About Me
- hanya hamba
- shah alam, selangor, Malaysia
- seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya
Saturday, April 2, 2011
Aku dan pelarianku
Aku seorang pelari, yang sedang berlari di atas sebuah trek kehidupan. Yang baru juga menjumpai jalan yang kurasakan benar. Setelah tersesat dek kerana tiada petunjuk dan arah. Dalam pelarian ini, kadangkala aku terpaksa berhenti. Mungkin kerana buntu, maka aku cuba untuk bertenang dan berfikir. Mungkin kerana terjatuh, maka aku cuba bangun sambil menyapu luka yang tergores. Mungkin kerana keletihan, maka aku berehat membuang lelah sambil membina kekuatan. Namun, berhenti bukan bermakna aku berundur. Bukan juga kerana aku mengalah. Rehatku, perhentianku, untuk memastikan aku akan mampu untuk terus menghayun langkah. Agar pelarian ini tidak akan terhenti. Pelarian untuk mengejar destinasi yang abadi. Mengejar cintaNya yang Maha Satu itu. Di situlah nanti, ku harapkan untuk aku merasai kerehatan yang abadi......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
keep walking
Post a Comment