About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, August 8, 2011

Jelmaan Bidadari atau Syaitan Betina



Mengetuk-ngetuk papan kekunci semasa menanti waktu berbuka yang bakal masuk lebih kurang 13 minit lagi. Teringat pengisian usrah bersama adik-adik muslimat di Sri Pintar. Sebetulnya saya mendapat aduan dari beberapa orang pelajar tentang kelakuan seorang pelajar perempuan yang dianggap kurang baik. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya mendapat aduan tentang pelajar tersebut dan sudah pelbagai cara saya gunakan untuk menasihatinya. Termasuklah pelbagai buku tentang pembentukan peribadi muslimat telah saya pinjamkan. Tetapi masih belum berhasil.

Sesungguhnya apa yang saya ucapkan pada tengah hari itu adalah apa yang diizinkan oleh Allah untuk disampaikan kepada mereka. Saya agak emosi pada hari itu mengenangkan perangainya yang bermasalah lalu setelah memulakan majlis dengan Ummul Kitab, saya terus membuka persoalan, "Apa khabar iman kita hari ini? Adakah iman kita baik? Berapa banyak dosa kita sehingga setakat waktu ini? Bagaimana dengan iman orang disekeliling kita? Adakah kita telah mencederakan iman para muslimin di sekeliling kita? Tahu tak bagaimana kita mencederakan iman para lelaki disekeliling kita?" saya tenung mata mereka satu persatu. Tiada senyuman yang saya pamerkan. Satu wajah kelihatan tertunduk.

"Sebagai muslimah, kita dikelilingi oleh fitnah. Ada yang datang dari luar dan ada juga yang datang dari diri kita. Yang terhasil dari perlakuan kita. Bagaimana perlakuan kita boleh mencederakan iman seseorang?" Hening dan sunyi. Masing-masing menunggu jawapan dari saya. " Sebagai wanita, suara, lenggok tubuh, renungan, wajah dan segala milik kita adalah tarikan kepada kaum Adam. Cuba renungkan, adakah dalam hari ini, kita cuba, secara sengaja atau tidak, menarik perhatian mereka? Pernahkah terkeluar dari mulut mereka ayat seperti ini "Kau ni pakai la elok-elok sikit. Buat orang ghairah je." (saya tanyakan ayat ini kerana pelajar berkenaan pernah di'sound' dengan ayat sebegini.)." Dan wajah yang tertunduk makin bungkam.

"Kamu semua tahu tidak, bagi wanita, kita hanya ada dua pilihan. Samaada untuk menjadi jelmaan bidadari syurga atau menjadi boneka bagi syaitan laknatullah?" Tergamam wajah-wajah dihadapan saya. Namun tetap tiada suara yang berani menyampuk. " Sekiranya wanita itu menjaga kehormatan dirinya, menebalkan sifat malu dan menjaga batas pergaulan, serta yang diharapkan hanyalah redha Allah, maka dia ibarat seperti bidadari syurga yang turun ke dunia. Tetapi bagi wanita yang buruk akhlaknya, tergedik-gedik menjaja kecantikan diri merata-rata, yang liar pandangannya terhadap makhluk berlainan jenis, yang melunakkan suaranya dengan tujuan menggoda, semua itu, adalah syaitan-syaitan betina yang tidak pernah berputus asa menyesatkan anak Adam".

"Jadi, kamu pilihlah watak mana yang kamu mahu. Menjadi syaitan betina yang glamor tapi menempah tiket ke neraka atau menjadi bidadari syurga yang tidak dikenali manusia tetapi dirindui oleh Allah."




Yang paling ramai di syurga adalah wanita, dan yang paling ramai di neraka juga adalah wanita

Dunia adalah hiasan, seindah hiasan adalah wanita solehah

"sesungguhnya aku lebih takut kepada wanita dari takut kepada syaitan"
As-Salafussoleh


Sesungguhnya tergelincirnya Adam dari syurga bukan kerana godaan Iblis, tetapi berdosanya Adam adalah kerana pujukan Hawa yang dihasut oleh Iblis

3 comments:

MemaLI said...

oooo macam tuuu...baru paham..artikel yang baik

hanya hamba said...

syukran for dropping by.
baru paham part yg mane?

............... said...

jg anak dara memang susah dik.. menuntut sabar yg bukan sedikit. Saidina Umar ajarkan cr mendidik anak [walaupun bukan anak sendr.. he..]
1-7 tahun : ajarlh dgn cr bermain
8-14 tahun : ajarlah dengan disiplin
15-21 tahun : ajar mereka ibarat sahabat

** jgn garang sgt ya cikgu faza.. usrah kn berbeza dgn kelas. mg diberi ketabahan & kesembuhan. (",)

Followers