About Me
- hanya hamba
- shah alam, selangor, Malaysia
- seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya
Friday, September 19, 2014
Sketsa jodoh: Nak yang baik jeww...
Adik : Kakak.... lagu mana ni?
Kakak: Hang ni awatnya? Macam orang meroyan ja...
Adik : Kawan-kawan batch adik sume dah kahwin..... huuuuuu..... Adik Sorang je tak kawin lagi...Boypren pun takde..... huk huk.... Nak kawin jugak.....Shreeeettt....
Kakak: Laaaa.... Ingat hang fail final exam. Nak kahwin sangat? Setakat ni apa usaha hang dalam nak merealisasikan impian hang nak kahwin ni?
Adik : Amboi ayat... Haish... takkan adik pulak nak pi cari??? Bukan jodoh tu datang sendiri ka?
Kakak: Dah tu, awat jodoh hang tak datang-datang lagi? Awat dia duk naik MH370 ka sampai la ni tak muncul-muncul?
Adik: Ish, kak ni. Ada ka lagu pulak? La ni orang lelaki memilih sangat. Depa nak hat yang cerah, lawa,,kaya, seksi, kerja baguih. Saya ni biasa-biasa ja.... tu pasai susah nak dapat. huk huk huk...
Kakak : Ooowwhh...Lagu tu ka? La ni hang habaq mai, lagu mana taste hang? Hang nak yang macam mana?
Adik : Haaa... Kalau adik kan... Adik nak yang putih, hencem, ada kerja tetap, ngaji sedap, bole jadi imam... pendek kata boleh membimbing adik ke syurga. Yang membahagiakan adik dunia akhirat.Orang kata apa? Forever till jannah gitu...
Kakak : Ooowh...tang hang pandai nak yang boleh membimbing ke syurga... Boleh jadi imam konon...La ni hang habaq mai kat kak pagi tadi hang bangun tido pukui berapa? Bukan hang solat subuh combine sekali dengan zuhur ka? Bila last time hang baca Quran? Tu, baju hang yang menambun dekat sebulan tu bila nak basuh? Nak tunggu depa basuh sendiri ka? Hang masak nasi pun hangit. Masak ayarq pun kering. Duk demand nak hat yang boleh jadi imam segala. Pastu duk meroyan kata jodoh tak sampai. Kalau akak jadi jodoh tu, akak lari tak toleh belakang dah.
Lagi satu, ada ka hang mintak kat Allah mudahkan jodoh hang?
Adik : Mesti la ada....isk isk...
Kakak : Haaaa.... memang la ada... Hang doa kat mane? Kat facebook, kat twitter, kat wechat.... Bilanya Allah nak makbul??? Orang doanya la ataih sejadah. Bangun solat malam.... Buat solat hajat....
Adik : Huk...huk.... Nak Kahwiiiiinnn.... Shreeeet....shreeeeeeeettt....
Dear sis,
Tak susah nak cari jodoh sebenarnya. Kan Allah dah kata "Laki-laki yng baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang untuk laki-laki yang baik pula," (An-Nur: 26).
So, usaha yang paling penting adalah dengan memperbaiki diri supaya jadi lebih baik. Sebagaimana kita mahu yang terbaik sebagai pasangan kita, dia juga tentu mahukan kita yang terbaik.
Maka,berusahalah untuk jadi lebih baik, moga akan dapat yang baik, semuanya akan baik-baik (^__^)
only a creation created by the almighty creator
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment