mempunyai anak. Isterinya telah banyak kali melahirkan tetapi kesemua anak-anaknya meninggal dunia tidak berapa lama setelah dilahirkan. Hinggalah pada suatu hari isterinya mengandung buat kesekian kalinya. Abu Quahafah berasa sangat cemas kerana bimbang jika anak yang dikandung isterinya itu meninggal dunia seperti anak-anaknya yang lain. 

Abu Quhafah telah bernazar di kepada tuhan Kaabah untuk menamakan anaknya Abdul Kaabah (Hamba kepada Kaabah) sekiranya anaknya itu selamat dilahirkan. Ketika waktu isterinya hampir bersalin, Abu Quhafah hanya duduk bertafakur di sisi Kaabah sepanjang masa. Sehinggalah datang pembantunya memberitahu bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat sihat. Dengan rasa yang bercampu baur Abu Quhafah pulang ke rumah lalu mendapatkan isterinya. Dengan senyuman isterinya menunjukkan ke arah bayi lelaki. Abu Quhafah sangat gembira dengan kelahiran itu. Dia memberitahu isterinya bahawa dia telah bernazar untuk menamakan anak mereka sebagai Abdul Kaabah.

Sebelum kelahiran Abdul Kaabah, Abu Quhafah selalu diejek oleh pemuka Quraisy yang lain kerana gagal menunjukkan kelelakiannya. 

Selang beberapa tahun, Abdul Kaabah telah menjadi seorang kanak-kanak yang luar biasa kecerdasannya. Sangat pintar dan akhlaknya sangat baik. Abdul Kaabah mendapat beberapa gelaran antaranya A'tiq. 

Satu keriasauan yang menerjah hati Abu Quhafah adalah kerana A'tiq tidak mahu menyembah tuhan berhala sejak dari kecil lagi. Dia sentiasa bertanya kepada bapanya mengapa perlu disembah patung batu yang tidak mampu memberi manfaat atau mudharat kepada manusia. A'tiq selalu mempertikaikan perbuatan menyembah berhala yang menjadi anutan dan tradisi oleh masyarakat arab pada ketika itu.

Ketika zaman remajanya, A'tiq tidak bergaul bersama dengan remaja-remaja arab yang lain. Dia tidak suka bergaul dengan wanita dan tidak suka beradu kekuatan seperti halnya pemuda yang lain pada waktu tersebut. Dia lebih suka menghabiskan masanya bersama sahabat baiknya, Muhammad bin Abdullah, seorang anak yatim piatu. Oleh itu, A'tiq selalu dicemuh oleh kaumnya kerana tidak mahu menyembah berhala dan tidak menunjukkan sifat kelelakiannya.Satu hari, dia telah dimalukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab di pasar tetapi dibela oleh ayahnya sehingga kedua-dua pemuka Quraisy itu terdiam. 

Ketika sahabat karibnya, Muhammad bin Abdullah ditabalkan sebagai rasul, dia Abdul Kaabah, yang kini dikenali sebagai Abu Bakar merupakan antara orang pertama yang membenarkan seruan baginda. Dia membenarkan segala seruan Rasulullah sehingga digelar As-Siddiq. 

Inilah sedikit perkongsian yang sempat saya coretka di sini. mungkin ada yang tetinggal. Diharap jika ada antara sahabat yang mempunyi maklumat tambahan boelhlah untuk dikongsi bersama.

Sunday, September 11, 2011

Perjuanganku yang seterusnya.........kuatkan kami Ya Allah...



Sedang "beribut otak" bersama sahabat-sahabat Aisyah Humaira Publication untuk perancangan masa depan dan saat ini sedang bergadang menyiapkan kerja-kerja penterjemahan. Semoga secebis usaha yang dilakukan untuk memastikan kelangsungan survival dakwah Islamiah ini diterima di sisi Allah s.w.t. 

"teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikuti mu,
teruslah berlari hingga keletihan itu letih bersamamu,
teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu,
tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

Menjadi Generasi tangguh
Maukuf Al-Masykuri



Nantikan hasil terjemahan karya bermutu ini di Malaysia
terbitan: Aisyah Humaira Publication

Friday, September 9, 2011

Cukai Baru....Undilah Barisan Nyanyuk


Barisan Nyanyuk tak habis-habis nak "mentekedarah" duit rakyat. Terbaru, cukai 6 % untuk pembenlian kad prabayar dan kad SIM. Sepatutnya mangkuk-mangkuk ni dah tau yang oarng yang pakai prabayar ni orang yang berpendapatan rendah, kalau duit baik banyak baik pakai post paid je. Cukup bulan bayar. Tapi Sungguhlah depa ne nyanyuk and no otak. 

Nak buat mendenye cukai banyak-banyak? Untuk pembangunan negara la konon....Kalau betul-betl duit tu semua guna untuk pembangunan negara, takde nye wujud rancangan "Bersamamu" segala bagai kat TV tu. 

Perangai mangkuk-mangkuk ne tak ubah macam karakter Professor Klon dalam cerita Cicakman. Dia buat penyakit, dia jugak yang buat ubatnya. Lepas tu semua orang kata dia hero penyelamat. 



Mode: HANGIN!!!!

Thursday, September 8, 2011

Secebis kisah semalam



Semalam saya mendengar suatu kisah baitul muslim yang sangat terkesan di hati.Kisah bagaimana seorang muslimin yang mengkhitbah seorang muslimat yang lebih berusia darinya semata-mata untuk memastikan muslimat tersebut istiqamah berjuang dalam jemaah Islam. "Ana akan berkecimpung sepenuh masa dengan jamaah. Enti sanggup bersuamikan amilin sepenuh masa?" begitulah kata muslimin tersebut. Anda tahu apa jawapan sang ukhti? Jawabnya; "mengapa tidak diajak ana sekali?" Subhanallah.....begitu bersemangat mereka untuk berjuang.

Yang muslimin, sanggup mengenepikan soal perbezaan umur sedangkan muslimat itu lebih berusia darinya. Yang muslimat pula, sanggup menerima seorang amilin sepenuh masa, malah, turut menyatakan kesediaannya untuk turut berjuang.

Subhanallah....hanya itu yang mampu saya katakan untuk kisah ini....
Sedikit perkongsian ringkas untuk yang masih tertanya-tanya tentang calon pilihan hati.......

Wednesday, September 7, 2011

Something New.....suke3 (^_^)

Jumpa satu blog yang menarik semalam. Thanks to Kak Haslina (^_^)

By the way this is the link for the blog. Maybe some of you have already found this blog. Such a creative blogger  I can say. May we can share some from Izzat Ghazali thoughts to complete our syllabus of life



Sirah Tidak Bernoktakh

Tuesday, August 23, 2011




“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Salam sepuluh malam terakhir Ramadhan (eh..dah tak sampai sepuluh dah la...). Kali ini saya bawakan hadis yang panjang ini kerana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian bermuhasabah tentang Ramadhan kita pada tahun ini.

  1. Adakah keterujaan kita untuk menyambut Aidil Fitri melebihi kerisauan kita kerana akan ditinggalkan Ramadhan?
  2. Adakah Lailatul Kamdar lebih menarik, tertarik dari Lailatul Qadar?
  3. Adakah kita berjaya mencapai ketiga-tiga fasa rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh Allah?
  4. Bagaimanakah keadaan kita jika kita tidak berjaya mendapat keampunan dosa setelah berakhirnya Ramadhan ini seperti yang dinyatakan hadis tadi? Celaka?
  5. Apa yang terjadi jika "celaka" itu yang menimpa kita?
  6. Masihkah ada lagi Ramadhan pada tahun hadapan untuk ditebus Ramadhan yang telah berlalu ini?
Ini antara persoalan yang berlegar di hati kami (saya dan Kak Nur) semasa berbuka semalam. Lintasan hati yang menerbitkan kerisauan yang bukan sedikit. Lebih dari kerisauan menunggu result 'final exam', kerana jika sangkut 'final exam' masih ada peluang untuk 'repeat' pada semester hadapan. Tetapi sempatkah kita untuk 'repeat' ujian Ramadhan ini?

Fikirkan sahabat....selepas ini, adakah anda masih risau dengan baju raya yang belum dibeli, langsir yang belum bertukar, atau biskut-biskut raya yang belum dibuat?.....



Followers