About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, October 22, 2011

Tersentuh

Sebentar tadi baru sahaja berakhirnya sesi motivasi dan muhasabah untuk anak-anak di Sri Pintar. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan yang saya alami saat ini. Terharu, terkejut, sedih, gembira, semuanya bercampur-baur dalam nubari. Sedih mengenangkan kesalahan serta ketelanjuran mereka. Terkejut kerana walaupun saya tahu setiap kesalahan mereka namun saya masih mengharapkan bahawa apa yang saya dengar itu tidak tepat. Tetapi saya juga bangga dan terharu kerana mereka berani mengakui kesalahan mereka.

Syukran jazilan saya ucapkan kepada Akh Anuar dan Akh Huzaifah atas pengisian dan komitmen yang diberikan. Saya hanya mampu merangka perjalanan program ini dan selebihnya dengan Allah jua ianya terlaksana.

Yang saya harapkan moga momentum ke arah perubahan positif (hijrah diri) yang cuba dicetuskan mampu memberikan impak yang berpanjangan.

Buat anak-anak teacher tersayang, teacher terlalu sayang pada kamu semua. When I saw you crying with regret, I saw a little girl called myself few years ago. Dicuci hatinya di program sebegini, dibuangkan segala ego dan menanam azam baru untuk menjadi lebih baik. I saw myself when I looked at them.

Hanya usaha kecil ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk membantu mereka. Semoga Allah memayungi mereka dengan rahmatnya dan memandu perjalanan mereka dengan hidayahnya dan memberikan mereka taufiq untuk menjadi muslim yang berjaya dunia dan akhirat.

P/s :
saya dapat analogi baru hari ini. Hidayah itu seperti papan tanda di jalan, dan taufiq itu pula simpang yang kita perlu masuki. Kita akan terjumpa papan tanda dahulu baru simpang. Bila lihat papan tanda, samaada ingin masuk ke simpang atau tidak terpulang pada kita. Sedang papan tanda tetap di situ untuk menunjukkan arahnya.

No comments:

Followers