About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Monday, April 4, 2011

Jawapan



Hari ini, 4 April 2011. Tanggal yang sama pada tahun lepas, sesuatu telah berlaku. Sesuatu yang saya kira merupakan sebuah permulaan bagi satu era yang baru. Satu ikhtiar untuk mencapai dalam rangkuman segugus usaha. Tetapi, baru-baru ini, saya diminta untuk memikirkannya semula. Saya, dia, kami dan mereka merancang. Cuma kadangkala saya terlupa, bahwa Dia juga merancang, yang pastinya sesuatu yang lebih baik dari yang kita rancangkan. Kadangkala, perancangan kita tidak selari dengan perancangaNya. Maka, kita mungkin akan dijentik rasa kecewa. Kadang yang lain pula, keduanya selari, tetapi Dia datangkan sedikit halangan untuk menguji. Dan ada ketikanya, segalanya seiring malah dipermudahkan pula dengan RahmatNya. Saya tidak tahu, sebagaimana jawapan saya ketika ditebak dengan permintaan itu, apakah keputusan yang saya ambil dahulu, seiring dengan kehendakNya. Jawapan saya tetap sama, ketika diasak dengan soalan, mengapa memilih keputusan itu. Adakah saya dikatakan menyalahkan Dia jika saya katakan bahawa Dia yang memandu pilihan saya? Sejujurnya, saya tidak mahu menjawab apa-apa. Tetapi adilkah begitu? Biasanya manusia bertanya bersama dengan skema jawapan yang sudah dirangka dalam fikiran. Tetapi, mampukah mereka menerima sekiranya jawapan saya tidak menepati skema yang ditetapkan? Sekiranya apa yang ada dalam fikiran saya tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan? 


Dan....adakah berdiam diri itu boleh diterima sebagai jawapan?????????????

No comments:

Followers