About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, June 16, 2011

Mari membersih sawang dan habuk di SJ

Bersawang sudah ini tempat. Dua minggu merantau ke pantai timur, tiada kesempatan langsung untuk menjengah ke dunia siber. Tepatnya, dua minggu yang berlalu memang sengaja digunakan sepenuhnya untuk melarikan perhatian dari dunia maya ini. Kenapa ye? Kelelahan. Perkataan paling tepat. Ramai yang menasihatkan saya untuk pergi bercuti, bukan dalam konteks melarikan diri dari tanggung jawab tetapi memberi ruang kepada jiwa untuk bernafas. Senang kata "re-charge" semula apa yang patut.

Itu sebab yang pertama. Sebab yang kedua akan diceritakan mengikut urutan masa. Seminggu yang pertama bermaustautin di Kelantan. Untuk apa ya? Tujuannya adalah untuk menyambung proses rawatan alternatif yang telah pun dilakukan sebelum ini dan juga untuk menimba ilmu untuk diri sendiri. 6 hari di Gua Musang, setengah hari di Kota Bharu dan 2 hari di Machang memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Tiba di Shah Alam pada waktu Maghrib 4 Jun 2011 dan bertolak ke Terengganu jam 12 tgh malam hari yang sama. Akhirnya tiba di Dungun jam 7.30 pagi 5 Jun 2011.

Ada yang mengatakan saya buat kerja gila dengan menempuh perjalanan yang sangat memenatkan itu. Bukannya tidak boleh saya terus pergi ke Terengganu dari Kelantan tetapi ia terjadi atas beberapa sebab. Sebab yang pertama adalah keputusan untuk ke Dungun dibuat semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam.Yang kedua pula adalah kerana saya perlu menemani seseorang sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Dungun itu. Saya tidak boleh membiarkan beliau menempuh perjalanan yang jauh itu seorang diri.

Seminggu di Dungun, menemani dan membantu persiapan perkahwinan sahabat. Ada yang kata saya tamak kerana memegang semua peranan dari PA, cik andam, pembantu di dapur hingga ke "body guard". Bukanlah saya tamak tetapi semuanya bersebab dan sebab-sebab itu tidak perlulah saya ceritakan di sini.Dan kerana itu juga bertalu-talu persoalan yang mebabitkan jodoh menyerang saya. "Awak bila lagi?" "Nak cari orang Terengganu juga ke?" "Lepas ni dia la pula." "Dah tak lama dah tu." dan macam-macam lagi usikan nakal yang menyerang saya. Jawapan saya mudah sahaja, " Allah kata perkara ghaib tu rahsia Dia, dan jodoh tu tergolong dalam perkara ghaib", walaupun jawapan itu tidak memuaskan ramai pihak, tetapi cukuplah untuk menyelamatkan saya. (walaupun dalam hati tuhan je yang tahu).

Alhamdulillah, pada 9 Jun 2011, kedua mempelai selamat diijabkabulkan, manakala majlis walimah pula dilangsungkan pada 11 Jun. Sebak saya mendengar jawapan pengantin perempuan apabila saya bertanya, mengapa beliau menangis sebaik akad dilafazkan. Katanya, "selepas segala penderitaan, ujian, dan halangan yang datang, akhirnya Allah makbulkan juga doa akak." Bagi sesiapa yang mengetahui, memang perjalanan mereka tidak mudah. Terlalu banyak cubaan dan halangan yang merintangi perjalanan mereka. Namun, disetiap kesusahan itu, Allah yang maha pemurah selalu mengirimkan bantuanNya, kepada hambaNya yang tawakkal.

Untuk Sahabatku Kak Bi dan Abang Din,
Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kalian dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah penerus mata rantai perjuangan.

No comments:

Followers