Godaan bermula dari pakaiannya. Tatkala dia memilih pakaiannya:
- memujuknya untuk mendedahkan auratnya
- jika tidak berjaya, menghasut pula untuk bertabarruj walau menutup aurat
- jika tidak berjaya juga, akan dibisikkan supaya sang muslimat itu riak dan takbur dengan penampilan solehahnya.
Jika tidak berjaya juga, maka syaitan laknatullah tidak berputus asa. Dia beralih pula kepada sasaran yang seterusnya. Iaitu pada lelaki yang memandang kepada muslimat itu. Dikaburi mata yang memandang dengan pandangan mempesona. Dibisikkan kekaguman tentang keindahan wanita solehah. Diajarkan cara perkenalan ala-ala islamik. Salam yang haram diberi kepada wanita ajnabi dihalalkan. Muslimat rapuh hatinya pasti akan menjawab salam yang diberikan. Tapi, bagi muslimat yang teguh pendiriannya, yang haram, tetap haram. Langkah akan terus diayun. Maka terdengarlah rengusan, "ah, sombongnya minah ni!" Pedulikan sahaja wahai muslimat.....
Langkah terus dihayun. Berpapasan dengan sepasang suami isteri. Si suami terpandang akan muslimat. Timbul kagum dalam hatinya. Si isteri yang mengesan perubahan riak di wajah suami mula menjeling. "Ish...harap je tudung labuh, tapi mengggatal dengan suami orang," Aduhai.... satu lagi ujian menimpa muslimat. Namun, langkah tetap diteruskan, dalam perjalanan menuju redha ilahi.
Muslimat itu bunga
Menarik kumbang dan rama-rama
Tapi tak diterima sebarang sahaja
Yang punya iman itu pilihannya
Wangi harumnya menyegar suasana
Namun tak semua yang akan suka
Yang mengeji mengata biarkan sahaja
Asal Allah tahu siapa kita
only a creation created by the almighty creator
No comments:
Post a Comment