About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, October 10, 2011

Heal



"Setiap penyakit ada penawarnya"

Betul. Itu janji Allah. Dia yang menjadikan penyakit dan Dia juga yang menjadikan penawarnya. Tapi, Dia tak kata yang ubat itu dalam bentuk pil, kapsul, herba atau pun minuman 3 dalam 1. Dia tak kata juga yang ubat itu dalam bentuk yang perlu dimakan, direbus, digoreng atau yang sewaktu dengannya. Tapi, setiap penyakit ada ubatnya, ada penawarnya. 

Penawar itu subjektif. Definisinya sangat luas. Jika seseorang mengalami kemurungan, apa lagi ubat yang paling mujarab selain ketenangan. Jika seseorang itu menghidap insomnia, tiada penawar yang paling melegakan selain tidur dengan nyenyaknya. Kerana itu saya katakan bahawa ubat atau penawar tidak semestinya boleh dimakan. 

Pada saya, penawar bagi setiap penyakit adalah redha dan tawakkal. Redha, adalah menerima segala yang berlaku kepada kita dengan lapang dada sambil mengharapkan ada hikmah disebalik kejadian, yang tidak lain adalah merupakan manifestasi kasih sayang Allah pada kita. Tawakkal pula adalah usaha tanpa henti sambil meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Dengan redha maka akan datangnya tawakkal. 

Boleh jadi juga, penyakit fizikal yang dialami adalah penawar untuk penyakit rohani yang sekian lama dideritai. Berapa ramai dikalangan manusia yang kembali kepada tuhan setelah disahkan doktor akan mati pada sekian-sekian waktu? Sedang hidupnya dulu bergelumang dengan dosa. Sesungguhnya, pada ketika itu, Allah telah pun menyelematkannya dari wabak di dunia yang akan membuatnya derita di akhirat.

Banyak penyakit di dunia ini yang disahkan oleh pakar-pakar yang tiada ubatnya, seperti SLE, EDS, HIV dan sebagainya. Memang, ubat atau rawatan secara fizikal belum ditemui. Tetapi, biasakah kalian mendengar tentang fikiran yang positif mampu memanjangkan usia? Terbaru, penyanyi kylie Minogue baru sahaja mendapatkan ijazah kedoktorannya walaupun sedang bertarung dengan kanser sejak tahun 2005. 

Jadi sahababatku sekalian, it's all about mind set! All the pills, capsule and those drugs are just the reason and one type of effort. Jika anda rasa anda telah berusaha sehabis daya tetapi penyakit itu masih wujud, maka gunakanlah konsep reverse psychology dengan menjadikan penyakit itu sebagai ubat bagi anda. 

Dengan sakit, sekurang-kurangnya anda sentiasa tahu bahwa kematian itu semakin hampir, jadi anda akan bersedia. Tidak ramai dari kita yang diberi Allah signal begitu jelas. Analoginya seperti arahan memakai tali pinggang keledar ketika pesawat akan mendarat. Memang kita merasa tidak selesa apabila terikat dengan tali pinggang keledar itu, tetapi akhirnya kita dapat mendarat dengan selamat. 

SENTIASA INGAT!!!!

SETIAP PENYAKIT, ADA UBATNYA


No comments:

Followers