About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, February 27, 2012

Cerita anak sulung

Masih berada di rumah pertama (sekolahlah tu) di kala ini. Menyiapkan bahan untuk mesyuarat yang perlu dihadiri pada jam 10 sebentar lagi. Rasanya diluar sana tidak hujan.

Petang tadi, berbual agak lama dengan ketua pelajar. Sudah agak lama juga saya tidak menghabiskan masa dengan anak sulung saya ini. Bertanyakan perihal pelajarannya, persedian untuk ujian dan menegur sedikit ulahnya di dalam kelas yang mana kurang berkenan di hati.

Saya suka berbual dengan anak muda ini. Anak muda yang bergelora darahnya dalam mencari arah hidup. Menempa jalan mencari kebaikan.

Satu perihal dirinya yang sangat saya suka adalah kadangkala dia seolah-olah perakam untuk kata-kata saya. Mengapa saya kata begitu? Kerana, dia suka mengulang apa yang pernah saya tegur, atau nasihatkan padanya. "Teacher, dulu teacher pernah kata....." Itulah ayat yang selalu diungkapkan tak kira samaada ketika ingin bertanyakan soalan atau bingung dengan jawapan saya. Gayanya itu membuatkan saya merasakan dirinya merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan bagi saya. Bukan saya nak jual dia. Tapi, analoginya seperti anda pernah memberikan pinjaman wang kepada seseorang. Tiba-tiba, satu hari anda diuji dengan kesempitan wang. Dan ketika itu juga si dia yang pernah meminjam wang anda membayar hutangnya. Kata-katanya seolah-olah peringatan Allah kepada saya agar saya tidak lupa akan peringatanNya dalam surah As-Saff ayat 2-3.

Untuk anak sulung teacher, semoga rahmat Allah sentiasa memayungimu, hidayahNya (bukan hidayah anak pak cik Azhar ye) sentiasa memandu langkahmu, maghfirahNya sentiasa memaafkan mu, dan redhaNya sentiasa mengiringi perjalananmu.

Jalan pencari kebaikan itu jauh dan panjang. Dan apabila kau jumpa kebaikan itu, sebarkanlah umpama benih lalang yang ditiup angin, umpama air sungai yang mengalir. Jangan biarkan benih itu mati tidak tersebar, air itu busuk dalam takungan.

only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers