About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Sunday, November 13, 2011

Mencari yang sempurna atau menyempurnakan ketidaksempurnaan?

"Saya harap pasangan saya nanti akan jadi crying shoulder untuk dengar semua masalah saya, bantu saya bila susah, jadi pelindung saya bila saya takut......" dan senarainya semakin panjang.

Bahu tempat menangis. Betul, itu salah satu daripada bermacam-macam peranan yang perlu dipikul oleh pasangan. Tapi satu perkara yang perlu kita ingat, dalam mana kita mengharapkan supaya si dia menjadi crying shoulder kita, si dia juga mengharapkan perkara yang sama. Menjadi pelindung, mendengar luahan, meminjamkan bahu dan........sebagainya, sama panjang dengan senarai yang kita bebelkan.

"Dia tidak memahami saya....Dia bukan pendengar yang baik...Dia tidak pedulikan perasaan saya...."



Biasa kita dengarkan luahan sedemikian. Yang seringnya terluah dari bibir kaum wanita. Dan percaya atau tidak, luahan-luahan sedemikianlah yang menambahkan timbunan fail-fail penceraian di mahkamah syariah.

Mengapa hal ini terjadi?
Suatu hari, anda sangat teringin untuk makan char kuew teow. Anda mendengar bahwa di sebuah restoran char kuew teownya sangat lazat. Lazatnya char kuew teow pada anda adalah kuahnya banyak, mesti ada kucai dan tauge,udangnya besar dan banyak, ada kerang dan telur. Anda pun pergi ke restoran tersebut dengan definisi sedap yang anda gambarkan tadi. Tetapi, apabila char kuew teow idaman sampai ke meja, ianya tidak seperti yang diharapkan. Tiada kucai di dalamnya. Maka anda pun sangat kecewa kerana ianya tidak menepati piawaian sedap anda. Maka anda pun tidak mahu datang ke restoran itu lagi semata-mata kerana char kuew teownya tiada kucai. Sedangkan rupa-rupanya tukang masaknya terlupa untuk meletakkan kucai.

Apa kaitan char kuew teow dengan isu ini? 


"Hai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku, supaya kamu saling mengenali…." (Juz 26 Alhujurat, surat 49 ayat 13)



Satu perkara lagi yang anda perlu ingat, pasangan anda itu adalah manusia yang tidak sempurna, sama seperti anda dan saya. Anda mengharapkan seorang suami yang romantik, memanggil anda dengan panggilan manja dan mengingati semua tarikh penting dalam hidup anda. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Wajarkah untuk 'berperang' semata-mata kerana hal sebegini?

Mengapa Allah menjadikan lima jari di tangan tidak sama panjang? Untuk melengkapi peranan jari-jari yang lain. Cuba bayangkan jika kedua-duanya jenis yang banyak cakap, dua-dua bercakap siapa yang nak mendengar? Atau dua-dua minat kapal terbang dan fotografi, maka pagi petang siang malam asyik bercerita tentang dua perkara itu sahaja. Sangatlah membosankan (-_-)

Atau satu hari anda mengalami kemalangan kecil. Dan orang pertama yang anda hubungi pastilah si dia. Tetapi, dia tidak dapat membantu anda kerana sedang bertugas, mesyuarat atau telefonnya dimatikan. Maka, anda akan rasa sangat geram, kecewa dan sebagainya. Dan untuk menambah perisa, datang pula orang lain yang membantu anda, seolah-olah malaikat penyelamat yang datang tepat pada masanya. Perkara yang biasa terjadi adalah, anda akan mula membandingkan si dia dengan sang malaikat itu. Si dia tidak mempedulikan anda, tidak memahami, mengabaikan tanggungjawab dan sebagainya.

 Sedangkan, bukan si dia tidak mahu menolong, atau tidak prihatin dengan situasi anda. Cuba anda kaji semula, siapa yang menghantar hero penyelamat anda itu? Adakah dia turun dari langit?

Sentiasa ingat! Yang menghantar sang malaikat itu adalah Tuhan kepada malaikat itu, si dia dan anda juga. Dan yang tidak mengizinkan si dia untuk menolong anda juga adalah si Dia yang sama.

Ramai lelaki yang menjadikan situasi-situasi sebegini sebagai alasan untuk menambah cawangan. "Isteri saya tidak melayan saya dengan baik. Dia tidak memahami.....bla bla bla....
Dan si isteri pula, " Lebih baik kita berpisah...Awak tidak memahami saya...sok sek sok sek (sebab menangis)".

Luahan begini hanyalah alasan untuk mencari pengganti yang lebih sempurna. Seperti mencari restoran yang dapat menyediakan char kuew teow terbaik tadi. Persoalannya, siapa boleh menjamin pasangan yang seterusnya itu adalah sempurna tanpa cacat cela?

A marriage is about compliment each other, not to find a complete person. An imperfect partner will make a perfect couple. Itu sifirnya.

p/s
Cetusan ini lahir dari perbincangan bersama kakak-kakak (Kak Hasl dan Kak Didi) bersempena dengan musim walimah yang sedang melanda dan selepas menonton rancangan Serasi Bersama.

2 comments:

hasl said...

huhu.. br je nk tulis tentang pelajaran hr jumaat itu di blog. kamu telah tulisnya di sini. bagus sekali! sy tak perlu perah otak untuk ingat kembali kata2 berharga kamu itu.. =D
tq so much.. muah!!

::A marriage is about compliment each other, not to find a complete person. An imperfect partner will make a perfect couple.::

like!

hanya hamba said...

hehehe....
tulis kat sini supaya jika berlaku pada saya, saya akan ingat kata-kata itu.

Manusia ne pelupa. and so do I

terima kasih kerana membuatkan saya mengeluarkan kata-kata itu.

Ingatan dari Allah untuk kita bersama :)

Followers