About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, May 16, 2011

Bekerja untuk Islam


Alhamdulilah...akhirnya blogger aktif semula. Miss this page very much. Leaving internet for a few days (2 hari je kot) I kinda lost a lot. 

Ingin menghikayatkan sebuah kisah dari kehidupan seorang teman. Mungkin pada orang lain kisahnya biasa sahaja tetapi bagi saya, jika saya berada di tempatnya, belum tentu saya mampu menjadi seperti dirinya. Sahabat saya ini memiliki ijazah yang boleh beliau gunakan untuk mendapatkan kerja yang lumayan. Tetapi, cintanya pada perjuangan menyebabkan beliau lebih rela bekerja di sebuah agensi kerajaan tempatan yang gajinya sekitar RM700-RM900 sebulan, semata-mata untuk memudahkan urusan jemaah. Memang beliau terfkir untuk mencari pekerjaan yang lain tetapi beliau khuatir tiada siapa yang sanggup menggantikan tempat beliau di situ. Dan jika beliau ingin menukar kerja sekalipun, beliau akan memastikan pekerjaan tersebut membolehkan beliau bergerak sepenuh masa dengan kerja Islam. Siapa diantara kita yang sanggup mengorbankan peluang pekerjaan bergaji beribu-ribu ringgit semata-mata untuk bergerak sepenuh masa dengan kerja Islam? Jika ada pun, berapa kerat agaknya? 

Dalam keadaan sibuk menguruskan perkahwinan, tuntutan perjuangan tidak juga surut. Bermotosikal menjelang subuh sudah jadi kebiasan baginya. Dan untuk pengetahuan pembaca, sahabat saya ini adalah seorang muslimat. Di sini juga, ingin saya kongsikan pengalaman menemani dan membantu beliau untuk program baru-baru ini. AJK program hanya dua orang sahaja pada mulanya iaitu beliau dan seorang sahabat muslimin. Bayangkan, beliaulah yang mengambil peserta, menjadi moderator, menguruskan makanan, mencari dan menghubungin penceramah dan fasilitator, pendek kata segala-galanya. Bukan beliau tiada meminta pertolongan sahabat-sahabat tetapi malangnya mesej yang dihantar hanya di pandang sepi. Mujurlah ada sahabat-sahabat yang di linkkan oleh JPMLN turun membantu sebagai fasilitator. Ditambah dengan kehadiran saya dan seorang lagi sahabat muslimat untuk membantu dari aspek teknikal pada hari pertama. Tetapi pada hari kedua, tenaga penggerak kemali berkurang kepada 6 orang sahaja dan untuk teknikal hanya tinggal saya seorang.

Alhamdulillah program berjalan lancar. Tetapi, pada sebelah malamya pula berlangsung program lain di tempat tersebut, dan beliau dikehendaki menyediakan makanan dan tempat program. Beliau dimaklumkan pada pukul 5 petang sedang program akan berlangsung pada jam 8 malam. Maka melilaulah kami mencari makanan menaiki kereta yang dipinjamkan seorang sahabat untuk program sebelum itu dari satu seksyen ke satu seksyen. Akhirnya makanan sempat dihidangkan sebaik sahaja acara tamat. Sekali lagi pertolongan Allah memihak kepada kami. Selesai program, Dewan ditinggalkan dalam keadaan yang agak menyedihkan, yang sudah pasti perlu dibereskan oleh beliau. Kemudian, kira-kira pukul 12.30 malam, kami terpaksa pula menghantar kereta yang di pinjam itu kepada tuannya dan mengambil motorsikal beliau yang ditinggalkan kepada tuan kereta. 

Sekali lagi ujian Allah menjengah kami. Dalam perjalanan pulang, di tengah-tengah lebuh raya kira-kira pada jam 1.00 pagi, tayar motorsikal pula bocor dan kami hampir terbabas. Kami terpaksa menuntun motorsikal tersebut, berpatah balik ke Petronas berhampiran, kira-kira lebih dari 1 Km. Dalam keadaan yang letih, mata yang mengantuk, hanya tawakkal pada Allah dan signboard Petronas itu yang menjadi penguat kami. "takpe, dah dekat dah," walaupun kami terpaksa berhenti sebanyak tiga kali untuk mengambil nafas. Sepanjang perjalanan beliau asyik memohon maaf. Kira-kira 100 meter dari Petronas tersebut, kami bertemu dengan seorang mekanik yang menwarkan bantuan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa membayar RM30 dengan alasan sudah lewat, sekurang-kurangnya kami tidak perlu menunggu lama di situ, atau menyusahkan orang lain untuk mengambil kami. Dan kami sampai ke rumah dalam pukul 2.00 pagi. 

Mungkin kisah ini tidak sehebat kisah pejuang-pejuang yang mendekam di penjara, diseksa dan sebagainya. Tetapi, cuba bandingkan dengan keadaan diri kita. Adakah kita sudah cukup bersusah payah dalam perjuangan Islam? Adakah kita sanggup mengorbankan gaji yang lumayan, keselesaan dan kemewahan hidup semata-mata untuk perjuangan Islam? Benar, jihad ekonomi juga penting, tapi, jika semua orang berfikiran seperti itu, siapa yang akan menjadi penggerak (amilin) untuk menggerakkan perjuangan Islam? Dan adakah kita pasti kemewahan itu tidak akan melalaikan kita? 

Islam tidak akan rugi tanpa kita, tetapi, siapalah kita tanpa Islam.....

Wednesday, May 11, 2011

Ibrah itu perlu dicari

"Budak ni kalau dia tengok tikar, dia tak nampak tikar. Dia nampak benda lain", Lebih kuirang beginilah ayat yang diutarakan oleh seorang kakak apabila saya mengulas tentang suatu perkara (yang tidak lagi saya ingat apakah ia) beberapa waktu dahulu. "Dia ni, kalau explain mesti panjang lebar", kata ukhti yang lain pula. "awak ni, bahasa berbunga sangat, suka pakai analogi. Straight to the point je tak boleh?"

Err...salah ke apa yang saya buat? Maksud saya adakah cara saya (berdasarkan komen di atas) adalah satu perkara yang negatif?

Sikap saya yang sebenar adalah saya suka mengkaji. Dan apa yang kaji dan saya perhatikan itu akan saya kaitkan dengan kehidupan saya, agama saya, kerja harian saya dan apa sahaja yang sesuai untuk dikaitkan. Dan, satu lagi sikap saya, saya suka berkongsi apa yang saya tahu. Terutama jika ia berguna kepada orang lain. Sebagai contoh, dengan sedikit ilmu berkaitan perabot dan perkayuan, saya suka berkongsi tips berkenaan kualiti dan jenis-jenis kayu, supaya rakan-rakan saya tidak tertipu dengan auta tauke kedai perabot. Dan pada saya juga, ilmu bukan hanya berguna ketika di dewan peperiksaan. Manfaatnya menjangkaui lebih dari itu.

Saya agak mengagumi saudara Hilal Asyraf (langit ilahi) kerana gaya dakwahnya yang banyak dipetik melalui pengalaman kehidupannya sendiri. Dengan skill penulisannya yang sangat baik, setiap ibrah dan pengajaran dari kisah-kisah yang dihikayatkan, berjaya dihadam oleh pembaca.

Seperti seorang perisik yang perlu mahir membaca suasana, seorang daie' perlu bijak menganalisa dan memanipulasi suasana di sekelilingnya. Carilah nota-nota untuk silibus pelajaran kehidupan disekeliling kita. Mungkin ada formula penting yang sangat berguna dari sehelai daun yang gugur ke tanah, atau dari sebiji batu di tepi jalan.



  1. Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu. (QS. 13:2)
  2. Dan Dialah Rabb yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan 765, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. 13:3)
  3. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanam-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (QS. 13:4)

Sunday, May 8, 2011

Changes

Wahh...lay out dah tukar.....mengikut perubahan mood kot. Nampak macam lebih cool (pada pendapat saya la). Tapi boleh juga nak kata sebab dengki tengok lay out Haslina Hashim yang berbunga-bunga tu.....


What ever it is, everything need changes. Mengikut waqi' dan keperluan. Boleh juga dianggap sebagai satu penafian kepada dakwaan sesetengah pihak bahwa aya sedang stress. See even the lay out is cool what? (It's sounds manglish right??).


Tak kisah la...just hope to continue writing. Take the good and leave the jerk..


Wassalam



Saturday, May 7, 2011

Osama, Yusuf Qardhawi, dan Kerajaan Malaysia

Kata Najib, keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama.

Kata TGNA,  Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?Kata TGNA sebelum tu, Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika.




Kata saya, orang yang tidak tahu membezakan antara penggaganas dan pembela keamanan adalah orang yang jahil tentang maksud keamanan itu sendiri. 


Kata JAIS, Wahabi dan Syiah itu sesat, dan wajar dibendung. 


Tapi, saya pula nak tanya, Kristianisasi, Freemansonary tu tak sesat ke? Tak perlu bendung ke?




Yang saya nak kata lagi, musuh kita yang sebenar, yang dikatakan pengganas, yang sepatutnya dilawan, dibendung dan segala macam "di" lagi, bukan Osama, bukan Al-Qaeda, bukan Syiah, bukan Wahabi, bukan Hamas dan apa sahaja gerakan yang membawa Islam. Walau apa pun nama mereka, mazhab mereka, uslub perjuangan mereka, selagi mana mereka membawa nama Allah, menjunjung Islam, mempertahankan Islam, selagi itu mereka saudara kita yang wajib kita sokong. 


Musuh kita yang sebenar, mereka yang menyerang negara Islam, menyekat kebebasan kita beramal dengan Islam, menentang hukum Islam, menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan Islam. Itu yang wajib kita lawan, kita perangi. Bukannya sokong mereka semata-mata nak selamatkan kedudukan sendiri. 


Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai- Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (TQS. al-Mâidah [5]: 54)

quit relief

The insomnia had become better
Nuna's engagement gone smoothly
That "thing" almost gone
what else ha????/
Kak Bi wedding preparation....hmmm
Kakak2 punye FYP dah nak settle...so the tension air is almost gone.......


ade lagi kot tapi tak terlistkan.....
tipu la kalau nak kate semua dah settle...
tapi agak lega terutama bile dah tak mampu berjaga sampai pukul 4 pagi....yang mane sebelum ni tak boleh nak tentukan yang saya ni manusia normal atau tidak Sampai housemate menggelarkan saya dengan nocturnal human (maksud nocturnal adalah makhluk berjaga malam i.e kelawar)....

what ever it is.....Alhamdulillah for the relief


Monday, April 25, 2011

Allahu yasyfik teacher...

writing do give me some relieve. Though the things I've wrote were only dumped in the draft box, but at least I've shouted out the things that I can't share with others. Kak Di said if we try to write happily, using a happy words with the happy emotion, than your mood will turn to be better. I don't know. I don't have that skill. I just can write in indifferent feeling, which for me is better than being emotional.

But just to share something which warm my heart a bit yesterday, when a few of my students pray for my health. I have to absent from Qiamullail in school as I got such a terrible headache, which I can say confidently as the result of my horrible sleeping habit a.k.a insomnia. Well, you can just refer to the time of this entry being post. At this time I don't feel like sleeping even though I do yawning several times.

But "Allahu yasyfik, teacher" written by Hazim do make me smile in pain. I heard his going to live Malaysia soon, to fly to Egypt. I'm going to miss that boy. Same as I miss Nazrul and Fareez when they performing umrah for two weeks. Now I know why Sir Thanes was very glad when I visited him few years ago. They have touched my heart, the things that not many people can do.

Enough for today. Want to do other things. Maybe sharing time with the Most Listening.....

Tuesday, April 19, 2011

new police story..the best jackie chan movie ever

Malam ini, entah mengapa, tergerak hatiku untuk menonton filem ini. Mungkin kerana mataku sempat menyinggah ke skrin televisyen di restoran sebentar tadi, meyebabkan aku tersangat teringin untuk menonton filem ini hingga ke sudah.

New Police Story, sequel terakhir daripada hikayat Police Story, yang meletakkan Jackie Chan sebagai teraju utama. Berkisar tentang kehidupan anggota polis di kota metropolitan Hong Kong yang tidak banyak bezanya dengan Kuala Lumpur. Korupsi, hidangan enak yang sukar untuk ditolak. Pertembungan antara aparat keamanan dan gangster yang meraja, bagai perang yang tiada kesudahan. Namun, kadangkala, hubungannya melebihi keakraban antara kawan. Berlaku bela-membela, dan jaga-menjaga, suatu urusniaga yang tiada hitam putih, namun, mengkhianatinya beerti menggali lahad untuk diri dan seiisi keluarga.

Aku jadi terfikir, adakah senario yang sama turut berlaku di Malaysia. Menurut pengalamanku, adalah sangat tidak mustahil untuk ia berlaku. Jika tidak, mengapa kewujudan SPRM dicontohi daripada negeri pulau itu? pernah dengar Independent Commision Against Corruption? ICAC? Cubalah google. Aku tidak berminat untuk bercerita banyak tentang agensi ini.

Yang ingin ku hikayatkan, banyak percubaan kita untuk meniru mereka. Mereka ada sequel Police Story, kita ada Gerak Khas yang bermula sedari filem Bukit Kepong lagi. Mereka ada ICAC, kita ada SPRM. Mereka ada polis baik dan polis jahat, kita juga ada (kot) polis baik dan (memang sah) ada polis jahat (versi siput babi perosak). Yang lainnya, mereka ada integriti, kita tiada. Mereka serius memerangi rasuah, kita hangat-hangat...err..sambung sendirilah. Di Hong Kong, saksi dibunuh oleh mafia sebelum masuk premis ICAC. Tapi di Malaysia lagi hebat, saksi mati di premis SPRM. Adalah bijak pandai yang kata," ini menunjukkan ketegasan SPRM kerana dapat menimbulkan tekanan kepada saspek sehingga saspek membunuh diri." Tersangatlah bijakkkan. Sebab tu aku kata kita lagi hebat dari Hong Kong.

Adalah kot versi polis baik kat Malaysia ni yang ala-ala Inspektor Chan tu. Tapi aku belum jumpa. Paling baik pun aku tengok adalah seorang pegawai polis tu yang pergi solat maghrib berjemaah dekat surau stadium Bukit Jalil masa buta bantahan konsert Adam Lembik dulu. Tu pun seorang sahaja antara beratus kat situ. Yang lain tu datang bulan kot. Paling hampagas bila diorang pakat gelak-gelak masa orang baca doa dan takbir. Takpelah. Gelaklah sekarang. Kita tengoklah nanti dekat padang mahsyar nanti. Korang mampu gelak ke tidak.

Mengantuk sudah...Sambung esoklah pula. Esok nak kaji pasal ape yea? Hantu Kak Limah kot....tengoklah macam mane......

Sunday, April 17, 2011

Love of Allah (swt) by Imam Ibn ul-Qayyim - [Allahu Allah Nasheed By Lab...

masih berlari....

Aku suka mengingatkan diriku
bahawa aku seorang pelari
yang berlari tanpa henti
bersama muatan yang banyak
ada yang menjadi bekalan
ada yang kadangkala menjadi beban di pundakku
namun semampu mungkin aku cuba memikulnya
dengan menetapkan mindaku
setiap beban ini perlu ku ubah menjadi bekalan

Aku menyelak lembaran sirah
menatap perjalanan ummahatul mukminin
dan figura-figura yang mampu ku jadikan idola
nyata
aku terlalu jauh dari mereka
apatah lagi untuk menjadi seperti mereka
tetapi
tekadku untuk mencontohi mereka
semampu dan sedayaku
mungkin aku tidak seayu Aisyah
tidak juga seanggun Khadijah
tidak juga serupawan Hafsah
tapi aku ingin menjadi Khawlah, menyusul Zinnirah
tapi
dengan jalan juangku sendiri
pada zamanku
yang senjatanya bukan pedang
kenderaannya bukan kuda

Aku ingin menyumbang pada agamaku
walau hanya dengan setitis keringatku
jika hanya itu yang termampu

Wednesday, April 13, 2011

my struggle, my battle

Salam alaik....

Today I just want to share something about myself, the things that I've been through for the past few days. Last Monday, I'm continuing my alternative treatment with one of my friend who willing to help me with my problem. Actually this was the third time we met for treatment. At first, he just want to follow up my latest condition as before that I have contact him and told him that I'm not feeling well recently. It's like the "thing" was still with me. So we decided to meet and continue with the treatment. At first, we just have some talk as he ask me about my history. But suddenly I felt so uncomfortable and my back and my neck started to aching. At the same time I felt so stressed and when he asked me to recite the syahadah, I started to cry. It's very difficult for me to recite the syahadah correctly. My condition became worse as whenever I close my eyes, I can see "him" as it's like "he" tried to show "his" true color to me. I felt so stressed because I can't stand to see "his" awful look. My friend asked me to continue reciting the syahadah with all my heart to avoid "him" from conquering my mind. Suddenly my friend asked "nak ke tak nak?" as he waving his hand like telling me to answer "tak nak", so I say "no". And he asked again, "kenapa tak nak?" as his finger pointed up. I said, "because of Allah (kerana Allah)". He asked me to repeat my answer again so i said, "tak nak kerana Allah." At that time I knew that he want me to reject that "thing". At the same time my back is killing me. I kept reciting the syahadah with all my heart and at the same time I pray to Allah to keep "him" away from me. I don't need "him", I hate "him" because "he" make me feel miserable. "he" makes me felt apart from Allah. Make me lazy to perform ibadah and hate my family.

And last night, "he" tried to came back to me. I have to ask Kak Bi to accompany me as she's the one who were there during the treatment previously. She recite the manzil's while I tried to shut my eyes. But still, I can see "him" and the Christian cross. So she called my friend and he asked me to wash my face with the water he gave me before and asked Allah to prevent me from "him".

But today, alhamdulillah I felt more comfortable even though I feel a bit tired and weak. But emotionally I feel more stable. I hope it'll continue as I got 3 classes today.

To my sahabat, please pray for my health. I want to stay healthy for Islam.

Tuesday, April 12, 2011

freedom with lyrics: Just to be free.......

I've upload the video of Freedom, the latest song from Maher Zain, which had became my favorite recently. This song was dedicated to the Middle East revolutionist. Freedom is for all!!!


Maher Zain - Freedom ( Official Lyric )

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
Credit to Akhi Frizdan 

Friday, April 8, 2011

silibus kehidupan

Saya belajar sesuatu hari ini. Semasa mengendalikan usrah untuk pelajar Sri Pintar. Apa yang saya pelajari hari ini adalah bahawa dalam usrah, kita belajar memahami agama, dan bagaimana untuk mengimplimentasikan (maaf saya tidak jumpa perkataan yang lebih mudah) agama di dalam kehidupan. Di dalam kelas, mereka belajar tentang Fiqh, asas fiqh dan sebagainya. Tetapi, dalam usia semuda mereka, sukar untk mereka mempraktikkan ilmu yang dipelajari itu di dalam kehidupan. Usrah membantu mereka untuk memandang Islam dengan lebih luas berdasarkan huraian yang diberikan oleh naqib atau naqibah melalui penjelasan yang bersifat kontekstual (wqi'iah) iaitu bersesuaian dengan kematangan dan tahap pemikiran mereka.

Namun, apa yang membimbngkan saya adalh sekiranya saya tidak mampu berperanan sebagai naqibah yang efektif. Setiap contoh dan penjelasan yang diberi perlu selari dengan tahap pemikiran mereka. Masalahnya adalah sekiranya penjelasan dan huraian saya terlalu advance sehingga lari dari konteks kehidupan mereka sebagai pelajar sekolah.

Bagi mereka, setakat ini, usrah adalah tempat mereka menimba ilmu tentang kehidupan yang disampaikan secara santai. Jika di dalam kelas mereka belajar tentang agama Islam, dalam usrah pula mereka belajar bagaimana untuk hidup dengan Islam sebagai seorang muslim.

Sekarang baru saya tahu mengapa usrah itu penting. Ramai kita dengar graduan pengajian Islam atau bekas pelajar sekolah agama yang berkarakter tidak seperti gelaran mereka. Ini kerana mereka hanya belajar tentang agama Islam tetapi tidak tahu bagaimana untuk hidup dalam Islam sebagai seorang muslim.

Ini hanya sekadar perkongsian tentang silibus kehidupan yang saya pelajari hari ini. Tidak semestinya betul malah mungkin juga salah.

Wallahualam

She's complicated

"Dik, jangan fikir complicated sangat. Cuba relaks sikit...." nasihat dari seorang kakak yang mengambil berat akan adiknya. Tapi, susahlah.....I am a complicated person. Kadang-kadang saya teringin menjadi seperti orang lain yang berfikir secara lebih santai. Kadang-kadang saya suka bertanya, pada sesiapa yang sudi mendengar termasuk pada pen di tangan, kunci motor, air dalam mug dan siapa sahaja la, " boleh tidak kalau nak biarkan hidup ini mengalir sahaja macam air?"

Ada siapa-siapa boleh jawabkan untuk saya tak?

p/s
mende la aku meraban ne.....

Monday, April 4, 2011

Jawapan



Hari ini, 4 April 2011. Tanggal yang sama pada tahun lepas, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yang saya kira merupakan sebuah permulaan bagi satu era yang baru. Satu ikhtiar untuk mencapai dalam rangkuman segugus usaha. Tetapi, baru-baru ini, saya diminta untuk memikirkannya semula. Saya, dia, kami dan mereka merancang. Cuma kadangkala saya terlupa, bahwa Dia juga merancang, yang pastinya sesuatu yang lebih baik dari yang kita rancangkan. Kadangkala, perancangan kita tidak selari dengan perancangaNya. Maka, kita mungkin akan dijentik rasa kecewa. Kadang yang lain pula, keduanya selari, tetapi Dia datangkan sedikit halangan untuk menguji. Dan ada ketikanya, segalanya seiring malah dipermudahkan pula dengan RahmatNya. Saya tidak tahu, sebagaimana jawapan saya ketika ditebak dengan permintaan itu, apakah keputusan yang saya ambil dahulu, seiring dengan kehendakNya. Jawapan saya tetap sama, ketika diasak dengan soalan, mengapa memilih keputusan itu. Adakah saya dikatakan menyalahkan Dia jika saya katakan bahawa Dia yang memandu pilihan saya? Sejujurnya, saya tidak mahu menjawab apa-apa. Tetapi adilkah begitu? Biasanya manusia bertanya bersama dengan skema jawapan yang sudah dirangka dalam fikiran. Tetapi, mampukah mereka menerima sekiranya jawapan saya tidak menepati skema yang ditetapkan? Sekiranya apa yang ada dalam fikiran saya tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan? 


Dan....adakah berdiam diri itu boleh diterima sebagai jawapan?????????????

Saturday, April 2, 2011

Aku dan pelarianku

Aku seorang pelari, yang sedang berlari di atas sebuah trek kehidupan. Yang baru juga menjumpai jalan yang kurasakan benar. Setelah tersesat dek kerana tiada petunjuk dan arah. Dalam pelarian ini, kadangkala aku terpaksa berhenti. Mungkin kerana buntu, maka aku cuba untuk bertenang dan berfikir. Mungkin kerana terjatuh, maka aku cuba bangun sambil menyapu luka yang tergores. Mungkin kerana keletihan, maka aku berehat membuang lelah sambil membina kekuatan. Namun, berhenti bukan bermakna aku berundur. Bukan juga kerana aku mengalah. Rehatku, perhentianku, untuk memastikan aku akan mampu untuk terus menghayun langkah. Agar pelarian ini tidak akan terhenti. Pelarian untuk mengejar destinasi yang abadi. Mengejar cintaNya yang Maha Satu itu. Di situlah nanti, ku harapkan untuk aku merasai kerehatan yang abadi......



Maher Zain - Freedom with Lyrics

Wednesday, March 30, 2011


YA Allah, sebagaimana aku benci diriku disakiti, maka halangilah dan jauhkan akan daku sejauh-jauhnya dari menyakiti orang lain. Walaupun aku disakiti. Balaslah segalanya dengan rahmatMu.......
Amin.......

Sunday, March 27, 2011

Appreciation: SJ viewers and followers :)

Eh? Followers dah bertambah lah...Syukran for following this blog. The content maybe not as you expecting but I'll try to give the best (mungkin patut mula dengan mengurangkan rungutan, luahan perasaan, and emotional statement kot)

Apa-apa pun, thanks again to all (walaupun 5 orang je huhuhu....) the followers. Especially En. Memali yang rajin mengkomen dalam blog ini.

And lastly,

"tekonologi ni macam pisau, kalau kita tak guna untuk serang orang lain, orang lain akan guna untuk serang kita. jadilah gunakanlah sebaiknya, paling tidak untuk pertahankan diri"


Wednesday, March 23, 2011

The most irritating work: WAITING

Time to write about myself. Normal people will always experience waiting situation. Seriously,  I really hates waiting. Especially when I got plenty of things to do. And to delay them because of waiting will only makes me become more....arghhh.....

And second thing is when I cannot settle my works because of technical problem and involve with people. Let say if I have to wait for others to go somewhere as I can't go there by myself. But sometimes I'll just go there by myself, put a side all the risk, and just gambling. What's the worst thing might happen? Ade aku kisah????

Tuesday, March 22, 2011

Pejuang misteri itu.....

Dari kejauhan
kelihatan debu beterbangan
Seorang perajurit menerpa gagah
Memacu kuda menghunus senjata
Menyerang musuh durjana

Serban hijau menutup muka
Ketangkasannya memukau panglima
Khalid yang penasaran lalu bertanya
Siapa dia sang pahlawan satria

Tiada siapa dapat meneka
Perajurit perkasa itu seorang wanita
Khaulah Al-Azwar serikandi agama
Ke medan jihad membela saudara

Takjub dan kagum menyelubungi hati
Membaca kisah seorang srikandi
Persoalan menjengah di sanubari
Akan menjelmakah Al-Azwar di masa kini

hanyut : UNIC



terlupa pada fitrah wujudnya
hanya di taraf hamba

Saturday, March 12, 2011

Anak ke anak lembu?

                     Baru sahaja selesai membantu pelajar lelaki tingkatan satu dalam study group mereka. Tempatnya di padang permainan di belakang Surau Al-Islah. Sepelaung sahaja dari rumah saya. Beria-ia mereka memohon maaf kerana mengambil masa saya. Saya katakan pada mereka saya tidak kisah malah saya lebih suka meluangkan masa bersama mereka daripada membiarkan mereka berpeleseran entah di mana. Tetapi setakat ini pelajar lelaki tingkatan satu tidak merisaukan saya. Pelajar perempuan pula hanya dua orang sahaja yang insyaallah masih terpelihara dari anasir negatif dan kebejatan sosial masa kini. 
           Yang amat merisaukan saya adalah keadaan pelajar tingkatan dua. Yang saya kira agak membimbangkan. Saya hanya mampu tersenyum apabila seorang pelajar saya berkata, "Teacher jangan beranak sekaranglah. Tunggu Islam tegak dulu kat Malaysia ni. Susah teacher nak besarkan anak sekarang," tetapi apabila melihat keadaan pelajar-pelajar saya, ditambah pula dengan pemandangan-pemandangan di pusat-pusat membeli-belah, taman-taman malah, di mana sahaja, saya mula terfikir akan kebenaran kata-katanya. Suka saya memetik kenyataan saudara Bob Lokman apabila ditanya mengapa beliau berubah; beliau menjawab bahawa didapati anaknya mengahadapi masalah dengan sistem kehidupan. Beliau menyuruh anaknya bersolat ketika di rumah. Tetapi, apabila berada di luar, ada kumpulan yang lain yang menyuruh anaknya melakukan perkara yang lagho. 
                    Inilah realiti pada masa kini. Membesarkan anak-anak tidak sesukar mendidik anak-anak. Apa bezanya membesarkan dan mendidik ana? Jawapannya, apa beza memelihara anak lembu dengan memelihara anak manusia? Memelihara anak lembu cuma perlu memastikan ia diberi makan yang cukup, membesar dengan subur lalu dijual apabila sudah cukup matang. Cuba kita, adakah begitu cara kita memelihara anak kita? Pastikan keperluan material mereka mencukupi, makan pakai yang baik, pendidikan akademik yang bagus, kemudia, "menjual" mereka di pasaran pekerjaan. Tidakkah ianya sama dengan membesarkan anak lembu tadi? Itulah makna membesarkan.
                     Apa pula bezanya dengan mendidik? Jika membesarkan hanya mengambil kira aspek fizikal dan material anak semata-mata, mendidik pula turut menembusi aspek pembentukan rohani dan spiritual anak itu. Bagaimana pentarbiyahan anak itu, samaada di rumah mahupun di sekolah, malah di mana sahaja. Keadaan sekelilingnya sangat mempengaruhi perkembangan rohani anak-anak. Kita selalu risau akan kesihatan fizikal anak-anak itu tetapi, pernahkah kita mengambil tahu akan kesihatan rohani mereka? Sekiranya tidak maka apa bezanya anak kita dengan anak lembu?
                  Apa yang saya perhatikan kini, ibu bapa terlalu mementingkan metrial, karier dan kecemerlangan akademik semata-mata.Begitu juga corak pendidikan di sekolah-sekolah, terutamanya di sekolah kebangsaan. Saya mempunyai suatu tanggapan negatif berkenaan sekolah kebangsaan berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan para pelajarnya dan juga sikap guru-gurunya. Terutama di bandar-bandar. 

                 Ingin saya huraikan isu ini dengan lebih mendalam tetapi saya agak kesuntukan masa. Seabarang cadangan, komen mahupun kritikan amat saya alu-alukan untuk isu ini. Anak-anak adalah amanah Tuhan. Bukan haiwan ternakan yang akan diperdagangkan.

Sekadar perkongsian dari seorang yang tiada pengalaman

Thursday, March 10, 2011

dialog dengan En. Insomnia


Diri: wahai encik insomsia, boleh tidak saya ingin bertanya sesuatu?
En. Insomnia: Yea silakan. (sambil senyum ramah)
Diri: kenapa En. Insomnia rajin sangat nak datang melawat saya? Apakah tiada orang lain yang ingin diziarah?
En. Insomnia: oowh pasal tu. Kenapa? Salahkah saya ingin menziarahi sahabat lama? (sambil angkat-angkat kening)
Diri: Bukan apa. Cuma Encik datang tak kena dengan masa. Hari Rabu sampai Jumaat saya sangat sibuk. Saya tak mampu nak meraikan kedatangan Encik..
En. Insomnia: ooh begitu. Jadi awak tak sukalah saya datang berziarah?
Diri: saya agak keberatan sebenarnya. sebab jika encik datang, Cik Mata mesti tidak boleh berehat. Bila Cik Mata tidak berehat, yang lain pun akan ikut kerja over-time juga. Kasihan dengan mereka.
En. Insomnia: Tapi awak sedar tidak yang saya sebenarnya telah membantu awak secara tidak langsung?
Diri: Bila pula Encik tolong saya? Tolong susahkan saya adalah. (sambil jeling tak puas hati)
En. Insomnia: Kehadiran saya telah menyelamatkan awak dari serangan Mr. Procrastinate (baca: suka bertangguh). Kedatangan saya semalam telah berjaya menghalau Mr. Procrastinate dan secara tidak langsung membantu awak untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sekian lama. contohnya menanda kertas jawapan pelajar-pelajar awak. (huh...kan dah kena smash)
Diri: Ni kira nak bela diri la ni. Tapi kehadiran awak juga mengundang sama kehadiran mak cik keletihan!
En. Insomnia: Oowh, kehadiran dia bukan atas undangan saya. Baiklah. Saya balik sekarang. Orang tak sudi kita datang. Terpaksa la kita bawa diri. (sambil heret beg akademi fantasia)
Diri: Molek sangatlah tu. Cepat-cepat sikit yea. (sambil buat muka ala-ala Nyonya Mansur)
En. Insomnia: Tapi awak masih terhutang budi dengan saya. Banyak urusan awak yang selesai hari ini sebab saya. Ingat tu..
Diri: yea...baiklah....danke schon Mr. Insomnia
En. Insomnia: Bitte schon (sambil lambai-lambai tangan).....don't miss me (sambil hembus-hembus hingus sebab terharu)

* ini adalah imaginasi seorang anak manusia yang mamai sebab tak cukup tidur. 

moral of the story is:
"semua ada hikmahnya"
*nyanyi macam lagu hikmah

opick: irhamna

Sunday, March 6, 2011

cikgu Bedah in reality?????


It’s March. And without realised I’m entering the third month in my life as a teacher. I’m starting to feel the heat. You know? It’s very hard to be nice. Have you ever face the situation when there are someone new in your place, being nice to you and accepted by others, doing her job the best she can, being the favourite among others in a very short time, the things that you didn’t get before, so you feel uneasy to her? You are questioning why everybody liked her, being nice to her, as everything she do is perfect?
If yes, why do you feel like that? Is it just because she’s new it means that she don’t deserve to become the favourite? Or is it because you feel she’s going to take your position or others trust from you? Is it fair to treat her like a criminal (as you want to know everything she does, where she goes) just because her method can be accepted? Blurr right? (apa la yang budak sorang ni merepek?)
Have you ever watch movie entitled “Adik Manja” (Noor Kumalasari and Dharma Harun ar-Rashid, director was Othman Hafsham ). In that movie, there was a character named Cikgu Bedah ( Adibah Amin). Cikgu bedah didn’t like Cikgu Azmi (Dharma) as Cikgu Azmi was the first male staff in the institute (Institute Sri Ilmu). At the same time Cikgu Bedah also didn’t like Cikgu Sharina , (Noor Kumalasari), just because Cikgu sharina was appointed as the future principal.
Ok, what I want to highlight here is that, why must Cikgu Bedah envy Cik Sharina and Encik Azmi just because Cik Sharina was appointed as the future principal and Encik Azmi became favourites among the students? For me, if you ever feel that way, try to be like the person you envy with or come up with something better. Drawn with your jealousy will bring you nowhere. In fact, it will only harm you and make the students hate you even worse.  
The question is how to deal with this Cikgu Bedah in our real life? Together with all Cikgu Devi, Cikgu Rose and the gang, what can you do? How you should act? Ignore them or what? Face it or leave it?
For me, I’ll just do my work, but if the things get worse, maybe I have to face them (but most of the time this kind of Cikgu Bedah are come from species of “I’m always right”).
So, let Allah be the judge. All we can do is just try to perform in our duty, give the best to the people involved and be as sincere (read ikhlas) as possible.
That’s all my sharing for today. Hasn’t writing for a while as I always reach home at 12.00 a.m and above.
May Allah bless.......
 Didn’t mark the test paper yet. Now I understand why the lecturers are very stressful to mark the papers. 

Tuesday, March 1, 2011

My "Yang Terindah"

To all my heart, my soul, my life, my world..........
naughty liitle Arif Naufal, my beloved Mama, My best Ayah in the whole world, happy birthday to you guys and to the sweetest couple of Kak Ati and Abang Jai, happy anniversary. Thought all of you might never read this post, yet I still want to dedicate this song to you guys. 


No matter what,
you guys will always be
"Yang Terindah"


Arif Naufal - 1st March 2005
Abang Jai's anniversary - 2nd March 2002
Mama - 3rd March 1957
Ayah - 28th March 1952
To all my heart, my soul, my life, my world..........
naughty liitle Arif Naufal, my beloved Mama, My best Ayah in the whole world, happy birthday to you guys and to the sweetest couple of Kak Ati and Abang Jai, happy anniversary. Thought all of you might never read this post, yet I still want to dedicate this song to you guys. 


No matter what,
you guys will always be
"Yang Terindah"


Arif Naufal - 1st March 2005
Abang Jai's anniversary - 2nd March 2002
Mama - 3rd March 1957
Ayah - 28th March 1952

Sunday, February 27, 2011


not feeling well. can't find words to write new post. so end up with this. the hectic for the past two weeks can say a bit loose. really tired. my body begging for a deep rest. seems like I have to pity on myself this time. and this cough had prooving that my body really need some rest. though I really wanna say something about Najib's accusation on Dr Yusuf Qardhawi.

but kak did said,"berdosa mendera diri sendiri."

so....

Friday, February 25, 2011



some times you just have to admit that in your whole life you will have to face the time when you feel that the whole world go against you. but one thing that you should hold as your faith, no matter what, no matter how, is that;


ALLAH WILL ALWAYS WITH YOU

Saturday, February 19, 2011


MANE LEBIH BAIK?
JADI KONTRAKTOR BUAT RUMAH?
ATAU 
JADI PEMBEKAL BAHAN BINAAN UNTUK BUAT RUMAH?

Thursday, February 17, 2011

LAWAN! JANGAN TAK LAWAN!


Saya perlu sihat!
Jika tidak banyak kerja terbengkalai
Banyak orang susah
Tak boleh fokus semasa mengajar (kesian anak murid)
Takut ajar benda yang salah

FIGHT! FIGHT! FIGHT!
GAMBATE KUDA SAI!!!!!!!!

Wednesday, February 16, 2011

kesihatan yang macam graf Bursa Malaysia

Keadaan kesihatan saya kembali merosot. Setiap hari badan rasa sentiasa lemah. Sampaikan pelajar saya turut komen kerana mata saya kelihatan lebam (eye bag la tu). Saya agak risau dengan keadaan ini kerana ianya sedikit sebanyak mengganggu fokus saya ketika mengajar. Selalu keletihan dan yang paling teruk pagi tadi saya terpaksa untuk tidak menghadiri program yang agak penting kerana tidak mampu untuk bangun. Tetapi alhamdulillah keadaan saya beransur baik pada petangnya. Dan saya masih menunggang motorsikal dan mengajar seperti biasa walau pandangan agak berpinar dan kurang fokus. 

Sedikit lagi perkongsian. Pada minggu lepas, saya pergi menjalani pemeriksaan mata dengan tujuan untuk membuat cermin mata yang baru. Tetapi alhamdulillah pemeriksaan yang lebih terperinci dilakukan termasuk fokus, kesihatan mata dan sebagainya. Dukacitanya saya dimaklumkan berdasarkan pemeriksaan itu bahwa mata saya bukanlah terlalu rabun, tetapi terdapat abnormaliti yang mungkin disebabkan gangguan saraf yang berpunca dari masalah tulang belakang saya. Kerana itu saya tidak dapat melihat dengan jelas. Dan saya juga sepatutnya perlu datang semula untuk pemeriksaan yang lebih lanjut tetapi saya berasa agak bimbang untuk mengetahui keputusan yang sebenar. Saya agak takut sekiranya sesuatu yang lebih teruk terpaksa saya hadapi. Terlalu banyak andaian yang berlegar difikiran saya ketika ini. It's like the scoliosis had really effect my nerve system. Even sometimes my hands shaking without any reasons. 

Jika anda menghadapi masalah penglihatan dan anda rasa kaca mata tidak dapat membantu anda, maka saya sarankan untuk anda mendapatkan pemeriksaan lanjut secepat mungkin. 

Mohon doa untuk kesihatan saya agar lebih baik. 

MUSLIM PERLU KUAT
MUSLIM PERLU GAGAH

"MARI BERUBAH UNTUK JADI YANG LEBIH BAIK"
JAGA DIRI, KESIHATAN, MAKAN MINUM DAN KEBAJIKAN

"Sesungguhnya muslim yang kuat lebih disukai Allah berbanding muslim yang lemah"

Saturday, February 12, 2011

Hari ini berjalan-jalan dengan anak-anak (tua pulak rasenya) ok adik-adik Sri Pintar. Antara semua dua orang sahaja yang tiada. Spend time with them dengan alasan nak cari buku rujukan. Tapi nyaris tersasar dari tujuan asal. But Alhamdulillah everything still under control. Dan sudah saya duga orang sekeliling akan salah faham dengan hubungan kami. Ada yang ingat adik beradik la, kawan la. And when the girls called me Teacher every body was like, "eh, teacher?" Kelakar pun ada,angin sikitla kot. Tapi nak buat macam mana, Teacher lagi comel dari anak murid (wuekkk...perah santan buat pengat hehe...)

Teenagers. The most complicated phase in your entire life. Masa untuk membina identiti diri. Exploring and discovering a world called my self. Tahap paling kritikal dalam hidup. Mencari dan terus mencari. Teringat poems "I Wonder". The girl in the poem is YOU, my girls. Semua benda hendak ditanya. Itulah remaja.

Felt relief when they ask, "bila kita nak jalan-jalan lagi?" maknanya mereka tidak bosan dengan saya. Mungkin selepas ini perlu tukar method pula. Other than shopping as your teacher is not a shoppaholic (as my concept is beli and blah).

Tiba-tiba teringat ada seseorang pernah bertanya, "Kalau dah sayang macam mana?" Macam mana yea? Entahla.....Let the time decide (betul ke ayat ni????)

Friday, February 11, 2011

tashiru




blurr yang merimaskan

Sangat blurr sekarang ( ape ntah dalam bahasa melayu). Sangat stress bila saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala sendiri. Tidak pasti samaada kerana terlalu penat, jadual hidup yang kelam kelibut atau sebenarnya terlalu banyak yang perlu difikir sampai tidak tahu apa yang hendak difikir.

I really need my focus back. Maybe too much worry on my sight  problem. Ne yang malas kalau pergi check up. Ada sahaja masalah tambahan. Nak pergi kedai sat. Nanti sambung balik

happily ever after

Kalau baca kisah dongeng, akhir ceritanya mesti happily ever after. Maksudnya bahagia selama-lamanya. Tapi itu dalam kisah dongeng. Yang kita baca akan membuatkan kita tersenyum walaupun kita sangat tahu bahawa hakikat kehidupan tidak begitu. Tapi, betulkah bahagia selamanya itu hanya ada dalam kisah dongeng? Apakah memang tersangat mustahil untuk kita bahagia selama-lamanya? Apakah definisi bahagia itu hanya apabila puteri atau Cinderella berkahwin dengan Prince Charming sahaja?

To be continue.......

Wednesday, February 2, 2011

Stressful week. Hope to find some peace at pondok. and also to gather some strength to face the next battle. Even the Knight need to sharpen his sword.

Ya Tuhanku, bantulah hambaMu, dalam mendidik jiwaku ini.

Tuesday, February 1, 2011



biar seluruh dunia membenciku
biar seisi alam membuangku
biar semua makhluk menyisihkan ku
aku redha Ya Rabb.....
seandainya Kau masih disisku



Followers