About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, September 12, 2011

kisah Sahabat: Abu Bakar As-Siddiq

Hari ini saya ingin menghikayatkan satu kisah tentang seorang sahabat Rasulullah yang sangat terkenal, yang diberikan gelaran As-Siddiq, bermaksud 'yang membenarkan' kerana beliau membenarkan segala yang diberitakan oleh Rasulullah. Kisah ini saya dengar dari siaran IKIM.fm semasa di dalam kerata. Jadi mungkin ada fakta yang tertinggal sebab sudah agak lama juga ia berlalu. Tiba-tiba teringat dan rasa perlu untuk dikongsikan kerana saya percaya ramai yang tidak tahu tentang sirah ini.

Pada zaman arab jahiliyyah, ada seorang lelaki yang bernama Abu Quhafah. Abu Quhafah ini merupakan seorang pemuka Quraisy yang disegani. Malangnya, setelah sekian lama berkahwin dia masih tidak mempunyai anak. Isterinya telah banyak kali melahirkan tetapi kesemua anak-anaknya meninggal dunia tidak berapa lama setelah dilahirkan. Hinggalah pada suatu hari isterinya mengandung buat kesekian kalinya. Abu Quahafah berasa sangat cemas kerana bimbang jika anak yang dikandung isterinya itu meninggal dunia seperti anak-anaknya yang lain. 

Abu Quhafah telah bernazar di kepada tuhan Kaabah untuk menamakan anaknya Abdul Kaabah (Hamba kepada Kaabah) sekiranya anaknya itu selamat dilahirkan. Ketika waktu isterinya hampir bersalin, Abu Quhafah hanya duduk bertafakur di sisi Kaabah sepanjang masa. Sehinggalah datang pembantunya memberitahu bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat sihat. Dengan rasa yang bercampu baur Abu Quhafah pulang ke rumah lalu mendapatkan isterinya. Dengan senyuman isterinya menunjukkan ke arah bayi lelaki. Abu Quhafah sangat gembira dengan kelahiran itu. Dia memberitahu isterinya bahawa dia telah bernazar untuk menamakan anak mereka sebagai Abdul Kaabah.

Sebelum kelahiran Abdul Kaabah, Abu Quhafah selalu diejek oleh pemuka Quraisy yang lain kerana gagal menunjukkan kelelakiannya. 

Selang beberapa tahun, Abdul Kaabah telah menjadi seorang kanak-kanak yang luar biasa kecerdasannya. Sangat pintar dan akhlaknya sangat baik. Abdul Kaabah mendapat beberapa gelaran antaranya A'tiq. 

Satu keriasauan yang menerjah hati Abu Quhafah adalah kerana A'tiq tidak mahu menyembah tuhan berhala sejak dari kecil lagi. Dia sentiasa bertanya kepada bapanya mengapa perlu disembah patung batu yang tidak mampu memberi manfaat atau mudharat kepada manusia. A'tiq selalu mempertikaikan perbuatan menyembah berhala yang menjadi anutan dan tradisi oleh masyarakat arab pada ketika itu.

Ketika zaman remajanya, A'tiq tidak bergaul bersama dengan remaja-remaja arab yang lain. Dia tidak suka bergaul dengan wanita dan tidak suka beradu kekuatan seperti halnya pemuda yang lain pada waktu tersebut. Dia lebih suka menghabiskan masanya bersama sahabat baiknya, Muhammad bin Abdullah, seorang anak yatim piatu. Oleh itu, A'tiq selalu dicemuh oleh kaumnya kerana tidak mahu menyembah berhala dan tidak menunjukkan sifat kelelakiannya.Satu hari, dia telah dimalukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab di pasar tetapi dibela oleh ayahnya sehingga kedua-dua pemuka Quraisy itu terdiam. 

Ketika sahabat karibnya, Muhammad bin Abdullah ditabalkan sebagai rasul, dia Abdul Kaabah, yang kini dikenali sebagai Abu Bakar merupakan antara orang pertama yang membenarkan seruan baginda. Dia membenarkan segala seruan Rasulullah sehingga digelar As-Siddiq. 

Inilah sedikit perkongsian yang sempat saya coretka di sini. mungkin ada yang tetinggal. Diharap jika ada antara sahabat yang mempunyi maklumat tambahan boelhlah untuk dikongsi bersama.

No comments:

Followers