About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Wednesday, September 24, 2014

Jawatan Dalam Hidup




"Penat tau jadi adik ni. Asyik kena dengar arahan je... Orang bukan nak dengar cakap kita pun," Adu saya kepada suami semasa kami berbual mengisi masa dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru minggu lalu.

"Kalau kita bagi nasihat, diorang cakap kita suka tunjuk pandai. Kalau melawan kata kurang ajar... Haish... penat betul," Saya masih belum berhenti mengomel. Encik suami yang berada di sebelah hanya tersenyum membiarkan saya meluahkan perasaan. Orang perempuan ketika marah memang kurang akal. Nasiblah dapat isteri yang kuat membebel ini...

Setelah saya puas membebel, barulah En. Suami memulakan tazkirahnya. Katanya, " Awak tau tak dalam hidup ni, setiap orang tu memegang pelbagai jawatan dalam hidup. Jadi adik tu salah satu jawatan awak. Tapi awak sedar tak yang awak ada banyak lagi jawatan yang lagi besar dan lagi penting? Yang boleh bagi impak yang lebih besar pada orang lain?" Saya diam supaya bicaranya diteruskan.

"Contohnya yang paling mudah, jawatan awak sebagai blogger, trainer, teacher tu... semua tu jawatan yang penting dan bagi impak yang besar pada crowd awak. Orang mengharapkan sesuatu dari awak, inspirasi, motivasi dan mereka nak awak bantu mereka berubah. Jawatan awak ni sangat penting."

"Jadi, buat apa awak nak concern sangat dengan jawatan awak sebagai adik tu? Kalau sebagai adik orang tak nak dengar pendapat awak, tak respect awak, awak fokuslah pada jawatan lain yang lebih penting tu. Pada orang lain yang nak dengar cakap awak. Yang lebih perlukan awak."

Nafasnya dihela sebelum meneruskan bicara. Saya hanya membisu sambil cuba mencerna apa yang disampaikannya sebentar tadi... Dalam fikiran saya, mula menyetujui akan kata-katanya. Mengapa saya perlu bersedih dengan satu peranan dalam hidup sedangkan saya masih mempunyai peranan dan tanggung jawab. Bukan bermakna saya perlu megabaikan terus peranan tersebut. Tetapi, untuk terus memprotes dan bersedih tidak akan mengubah keadaan dan orang-orang yang terlibat. Bak kata guru saya, Tuan Solhi Sharif "Saya tiada masa untuk melayan oran yang tidak suka saya kerana saya sibuk melayan orang yang suka saya". Jadi, isilah peranan dalam jawatan yang kurang menyenangkan itu sekadar termampu. Selebihnya, serahkan sahaja kepada Allah sebagai penilai.

Kemudian, bicaranya disambung lagi, "Dan... awak tau tak apa jawatan awak yang paling penting sekarang?" Saya angkat kening kepadanya sambil menjawab, "Emmm... Hamba Allah?" Ketawanya terhambur sambil menggelengkan kepala. " Tu memanglah... Haish.. Ni yang lain. Hamba Allah tu betullah.. Yang tu kes lain." "Dah tu?? Ultimate position tu kan Hamba Allah la kan? Ada lagi ke yang lagi tinggi dari tu?" "Yang... Tu jawatan aak dengan Allah. Yang abang maksudkan jawatan awak dengan manusia ni...?" Senyum kelat terpamer di wajahnya." Tak tau la... apa dia?" saya mengalah... Menyerahkan kepadanya untuk menjaab soalan tersebut. "Awak.... Bidadari abang... Yang tu jawatan awak yang paling besar sekali... Yang orang lain tak boleh kata apa-apa. Tak boleh persoalkan pun..."

Dan ketika itu...saya rasa seolah-olah masa terhenti berdetik, dan jasad dicampak ke ruang vakum....


p/s
Foto di atas diambil di sini . Artikel yang bermanfaat untuk perkongsian bersama... Insyaallah...

only a creation created by the almighty creator

The Ultimate

Mr Zauji said:

The ultimate reason to forgive is because we want to enter the jannah. Grunge and hatred only delaying our hisab.

His friend, Mr Roy said:

The ultimate weapon for us to achieve everything we want is, doa

I said:

The ultimate position of human is as Abdi, which is mean slave or hamba. And Abdi here is of course the slave of Allah

And...as every should believe, which mentioned in the Quran the Most Ultimate of all in this world, is Allah.

P/s:
Simple entry based on simple but mid-blowing conversation with 4 glasses of water on the table in a very sweet evening.....


only a creation created by the almighty creator

Friday, September 19, 2014

Sketsa jodoh: Nak yang baik jeww...



Adik   :    Kakak.... lagu mana ni?

Kakak:    Hang ni awatnya? Macam orang meroyan ja...

Adik   :    Kawan-kawan batch adik sume dah kahwin..... huuuuuu..... Adik Sorang je tak kawin lagi...Boypren pun takde..... huk huk.... Nak kawin jugak.....Shreeeettt....

Kakak:    Laaaa.... Ingat hang fail final exam. Nak kahwin sangat? Setakat ni apa usaha hang dalam nak merealisasikan impian hang nak kahwin ni?

Adik   :   Amboi ayat... Haish... takkan adik pulak nak pi cari??? Bukan jodoh tu datang sendiri ka?

Kakak:   Dah tu, awat jodoh hang tak datang-datang lagi? Awat dia duk naik MH370 ka sampai la ni tak muncul-muncul?

Adik:      Ish, kak ni. Ada ka lagu pulak? La ni orang lelaki memilih sangat. Depa nak hat yang cerah, lawa,,kaya, seksi, kerja baguih. Saya ni biasa-biasa ja.... tu pasai susah nak dapat. huk huk huk...

Kakak :  Ooowwhh...Lagu tu ka? La ni hang habaq mai, lagu mana taste hang? Hang nak yang macam mana?

Adik    :   Haaa... Kalau adik kan... Adik nak yang putih, hencem, ada kerja tetap, ngaji sedap, bole jadi imam... pendek kata boleh membimbing adik ke syurga. Yang membahagiakan adik dunia akhirat.Orang kata apa? Forever till jannah gitu...

Kakak :   Ooowh...tang hang pandai nak yang boleh membimbing ke syurga... Boleh jadi imam konon...La ni hang habaq mai kat kak pagi tadi hang bangun tido pukui berapa? Bukan hang solat subuh combine sekali dengan zuhur ka? Bila last time hang baca Quran? Tu, baju hang yang menambun dekat sebulan tu bila nak basuh? Nak tunggu depa basuh sendiri ka? Hang masak nasi pun hangit. Masak ayarq pun kering. Duk demand nak hat yang boleh jadi imam segala. Pastu duk meroyan kata jodoh tak sampai. Kalau akak jadi jodoh tu, akak lari tak toleh belakang dah.

              Lagi satu, ada ka hang mintak kat Allah mudahkan jodoh hang?

Adik    :  Mesti la ada....isk isk...

Kakak :   Haaaa.... memang la ada... Hang doa kat mane? Kat facebook, kat twitter, kat wechat.... Bilanya Allah nak makbul??? Orang doanya la ataih sejadah. Bangun solat malam.... Buat solat hajat....

Adik    :    Huk...huk.... Nak Kahwiiiiinnn.... Shreeeet....shreeeeeeeettt....


Dear sis,

Tak susah nak cari jodoh sebenarnya. Kan Allah dah kata "Laki-laki yng baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang untuk laki-laki yang baik pula," (An-Nur: 26).

So, usaha yang paling penting adalah dengan memperbaiki diri supaya jadi lebih baik. Sebagaimana kita mahu yang terbaik sebagai pasangan kita, dia juga tentu mahukan kita yang terbaik.

Maka,berusahalah untuk jadi lebih baik, moga akan dapat yang baik, semuanya akan baik-baik (^__^)



only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 18, 2014

Cerita Hari Bahagia

  Tanggal 1 Ogos 2014, penantian selama 4 tahun itu berakhir. Maka bermulalah suatu perjalanan baru dalam kehidupan dua orang insan. Apabila pintu itu dibuka, maka dengan nama Allah yang Maha Penentu, yang telah menuliskan takdir kami dengan QalamNya di Lauh Mahfuz, yang telah , mencatat namanya sebagai orang yang memimpin tangan saya, maka kami melangkah memasuki pintu asing itu. Sama ada bersedia atau tidak, apa yang menanti disebalik pintu itu harus dihadapi......BERSAMA...

  Tiada lagi istilah 'one-man-show', kerana kini semua kita dan kami. Walau kebersamaan itu tidak sentiasa, dan kadang kala perpisahan itu tiba. Namun, walau jasad terpisah ruang dan waktu, hati sentiasa bersatu, dalam doa pada yang satu....

  1 Ogos 2014, detik transformasi dalam hidup. Walau ada yang hilang ketika itu, namun gantinya sesuatu yang terlalu istimewa. Ya... harganya mahal. Dibayar dengan air mata yang masih mengalir hingga ke hari ini. Namun, hadirnya dia, seolah-olah menggantikn segala yang hilang. Walau tak sama, tapi cukup untuk mengubat luka yang dalam. 

  Cerita bahagia ini, mungkin tak selamanya ceria. Tapi, walau mendung datang, badai menerjah, ingatlah, pelangi akan muncul selepas hujan. Dan sebelum cuaca itu berubah, langit itu penah cerah. Awan itu pernah redup meneduh lelah. Kerana Bahagia yang abadi, apabila dua jiwa disatukan, bersama menatap wajah yang Maha Indah, di singgahsana abadi. 



only a creation created by the almighty creator

Tuesday, June 3, 2014

Those people

Dear Faza,

We don't know how much time left for us in this world. Wether we still can see the sunrise tomorrow or the previous sunset is the last. We didn't know which deed is the most sincere, that will save us in the hereafter.

Faza, tiredness is just a mountain that we need to climb. Pain is just a bitter medicine that we need to swallow. Once it was overcome, there's no worries anymore.

Now, keep focus in giving. Entertain people who wants to listen. But keep praying for the ignorance.

Faza,

Whenever tiredness strikes you, remember about those people who will wait for the syafaat of the martyr. Remember about the hope of a mujahid who wants to meet his angle. Remember that this is the only path to be in jannah.

Dear Faza,

You have walked this far. At this moment, there's no meaning of giving up. Maybe you cannot run. But never stop walking. They are waiting for you...

only a creation created by the almighty creator

Thursday, March 27, 2014

Kepercayaan

Kepercayaan itu tidak dapat dipaksa. Ianya mungkin hadir setelah disusuli dengan hujah dan bukti yang sahih. Mungkin. Apatah lagi apabila pernah ada sejarah kegagalan.

Kegagalan itu adalah bukti ketidakmampuan seseorang dalam melakukan sesuatu. Adakah salah apabila kredibiliti diri diragui dan orang sekeliling hilang keyakinan berdasarkan bukti kegagalan masa lalu? Tidak. Itu hak mereka untuk tidak percaya dan tidak yakin. Walau mereka ingin mempercayainya. Tapi, tanpa hujah dan bukti yang mampu menyangkal, mereka tidak akan mampu untuk percaya.

Buktikan. Bahawa kegagalan itu tidak akan berulang lagi. Pendakian ini sukar, lebih sukar dari yang dulu. Mungkin berseorangan. Tapi yakinlah, Allah itu lebih dekat dari urat nadi. Teruskan mendaki. Puncak itu sedang menunggumu...

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, March 26, 2014

Pening

Sepertinya dia tidak bersetuju
Tetapi
Dia cuba berlapang dada
I'm sorry

only a creation created by the almighty creator

Friday, March 21, 2014

Pinjaman..

Ya Allah... Aku bermohon untuk meminjam hambaMu
Untuk menjadi teman, dalam mencari syurgaMu...
Dan kurniakanku kekuatan
Untuk menjaganya
Seumur hidupku...


only a creation created by the almighty creator

Friday, February 21, 2014

I can Almost See It....

Hari ke-20 bulan Februari. Bermakna bakal menginjak hari ke-51 untuk tahun 2014. Allahu Allah... Cepatkan masa terbang?

Saya masih lagi bertatih mengatur kehidupan. Rasa dalam hati sentiasa berbaur. Bersyukur, gembira, teruja, kerana insyaallah saya bakal bersara sebagai penganggur terhormat tidak lama lagi. Gementar, kerana bakal membuka pintu baru, bersendirian, di tempat yang agak asing. Sedikit sedih, kerana langkah ini kurang mendapat sokongan dari yang diharapkan. Dan sekali lagi gementar, kerana trauma dengan kegagalan masa lalu. Seperti orang yang pernah kemalangan, akan berpeluh dingin ketika kembali memegang steering.

Berbekal tawakkal dengan percaturan Allah, saya buka pintu ini. Terima kasih pada awan yang menyiram keyakinan. Walau kadangkala ia hilang, tapi selalu hadir kala diperlukan. Terima kasih kerana percaya, ketika yang lain ragu-ragu. Terima kasih kerana memahami bahawa pintu ini dekat dengan jiwa. Terima kasih, untuk segala yang tidak tertulis di sini.

Moga Allah redha dengan jalan ini........

"Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side..."

only a creation created by the almighty creator

Sunday, February 2, 2014

Bertahan

Jangan rebah
Walau rasa sangat lelah
Jika rebah
Yang lain akan turut lemah
Sekarang bukan lagi tentang diri sendiri
Sekarang dua jiwa dua hati dalam satu mimpi
Bukan lagi AKU
Tapi KITA

only a creation created by the almighty creator

Saturday, February 1, 2014

Tulang Ikan

Suhu 37 darjah, selsema, batuk dan sakit tekak. And, to make it worse, tercekik tulang ikan jelawat masa makan malam. Tekak yang dah memang perit mungkin luka.

Februari agak sibuk. Pulau Pinang dan Shah Alam berturut-turut. Moga Allah beri kekuatan untuk menyelesaikan semua urusan.

only a creation created by the almighty creator

Thursday, January 23, 2014

The 25th January 23rd

May the past 25 will be forgiven
And the coming days will be blessed
Thanks for all the wishes
Uttered or written
But
You wish it best
When you wish it in your prayer

VM13H HvNv5

only a creation created by the almighty creator

Sunday, January 19, 2014

Tarikh-tarikh penting UPU 2014 dah keluar...

Impian yang belum kesampaian...

only a creation created by the almighty creator

Friday, January 17, 2014

pisau

Pisau kalau lama tak diasah, akan tumpul. Lebih teruk mungkin berkarat.

Begitu juga dengan bakat atau kemahiran. Jika lama tidak digunakan, mungkin akan pudar, atau lama kelamaan hilang begitu sahaja....

Rindu untuk memberi...

only a creation created by the almighty creator

Friday, December 27, 2013

21 Safar 1435

Semalam saya dating dengan Cik Siti Sarah, bersama bakal abang ipar Encik Khairi. Orang belanja nasi ayam penyet di Padang Jawa. Usai makan, saya singgah untuk solat maghrib di Masjid Padang Jawa. Saya tunggu hingga Isyak sedang Cik Sarah berangkat pulang seusai solat maghrib.

Usai Isyak, saya duduk seketika menanti mesej dibalas oleh seorang sahabat. Tetapi, mesej saya tidak dibalas hingga ke sudah. Ketika penantian itu, mak cik-mak cik jemaah masjid sedang duduk mengadap talam kuih dan air teh o jamuan tahlil. Mereka mempelawa saya duduk bersama.

Maka perbualan pun bermula. Saya yang paling muda hanya mendengar perbualan mereka. Tak lama kemudian seorang demi seorang mula pamit kerana telah ditunggu oleh "bos" masing-masing. Akhirnya tinggallah saya bersama dengan mak cik yang mula-mula mempelawa saya tadi, dan seorang rakannnya. Dan taaruf pun bermula. Dia bertanya apakah saya masih belajar, kerja di mana, tinggal di mana dan sebagainya. Sejarah hidup saya dalam tiga tahun ini saya ringkaskan dalam perbualan lebih kurang 5-10 minit itu. Bermula dari diploma di mana, menyambung ijazah yang separuh jalan, menjadi pendidik, dan akhirnya berniaga. Malu rasanya apabila mak cik itu berkata, "cekal hati awak.." Kami berpisah setelah dia bertanyakan nama saya dan berpesan untuk berhati-hati menunggang motorsikal. Tidak lupa juga berpesan agar saya terus ke destinasi yang dituju memandangkan saya tidak pulang ke rumah, sebaliknya akan terus ke Rhaudatul Solehah.

Sepanjang perjalanan, Saya mengimbas semula perbualan kami. Ayat, "cekalnya hati awak'" itu terngiang-ngiang di telinga. Mak cik, kalaulah makcik tahu betapa rapuhnya hati saya ini, betapa lemahnya jiwa saya ini, entahlah.. Jika dapat digambarkan hati saya kala ini, seperti satu tubuh yang penuh berbalut bandage, bertampal plaster. Bertopang tongkat, aau mungkin berkerusi roda. Dengan tiub pernafasan untuk menyambung nyawa. Tetapi, kata-kata makcik itu sedikit sebanyak memberi satu cetusan positif kepada saya. Dengan segala apa yang telah saya harungi selama ini, mengapa mesti mengalah sekarang? Kata kak Didi, What doesn't kill you, only make you stronger.

Setibanya di Rhaudatul solehah, kelihatan sahabat-sahabat keluar dari rumah. Rupa-rupanya, malam ini ada halaqah. Mungkin saya terlepas pandang mesej di whatsapp. Di perkarangan Merbau, terlihat kelibat orang yang sangat dirindui, Kak Bie. Ketika berdakapan, saya bisikkan padanya, "tak nak lepas boleh tak?" Air mata memang tak dapat ditahan. Satu lagi cetusan positif membuak dalam diri. Bertukar cerita seketika, sebelum dia meminta diri untuk pamit.

Di dalam Merbau, Ustaz membicarakan tentang sunnah alam atau sunnatullah. Bilamana ummat Islam gagal menggunakan sunnatullah, maka ketika itulah ummat Islam kecundang, di tangan kuasa-kuasa kuffar yang mempergunakan sunnatullah. Salah satu dari sunnatullah adalah, setiap perkara memerlukan proses dan masa. Perjuangan, dakwah, perniagaan, segalanya. Sikap gopoh adalah bertentangan dengan sunnatullah. Saya cuba kaitkan konsep sunnatullah ini dengan apa yang saya hadapi sekarang. Buntu.

Akhirnya, selepas program, saya ambil masa sedikit untuk mendapat pencerahan yang lebih spesifik dengan situasi saya. Saya nyatakan tentang kekeliruan saya dalam memilih antara kehendak (passion) dan desakan persekitaran. Juga ketakutan saya untuk memulakan langkah baru selepas siri-siri kegagalan yang saya alami. Konklusinya yang saya kira saya fahami adalah, saya perlu balik kepada proses dn masa. Menilai semula proses sebelum ini dan mencari punca kepada kegagalan yang berlaku. Dan saya perlu menyerah kepada masa. Mungkin kerana kegopohan, ada langkah-langkah dalam proses yang telah saya langkaui.

Semalam, saya nampak kasih sayang tuhan. Selalunya, kita mengharapkan suatu yang kita rasa baik untuk diri kita. Tetapi Allah sering memberi apa yang terbaik buat kita. Paginya sedih, keliru dan buntu. Malamnya tenang, rasional dan damai. Itulah sunnatullah. QS 94 : 5-6.

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, December 25, 2013

Freedom

Dulu saya rasa bebas. Saya bisa ke mana sahaja, melakukan apa saja. Tapi kini, kebebasan itu diragut. Saya terpaksa menurut dan akur.

Kebosanan yang hampir membunuh jiwa. Rasa seperti di penjara.

Saya lebih ssuka ketika saya diabaikan. Hidup tanpa bergantung pada sesiapa. Kerana harga "keprihatinan" manusia ( yang sebenarnya cuma lakonan ) itu terlalu mahal. Harganya adalah kebebasan hidup. Kebebasan untuk hidup dengan apa yang saya percaya.


only a creation created by the almighty creator

Thursday, December 19, 2013

wajah-wajah yang dirindui

Wish to see them right away...
Rindunyaaa....



Yang besar dah makin matang
Yang kecil dah makin bijak
Semoga semua menjadi anak yang soleh dan solehah

only a creation created by the almighty creator

Habibie & Ainun

Teman yang rela bersusah senang, sehidup semati itu ibarat pelampung di lautan yang luas dan dalam. Apabila kau bisa mendapatkannya, maka peganglah ia erat-erat. Kerana jika kau lepaskan ia, bukan sahaja ia membahayakan hidupmu, tetapi juga kau mungkin takkan ketemu dengannya lagi.

Teman yang setia itu, akan senyum saat kau suka. Dan akan menangis saat kau derita. Sentiasa ada di belakangmu kala kau melangkah. Bersedia untuk mengangkatmu kala kau rebah. Mengubat dan membalut lukamu. Dan yang paling istimewa, kerana mempercayaimu, dia tidak gusar andai jatuh bersama denganmu. Kerana percaya juga, maka diletakkan haluan hidupnya seiring dengan jalan hidupmu. 

Teman sejati itu, kadangkala, jasadnya tak selalu di sisi. Tetapi, dia meletakkan jiwa dan hatinya, untuk berada sentiasa denganmu. Dalam doa, dalam harapan, dalam gusar, dalam gembira. Dia selalu ada denganmu.

Walau mungkin, kau tidak tahu....



only a creation created by the almighty creator

Thursday, December 12, 2013

They...bla..bla..bla...

They: Buat macam ni... macam tu... lepas tu macam ni...
Me: okey dah buat dah. (exactly mengikut arahan)
They: Kenapa buat macam ni? Buat lain
Me: Hari tu cakap macam ni.
They: Tak sesuai. Buat lain
Me: Cukup tajam tak pisau ni nak putuskan urat marikh dengan urat halkum? (dalam hati of course)

They: Buat je dulu. Nanti kami tolong
Me: Okay
later...
They: Nak apa lagi? Tak boleh / tak free / tak available....etc
Me: Takpelah.... (letak telefon / angkat kaki dan blah)

They: Tolong jaga gerai nanti. SATU gerai je....
Me: Okay
tomorrow: Jadikan nak jaga gerai? Nak buka DUA nanti. Kedai tak boleh tutup. Rugi...bla..bla..bla..
Me: Apa cara bunuh paling kejam? (cakap dengan habuk atas lantai)

They: Jangan risau. Modal kami tolong
Later..
They: Nak loan lagi? Berapa?
Me: Dalam 1K
They: Hah! Berapa?
Me: Tak, tak... RM500
They: Bukan ada saving ke? KWSP bila nak dapat? Bla...bla..bla...
Me: (Bank Rakyat tutup pukul berapa agak-agak eh?)

They: Kami faham... memang susah, tak senang... Tapi sabar la... Kami dulu pun macam  ni juga.
Me: (They were already married, no rent for shop, starting with thousands ringgit in hand, with grant, loans etc, and of course with enough man power and proper business plan... And they understand me very well???)

They: Buat macam ni... macam tu...
Me: Tapi....
They: Buat je la
Me: okay
later
They: kenapa buat macam tu. Tak boleh tak payah buat....pot pet..pot pet
Me: Hari tu suruh buat macam tu...
They: kami cadangkan je. Terpulanglah kat kamu... bla..bla..bla
Me: (Bunuh diri tu haram. Bunuh orang pun haram)

Latest
They: Kenapa tak buka lampu?
Me: Lampu ni rosak. Dia berkelip-kelip...tak pasang.....(they just went off, while I'm keep talking like an idiot)
only a creation created by the almighty creator

Wednesday, December 11, 2013

That's you are

I disagree with other people. I feel like they don't understand me. Is it because I'm just too emotional? Immature? Not rational?

Yeah.. Faza. That's all you are. Too emo, immature.
Hokay.. Tak nak gaduh. Just shut up, listen, accept.

Though its hurt....

only a creation created by the almighty creator

Followers