1. Ramai yang mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara majmuk yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Ada juga yang memberikan pendapat bahawa majmuk di zaman Rasulullah tidak sama dengan suasana majmuk pada masa kini. Pada pendapat saya, masyarakat majmuk bukanlah isu utama. Tetapi, untuk memahamkan masyarakat majmuk itu tentang kepentingan hudud itu serta mencari jalan menyesuaikan hukum hudud itu dengan waqi' masa kini, itu yang lebih utama.
2. Masyarakat bukan Islam akan takut untuk masuk Islam kerana Hudud. Ini pada saya adalah pendapat yang sangat dangkal, menggambarkan betapa ironinya pemikiran individu terbabit. Orang bukan Islam takut pada Hudud kerana mereka tidak ada gambaran sebenar tentang perlaksanaan hukuman tersebut. Yang perlu kita sebagai orang Islam lakukan adalah menerangkan secara terperinci kepada mereka tentang gambaran sebenar hukuman tersebut. Hudud bukan sekadar potong tangan, rejam dan sebagainya. Ia melalui proses penyiasatan dan perbicaraan yang teliti dan panjang. Dan yang paling penting, matlamatnya bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi untuk menginsafkan dan memberi pengajaran, bukan sahaja kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat. Selain itu, ia juga akan memberikan keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak. Jika masyarakat bukan Islam boleh mempercayai sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang lebih baik dari sistem konvensional, maka, apakah mustahil untuk mereka menerima Hudud sebagai penyelesai masalah jenayah dan sosial yang kian meruncing.
3. Hudud tidak diperlukan pada masa kini kerana Malaysia masih aman. Ini adalah pendapat yang paling...... (maaf) BENGONG!!!. Siapa kata Malaysia aman sejahtera??? Sedangkan makan di kedai mamak pun boleh dirompak. Motorsikal yang dirantai dikunci pun boelh dikebas orang, itu yang dikatakan selamat?
4. Rusuhan di Britain bukti kegagalan sistem kapitalis. Ini merupakan pendapat yang diutarakan oleh pakar penganalisis antarabangsa. Kegagalan sistem-sistem ciptaan manusia bermula dari sistem komunis di Rusia hinggalah rusuhan di Britain baru-baru ini menunjukkan bahawa sistem-sistem ini tidak lagi relevan. Maka, satu-satunya alternatif yang kita ada adalah kembali kepada cara hidup Islam yang syumul dan menepati fitrah sejagat ini.
Isu utamanya kini adalah tentang penerimaan masyarakat non-muslim terhadap hudud dan implikasinya kepada mereka. Suka saya mengimbas kembali tentangf tragedi 11/9. Pada ketika itu ramai yang menganggap masyarakat non-muslim akan memandang serong kepada Islam seterusnya menimbulkan istilah Islamophobia. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Semakin ramai warga Eropah yang memeluk Islam selepas tragedi 11/9. Persepsi itu bukan wujud kerana keadaan, tetapi berdasarkan sudut pandang dan cara penilaian.
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.
QS Al-Maidah 15-16
No comments:
Post a Comment