About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Wednesday, September 24, 2014

Jawatan Dalam Hidup




"Penat tau jadi adik ni. Asyik kena dengar arahan je... Orang bukan nak dengar cakap kita pun," Adu saya kepada suami semasa kami berbual mengisi masa dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru minggu lalu.

"Kalau kita bagi nasihat, diorang cakap kita suka tunjuk pandai. Kalau melawan kata kurang ajar... Haish... penat betul," Saya masih belum berhenti mengomel. Encik suami yang berada di sebelah hanya tersenyum membiarkan saya meluahkan perasaan. Orang perempuan ketika marah memang kurang akal. Nasiblah dapat isteri yang kuat membebel ini...

Setelah saya puas membebel, barulah En. Suami memulakan tazkirahnya. Katanya, " Awak tau tak dalam hidup ni, setiap orang tu memegang pelbagai jawatan dalam hidup. Jadi adik tu salah satu jawatan awak. Tapi awak sedar tak yang awak ada banyak lagi jawatan yang lagi besar dan lagi penting? Yang boleh bagi impak yang lebih besar pada orang lain?" Saya diam supaya bicaranya diteruskan.

"Contohnya yang paling mudah, jawatan awak sebagai blogger, trainer, teacher tu... semua tu jawatan yang penting dan bagi impak yang besar pada crowd awak. Orang mengharapkan sesuatu dari awak, inspirasi, motivasi dan mereka nak awak bantu mereka berubah. Jawatan awak ni sangat penting."

"Jadi, buat apa awak nak concern sangat dengan jawatan awak sebagai adik tu? Kalau sebagai adik orang tak nak dengar pendapat awak, tak respect awak, awak fokuslah pada jawatan lain yang lebih penting tu. Pada orang lain yang nak dengar cakap awak. Yang lebih perlukan awak."

Nafasnya dihela sebelum meneruskan bicara. Saya hanya membisu sambil cuba mencerna apa yang disampaikannya sebentar tadi... Dalam fikiran saya, mula menyetujui akan kata-katanya. Mengapa saya perlu bersedih dengan satu peranan dalam hidup sedangkan saya masih mempunyai peranan dan tanggung jawab. Bukan bermakna saya perlu megabaikan terus peranan tersebut. Tetapi, untuk terus memprotes dan bersedih tidak akan mengubah keadaan dan orang-orang yang terlibat. Bak kata guru saya, Tuan Solhi Sharif "Saya tiada masa untuk melayan oran yang tidak suka saya kerana saya sibuk melayan orang yang suka saya". Jadi, isilah peranan dalam jawatan yang kurang menyenangkan itu sekadar termampu. Selebihnya, serahkan sahaja kepada Allah sebagai penilai.

Kemudian, bicaranya disambung lagi, "Dan... awak tau tak apa jawatan awak yang paling penting sekarang?" Saya angkat kening kepadanya sambil menjawab, "Emmm... Hamba Allah?" Ketawanya terhambur sambil menggelengkan kepala. " Tu memanglah... Haish.. Ni yang lain. Hamba Allah tu betullah.. Yang tu kes lain." "Dah tu?? Ultimate position tu kan Hamba Allah la kan? Ada lagi ke yang lagi tinggi dari tu?" "Yang... Tu jawatan aak dengan Allah. Yang abang maksudkan jawatan awak dengan manusia ni...?" Senyum kelat terpamer di wajahnya." Tak tau la... apa dia?" saya mengalah... Menyerahkan kepadanya untuk menjaab soalan tersebut. "Awak.... Bidadari abang... Yang tu jawatan awak yang paling besar sekali... Yang orang lain tak boleh kata apa-apa. Tak boleh persoalkan pun..."

Dan ketika itu...saya rasa seolah-olah masa terhenti berdetik, dan jasad dicampak ke ruang vakum....


p/s
Foto di atas diambil di sini . Artikel yang bermanfaat untuk perkongsian bersama... Insyaallah...

only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers