About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, January 19, 2012

A post that invites my tears

Somebody wrote this on my Facebook's wall. And when I read it, suddenly "rain fall" in the SMTISP's staff room.

Syukur Ya Allah, for sending her and those peoples into my life. May the love bloom until jannah. I want to be in your jannah with them Ya Allah.....


Nak dengar cerita? Ada seorang kanak-kanak yang terpaksa dewasa dengan cepatnya. Badannya kecil, hatinya besar. Fizikalnya fragile, emosinya kental. Jadi, walaupun masih sangat muda, pelbagai tugasan yang Allah sandarkan atas bahunya. Walaupun kecil, pelbagai orang diletakkan di bawah tanggungjawabnya. Dengan kesihatan yang kadang-kala tak mengizinkan, dia tetap tabah dan kuat hadapi hidup seharian.

Tiada istilah putus asa, kerana semua kesusahan adalah cabaran. What doesn't kill her, only makes her stronger. Alah bisa, tegal biasa. Percaya janji Allah, tidak DIA sandarkan beban ke atas sang hamba melainkan sesuai dengan kekuatan. Bermaksud, susah bagaimanapun, dia pasti mampu. Mampu untuk laksanakan tugasan tergalas di bahu, mampu untuk senyum dalam kepahitan yang kadangkala membelenggu. Mampu, simply kerana cintanya dia pada profession dipilihnya. Mampu, kerana melihat mereka menjadi insan beriman adalah cita-citanya.

Maka walaubagaimana susah sekalipun, cinta itulah jadi bekal penguat semangat. Cinta yang diharapkan dapat membantu mencapai syurga. Bila usia usai, jasad selesai. Bila hanya tinggal roh menyambung pengembaraan ke arah Yang Esa.

Senyum, okay? :)





Thanks kakak....

No comments:

Followers